HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 5 July 2015

Sebulan Sudah...

Alhamdulillah...Sebulan sudah amanah bertukar tangan. Sebulan sudah aku bergelar isteri kepada Muhammad Taufiq Bin Hj Razali..Cepat sangat masa berlalu. Tahu2 minggu depan suami dah nak balik beraya dah. Seakan semalam aku baru mendengar lafaz "Saya terima nikah.........." yang dilafazkannya.  Dialah suami yang Allah dah tulis untuk aku. Lelaki pilihan ku. 



Ramai yang tanya macam mana kami buat persiapan kahwin sedangkan kami berdua berada pada jarak yang jauh. Seorang di Sabah dan seorang lagi di Melaka.  Apa yang boleh aku katakan, yang mana kami mampu buat bersama, kami buat. Yang takde kesempatan, kami buat asing2. Tak bermakna bila da bertunang tu kami senang lenang nak keluar ke hulu ke hilir sesuka hati.  Memang tak la jawapannya.  

Beberapa perkara yang aku boleh kongsikan ialah :

1. Kursus kahwin
Yang ni part paling penting kan sebab kalau tak de sijil kursus kawin jangan beranganlah nak kawin kan. Setelah meneliti tarikh2 yang melaka dan muar anjuran, maka tarikh kursus di muar yang kami pilih sebab kena pada cuti sekolah dan cuti hujung minggu sbb ketika tu aku di UPSI lagi. Jadi, kursus kawin kami dapat ambil bersama.

2. Baju nikah
Baju nikah memang kami tempah tempat yang berbeza. Beli fabrik pun tak sama. Aku dan suami bincang dalam telefon dan suami beli fabrik dia dulu. Dia cuma bagi cebisan fabrik dia sebagai guide untuk aku beli fabrik aku. Design baju nikah memang banyak yang aku bg gambar kat suami, tapi semua kena reject. Hahaha...Patahnya hati. Lepastu suami bagi contoh design yang dia nak. Aku gunakan sbg contoh tapi tak sebiji sama.

3. Fitting baju
Bab2 baju sanding ni mmg kami pergi sama. Pemilihan warna kami takde terikat sangat. Mn yang ada saiz itulah pilihan kami.  Jadi sanding purple biru, malam berinai hijau daun pisang, persalinan cina dan bertandang biru turqoise.  Suami lbh teliti bab2 baju ni. Sekali seumur hidup kan..mahukan yang terbaik.                                                                                                                                       
4. Barang hantaran
Bab2 barang hantaran ni memang kami tak de masa nk keluar berdua untuk beli. Jadi, kami beli barang masing-asing untuk hantaran dan kami tukar untuk deko atas dulang hantaran masing2. 9 berbalas 9. 

5.Borang nikah
Yang ni part kedua terpenting. Borang kami ambil asing2. Tapi kami hantar sama-sama ke pak imam. Cuma nak hantar ke pejabat agama FIL yang hantarkan. Teme kasih abah.

So, inilah sedikit sebanyak yang dapat kami kongsikan sebagai persediaan perkahwinan jarak jauh seperti kami. Apa yang penting majlis berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan.

Perkahwinan kami baru bermula. Sangat baru. Aku harap kami dapat menyemai kasih sayang hingga akhir hayat. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kami dan membahagiakan kami...Amiin..

HAPPY ANNIVERSARY HUBBY...

Sunday 28 June 2015

Syukur Dengan Anugerah Yang Tidak Ternilai Ini.. Alhamdulillah...Part 4

Seperti yang aku janjikan pada entry sebelum ini utk bercerita di manakah lokasi honeymoon kami. 
Lokasi honeymoon kami selepas 3 hari majlis kami dan sehari kami berehat maka bermulah episod kami merehatkan diri bersama. Ceeewahhh...

