HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 18 June 2015

Syukur Dengan Anugerah Yang Tidak Ternilai Ini.. Alhamdulillah...Part 1

Dah 5 bulan aku tak update blog ni. Nampak sibuk bebenau. Tapi tak tahu apa yang disibukkan...Alhamdulillah, aku dah berjaya menamatkan pengajian aku kat UPSI selama 4 tahun hujung Januari lepas. Result keseluruhan juga Alhamdulillah walaupun bukan kelas pertama. FYP aku dah jilid walaupun lewat beberapa bulan menjilid. Jumpa penyelia FYP 2 kali je, sekali masa bagi tajuk dan sekali lagi menghantar FYP yang siap dijilid. Hehehe...Dasyat betul. Hal-hal berkaitan dengan UPSI dah selesai. Tunggu untuk konvo je bulan November nanti. Lamanya menunggu dan aku tanam anggur.

Aku nak bagitahu sesuatu ni...Jeng..jeng..jeng... Aku sekarang dah jadi isteri kepada Muhammad Taufiq Bin Hj Razali pada tanggal 5 Jun 2015 selepas waktu asar sekitar pukul 5.15 dan ke atas. Alhamdulillah...Dengan sekali lafaz kini kami telah bergelar suami dan isteri. Macam mimpi pulak tiba-tiba dah ada bedmate. Syukur sangat2 sebab kami dapat menjaga batas2 pergaulan dengan baik sepanjang berkawan dan dalam tempoh bertunang. Kami tidak pernah mendengar suara masing-masing dalam telefon sehingga ke saat di ijab qabulkan. Keluar dating dalam tempoh 2 tahun dapat dikira jumlahnya. 7 kali je kot. Hahaha...Rasa bangga dengan diri sendiri. Janji Allah itu pasti, akhirnya aku bertemu jodoh yang dicari selama ini. Pusing-pusing serata alam, jodohku orang dekat sahaja. 3 minit dari rumah aku ke rumah familynya.

Aku kongsikan link macam mana kami boleh kenal...Hehehe


Persiapan majlis memang memenatkan. Semua perkara dari sekecil-kecil perkara hingga ke besar perlu difikirkan. Terima kasih sangat-sangat kepada sponser-sponser. Almaklum ler aku kahwin betul-betul habis belajar. Tak sempat nak berkerja dan simpan duit lain. Sponser2 inilah yang dapat ringankan sikit kepala aku dari memikirkan banyak perkara dan kewangan.  Antara sponser yang aku terima : 

- Ayam golek 130 ekor hari langsung
- Otak2 1000 keping dan satay 1500 cucuk di malam berinai
- DJ dan PA system 2 hari
- Ais lebih 20 kampit rasanya (tak ingat brp aku ckp kat lori ais haritu)
- Dekorasi hantaran dan goodies kaca
- Kek 3 tingkat hari langsung
- Sireh junjung
- Buah hantaran
- Pulut untuk buat tapai
- Upah kompang
- Bahan memasak nasi jagung
- Barang2 dapur (minyak masak, bawang, gula pasir dll)
- Telur 500 biji dan telur masin 200 biji
- Sotong kering 10 kg
- Kerepek
- Air bikarbonat utk goodies

Pehhhh..tak tersenarai aku. Banyak lagi yang aku terima. Wang ringgit juga. Terima kasih banyak2 kepada yang memberi. Allah sahaja yang dapat membalas.

Seminggu sebelum majlis akad nikah kesihatan dah mula down. Batuk dan selsema merimaskan diri. Macam-macam ubat aku telan tapi macam tak de perubahan. Orang lain dah mula bising supaya aku cari ubat sebelum majlis sebab nanti akan mengganggu fokus aku. Arrrghh...stress jugaklah aku dengan diri aku. 

Hari khamis aku dah mula rasa tertekan. Dah mula tak cukup tidur. 1.30 pagi dah bangun untuk tolong mak rebus telur. Sepanjang siang mengadap bunga telur. Macam nk pengsan aku rasa. Sakit pinggang dan sakit bahu. Malamnya masa utk pakai inai. Dapat la rehat sikit sbb hanya perlu duduk diam je. Bukan aku 1 je berinai. Kakak, kakak ipar, anak buah semua tadah tangan masing-masing untuk pakai inai. Nak dekat pukul 2 pagi jugaklah baru kawan aku dapat balik rumah dia.

