HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 27 July 2012

Terima kasih kawan . . .

Sekadar utk renungan...
Jangan sesekali kita  membuang persahabatan krn org yg membuang persahabatan tu adalah org yg rugi.  Cuba kita fikirkan, knp kita memilih dia utk bersahabat.  Pasti ada keistimewaan yg ada pd dia yg membuatkan kita senang memilih dia sbg sahabat kita. Satu perkara yg perlu kita ingat, sahabat kita bukan malaikat.  Dia tetap ada kelemahan dan kekurangan dalam dirinya.  Apabila kita melihat kekurangannya, jgnlah kita beranggapan yg dia tidak sempurna ttp terimalah dia dgn seadanya.  Jika 1 hari nnt apabila kita meminta pertolongan daripadanya, dan dia tidak dapat membantu.  Janganlah kita salahkan dia dan terus membuang dia tetapi fikirlah 10 kebaikkan yg pernah dia lakukan dalam hidup kita...
Wallahhualam...

Thursday 26 July 2012

Hartaku . . . Keluargaku . . .

Siapa yg tak sayang keluarga kn...Semua org sayang keluarga...Kalau ada yg tak sayang tu, ada masalah lah dia dgn keluarganya...Keluarga adalah harga terbesar yang aku ada.  Aku bangga punyai keluarga sebesar ini. Hubungan kami dalam keluarga, cukup baik...Walaupun keluarga aku nie kategori "keluarga bising", tp nilah rencah kehidupan.  Nama pun org melaka kn...Hehehe...

Jom aku kenalkan org2 yg ada dalam keluarga besar aku nie.... 
Sblm tu, aku nk bgth yg setiap gambar yg aku upload adalah gambar koleksi lama...Yg terbaru xde...hehehe

Mula2, mestilah mak dan ayah aku dulu...Hehehe...

Hj Md Ali Bin Alias + Hjh Merah Binti Koming


Hasil perkongsian hidup, keharmonian rumahtangga, kasih sayang sepanjang hayat, toleransi...mereka dikurniakan bukan 1, 2, 3 tetapi 13 orang anak iaitu 7 perempuan dan 6 lelaki...Alhamdulillah...

Jom kita tengok anak-anak beserta pasangan dan cucu-cucu mereka sehingga ke hari ini....


1. Zaharah + Wahab ( 5 orang )
2. Zainuddin + Zaleha ( 6 orang )
3. Abu Bakar + Noriah ( 2 oarang )
4. Maimunnah + Roslan ( 5 orang )
5. Moktar + Rohaidah ( 4 orang )
6. Moktaba + Jijah ( 4 orang )
7. Rohidah + Shaharuddin ( 5 orang)
8. Masitah + Osman ( 7 orang )
9. Sha 'edah + Jamal ( 3 orang )
10. Hanif + Norfarha
11. Zainon + Zairi ( 3 orang )
12. Salleh
13. Masturah


Jumlah cucu terkini 44 oarang
Lelaki 18 orang dan perempuan 26

Perbezaan ketara diantara cucu lelaki dan cucu perempuan...
Diantara cucu-curu yg ada, seramai 6 cucu telah mendirikan rumahtangga...
Ini bermakna mereka telah mempunyai cicit iaitu seramai 15 orang cicit

Secara tak langsung, aku bukan aje dapat panggilan busu tetapi nek busu juga...hehehe...

Kalau ditambah kesemuanya masih belum mencecah 100 orang....80 orang
Inilah keluarga besar aku.  Harta beharga yg aku ada...
Alhamdulillah...

Jom view beberapa gambar famili yg ada...



Ni sebahagian kecil famili aku...Ramai yg tak de dalam gambar nie...
Gambar diambil 8 tahun lepas selepas sehari majlis perkahwinan kakakku zainon...



Yang serba ungu nie pulak keluarga angah aku...Hj Zainuddin bersama isteri 6 orang anaknya...
Raya tahun berapa aku x pasti...hehehehe...



Yg ni pulak, keluarga abang uda aku...Hj Abu Bakar bersama isteri dan anaknya...
Raya tahun 2011....
InsyaAllah, hujung tahun nie uda aku akan terima menantu utk anak gadisnya ini....



Yg ni pulak keluarga Masitah beserta suami dan anak-anaknya...
Raya tahun bila pun tak tahu...
Ketika ini anakknya baru 4 org, sekarang dah 7 org...
Ada 2 pasang kembar, sepasang lelaki dan sepasang perempuan...


Ni je la gambar keluarga masing2 yg aku ada...

Tahun 2013 akan bertambah ahli keluarga lagi...Akan bertambah seorang cucu dan seorang cucu menantu...
Bila agaknya, aku nk tlg tambah jumlah ahli keluarga yer....Hehehe...
:::SEKIAN:::

Istikharah dalam langkah . . .

Dalam hidup nie, kita tak kan tahu apa yg telah dituliskan utk kita oleh Allah SWT...Semuanya adalah rahsia dan kita perlu mencarinya.  Ajal, maut, rezeki dan jodoh telah ditetapkan oleh Allah sejak kita berada dlm rahim ibu lagi. 

Soal jodoh...Knp ramai org kecundang akhirnya setelah jalinkan hubungan terlalu lama dgn pasangan atau hubungan tu baru sahaja  terbina.  Kita selalu kata, "tak de jodoh"... Knp kita yg baru nk berkenalan nie tak mahu wat istikharah ketika ketika mula2 nak mengenali seseorang itu.  Tujuan istikharah yg kita wat adalah meminta petunjuk sama ada si dia ini sesuai / serasi tuk dijadikan kawan.  Bayangkan jika kita bersama dgnnya beberapa tahun ttp si dia bkn jodoh kita krn kita tidak pernah meminta petunjuk pada Allah...Alangkah buang masanya kita ketika itu kerana kealpaan kita... Jadi, lakukanlah istikharah cinta tuk diri sendiri tuk minta petunjuk pada Allah kerana Allah lebih mengetahui segala2nya...


