Dalam dunia nie,
pasti kita akan jumpa orang yang memandang pada gelaran atau pangkat. Melihat
luaran tanpa mengetahui siapa mereka di sebaliknya. Apa yang bakal aku cerita
nie takde kena mengena dengan apa yang baru aku melalut nie. Hehehehe…Saje nak
buat penyedap ayat. Ceewahhh…Kali nie aku nak bercerita pengalaman ketika aku
bekerja di pasar dulu. Pasar sayur. Pasar mana yang tidak mempunyai bau yang
tak menyenangkan kan. Hakikatnya pasar ada baunya tersendiri. Mula-mula baru bekerja
dulu mmg kerap sangat diri nie nak meludah, tapi lama-kelamaan, hidung aku dah
lali dengan bau pasar. Kat pasarlah aku dapat lihat pelbagai jenis manusia.
Mengenali dan menyelami kehidupan orang lain. Belajar berkomunikasi dengan
pelbagai lapisan masyarakat. Kat pasar kita belajar aku mengenali hati budi
manusia.
Setiap pagi akan
ada seorang pak cik yang akan memberi makan ikan segar kat semua kucing yang
ada kat pasar tu. Lingkungan usia pak cik nie mungkin dah 75++. Kurus dan
rendah sahaja. Nampak dah tulang selangka pak cik nie sebab dia pakai baju
jarang dia butangkan. Setiap pagi seawal 6.30 pagi pak cik akan kayuh
basikalnya ke pasar. Bila kucing-kucing nampak dia, semua dah ready tuk terima
habuan masing-masing. Pak cik nie akan masuk ke pasar beli ikan-ikan yang
sederhana kecil saiznya. Kadang-kadang kembung, kadang-kadang selar. Jadi uncle
yang jual ikan pun dah tahu yang pak cik nie akan beli ikan untuk kucing. Jadi
lepas timbang uncle ikan akan potong dua semua ikan-ikan tu. Kalau besar akan
potong tiga. Lepas tu, pak cik tu akan pergi ke tepi pasar. Kat satu kawasan
yang lapang tu telah menunggu puluhan ekor kucing di sana. Memang banyak
kucing. Kadang-kadang aku pun tak pasti mana kucing-kucing tu datang sebab bila
waktu pagi barulah nampak semua kucing yang ada. Masing-masing akan terima ikan
segar dari pak cik tu. Selalu dengar pak cik tu cakap, “jangan berebut, semua
dapat”. Ada yang makan di situ dan ada akan bawa ke tempat lain. Bukan setakat di
tepi pasar pak cik tu bagi, terus ke tepi jalan utama pak cik akan cari kucing
tuk bagi makan. Patut le kucing-kucing kat pasar tu semakin banyak dan tak mahu
berhijrah, sebabnya ada yang jaga makan minum mereka. Pernah 1 pagi nie, hujan
turun lebat sangat. Pak cik tetap ke pasar dengan basikal usang dia dan baju
hujan. Lepas beli ikan dia bagi kucing-kucing makan dalam pasar. Esoknya, pak
cik tu kena tegur dengan seseorang nie supaya jangan bagi kucing makan dalam
pasar sebab takut kucing buang najis dalam pasar. Ringkas jawapan pak cik tu,
“semalam hujan lebat, tak kan aku nak bagi kucing makan dalam hujan”. Aku rasa
pak cik nie dah bagi kucing makan mungkin dah beberapa tahun. Itulah
rutinya.Tidak pernah tertinggal walau sehari untuk beri si bulus makan. Pernah
aku ceritakan pada mak, mak kata murah rezekinya. Kucing juga akan mendoakan
kita. Lihat pada usia pak cik tu, dia masih kuat mengayuh basikal ke pasar.
Lihat, mungkin kucing-kucing doakan pak cik tu panjang umur dan diberikan
kesihatan yang baik supaya pak cik tu boleh beri mereka makan ikan hari-hari
tanpa perlu mencuri ikan dalam pasar. Pernah aku jumpa pak cik tu di sebuah
kedai untuk ketika aku hendak membeli sarapan pagi. Ramai yang mahu belanja pak
cik tu sarapan. Tetapi dia selalu mengelak sebab katanya tak mahu minum air
manis banyak sangat. Aku harap, pak cik ni akan terus diberikan kesihatan yang
baik supaya kucing-kucing di pasar terjaga makan mereka.