Asalnya hubby rahsiakan lokasi honeymoon kami...Lama kelamaan di bgth. Lepas kami bertunang MIL ada suh aku pilih mana2 destinasi honeymoon untuk disponser.  Aku diamkan aje sbb terpulanglah pada hubby nak kemana pun.  Hubby lebih selesa untuk menggunakan duitnya sendiri untuk honeymoon kami. Pilihan lokasi juga hubby yang pilih. Patutlah dia beria2 tanya lokasi mana yang aku belum pergi...Lokasi honeymoon pertama kami ialah...LA....ooopssss...bukan Los Angeles yer tp LANGKAWI. Hehehehe...Kami pergi untuk 4 hari 3 malam.

So, pada hari kami pergi tu giliran bermalam adalah di rumah mak aku. Jadi, pukul 7 kami sarapan dulu dan memulakan perjalanan ke rumah mak mertua dulu. Kami nak jmp family dulu utk bersalam lepas tu baru bergerak ke KLIA.  Tiada sesiapa yang hantar kerana hubby lg selesa utk drive sendiri.  So, pagi tu juga dapat hadiah honeymoon daripada MIL. Hubby bagi pada aku, lepas aku baca ucapan yang mama tulis, aku serahkan pada hubby utk simpannya. Mama kata nak sponser tiket flight tak dapat jadi mama sponser lain untuk kami. Abah pulak excited bercerita tempat-tempat menarik yang kami boleh pergi.

Dari malam sebelum kami berangkat ke Langkawi lagi, hubby dah excited bercerita ke mana kami akan pergi. Tetapi aku selalu pintas kata-katanya supaya lebih baik hubby jangan cerita dan bawaklah aku ke mana sahaja daripada bercerita tetapi tak dapat menunaikannya...Nanti jadi bahan ungkitan aku pulak. Jadi, itu lebih bahaya. Biarlah segalanya suprise untuk aku.  


So, selamatnya kami mendarat di Langkawi, kami menunggu kereta sewa yang hubby dah deal awal2 lagi. Kami akan check-in di 2 tempat berbeza kerana hubby sengaja untuk kami bermalam di tempat berbeza. 2 malam kami check-in di The Ocean Residence dan malam terakhir di Haji Ismail Group Hotel. 

Sangat mendamaikan dan persekitaran yang sangat sesuai untuk berhoneymoon di Ocean Residence. Teme kasih hubby sebab memilih tempat ini.




Yang bestnya, bukak2 sliding door dah jmp swimming pool. Hari pertama aku tgk je hubby berendam sorang.  Tak boleh jadi, hari kedua aku ajak suami swimming. Waktu untuk menggunakan swimming pool dari 8 pagi ke 8 malam. Tapi kami masuk pukul 8 malam. Hehehehe...Sambil mandi di temani kerdipan bintang. Ceewah....Suami 2 kali ajak naik sebab dah lama sangat berendam. Tapi aku tak nak sebab belum puas lagi. Last2 aku dah kesejukkan dan mula batuk. Keluar2 bilik air, hubby dah sediakan teh o panas utk aku bagi mengelakkan batuk berlarutan. Teme kasih hubby.

Aku tak perlu kot bercerita kemana hubby bawak aku. Segalanya indah berlaka bagi pengantin baru seperti kami.  Hubby layan je tekak aku nak makan apa. Kami makan durian 2 biji dengan harga RM 49...Mahal kan...hehehe...kalau mak aku tahu mesti mak aku bising.  Cakap dengan hubby nak makan sikit je tp aku la kasi bertimbun biji2 durian. Hehehe...








Tak sia-sia aku paksa hubby beli monopod sehari sebelum kami berangkat.  Hubby mmg tak suka guna monopod. Kalau tak de monopod, aku rasa muka hubby aku je yang banyak nanti. Hehehe...

Malam terakhir kami adalah untuk bershopping. Tu yang hubby check-in di HIG Hotel sbb hubby kata senang nak shooping. Dekat dengan hotel. Jalan kaki jer...


Kami pergi 2 beg jer...Tapi kami balik dengan 4 beg. Bukan aku yer yang kuat shopping tapi en suami. Suami siap hairan cara aku bershopping. Biasa2 je x macam dia. Hehehe...

