HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 8 February 2013

Tahun Ketiga. . .



Pejam celik, pejam celik...Hari ini hari pertama utk wat pendaftaran semester.  Aku dah masuk ke fasa tahun ketiga. Kejap jer masanya masa berlalu...Pas ni kalau org tye, bila habis belajar...Jawapannya, setahun setengah lagi...:-) tak lama lagi pastu boleh kawen..hehehehe...Selepas wat semester registration, barulah jadual rasmi semester 5 boleh di lihat.

Jadual kali nie tak  sama seperti sebelum2 nie sbb sebelum2 nie, kita boleh mencipta jadual kita sendiri dengan menetapkan masa dan hari mengikut pilihan kita.  Tetapi kali ini, kita hanya mampu mendaftarkan subjek dan kumpulan sahaja tetapi tidak tahu masa dan hari jadual tersebut. Semuanya disusun oleh pihak akademik UPSI.  Dan ianya menjadi tanda tanya sehinggalah jadual rasmi itu keluar hari ini...


Inilah jadualnya...Dan aku telah mengubahnya menjadi seperti ini...


Sekali pandang memang nampak byk masa lapang. Tetapi ada 2 masa yang tidak masuk lagi dalam jadual tu iaitu amali masakan timur dan barat 3 jam dan amali elektrik dan elektronik 3 jam.  Aku pun tak boleh nak agak kat mana akan terletaknya 2 kelas amali itu.  Seperti semester tahun2 sebelumnya, jadual aku yang cun nie akan berlaku perubahan sehingga tamatnya 2 minggu terawal kuliah.  Silap2 perlu drop mana2 subjek dan add subjek baru.  Pengurusan perniagaan baru aku pernah add selama 2 sem sebelum ini tetapi aku terpaksa drop kan subjek tu atas dasar clash dgn subjek lain mengikut kesesuaian.  Aku harap, sem 5 aku dapat ambil subjek tu sbb kawan2 lain majoriti dah ambil.

Jadi, untuk mengetahui jadual lengkap semester 5 aku utk digunakan sepanjang 1 sem, aku kenalah tunggu selepas 2 minggu kuliah bermula...Hehehe...Harap-harap semuanya dipermudahkan...In Shaa Allah...

Takwim akademik untuk semester 5 nnt ialah...

Jeng...jeng..jeng...


Dengan kuliah sampai hari sabtu, dan kurang cuti semester ini krn semester pendek, aku redha klu aku jarang dapat balik kg...Xpela, adat bergelar anak rantau...Rindu je la yg tak tertanggung...Rindu mak, rindu rumah, rindu kucing, rindu family dan rindu makanan sedap...

Sekarang, aku dah boleh prepare barang2 tuk balik ke TM semula...Cuti pun dah nak habis...Ni lah pertama kali aku tak perlu mengemas rumah dengan teruk sebab sebelum nie setiap sem aku pindah rumah.  Kali nie dah tak pindah dah.  Ada niat nak pindah tapi tak dapat lokasi yang baik. Jadi, aku duduk lagi di rumah lama dgn housemate2 lama...In Shaa Allah, kami harap kami dilindungi Allah dari sebarang bahaya.  Roomate aku tak bagi aku keluar.  Aku gertak nak pindah rumah, dia dah tak senang duduk.  Sampai sanggup wat apa sahaja asalkan aku tak pindah, jd sedaplah aku buli dia sehari hr tu...Hehehehe..Actually dia ok...Dia x kacau aku, aku pun x kacau dia sgt..Yg baik aku terima, yg krg baik aku cubalah tegur tak pun aku buat tak faham aje...Hehehehe...


No comments:

Post a Comment