Tajuk Nasyid : Istikharah Cinta


Bersaksi cinta di atas cinta

Dalam alunan tasbihku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Memenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta








Tuesday 24 July 2012

Jarak itu kasih sayang kami . . .



Apabila aku upload gambar ini di FB..Inilah semangat aku utk menempuh cinta jarak jauh antara aku dan dia..."HATI" kami harus kuat utk menempuh dugaan yg mendatang.  Jarak bukan ukuran asalkan hati tak berubah... InsyaAllah...Ada doa dalam setiap doaku utk perhubungan kami...

Mama si dia reply pada post gmbr ini yg membuatkan aku terharu...

" Begitulah yang kami harap-harapkan.Insya-Allah......"

Aku hanya mampu membalas....InsyaAllah...Aminn...


Aku sedar, perhubungan kami baru bermula...Banyak lagi yg harus kami tempuhi...Kami akan cuba bina perhubungan ini supaya ianya berakhir dengan ikatan yang sah...

Cepat atau lambat, jika dia JODOHKU, kami akan disatukan jua akhirnya... Aminnn...




Sunday 22 July 2012

Pucuk di cita, ulam mendatang . . .

Hari nie aku duk tgk cuti sem akan2 dtg dan cuti umum Malaysia tuk tahun 2013...Tujuannya, nak ajak si dia gi kursus kahwin hujung tahun depan...Nk dijadikan cerita, aku pn tahu la yg thn depan, utk tahun ketiganya aku akan berpuasa semasa cuti sem bersama keluarga...Alhamdulillah...So, bgth la kat dia yg thn depan puasa dgn family lg...Saje nak kasi dia jeles...Hehehe...

Pastu dia tye, bln 12 xde cuti ker?...Hehehehe...rupa2nya dia nk ajak gi kursus kahwin...Aku br nk ajak bincang mlm nie, dia dah bg hint ptg td...Aku pun jelaskan lah apa yg aku fikirkan...Ngam...2 in 1...Hujung tahun depan gi kursus kahwin...Yesss....Menjadi impian aku nk gi kursus kahwin dgn bakal suami supaya dua2 dpt dgr ilmu yg sama supaya blh wat rujukan dlm rumahtangga...Klu bkn impian, dah lama aku amik saing kawan2 yg amik kat poli n upsi tp sbb aku ada impian...InsyaAllah, terlaksana....


Menjadi impian setiap org...

Friday 20 July 2012

Rindu...

Kerana rindu kpd insan2 tersayang yang telah 'pergi' dulu membuatkan aku tergerak utk melawat mereka hr ini...Tepat masanya, hr jumaat sblm tibanya Ramadan esok...

Selepas bersihkan rumah mereka, aku hadiahkan sesuatu buat bekalan mereka...Sayu hati ini...Tenang jer rasa selepas dpt bertemu mereka setelah sekian lama aku tidak datang mengunjungi mereka.  Aku kongsikan sedikit cerita buat mereka.  Aku ceritakan 'teman baru' yg aku ada skrg utk aku jadikan calon suamiku...InsyaALLAH...

Jika si dia adalah bakal sumaiku yg sebenar, aku janji akan bawa si dia mengunjungi insan2 yg ku sayang ini utk si dia turut mengenali mereka...

Al-Fatihha untuk arwah ayah dan mak lang...Semoga mereka di tempatkan di golongan orang2 yang beriman disisi Allah...Aminn....

Hj Md Ali Bin Alias dan Hjh Fatimah Binti Alias



 My Hero...25 Mei 1988

Thursday 19 July 2012

Ramadan Datang Lagi . . .

Alhamdulillah...anak bulan pun dah muncul...Jd lusa seluruh umat Islam akan menunaikan rukun Islam ketiga, berpuasa di Bulan Ramadan...


Hati rasa seronok sangat nak sambut Ramadan kali ini...Selain berpuasa kerana ALLAH, aku ada beberapa target yg aku nak capai...
Kalau nk dpt puasa penuh, x mungkin la kan...Hehehe...

Antara targetnya ialah :

 * Nak memanfaatkan Ramadan kali nie sebaik mungkin dari segi amalan kerohanian

* Nak kurangkan berat badan...Hehehe

* Nak gi solat terawih

INSYAALLAH...


Setakat nie, inilah target2 yg aku ada...

Nnt pas raya, aku update yer berat badan berkurang atau bertambah...Hehehe....

Dan kepada seluruh umat Islam, Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak...


:::puasa jgn tak puasa yer:::

Wednesday 18 July 2012

Note...

Sejak 2 menjek 3 menjek 4 menjak nie aku rajin update entry kn...hehehe...Apa2 cete yg best, aku nk kongsikan dgn blog nie...Xde yg follower pun x pe sbb aku menulis kerana aku...Hehehe...


Hah...apa korang pk bila aku letak gambar baby nie...Hehehehe..

Jeng3....
Actually, td si dia melawat rakan sekerja yg melahirkan anak.  Jd, aku tanyalah nama anak kawan dia tu. Tp, dia lupa sbb namanya panjang.  Jd, aku kata, panjang nama panjanglah maksudnya...

