HANYA AKU...

HANYA AKU...

Wednesday 4 July 2012

Di atas satu CINTA...


Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan rinduku kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku


Bismillahhirrahmannirrahim...

Aku mulakan entry kali nie dengan lirik2 lagu "Di atas satu cinta"...
Aku suka dengar lagu nie...Dulu sekadar dengar jer bila ada drama2 melayu yg guna lagu nie..Tp skrg, aku dah mula mencari lagu nie utk di dengar selalu selepas aku mula utk menyayangi seorang lelaki yg aku rasa boleh dijadikan "Calon Imamku"...InsyaAllah...

Dah lama hati nie tak terisi oleh mana2 lelak...Hampir 7 tahun agaknya...Yg lama dulu pun, x srius mana sbb masih muda lagi masa tu...Dan skrg, aku mula nk menyerahkan sekeping hati ini utk disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki pilihan hati.

Dulu, aku selalu mensfesifikasikan doaku kepada Allah ciri2 bakal suami yang aku mahukan.  Selepas itu, ada gak kawan2 yg mengatakan aku terlalu memilih.  Ketika itu, jawapan yg boleh aku berikan ialah, "nk memilih mcm mn, xde sape pn yg nak"...hehehe...Hakikatnya mungkin aku memilih sbb2 jika ada lelaki yg ingin mendekati, tetapi cara mendekati tidak sempurna dimata aku, mmg aku akn membisu 1000 bahasa.  Bagi aku, aku bukan memilih, tetapi aku perlu pilih.

Akibat kesibukkan kehidupan seharian, akhirnya aku hanya menyerahkan takdir jodohku di tangan Allah...masih terus berdoa, tetapi aku hanya minta jodoh yg diredhai oleh Allah daripada menyebut spesifikasi yg aku mahukan...

Akhir-akhir ini, aku rasakan hati aku sudah terbuka utk menerima seorang lelaki utk aku kenali hati budinya dengan serius.  Dia mempunyai beberapa ciri yang aku mahukan dari sebutan doa yg pernah aku pohon dulu.  Alhamdulillah, mungkin Allah memakbulkan doa aku walaupun lambat.  Janji Allah mmg pasti, mintalah apa sahaja...Pasti Allah makbulkan samada cepat atau lambat...Allah Maha Mengetahui...

Buat jejaka itu, aku harap kau ada pilihan hatiku yg terakhir.  Aku tahu byk cabaran dan dugaan yg bakal aku tempuh selepas ini.  banyak kesabaran yg akan teruji.  Dan aku perlu bersedia dari segi fizikal dan mental serta diiringi doa supaya pengakhiran hubungan ini adalah ikatan pernikahan yg sah.  Kalau ikutkan pada hati ini, teringin aku bercinta selepas kahwin, tetapi aku tahu byk risiko jika ia mahu dilaksankan.  Lagipun aku masih didalam pengajian, dan si dia masih byk tanggungjawab yang perlu dilaksankan. Jika dah tertulis si dia jodohku, cepat atau lambat pasti akan disatukan juga...InsyaAllah...

Apa yg perlu kami lakukan sekarang adalah terus mengenali antara satu sama lain dan memperlengkapkan diri masing-masing dgn ilmu agama sebelum kami sama-sama disatukan.  InsyaAllah...

Walaupun kami berada dijarak yg jauh, ttp aku rasa ia bukanlah satu halangan utk kami menyulam rasa cinta dan sayang selagi ia tak bertentangan dengan Islam agama kami.  Aku harap si dia juga akan bersabar dan berdoa untuk kami merancang pernikahan 30 bulan dari sekarang...InsyaAllah...


Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan,
Muhammad Taufiq Bin Razali milikku, tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah,
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka, jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Ia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangan jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agarku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah Yang Tercinta,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui,
Segala yang terbaik untuk hambaMu.

Ya Allah,
Cukuplah Engkau saja yang mengerti,
Pemeliharaku di dunia dan di akhirat,
Dengarkanlah rintihan dari hambamu yang daif ini,
Janganlah engkau biarkanku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah ke maksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina,
Kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah,
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,
Amin….Amin….Ya Rabbal Alamin……










No comments:

Post a Comment