So, semuanya indah berlaka. Terima kasih kat suami sebab bawak pi honyemoon. Second honeymoon suami dah sediakan lokasinya. Tunggu masa jer nak gi...Yahoooo....Terima kasih sangat2 b..

Sampai melaka balik rumah mak dulu, petangnya balik rumah Mama. Esoknya hantar suami ke KLIA untuk balik ke Sabah. PJJ la kita selama 3 minggu dulu dan akan berjumpa menjelang raya nanti. Pendamlah rindu masing-masing dulu. Aku akan pindah ke Sabah mengikut suami lepas raya nanti. Tak mau PJJ lagi..Derita perasaan.Hehehehe....

So, tahun pertama dapat wish selamat hari bapa kat Abah, bapa mertuaku. Dapat cakap depan2 lagi. Kebetulan abah datang rumah dengan mama hantarkan menantunya durian. Senyum Abah cakap terima kasih. Aku lagilah teruja sbb tak pernah wish kat sesiapa pun. Arwah ayah tinggalkan aku masa usia aku 1 tahun lagi. Selamat Hari Bapa Ayah..Al-Fatihha...




Monday 22 June 2015

Syukur Dengan Anugerah Yang Tidak Ternilai Ini.. Alhamdulillah...Part 3

Majlis besar terakhir bagi aku dan suami adalah majlis resepsi di rumah suami.  Seawal pukul 9.00 pagi aku telah disiapkan oleh mak andam. Hebat tak hebatnya aku bila 3 mak andam yang menyiapkan aku selama 3 hari ini.  Suami bersiap dirumahnya kerana persalinan kami di majlis bertandang adalah moden.  Majlis kami hari ini kena lebih action sebab suami setuju untuk membuat video bagi majlis resepsi kami ini.  Kami dijangka untuk bersanding pada pukul 12.30 petang.  

Cuaca pada hari tersebut agak kurang baik. Di awal pagi telah hujan, kemudian panas dan hujan semula.  Rombongan dari keluarga aku tersangkut dalam hujan bersama pengantin di homestay yang telah disediakan oleh keluarga suami.  Kami diberitahu pasukan kompang dan selawat telah tersangkut di dalam banjir kilat yang baru berlaku. Selepas hujan turun, kami terus bersanding tanpa paluan kompang kerana khuatiri hujan akan turun kembali. Alhamdulillah, cuaca baik selepas itu.  Usai kami bersanding, mak dan kak long menyerahkan aku kepada nenek suami. Selepas itu, sebak jugalah bila famili mula bergerak meninggalkan aku.  Mujur tak jauh. Kalau jauh mesti terasa pilu.  Agak segan jugaklah untuk sesi fotografi di rumah suami sebab pelamin luar rumah.














Bila keadaan mula redup, kami keluar outdoor di Jeti Kuala Sebatu dan Laman Belia Sg. Rambai.  Komitmen senyum jadi 200% dari hari-hari sebelumnya kerana hari ini bukan sahaja fotografi tapi berserta videografi dari orang yang berbeza. 

Selepas hantar pengapit aku balik dan tiba masanya untuk aku menyesuaikan diri di rumah mak mertua. Kali ni tak boleh lari dah. Suami juga yang tanggalkan contact lense aku dan bukakan zip baju pengantin. Tiada pilihan lain da…Hehehe…Suami duk mengadap aku tanggalkan makeup sampai selesai.  Selesai kami solat berjemaah bersama, kami dinner bersama keluarga dan selepas itu sesi membuka hadiah. 

Lega rasanya bila selesai kesemua majlis dengan jayaya…ooopppssss…aku ada persandingan ke 5 dekat Sabah nanti selepas raya. Lebih kurang hampir 2 bulan kami menjadi suami isteri. 

Video ucapan khas seorang suami kepada isteri tercinta




Seterusnya ucapan khas dari ayah mertua




Penghargaan khas untuk orang banyak sangat membantu aku dari awal hingga akhir.



Dan akhir sekali, inilah video lengkap majlis resepsi kami.





1 malam di rumah mertua dan malam berikutnya di rumah mak aku. Selepas itu kami terbang berbulan madu di…………aku akan cerita di part seterusnya nanti. Hehehe….Tunggu.....

