HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 13 July 2012

Dimana aku berdiri, disitu aku menabur bakti...

Jika diizinkan Allah, 1 hari nanti aku akan jadi seorang pendidik...tenaga pengajar...CIKGU...InsyaAllah
Walaupun ianya lambat lagi, tetapi aku perlu bersedia dimana aku akan ditempatkan.   Aku bersyukur kerana Allah memberikan rezeki pada aklu untuk melanjutkan pelajaran di UPSI dalam bidang pendidikan kerana CIKGU merupakan salah satu cita-cita yang diidamkan...Walaupun rezaki sambung belajar tu sampai lambat, tetapi Alhamdulillah...

Seperti semua org tahu, bakal2 cikgu nie tak boleh nak pilih negeri dan sekolah mana yg kita nak.  Paling tidak pun, kita boleh pilih negeri shj, tu pn kalau dapat la.  Peratusan dapat tu amat la sikit...hehehe...

Jika KPM tye aku la, sek mn yg aku nk...Agak2 sek apa yg akan aku pilih yerk....????

Sebelum aku bgth sek yg aku nk, aku nk bgth dlu knp aku pilih sek nie...Hehehe

Jika si dia adalah jodoh aku, maka tanggungjawab isteri adalah berada disisi suami...Ceeewahhh
Jadi, tentulah negeri di bawah bayu menjadi pilihan...Sabah.  Si dia mengajar di sabah, dan aku perlu cari sekolah yg dekat dengan si dia...Sekolah yg terdekat dengan sek si dia adalah sejauh 2 jam...

2 jam???Nk wat mcm mn, dah yg tu paling dekat...Jadi, kami pun pernah bincang pasal perkara nie.  Kami, akan menyewa rumah di pekan sipitang, dan si dia akan balik tiap2 hujung minggu.  Suami akan duduk di quaters sek dia pada hari2 biasa.  Si dia dah bgth aku awal2 lagi yg paling minima dia akn berbakti di SK Ulu Bole selam 5 tahun, maksima seberapa lama yg dia mahukan...Skrg, dah 2 tahun dia berbakti di sek tu.  Walaupun kami masih duduk pd jarak yg jauh, Allah Maha Mengetahui kerana di mana bumi di pijak, di situ bakti di tabur...Inilah lumrah...Sampai kami dah puas nnt, kami akan balik ke semenanjung juga akhirnya..

Skrg, aku minta tolong kat pakcik google tuk carikan sekolah2 yg dekat dgn si dia.  Aku jmp 2 sek sblm nie, tp si dia kata ada 4 sek dan sek ke 4 tu masih dlm pembinaan.  Bila aku cari sekali lagi, jd 3 sek yg aku jmp....

Menurut statistik sekolah seluruh negeri Sabah pada 31 Jan 2011 dan sekolah2 yg terdekat dgn si dia ialah :

Pertama...

SMK PENGIRAN OMAR
Jalan SMPO
89857
973 orang murid

Logo SMKPO...


Pintu masuk utama sekolah


Kedua...

SMK PENGIRAN OMAR II
Kg. Pelakat
89857
841 orang murid

Logo SMKPO II



Ketiga...

SMK PADANG BERAMPAH
Kg. Padang Berampah
89857
843 orang murid

:::Sekolah nie x jmp logo sek kat google image...hehehe:::


Ketiga-tiga sek ini adalah kateogori sek luar bandar.  Poskod pun sama.  Semua berada di kawasan bandar sepitang...

Kalau la bakal2 guru boleh pilih, ni la pilihan sekolah2 yg aku nk...Salah satu sek di atas...

KPM oh KPM...tempatkan lah saya di salah satu sekolah dia atas...

Banyakkan berdoa, Amin...

InsyaAllah, jika si dia jodohku, tempatnya juga dekat dgn sidia...

No comments:

Post a Comment