HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 26 July 2012

Hartaku . . . Keluargaku . . .

Siapa yg tak sayang keluarga kn...Semua org sayang keluarga...Kalau ada yg tak sayang tu, ada masalah lah dia dgn keluarganya...Keluarga adalah harga terbesar yang aku ada.  Aku bangga punyai keluarga sebesar ini. Hubungan kami dalam keluarga, cukup baik...Walaupun keluarga aku nie kategori "keluarga bising", tp nilah rencah kehidupan.  Nama pun org melaka kn...Hehehe...

Jom aku kenalkan org2 yg ada dalam keluarga besar aku nie.... 
Sblm tu, aku nk bgth yg setiap gambar yg aku upload adalah gambar koleksi lama...Yg terbaru xde...hehehe

Mula2, mestilah mak dan ayah aku dulu...Hehehe...

Hj Md Ali Bin Alias + Hjh Merah Binti Koming


Hasil perkongsian hidup, keharmonian rumahtangga, kasih sayang sepanjang hayat, toleransi...mereka dikurniakan bukan 1, 2, 3 tetapi 13 orang anak iaitu 7 perempuan dan 6 lelaki...Alhamdulillah...

Jom kita tengok anak-anak beserta pasangan dan cucu-cucu mereka sehingga ke hari ini....


1. Zaharah + Wahab ( 5 orang )
2. Zainuddin + Zaleha ( 6 orang )
3. Abu Bakar + Noriah ( 2 oarang )
4. Maimunnah + Roslan ( 5 orang )
5. Moktar + Rohaidah ( 4 orang )
6. Moktaba + Jijah ( 4 orang )
7. Rohidah + Shaharuddin ( 5 orang)
8. Masitah + Osman ( 7 orang )
9. Sha 'edah + Jamal ( 3 orang )
10. Hanif + Norfarha
11. Zainon + Zairi ( 3 orang )
12. Salleh
13. Masturah


Jumlah cucu terkini 44 oarang
Lelaki 18 orang dan perempuan 26

Perbezaan ketara diantara cucu lelaki dan cucu perempuan...
Diantara cucu-curu yg ada, seramai 6 cucu telah mendirikan rumahtangga...
Ini bermakna mereka telah mempunyai cicit iaitu seramai 15 orang cicit

Secara tak langsung, aku bukan aje dapat panggilan busu tetapi nek busu juga...hehehe...

Kalau ditambah kesemuanya masih belum mencecah 100 orang....80 orang
Inilah keluarga besar aku.  Harta beharga yg aku ada...
Alhamdulillah...

Jom view beberapa gambar famili yg ada...



Ni sebahagian kecil famili aku...Ramai yg tak de dalam gambar nie...
Gambar diambil 8 tahun lepas selepas sehari majlis perkahwinan kakakku zainon...



Yang serba ungu nie pulak keluarga angah aku...Hj Zainuddin bersama isteri 6 orang anaknya...
Raya tahun berapa aku x pasti...hehehehe...



Yg ni pulak, keluarga abang uda aku...Hj Abu Bakar bersama isteri dan anaknya...
Raya tahun 2011....
InsyaAllah, hujung tahun nie uda aku akan terima menantu utk anak gadisnya ini....



Yg ni pulak keluarga Masitah beserta suami dan anak-anaknya...
Raya tahun bila pun tak tahu...
Ketika ini anakknya baru 4 org, sekarang dah 7 org...
Ada 2 pasang kembar, sepasang lelaki dan sepasang perempuan...


Ni je la gambar keluarga masing2 yg aku ada...

Tahun 2013 akan bertambah ahli keluarga lagi...Akan bertambah seorang cucu dan seorang cucu menantu...
Bila agaknya, aku nk tlg tambah jumlah ahli keluarga yer....Hehehe...
:::SEKIAN:::

No comments:

Post a Comment