Friday 19 June 2015

Syukur Dengan Anugerah Yang Tidak Ternilai Ini.. Alhamdulillah...Part 2

Hari kedua big day aku. Hari ini adalah majlis persandingan aku. Sebelum bersanding, aku dan suami ada persalinan cina untuk sesi fotografi. Kenalah dengan muka husband aku sebab mata dia chinese look. Hehehe...Dekat je kami outdoor. Dalam kebun kelapa sawit belakang rumah aku. Hehehe...Selesai bergambar, suami aku balik rumah dia dulu. Kami akan bersanding lepas zohor pukul 1.30 petang. Lepas aku bersiap untuk bersanding, suami pulak disiapkan di rumah sebelah.






Persalinan bersanding kami warna purple + biru.  Suami aku sendiri yang request songket dan tengkoloknya warna purple sebab sepatutnya warna biru. Aku suka dengan kombinasi warna baju kami. Yang merisaukan aku ialah kasut. Sebab kasut yang aku pakai agak tinggi jugaklah dan akan berjalan di halaman rumah yang berbatu. Target aku ketika itu dapat pegang suami, pegang kuat2 dan jangan jatuh. Heheheh...

Kami tukar2 barang hantaran hari langsung.  Boleh pulak kek yang sepatutnya utk pihak suami sampai di bawa pulang ke rumah suami. Jadi, kami tak dapatlah pilih design yang kami mahu....Hehehe..Tak pe lah.  Kesilapan teknikal. 




Sukanya hati dia...suka nk melepaskan diri kat tol sblm jmp isteri




Terima kasih kat kawan-kawan yang datang dan memberikan hadiah. Kawan-kawan sek rendah dan menengah, kawan2 poli, kawan2 upsi, kawan2 tempat kerja mahkota hotel, kawan2 tempat kerja hospital dan tenaga2 pengajar kami. Memang ramai yg dapat hadirkan diri. Terima kasih banyak2. 












Selesai majlis bersanding dan sesi bergambar dalam rumah, kami tunggu cuaca redup sedikit untuk keluar outdoor. Memang panas ketika tu, Cameraman bgth aku 35 darjah celsius...Pehhh..panas...

Petang tu jugak ada buat hari jadi anak2 buah yang lahir bulan 5 dan bulan 6...Semangat suami aku layan budak2, Aku biarkan je..Hehehe...Belajarlah jadi pak usu n tok busu.



Selesai sambut birthday, cameraman pun ajak kami keluar. Kami mmg dah lama nk outdoor kat sekolah rendah kitaorg. Ala2 mengimbau kenangan. Tak de sape2 pun drivekan kereta. Husband drive sendiri.  Mula2 pak guard tak bagi masuk sebab tiada arahan sesape, ntah apa husband aku cakap. Terus dapat masuk.








Cuaca masatu dah mendung nak hujan. Kami rushing amik gambar. Part2 scene akhir tu hujan dah mula merintik-rintik turun. Sempat lagi kami bincang untuk buat video resepsi majlis kami. Kenalah pujuk en husband supaya dia setuju sbb dia yang kena bayar. Hehehe

Sampai je rumah. Hujan dah turun dengan selebat-lebatnya. Alhamdulillah...Majlis pihak aku dah selesai semuanya. Cuma nak mengemas je. Lepastu aku dan suami tukar baju. Masih segan dengan husband. Jadi, tukar baju lain2 bilik. Lepas husband solat dan rest sekejap, dia pun keluar utk basuh periuk. 

Aku tak tolong. Aku tengok dari tingkap je. Bila aku tengok jam dah nak ke kol 8 malam, aku panggil husband masuk sebab magrib dah panjang. Inilah pertama kali husband imamkan solat kami berdua. Selesai solat kami makan satu keluarga. Selepas tu, husband minta izin untuk balik ke rumah dia.  Selesai hari kedua kami menjadi suami isteri. Nanti aku akan sambung cerita part majlis resepsi rumah en husband di part seterusnya. Nantikan...