Pastu dia pun bgth 2 nama anak lelaki yg dia suka...

Namanya ialah.....

Qamarul Haziq dan Qamarul Afiq

Qamarul nie maksudnya orangnya tersendiri kata si dia...

Bg aku, mmg aku suka org yg namanya menggunakan nama dgn huruf Q sbb x semua org guna...hehehe...

Mengikut search aku kat google, Afiq bermaksud Yang mulia
dan 
Haziq bermaksud cerdik, pandai

Manakala Taufiq pulak maksudnya pertolongan, petunjuk dan nama aku Masturah bermaksud Yang terpelihara...


InsyaAllah....

Semoga Allah permudahkan...

Qamarul Haziq Bin Muhammad Taufiq
dan
Qamarul Afiq Bin Muhammad Taufiq

Aminn...


:::p/s : si dia, sy x nk ank ramai2..sepasang pn jd la...paling ramai pn 4 org...tp kalau ter'ramai' tu, maknanya rezeki....hehehe...:::

Maharku . . .



Pas aku post share pic nie kat fb, si dia pn like…pastu dia hntr msj kat hp dan ckp pasal aku post nilai hantaran.  Aku kata aku post share jer dan xde la sampai nk letak harga setinggi yg dinyatakan kat situ.  Jd si dia pun tanyalah brp nilai yg aku nk mintak sbb dia blh wat simpanan tuk bg kat bakal isteri dan belanja tuk majlis rumah dia.  Jd, aku kata bg pihak aku tak kan mintak terlalu byk..Kadar sederhana jer…Lgpn tak nak sampai bakal suami berhutang lepas kahwin…Siapa yg x suka hantarannya mahal kn, tp biar berpada2…Lgpn aku tahu yg dia perlu sediakan mcm2 perkara selepas kami disatukan nnt…Semua perlukan belanja yg besar.  Jd, aku bgth la pendapat 2 angka yg aku suka dan dia memilih salah satunya…

Aku tertarik apabila si dia menyuarakan niat hatinya sbg target…si dia nk tanggung sendiri duit hantaran, duit beli barang dan duit kenduri makan…Katanya , “InsyaALLAH dipermudahkan dan tercapai”…Aminn


Ya Allah, niat kami adalah menghalalkan satu ikatan…Jika perancangan kami ini baik disisiMU, kau permudahkanlah perancangan kami ini…Aminn…


InsyaALLAH...Demi matlamat ini...


Calon Imamku, nnt awak solat dulu yer sblm kita batalkan air sembahyang...



Tak pun kita berjemaah begini...

Kalau niat kita baik, pasti ada jalanNya...

:::jumlah mahar yg dibincangkan x blh di post kan di entry ini...harap maklum...hehehe...:::


Tuesday 17 July 2012

Siapa Mereka...??? final

Akhirnya, inilah part terakhir aku bercerita ttg mereka.  Mereka adalah sebahagian sejarah kehidupanku di UPSI.  Pertemuan ini membuatkan aku tidak pernah merasa sunyi...Aku harap kita semua akan jd kawan sampai ke syurga...InsyaALLAH...

Andai kalian membaca penulisan aku nie, ini semua lahir dari hati aku sendiri.  Aku bersyukur mengenali kalian semua dan kalian menerima aku menjadi sebahagian dari hidup kalian.  InsyaAllah, kita akan bersama semua 8 bln lg iaitu Febuari 2013...Kalau x keberatan, aku nk tinggal dgn kalian tuk semester terakhir kalian...Semester 8...Kalian sentiasa ada dlm hati aku.  Banyak kenangan antara kita semua.  Kalau aku nk tuliskan satu persatu, mmg terlalu byk part nnt...hehehe...

"Sekali kita dah berkawan, selamanya kita adalah kawan"...InsyaAllah, sampai syurga...


Berbaju pink paling tepi, adalah husna...org yg menggantikan aku selepas aku keluar dr C204...


Siapa Mereka...??? Inilah mereka...


credit kat paey sbb wat pic nie...suke3...


InsyaAllah...


InsyaALLAH, sampai syurga..

Aku dedikasikan 1 lagu utk kalian semua...



:::SEKIAN:::

Siapa Mereka...??? part 5


Tahun nie, pertama kali aku menyambut hari lahir mereka semua.  Walaupun ringkas, ttp penuh bermakna buat aku.  Tanda aku menghargai mereka. 


Aku, paey dan shuhada



Separuh dah selamat masuk perut
***gambar lain x blh letak sbb x sesuai tuk tontonan umum...hehehehe..***


Yg ni utk ika, linda dan jojo


Yg diraikan...


Yg 2 lg tak tahu, sbb yg mereka tahu nak sambut besday linda..tp sebenarnya nk sambut besday bertiga..ika, dah lepas dan jojo beberapa hr lg...

Ketika ini jugak la, merka mengangkat tangan mendoakan aku supaya dipertemukan dengan jodoh yg baik sebaik mungkin.  Doa yg diketuai oleh mek.  Aku terharu sangat2...

Lepas aku balik dr sambut besday linda, jojo dan paey...Jojo ckp, "aku rasa mcm dah terlewat aku mengenali diaorg...aku x sangka pulak mereka sebaik ini..." Aku hanya boleh kata, "sbb ni lah aku selalu jenguk mereka, dan kau selalu tak mahu ikut aku jmp mereka..."


Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan.  Aku terpaksa redha pemergian mereka ke praktikum.  8 bulan kami tidak akn berjumpa. Bohonglah klu aku rasa tak rindu pada keceriaan mereka.  Saat2 sebelum berpisah, 3 kali kami keluar makan luar.  Seronok sgt2.  Sebak hati nie bila nk salam melepaskan mereka pergi.  Hanya Allah yg tahu mcm mn remuknya hati ini bila satu persatu pergi tinggalkan aku sendirian.  Aku sempat hantar linda dan shuhada naik bas kat bus station TM.  Sebak hati nie peluk mereka lbh2 lg linda.  Sbb linda mereka panggil kami “kembar x seiras”.  Mcm kakak dan adik bila kami duk berdua. Hehehe…Aku tak sempat jmp paey sbb aku lmbt sampai.  Paey dah naik bas bila aku sampai…Sedih…Ika, aku gi kolej jmp dia.  Walaupun malam yg dia nk balik Kelantan tu, aku ada 2 paper penting esoknya, aku tetap gi hantar dia naik bas.  Biarlah, hantar sekejap jer..lgpn aku nk jmp dia.  Aku dan dia adalah org terakhir yg kunci umah byk kenangan tu.  C204…Aku ckp, “mek, klu aku rindu kolej, aku nk gi umah sape lepas nie?..” Dia ckp, “dtg je la…walaupun kami tak de.  ..”..Saat sebelum dia nak naik bas, sebak sgt2 kat hati..Allah jer yg tahu kekuatan hati aku ketika itu… “Mek, aku dah takde sape2 kat sini, jojo pn nk kawen”… “Mas, mu kena kuat, aku tahu mu kuat…mu blh wat semua perkara sendiri…mu mmg kuat..klu mu ada masalah, mu tel la kami2 semua yer..kami2 semua ada utk mu walaupun jauh…”..Terima kasih kawan2, aku tahu kamu semua mmg ada utk aku..


Ni la dinner terakhir kami... : -  (


 Terima kasih kerana kalian berjumpa aku di bahtera arked...


:::kita bersambung di part seterusnye...:::

Siapa Mereka...??? part 4


Banyak sgt kenangan bersama mereka.  Mereka mmg ckp prihatin.  Masa aku terlibat dgn fashion show, aku bgth mereka yg aku pening kepala nk cari baju tuk aku as pereka.  Jd, kebetulan hari yg aku bgth tu, mereka takde kelas semua.  Tp masing2 ada urusan praktikum yg perlu diselesaikan.  Jd, mereka kata, lepas semua selesai urusan masing2 mereka nk bawak aku ke Jusco Rawang.  Perjalanan 1 jam dr  tg malim.  Aku pn menurut jer perintah.  Terharu aku bila mereka sanggup bersusah payah utk tlg aku.  Dr  mencari kereta sewa, hinggalah drive kereta pergi dan balik.  Aku hanya perlu duk diam jer.  Mereka berperanan jd perunding imej aku.  Byk kedai yg kami masuk.  Setiap fitting room yg aku masuk, diaorg akan ikut masuk jugak.   Malu aku sbb diaorg tgk aku.  Hehehe…Aku turutkan juga walaupun penat melayan kerenah mereka.  Mereka mahukan yg okey utk dipandang mengikut budget yg aku tetapkan.  Alhamdulillah…Aku letih dan aku tahu mereka jg letih.  Terima kasih sbb mereka sudi membantu.  Lepas tu kami gi la McD rawang sblm balik.  Almaklum ler, kete sewa…Tak boleh nk keluar lama2...


Walaupun blurr..tp aku suke gmbr nie...tggu cool blog siap...


Letih melayan aku...hehehe


Cun la kn...hehehe

   
Inilah baju yg mereka carikan utk aku...Modelnya ialah paey, hosemate C204...
Terima Kasih paey sbb sudi jd model utk rekaan baju aku...


Ni lah pereka dan model tuk koleksi warna kelabu.  Walaupun koleksi nie hanya 2 org jer, tp aku puas hati sbb ada wakil yg menang walaupun tempat ke 3

Jom layan video ringkas koleksi aku yer...Hehehe



:::kita bersambung di part seterusnye yer...:::

Monday 16 July 2012

Siapa Mereka...??? part 3


Knp hanya 1 semester  shj aku tinggal serumah dgn mereka?

Sbb, ramai kwn2 sekelas aku yg amik keputusan kuar kolej dan duk umah sewa.  Tak de sape kat kolej, jd aku pn amik keputusan ikut jojo duduk bahtera arked supaya ada org yg blh tlg ajar aku jahit.  Sbb lain, aku tak sampai hati nak biar jojo duk sorang2 sbb sejak hr pertama kami masuk upsi, dia bergantung dengan aku.  Dan mereka aku tinggalkan…..  Susah aku nk berterus terang utk aku tinggalkan mereka, sbb mereka terlalu baik.  Jadi, aku amik keputusan mengemas barang  dan berpindah selepas mereka semua balik kg.  2 nota ringkas aku tinggalkan. 1 dalam laci syahirah as roomate aku dan 1 lg atas meja mek ika sebagai wakil kpd 3 yg  lain…



Isi kandungan surat tu ialah :

Surat untuk roomateku…

Assalamualaikaum syahira…
Aku nk minta maaf kat ko sbb aku kuar dari umah nie tak bgth kau. Bkn kau jer aku x bgth tp 1 umah aku tak bgth.  Aku amik keputusan kuar kolej sbb kawan2 aku ramai yang kuar dari kolej. Aku nak minta maaf kat kau kalau aku ada wat salah kat kau sepanjang aku tinggal sebilik dengan kau.  Kalau aku ada termakan dan terminum, harap minta halalkan yer.  Harap kita jadi kawan bukan setakat disini jer, tapi sampai bila2.  Pas ni kau dapat roomate baru. Harap dia lagi baik dari aku yang selalu wat bising nie…hehehe..akhir kata aku mohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan yang aku lakukan sepanjang aku mengenali kau…maafkan yer…
WASSALAM…


