HANYA AKU...

HANYA AKU...

Monday 16 July 2012

Siapa Mereka...??? part 2


Berkawan biar beribu…Berkasih biar satu…
Rasa2 aku nk cete pasal apa nie?Kawan atau Kekasih? Erm…Aku nk cete pasal kawan sebenarnya.  Dalam hidup nie, kita ada berbagai2 jenis kawan…Ada yg rapat dengan kita, ada yg biasa2 jer, ada yg kita anggap mcm adik kita sendiri, ada yg kita betul2  selesa dgnnya, ada yg kita dah kawan dari kita kecil lg dan sebagainya.  Bagi aku, sekali kita dah berkawan, kita akan menjadi kawan selamanya…

Sebelum aku masuk ke UPSI dulu, aku tanpa sesiapa.  Tiada 1 kawan pun yg aku kenal masuk bersama2 aku.  Bermula dengan 1 perkenalan, akhirnya ramai yg telah bergelar kawan…

Dulu aku ada entry yg bertajuk “Siapa Mereka”… Dan sekarang, aku nk cete sesuatu ttg mereka…Mereka sangat unik dan istimewa dimataku…Perkenalan tanpa diduga, dan aku tahu Allah utuskan mereka menjadi kawan aku utk menggembirakan aku…Alhamdulillah…

Aku mula kenal mereka bila pihak kolej pindahkan aku rumah dan bilik baru.  Aku terpisah dari roomate dan housemate yg sebelumnya sedangkan 5 yg lain masih bersama.  Aku masuk rumah C204 dan mereka telah tinggal bersama selama 4 sem bersama iaitu 2 tahun dan aku adalah orang baru diantara mereka.  Semuanya Pengajian Malaysia dengan pendidikan.  Mula2 tu mmg tak boleh nak masuk aje dgn diaorg.  Aku selalu keluar makan kat luar dan gi bilik kawan.  Lama kelamaan, aku rase selesa dgn mereka nie sbb mereka nie mmg sentiasa ceria.  Mereka tak berkira dengan segala hal, makanan walau sikit perlu dikongsi bersama, makan sama2 dimeja, wat keje sama2 dan sebagainya…

Aku ada satu cete menarik nak share…HAHAHAHAHA…

Sebelum bace, kasi gelak dulu....hahahaha...

Aku bila dgn mereka, mmg susah nk diam…Nak bercakap jer, nak menyakat jer…Tangan aku nie pantang tgk ada yg tgh mandi, mmg kena padam la lampu bilik air.  Menjerit2 la yg ada kat dalam tu…Hehehe..Lg 1, aku nie suka membebel kan diaorg bila ada yg x kena kat mata aku.  Kadang2 diaorg nmpk aku jer, dah wat2 tido.  Hehehe… Oleh kerana aku suka bercakap, jd salah seorang drpd mereka pun mencabar aku utk diam 1 hari 24 jam aje.  Aku pun menyahut la cabaran tu, dan agak susah jugak la sbb tetibe nk jd pendiam.  Jadi, aku wat la muka monyok balik kelas dan terus memerapkan diri dalam bilik.  Apa pun yg mereka ckp, aku x bg respon pape…Aku diam jer…Aku terpaksa peramkan diri dalam bilik bg mengelakkan tercakap.  Dengan roomate aku jer aku ckp, tu pun hanya cakap dalam bilik aje…Hehehehe…Aku dengar dari dlm bilik,  mereka pelik knp aku x kuar dan bercakap.  Diaorg masuk gak dlam bilik aku, tp aku wat diam je la.  Mereka mcm rasa bersalah dan tanya apa salah diaorg pada kau.  Aku geleng jer.  Diaorg kata rase pelik sbb tetibe aku diam…Hehehe..
Lepas cukup 24 jam, haaaahhhhh..lepas bebanan…Esoknya pas aku balik kelas, terus aku masuk bilik2 diaorg.  Dan gelak la kuat2…Diaorg kata, diorg risau tp diaorg agak yg aku terima cabaran diam shuhada…Hehehe…


Siapa mandi, kasi tutup lampu...Hehehe...

Banyak peristiwa yg berlaku antara kami…1 semester tinggal bersama mereka buat aku sentiasa ceria.  Kalau ada masalah, aku blh kongsi apa sahaja yg aku nk, mereka akan jd pendengar yg baik.  Klu aku ada masalah dgn kwn2 lain, mereka akan jd penghibur paling setia.  

:::kita sambung lagi nanti...:::

No comments:

Post a Comment