Thursday 18 June 2015

Syukur Dengan Anugerah Yang Tidak Ternilai Ini.. Alhamdulillah...Part 1

Dah 5 bulan aku tak update blog ni. Nampak sibuk bebenau. Tapi tak tahu apa yang disibukkan...Alhamdulillah, aku dah berjaya menamatkan pengajian aku kat UPSI selama 4 tahun hujung Januari lepas. Result keseluruhan juga Alhamdulillah walaupun bukan kelas pertama. FYP aku dah jilid walaupun lewat beberapa bulan menjilid. Jumpa penyelia FYP 2 kali je, sekali masa bagi tajuk dan sekali lagi menghantar FYP yang siap dijilid. Hehehe...Dasyat betul. Hal-hal berkaitan dengan UPSI dah selesai. Tunggu untuk konvo je bulan November nanti. Lamanya menunggu dan aku tanam anggur.

Aku nak bagitahu sesuatu ni...Jeng..jeng..jeng... Aku sekarang dah jadi isteri kepada Muhammad Taufiq Bin Hj Razali pada tanggal 5 Jun 2015 selepas waktu asar sekitar pukul 5.15 dan ke atas. Alhamdulillah...Dengan sekali lafaz kini kami telah bergelar suami dan isteri. Macam mimpi pulak tiba-tiba dah ada bedmate. Syukur sangat2 sebab kami dapat menjaga batas2 pergaulan dengan baik sepanjang berkawan dan dalam tempoh bertunang. Kami tidak pernah mendengar suara masing-masing dalam telefon sehingga ke saat di ijab qabulkan. Keluar dating dalam tempoh 2 tahun dapat dikira jumlahnya. 7 kali je kot. Hahaha...Rasa bangga dengan diri sendiri. Janji Allah itu pasti, akhirnya aku bertemu jodoh yang dicari selama ini. Pusing-pusing serata alam, jodohku orang dekat sahaja. 3 minit dari rumah aku ke rumah familynya.

Aku kongsikan link macam mana kami boleh kenal...Hehehe


Persiapan majlis memang memenatkan. Semua perkara dari sekecil-kecil perkara hingga ke besar perlu difikirkan. Terima kasih sangat-sangat kepada sponser-sponser. Almaklum ler aku kahwin betul-betul habis belajar. Tak sempat nak berkerja dan simpan duit lain. Sponser2 inilah yang dapat ringankan sikit kepala aku dari memikirkan banyak perkara dan kewangan.  Antara sponser yang aku terima : 

- Ayam golek 130 ekor hari langsung
- Otak2 1000 keping dan satay 1500 cucuk di malam berinai
- DJ dan PA system 2 hari
- Ais lebih 20 kampit rasanya (tak ingat brp aku ckp kat lori ais haritu)
- Dekorasi hantaran dan goodies kaca
- Kek 3 tingkat hari langsung
- Sireh junjung
- Buah hantaran
- Pulut untuk buat tapai
- Upah kompang
- Bahan memasak nasi jagung
- Barang2 dapur (minyak masak, bawang, gula pasir dll)
- Telur 500 biji dan telur masin 200 biji
- Sotong kering 10 kg
- Kerepek
- Air bikarbonat utk goodies

Pehhhh..tak tersenarai aku. Banyak lagi yang aku terima. Wang ringgit juga. Terima kasih banyak2 kepada yang memberi. Allah sahaja yang dapat membalas.

Seminggu sebelum majlis akad nikah kesihatan dah mula down. Batuk dan selsema merimaskan diri. Macam-macam ubat aku telan tapi macam tak de perubahan. Orang lain dah mula bising supaya aku cari ubat sebelum majlis sebab nanti akan mengganggu fokus aku. Arrrghh...stress jugaklah aku dengan diri aku. 