Surat untuk housemateku…

Assalammualaikum…paey,linda,shuhada dan ika…
Mesti korang suspenkan sebab jumpa surat nie…Tujuan aku tulis surat nie sebab nk minta maaf sgt2 kat korang sebab aku kuar umah nie tanpa bgth korang secara rasmi. Aku sengaja balik lambat sebab aku nk korang kuar dulu dan baru aku angkat barang2 aku.  Aku amik keputusan utk tidak bagitahu korang sebab aku tak sampai hati nk bgth.  Korang baik sgt kat aku. Tak berkira dengan aku apa pun keadaan. Aku amik keputusan kuar kolej sebab ramai kawan2 aku yg amik keputusan duk umah sewa. Umah depan pun tggl sorang jer yang lain2 semua kuar.  Aku nk minta maaf sangat2 kat korang sbb aku tahu aku dah byk kali sakitkan hati korang semua.

To paey : Ko geng speker aku yg boleh bikin umah nie bergegar. Aku tahu aku dah beberapa kali wat ko marah. Antaranya bila aku ketawakan kau ngah wat blog. Aku minta maaf sgt2. Selalu kejutkan kau bangun tido dan tarik langsir bilik ko masa ko tido. Aku tahu kau tak suka. Maafkan aku yer paey…

To linda : Kembar aku yg tak sama perangai.  Aku minta maaf yer linda sbb selalu ckp pasal “asset” kau yang paling berharga sampai ko post kat fb kau. Tu bkn kelemahan tp kelebihan kau. Aku selalu tutup lampu bila kau mandi, tgk kau mandi dan byk lagi aku wat. Aku tahu ko pun byk terasa hati dgn aku tp kau cepat cool. Maafkan aku linda.

To shuhada : Maaf sangat2 kat kau sebab rasanya dalam sehari terlalu byk perkara yang aku wat pada kau. Selalu bisingkan kau suh mandi. Suh kau bangun tido. Lipat baju dan byk sgt sangat yang aku bebelkan. Tapi selalu yang aku bebelkan bkn dtg dari hati aku tapi sekadar berkata2 aje. Kalau kau terasa hati, aku minta maaf sangat2.

To ika : Mek, maaf yer sebab selalu hadiahkan kau haruman “gas beracun” aku. Bukan sengaja mek tapi tak tahu kadang2 baunya amat dasyat.  Selalu kirim kat ko belikan makanan sedangkan aku boleh jer turun sendiri. Maafkan aku mek.

Dan sekali lagi aku minta maaf sebab tak bgth yg aku nk kuar dr kolej nie. Nak minta maaf jugak sebab dah banyak sgt salah yg aku wat. Harap kalian tak simpan dalam hati. Dan nie yg paling penting, aku nk minta halal dunia akhirat setiap makanan yg aku mkn. Kadang2 tak bgth. Harap dihalalkan yer. Kalau aku ada hutang kat korang, bgth la aku.  Mungkin aku terlupa atau terlepas pandang.  Aku seronok dpat kawan dengan korang.  Hope hubungan nie tak habis takat sini jer. Bila2 blh jumpa lg. Klu nk ajk men badminton, bgth la..Kalau aku boring, blh kn aku datang umah ni lagi?. Kalau aku rase nk tido umah nie lg, blh kn aku datang?...

UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA, AKU MOHON AMPUN DAN MAAF DIATAS SETIAP KESALAHAN YANG AKU LAKUKAN KAT PAEY, LINDA, SHUHADA DAN IKA DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI DAN HALALKAN MAKAN MINUM AKU SEPANJANG AKU BERSAMA KALIAN…
“SAYANG KETAT2 KAT KORANG, PELUK ERAT2 KAT KORANG”…
FRIENDSHIP FOREVER….
~~~masturah binti md ali~~~



 Di sini bukan pengakhirannya….Lepas sem baru bukak, aku pn ke kolej melawat mereka. Tetapi ketika tu mereka tak tahu lagi kecuali syahira sbb bilik yg aku letakkan surat utk housemate x blh dibuka sbb xde kunci.  Jd, mereka tanya mn beg aku dan aku tido mn…Aku jwb aku tido umah kawan kat luar.  Ttp ketika tu syahira dah tahu cuma dia x bgth yg lain2 sehingga mereka tahu dgn sendirinya. 

Aku tetap tak abaikan mereka. Bila aku ada masa, aku dtg lawat mereka.  Hujung minggu aku tido rumah mereka sampaikan roomate aku kecik hati sbb selalu aku tinggalkan dia.  Tetapi, aku terangkan padanya kenapa aku perlu melawat mereka.  Dan akhirnya, dia faham.  Bayangkan aku selalu berulang antara Selangor dan Perak..Hehehe…Tak jauh pun bg aku kerana kawan2…Kadang2 aku kerumah mereka semata2 utk tido dan lepaskan keletihan bebanan  tugasan yg byk…Gaduh dgn jojo pn aku lari ke rumah mereka…hehehe…Rumah mereka berdekatan banjaran titiwangsa, jd kawasan rumah mereka berada di zon sejuk dan lena tuk tidur..hehehe…

:::bersambung part seterusnya...:::

Siapa Mereka...??? part 2


Berkawan biar beribu…Berkasih biar satu…
Rasa2 aku nk cete pasal apa nie?Kawan atau Kekasih? Erm…Aku nk cete pasal kawan sebenarnya.  Dalam hidup nie, kita ada berbagai2 jenis kawan…Ada yg rapat dengan kita, ada yg biasa2 jer, ada yg kita anggap mcm adik kita sendiri, ada yg kita betul2  selesa dgnnya, ada yg kita dah kawan dari kita kecil lg dan sebagainya.  Bagi aku, sekali kita dah berkawan, kita akan menjadi kawan selamanya…

Sebelum aku masuk ke UPSI dulu, aku tanpa sesiapa.  Tiada 1 kawan pun yg aku kenal masuk bersama2 aku.  Bermula dengan 1 perkenalan, akhirnya ramai yg telah bergelar kawan…

Dulu aku ada entry yg bertajuk “Siapa Mereka”… Dan sekarang, aku nk cete sesuatu ttg mereka…Mereka sangat unik dan istimewa dimataku…Perkenalan tanpa diduga, dan aku tahu Allah utuskan mereka menjadi kawan aku utk menggembirakan aku…Alhamdulillah…

Aku mula kenal mereka bila pihak kolej pindahkan aku rumah dan bilik baru.  Aku terpisah dari roomate dan housemate yg sebelumnya sedangkan 5 yg lain masih bersama.  Aku masuk rumah C204 dan mereka telah tinggal bersama selama 4 sem bersama iaitu 2 tahun dan aku adalah orang baru diantara mereka.  Semuanya Pengajian Malaysia dengan pendidikan.  Mula2 tu mmg tak boleh nak masuk aje dgn diaorg.  Aku selalu keluar makan kat luar dan gi bilik kawan.  Lama kelamaan, aku rase selesa dgn mereka nie sbb mereka nie mmg sentiasa ceria.  Mereka tak berkira dengan segala hal, makanan walau sikit perlu dikongsi bersama, makan sama2 dimeja, wat keje sama2 dan sebagainya…

Aku ada satu cete menarik nak share…HAHAHAHAHA…

Sebelum bace, kasi gelak dulu....hahahaha...

Aku bila dgn mereka, mmg susah nk diam…Nak bercakap jer, nak menyakat jer…Tangan aku nie pantang tgk ada yg tgh mandi, mmg kena padam la lampu bilik air.  Menjerit2 la yg ada kat dalam tu…Hehehe..Lg 1, aku nie suka membebel kan diaorg bila ada yg x kena kat mata aku.  Kadang2 diaorg nmpk aku jer, dah wat2 tido.  Hehehe… Oleh kerana aku suka bercakap, jd salah seorang drpd mereka pun mencabar aku utk diam 1 hari 24 jam aje.  Aku pun menyahut la cabaran tu, dan agak susah jugak la sbb tetibe nk jd pendiam.  Jadi, aku wat la muka monyok balik kelas dan terus memerapkan diri dalam bilik.  Apa pun yg mereka ckp, aku x bg respon pape…Aku diam jer…Aku terpaksa peramkan diri dalam bilik bg mengelakkan tercakap.  Dengan roomate aku jer aku ckp, tu pun hanya cakap dalam bilik aje…Hehehehe…Aku dengar dari dlm bilik,  mereka pelik knp aku x kuar dan bercakap.  Diaorg masuk gak dlam bilik aku, tp aku wat diam je la.  Mereka mcm rasa bersalah dan tanya apa salah diaorg pada kau.  Aku geleng jer.  Diaorg kata rase pelik sbb tetibe aku diam…Hehehe..
Lepas cukup 24 jam, haaaahhhhh..lepas bebanan…Esoknya pas aku balik kelas, terus aku masuk bilik2 diaorg.  Dan gelak la kuat2…Diaorg kata, diorg risau tp diaorg agak yg aku terima cabaran diam shuhada…Hehehe…


Siapa mandi, kasi tutup lampu...Hehehe...

Banyak peristiwa yg berlaku antara kami…1 semester tinggal bersama mereka buat aku sentiasa ceria.  Kalau ada masalah, aku blh kongsi apa sahaja yg aku nk, mereka akan jd pendengar yg baik.  Klu aku ada masalah dgn kwn2 lain, mereka akan jd penghibur paling setia.  

:::kita sambung lagi nanti...:::

