HANYA AKU...

HANYA AKU...

Saturday 7 July 2012

Syukur Alhamdulillah...

Ya Allah...kupanjatkan doa padamu kerana kau telah merancang 2 peristiwa gembira pada tarikh 17 Syaaban ini bersamaan 7 Julai 2012... Alhamdulillah, majlis pernikahan dan persandingan kawan baik aku di UPSI telah berjalan dengan baik sekali.  Allahhuakbar...

Aku merasa cukup bersyukur kerana aku menjadi insan yang terpilih utk menjadi kawannya seterusnya berkongsi cerita pahit dan manis bersamanya.  Rentetan perjalanan kehidupan ini amat2 byk ujian yg perlu ditempuhi.  Terlalu  cekal hatinya melalui satu persatu masalah yang datang sehingga dia diijab kabulkan...Kuasa Allah mengatur segalanya, jika Dia berkata QUN FAYAQUN, maka akan jadilah...Akhirnya 2 hati menjadi 1, maka bersatulah dia Nurul Balkis dan Mohd Hafis...

Aku harap berakhirlah segala kesusahan dan kepahitan dia selama ini selepas dia berumahtangga...Dan tibalah masanya dia mengecapi kebahagiaan dalam hidupnya.  

Ya Allah, berkatilah perkahwinan mereka ini dan berikanlah kebahagiaan kepada mereka sehingga ke syurga serta Kau kurniakanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah...Ya Allah, aku bersyukur kerana kau memilih aku utk menjadi sebahagian dari kehidupannya...Amin...


Akhirnya tulang rusuk balkis dimiliki oleh hafis selamanya...


Balkis nmpk lain...cantik pas make up..naik seri pengantinnya...


Aku pun nk pose gak dgn pengantin...amik berkat..


Anak buah aku pun nk amik berkat jgk nie...tp dia 4 thn lg dan aku 30 bulan lg...InsyaAllah



Bersyukur sbb dpt mengenali sebahagian dari keluarga balkis...:::tok aji, mak ngah, mak dak, farah:::

SETERUSNYA, peristiwa kedua penting hari nie ialah roomate lama kat poli dulu bertunang...Roomate yg aku panggil adik...dan dia panggil aku along...kekal panggilan tu smpi skrg...
Tahniah Adik...


Cantik adik aku nie...Walaupun aku x pat hadirkan diri ke hari pertunangan dia, aku doakan dia dan ijoy akan kekal ikatan itu sampai hari ijab dan qabulnya...Aminn

Kesimpulannya, kedua-dua adik aku melalui hari bahagia mereka hari ini.  walaupun pada awalnya aku macam nak kerat badan nie kpd 2 bahagian sbb yg kanan adik dan yg kiri adik, akhirnya aku amik keputusan ke majlis balkis krn atie baru bertunang dan InsyaAllah, aku kan hadirkan diri ke majlis langsungnya nnt...


MOOD : Bila tgk kawan2 dah tunang dan kawin, aku jgk nak rase kegembiraan itu.  Tapi masanya belum sampai lg, sabralah wahai hati...EN MUHAMMAD TAUFIQ, jika mmg kita nie ada jodoh, sy x sabar nk tunggu kamu pinang saya..Lg cepat lg bagus...hehehe...

No comments:

Post a Comment