Jumaat, lepas siap subuh aku dah mula tinjau mana-mana yang perlu diselesaikan. Mendengar perbincangan abang-abang tentang flow majlis petang nanti. Kalau org kata pengantin berdarah manis kena duduk diam-diam. Aku masih drive ke sana-sini sendiri. Rasa semua nak buat sendiri. Sampaikan nak letak penanda arah dan pasang bunting pun nak buat sendiri. So, aku adalah orang yang harus dipastikan bersarapan berat pada hari itu. Aku redha je walaupun macam tak lalu nak makan. 

Sekitar pukul 12, aku dah mula ready mandi dan rehatkan diri sebab mak andam janji nak datang makeup pukul 2 petang. Usai aku solat zuhur, mak andam dah sampai. Memang punctual. So, siap sedialah aku untuk disiapkan. Cuaca agak panas jugak ketika tu. Terpaksa aku cari extra kipas untuk menyejukkan aku. 

Ngam2 sebelum asar aku dah siap. So, aku ready je untuk majlis lafaz sakinah aku. Aku bernikah kat rumah. Pesan pak imam sehari sebelum majlis, tiada solat sunat selepas waktu asar dan tiada aksi cium2 dikhalayak ramai. Hehehe...

Seperti dijanjikan dengan pak imam. Sekitar pukul 5 majlis bermula, tapi masa tu ada yang datang kat bilik tye aku mana bakal suami aku. Dah pukul 5.10 masa tu tapi rombongan lelaki belum sampai. Tiba-tiba dengar ada orang kata orang sebelah dah datang. Jantung mula nak berdegup laju. Tapi masih tenang. Aku frust sikit dengan contact lense yang aku pakai. Aku memang tak pernah pakai, jadi aku x tahu rasa bila pakai macam mana. Aku nampak dunia aku kabur je. Padahal inilah saat yang paling penting. Aku kena tengok 1 benda tu lama2 baru aku nampak clear. Bengang sehhh...Yang aku risau aku akan nagis je nnt. Cuba sedaya upaya menahan perasaan. Hehehe...

Mula-mula pak imam masuk bilik aku bersama abang aku untuk buat penyerahan wali. Abg Ngah wakilkan pak imam untuk nikahkan aku. Aku tak dapat nak tgk muka Abg Ngah yang sedih. Sebab kakak2 aku sblm ni mmg Abg Ngah sedih masa sesi penyerahan wali.

So, lepas pak imam turun. Aku pun berpindah ke ruang tengah rumah. Pak imam tak panggil turun. Mujur ada guna mig. Maaf en suami sbb en suami tak nak guna mig tapi puan isteri ttp adakan juga. Hehehe...Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku telah menjadi isterinya. Lepas tu kak uda aku bawak aku turun untuk sesi batalkan air sembahyang. Masa part ni la bukan aku je tangan menggigil. Suami jugak. Almaklum ler pertama kali kulit bersentuhan. Bila sampai part salam2 ahli keluarga ni yg aku lemah, air mata memang tak boleh nak tahan. Melalak ngalahkan budak kecik. Allah je yg tahu sayunya hati. 

Lepastu sesi bergambar bersama fotografer. Masih kekok nak bersentuhan dgn suami. Ourdoor sekejap pun masih kekok. Nak berpegang tangan pun rasa cepat je nak tolak. Hehehe...

Malamnya dirumah aku ada majlis baca yasin lepas solat magrib dan seterusnya ada majlis malam berinai dengan tema tradisional melayu. Selesai hari pertama. Aku ada hari2 lain utk bercerita. Jumpa di part seterusnya...Akhir sekali, aku sharekan part saat lafaz sakinah kami. Sekarang dah 2 minggu aku jadi isteri orang. Alhamdulillah...
























No comments:

Post a Comment