Sunday 15 July 2012

Aku, Dia & Wifi . . .

Seperti yg pernah dikatakan sblm nie, aku dan si dia nie berkasih sayang jarak jauh...Pemisah kami adalah lautan...Perhubungan komunikasi kami ialah FB dan HP...Komunikasi fb berlaku dr hr isnin sampai ke jumaat pagi...Jumaat tengahari si dia dah keluar dr sekolah utk solat Jumaat.  Jd, jumaat tgh hr bila si dia dah sampai pekan, ada la line tel...Masa tu kami dah berkomunikasi dgn hp jer...

Tp minggu lepas, hari Selasa pagi tu, elok jer dia hntr msj guna fb kat aku.  Nk dijadikan cerita, kitaorg br berbalas 2 3 msj dan selepas dia hantar msj nie...

"Nk wt cmne da cmtu percaturan hdp dia muahaha.. Da smpai mlk ke?" (masa tu aku otw nak balik dr shah alam ke melaka)

"Br smpi senawang.rehat jp.."

..............Pas tu terputuslah hubungan komunikasi dgn fb...Byk la jugak aku hntr msj kat fb...berduyun2...aku  agak sama ada wifi yg rosak atau si dia jadi guru pengiring pelajar gi kem motovasi...

Jd, dr hr selasa tu, aku hntr msj mcm biasa tp x berbalas smpi la hr jumaat...Bila jumaat, tgk jam kul 10.30 pg, dah set la yg si dia dah kuar dr sekolah...Kul 12.02 ptg bunyi la msj kat hp...Tet..tet..tet..tet...Senyum lebar, pasti msj dr dia... : - )

"Wifi rosak, sory..."


Benda nie yg rosak...Si dia kata dah bgth kat guru besar da...


Spt yg aku dah agak...3 hr tanpa msj fb dr dia adalah disebabkan wifi rosak...Si dia ckp, paling lama...wifi pernah rosak 4 bln...Amboiiii...bkn main lama lg...Menguji kesabaran klu kena sekali lg mcm tu...Hehehe...Harap2 tak rosak la lg...

Sbb tu la nama entry nie,  "Aku, Dia & Wifi"

:::Kalau korang nk tahu, tajuk entry nie si dia yg bg...Tp sblm nie si dia kata wat tajuk Wifi, Aku & Dia...Tp, dia suh tukar sblm entry nie ditulis...hehehehe...:::

Friday 13 July 2012

Dimana aku berdiri, disitu aku menabur bakti...

Jika diizinkan Allah, 1 hari nanti aku akan jadi seorang pendidik...tenaga pengajar...CIKGU...InsyaAllah
Walaupun ianya lambat lagi, tetapi aku perlu bersedia dimana aku akan ditempatkan.   Aku bersyukur kerana Allah memberikan rezeki pada aklu untuk melanjutkan pelajaran di UPSI dalam bidang pendidikan kerana CIKGU merupakan salah satu cita-cita yang diidamkan...Walaupun rezaki sambung belajar tu sampai lambat, tetapi Alhamdulillah...

Seperti semua org tahu, bakal2 cikgu nie tak boleh nak pilih negeri dan sekolah mana yg kita nak.  Paling tidak pun, kita boleh pilih negeri shj, tu pn kalau dapat la.  Peratusan dapat tu amat la sikit...hehehe...

Jika KPM tye aku la, sek mn yg aku nk...Agak2 sek apa yg akan aku pilih yerk....????

Sebelum aku bgth sek yg aku nk, aku nk bgth dlu knp aku pilih sek nie...Hehehe

Jika si dia adalah jodoh aku, maka tanggungjawab isteri adalah berada disisi suami...Ceeewahhh
Jadi, tentulah negeri di bawah bayu menjadi pilihan...Sabah.  Si dia mengajar di sabah, dan aku perlu cari sekolah yg dekat dengan si dia...Sekolah yg terdekat dengan sek si dia adalah sejauh 2 jam...

2 jam???Nk wat mcm mn, dah yg tu paling dekat...Jadi, kami pun pernah bincang pasal perkara nie.  Kami, akan menyewa rumah di pekan sipitang, dan si dia akan balik tiap2 hujung minggu.  Suami akan duduk di quaters sek dia pada hari2 biasa.  Si dia dah bgth aku awal2 lagi yg paling minima dia akn berbakti di SK Ulu Bole selam 5 tahun, maksima seberapa lama yg dia mahukan...Skrg, dah 2 tahun dia berbakti di sek tu.  Walaupun kami masih duduk pd jarak yg jauh, Allah Maha Mengetahui kerana di mana bumi di pijak, di situ bakti di tabur...Inilah lumrah...Sampai kami dah puas nnt, kami akan balik ke semenanjung juga akhirnya..

Skrg, aku minta tolong kat pakcik google tuk carikan sekolah2 yg dekat dgn si dia.  Aku jmp 2 sek sblm nie, tp si dia kata ada 4 sek dan sek ke 4 tu masih dlm pembinaan.  Bila aku cari sekali lagi, jd 3 sek yg aku jmp....

Menurut statistik sekolah seluruh negeri Sabah pada 31 Jan 2011 dan sekolah2 yg terdekat dgn si dia ialah :

Pertama...

SMK PENGIRAN OMAR
Jalan SMPO
89857
973 orang murid

Logo SMKPO...


Pintu masuk utama sekolah


Kedua...

SMK PENGIRAN OMAR II
Kg. Pelakat
89857
841 orang murid

Logo SMKPO II



Ketiga...

SMK PADANG BERAMPAH
Kg. Padang Berampah
89857
843 orang murid

:::Sekolah nie x jmp logo sek kat google image...hehehe:::


Ketiga-tiga sek ini adalah kateogori sek luar bandar.  Poskod pun sama.  Semua berada di kawasan bandar sepitang...

Kalau la bakal2 guru boleh pilih, ni la pilihan sekolah2 yg aku nk...Salah satu sek di atas...

KPM oh KPM...tempatkan lah saya di salah satu sekolah dia atas...

Banyakkan berdoa, Amin...

InsyaAllah, jika si dia jodohku, tempatnya juga dekat dgn sidia...

Thursday 12 July 2012

Calon Imamku...

Khas untuk calon imamku...