Hari khamis aku dah mula rasa tertekan. Dah mula tak cukup tidur. 1.30 pagi dah bangun untuk tolong mak rebus telur. Sepanjang siang mengadap bunga telur. Macam nk pengsan aku rasa. Sakit pinggang dan sakit bahu. Malamnya masa utk pakai inai. Dapat la rehat sikit sbb hanya perlu duduk diam je. Bukan aku 1 je berinai. Kakak, kakak ipar, anak buah semua tadah tangan masing-masing untuk pakai inai. Nak dekat pukul 2 pagi jugaklah baru kawan aku dapat balik rumah dia.

Jumaat, lepas siap subuh aku dah mula tinjau mana-mana yang perlu diselesaikan. Mendengar perbincangan abang-abang tentang flow majlis petang nanti. Kalau org kata pengantin berdarah manis kena duduk diam-diam. Aku masih drive ke sana-sini sendiri. Rasa semua nak buat sendiri. Sampaikan nak letak penanda arah dan pasang bunting pun nak buat sendiri. So, aku adalah orang yang harus dipastikan bersarapan berat pada hari itu. Aku redha je walaupun macam tak lalu nak makan. 

Sekitar pukul 12, aku dah mula ready mandi dan rehatkan diri sebab mak andam janji nak datang makeup pukul 2 petang. Usai aku solat zuhur, mak andam dah sampai. Memang punctual. So, siap sedialah aku untuk disiapkan. Cuaca agak panas jugak ketika tu. Terpaksa aku cari extra kipas untuk menyejukkan aku. 

Ngam2 sebelum asar aku dah siap. So, aku ready je untuk majlis lafaz sakinah aku. Aku bernikah kat rumah. Pesan pak imam sehari sebelum majlis, tiada solat sunat selepas waktu asar dan tiada aksi cium2 dikhalayak ramai. Hehehe...

Seperti dijanjikan dengan pak imam. Sekitar pukul 5 majlis bermula, tapi masa tu ada yang datang kat bilik tye aku mana bakal suami aku. Dah pukul 5.10 masa tu tapi rombongan lelaki belum sampai. Tiba-tiba dengar ada orang kata orang sebelah dah datang. Jantung mula nak berdegup laju. Tapi masih tenang. Aku frust sikit dengan contact lense yang aku pakai. Aku memang tak pernah pakai, jadi aku x tahu rasa bila pakai macam mana. Aku nampak dunia aku kabur je. Padahal inilah saat yang paling penting. Aku kena tengok 1 benda tu lama2 baru aku nampak clear. Bengang sehhh...Yang aku risau aku akan nagis je nnt. Cuba sedaya upaya menahan perasaan. Hehehe...

Mula-mula pak imam masuk bilik aku bersama abang aku untuk buat penyerahan wali. Abg Ngah wakilkan pak imam untuk nikahkan aku. Aku tak dapat nak tgk muka Abg Ngah yang sedih. Sebab kakak2 aku sblm ni mmg Abg Ngah sedih masa sesi penyerahan wali.

So, lepas pak imam turun. Aku pun berpindah ke ruang tengah rumah. Pak imam tak panggil turun. Mujur ada guna mig. Maaf en suami sbb en suami tak nak guna mig tapi puan isteri ttp adakan juga. Hehehe...Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku telah menjadi isterinya. Lepas tu kak uda aku bawak aku turun untuk sesi batalkan air sembahyang. Masa part ni la bukan aku je tangan menggigil. Suami jugak. Almaklum ler pertama kali kulit bersentuhan. Bila sampai part salam2 ahli keluarga ni yg aku lemah, air mata memang tak boleh nak tahan. Melalak ngalahkan budak kecik. Allah je yg tahu sayunya hati. 

Lepastu sesi bergambar bersama fotografer. Masih kekok nak bersentuhan dgn suami. Ourdoor sekejap pun masih kekok. Nak berpegang tangan pun rasa cepat je nak tolak. Hehehe...

Malamnya dirumah aku ada majlis baca yasin lepas solat magrib dan seterusnya ada majlis malam berinai dengan tema tradisional melayu. Selesai hari pertama. Aku ada hari2 lain utk bercerita. Jumpa di part seterusnya...Akhir sekali, aku sharekan part saat lafaz sakinah kami. Sekarang dah 2 minggu aku jadi isteri orang. Alhamdulillah...