Kucing-kucing di
pasar selalunya datang dari hasil orang yang “membuang” kucing ke pasar.
Mungkin mentaliti manusia akan bersangka jika dibuang di pasar akan mudah untuk
kucing-kucing tersebut dapat makanan. Pernah suatu pagi ketika aku datang ke
pasar, aku lihat ada 4 ekor anak kucing yang cantik-cantik bulunya. Bersih.
Barangkali ada yang membuangnya malamnya. Aku biarkan saja adik-beradik kucing
tu bermain dekat bangku tempat aku berniaga. Bos pun tak bising, jadi aku pun
tak alihkan mereka semua. Lagipun dia tak mengganggu laluan orang ramai. Pernah
aje berlaku anak kucing mati di pijak dek kerana pelanggan pasar tak perasankan
kucing di lantai. Menjerit kuat kucing tersebut tak berapa lama mati keras di
lantai. Ishhh…Aku cukup tak berkenan orang jalan tak mahu tengok keadaan
sekitar. Pada hari yang sama kehadiran 4 beradik kucing tersebut, ada sepasang
adik-beradik yang datang membeli sayur di kedai aku. Tak lama selepas
adik-beradik tu beredar, dia datang sekali lagi untuk bermain-main dengan
kucing. Jadi si kakak berkatalah pada bos aku, “boleh saya ambil kucing ni?".
Bos aku pun jawab, “ambillah…abg bg free je..baru sampai ni. Semalam tak
de”…hahaha…jadi si kakak ambil semua ank kucing tu dan bawa ke motor. Di motor
si adik dah sedia dengan kotaknya. Rasanya ketika beli sayur tadi mereka dah
usha kucing-kucing tu. Balik rumah hantar sayur dan ambil kotak. Sekarang 4
ekor anak kucing dah ada tuan barunya. Percayalah, ada rezeki yang Allah
kirimkan bila kita membela makluk lain.
Kisah yang lain
pula bila ada seekor ibu kucing yang telah sarat mengandung datang ke pasar.
Hari-hari pasti ada yang berhenti di suatu sudut tempat ibu itu berehat dan
berbual-bual dengannya. Biasanya, orang-orang yang datang ke pasar adalah
regular customer. Jadi, dia akan buat perkara yang sama bila ke pasar. Jadi,
orang yang sama juga akan tanya khabar ibu kucing tersebut sampailah kucing tu
selamat lahirkan anak. Bila ibu kucing tu dah melahirkan, memang garanglah dia.
Tak bagi orang sentuh anak-anak dia. Aku nak rapat pun selalu dia marah. Tapi
kalau dengan anak buah aku, dia OK je. Jadi, anak buah aku selalu betulkan
tempat tinggal dia. Tukarkan kotak baru. Letakkan pada kawasan yang tidak kena
air dan tidak terlalu sejuk. Sampai anaknya dah cerdik dia tetap menjadi
penghuni pasar yang setia. Kiranya pak cik dan mak cik yang selalu singgah
jengguk kucing tu dah ada cucu lah…Hehehehe…Cucu kucing.
Tak mustahil
kalau kita sayangkan binatang, sampai mati binatang tu akan kasih pada kita.
Macam cerita dalam FB tu, sampai tuannya dah ke liang lahad si bulus masih
setia menanti di pusara. Mak aku tak de akaun FB, aku tunjukkan cerita itu pada
mak aku, terharu mak aku. Peluk cium dia dengan mimi. Kucing kesayangan bila
ketiadaan aku.
Aku
sangat-sangat respect pada mana-mana hamba Allah yang selamatkan
binatang-binatang ketika musim banjir. Mereka juga mahu hidup seperti manusia.
Mereka juga perlu diselamatkan. Semoga Allah sahaja membalas segala-galanya
usaha mereka itu. Setiap amalan kita walaupun kecil Allah akan hisab.
No comments:
Post a Comment