InsyaAllah...Jika Allah dah tetapkan Luh Mahfuznya, Kita akan disatukan juga...Aminn...

Wednesday 11 July 2012

Dia . . . roomateku


Baru-baru nie aku ada bgth kawan baik aku langsungkan hari istimewa kn? Hehehe…Aku nk cete pasal kawan baik merangkap roommate aku selama 1 tahun merangkap adik aku… Baru-baru nie adik aku tu bertunang dan aku tak dapat gi.  Tp aku dpt la tgk gmbr2 perjalanan majlis tu berlaku…Hehehe happynya apabila dia bertunang dengan ijoy…

Jom, ikuti siapa dia dalam hidup aku…

Aku kenal atie pada 4 Ogos 2005…Masa tu fam aku br jer tinggalkan aku lepas selamat daftarkan aku kat politeknik.  TUK..TUK..TUK.. Pintu bilik diketuk dan bila aku bukak, aku nmpk dia bersama mama dia.  Salam dihulur dan aku sempat ckp dlm hati, “cantik budak nie..”..Berwajah putih bersih dan berpersonaliti lembut dan tenang.  Jd, saat itulah aku mngenali fam dia. Dia, mama dia dan abah dia.  Sempat mama dia pesan kat aku, “jaga anak makcik kat sini, tlg tunjuk ajar dia”…Itulah 1 amanah yg aku terima.  Pastu aku tinggalkan dia bersama fam sbb aku perlu cari jabatan kursus aku untuk daftar modul.  

Ermm, aku dan dia bkn dari kos yg sama, aku diploma pengurusan hotel dan catering dan dia dari sijil pengurusan perniagaan. Nk dijadikan cerita, pd ptg hari pertama ktorg daftar tu, aku ajak dia gi library dgn kawan2 aku dan ptg tu kitaorg singgah kantin utk mkn.  Aku, dia dan kawan2 aku makan kueh teow goreng.  Malam tu kitaorg susah nk tdo bkn sbb tmpat baru tp sbb perut kitaorg lapar.  Rupa2nya kitaorg x kenyang mkn kueh teow goreng sbb dia tak suka mkn dan aku jgk.  Dulu la, skrg dah tahu mkn da..hehehe…Aku dan dia suka makan, sbb tu kami sekepala..Hehehehe…

Yg menariknya, kawan2 aku semuanya sebilik dgn kawan2 dia.  Jadi kami ada geng kawan yg besar.  Dia nie bagus, suka mengemas, suka pada benda2 wangi dan cantik.  Bilik kami xde la besar sgt, tp dia tetap nk kemas sampai cantik.  Kalau aku kemas katil aku ala kadar jer, nnt dia akn kemaskan semula tanpa byk bunyi.  Meja study pn sama,  klu bersepah cikit…dia dh kemaskan…mmg ringan tulang sgt2…


POOH...mmg roomate aku suka


 Amacam?kemas x?cadar pun tegang...


Dari bahagian depan...meja study masing2...



 Pintu Bilik...Hehehe...Mas'z DHK VS Atie SPP...


Dia ni dlu ada penyakit kekurangan kalsium.  Jd, bila sakit dia dtg, dia akn sakit pada bahagian dada dan kesukaran utk bernafas.  Dulu, akulah jadi org yg selalu amik ubat tahan sakit dia kat klinik dan selalu belikan dia susu.  Klu dia sakit sebelah malam, aku make sure dia tido dlu sblm aku.  Perihal dia sakit nie, aku dan kawan2 kami jer yg tahu.  Kitaorg x dibenarkan bgth fam dia.  Dia tak nak fam dia risau.

Kitaorg dpt tinggal sama2 setahun jer sbb aku wat diploma dan dia sijil.  Jd, hanya utk sem 1 dan 2 jer.  Bila masuk sem 3, dia gi latihan industri dan bila sem 4, aku pulak gi latihan industri pas tu dia habis dan aku masih berbaki 2 sem lg.  Masa dia gi latihan industri lah dia mengenali tunang dia skrg…Ijoy atau nama sebenarnya Azizul Rahim Bin Paiman…So,kiranya diaorang dah bercinta lebih kurang 6 thn sblm bertunang.  Alhamdulillah, akhirnya disatukan juga.  Memang sepadan mereka berdua dan byk citarasa mereka adalah sama. 


Ni masa dia konvo...Aku x igt la masa tu aku sem 5 atau 6...


Setelah melihat beberapa keping gambar pertunangan dia, aku rasa teruje jgk nk tunang…hahahaha..gatai…Memang cantik pelamin tunangnya, sesuai dengan citarasa dia yg sukakan bunga2 hidup dan cantik…
Jom ikut aku intai beberapa keping gambar yg aku amik dr FB dia…hehehe…

 Pape pun, kita view pelamin tunang dulu...Cantik...Like sgt2 tgk pic nie...Siap ada stand letak hantaran...

Next...


Gambar sebelum cincin disarungkan kejari...hehehe...debar nie...
:::mcm aku lak kat tempat dia:::

Jeng...Jeng.....Jeng.........


"Mak cik booking atie k...."
"Atie x cari lain mak...ooopsss...makcik...Atie nk ijoy sorang jer..."


Ni Atie dan mama dia...
"Mama, atie x nk tunang lama2 tau..."
"Mmg tak lama pun, nnt mama suh abah cepatkan lg yg sepatutnya yer syg..."
"Tq mama...yahoooooooooo..."


Atie dgn sebahagian dr adik-beradiknya...
"Atie, kau dah tunang...jgn nakal2..."
"Aku tahu la...hehehehe..."


 Atie dan adiknya...kak cik..kamcing giler nie....


Jom kita intai yg lain...Let's Go...



Busana putih bersih...

 
Muka happy...



Berseri-seri bakal pengantin nie...


"Ijoy, nk bunga tak..."


"Kita x boleh duk berdua lg...Belum halal..."


"Sayang duduklah, biar abg bangun..."


"Tetibe kaki rasa lenguh, blh abg duduk?"
"Boleh syg, tp bkn skrg...Pas nikah...Hehehehe..."


Outdoor fotoshoot bersama kawan2...


Itulah sedikit sebanyak cerita tentang dia...Nur Izzati Binti Mohd Nordin