HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 24 February 2013

Tahun Ketiga Part 2. . .

Selepas melalui minggu pertama pengajian semester 5 di tahun ketiga kat UPSI nie, ada beberapa pkr telah berlaku...Menjadi kelaziman setiap semester, diawal-awal minggu kuliah pasti akan berlaku perubahan jadual. Mengalah atau bertindih jadual kuliah sudah menjadi perkara biasa bg aku...Apa yg dirancang belum tentu dapat dilaksanakan mengikut perancangan.  Pasti akan ada perubahan mengikut kesesuaian keadaan...


Ini jadual aku yg aku pilih subjeknya sebelum aku final exam semester lepas dgn harapan jadual ini tidak sukar untuk menetapkan 2 kelas amali sahaja...



Dan inilah jadual aku buat sementara ini...Berlaku perubahankan?...Aku harap inilah jadual final aku untuk sem nie...Tp apapun blh berlaku kerana aku masih ada seminggu lagi untuk melalui minggu add dan drop subjek...

Knp berlaku perubahan jadual?

Byk sebab kerana jadual aku berubah...

Pada asalnya aku berhajat utk mengambil subjek elektrik dan elektronik tetapi sehari selepas menghadiri kuliah subjek tersebut, kawan aku mendapat panggilan dari fakulti dan meminta aku dan rakan2 sem 5 yg lain perlu men"drop"kan subjek tersebut bagi memberi laluan kepada pelajar semester 8 yg belum mengambil subjek tersebut...Ermmm, mengalah la kami secara beramai-ramai...12 org semuanya...

Setelah berbincang, kami sepakat untuk mengambil subjek pengurusan ternakan...Subjek nie dalam perancangan aku nk ambil sem 8 nnt...Tetapi tidak semudah itu untuk mendapatkan tempat dalam subjek tersebut kerana kapasiti dah penuh.  Setelah berusaha menghubungi beberapa lecture tuk mendapatkan tempat subjek tersebut, akhirnya kami menggunakan kuasa veto dekan untuk membenarkan kami mendaftar mengambil subjek tersebut walaupun kapasiti penuh kerana dgn arahan dekan jugaklah yg menyuruh kami drop subjek elektrik tu...Kiranya dekan kena bertanggungjawab terhadap tindakannyalah...hehehehehe......

Selesai subjek ternak, aku perlu menukar group pembangunan perniagaan baru dari group A ke group C kerana clash dgn amali ternak.  Jadi aku kenalah ke akademik kerana dalam sistem berlaku masalah untuk add subjek tu...Walaupun kena beratur agak lama dan membosankan, aku kenalah wat jugak utk diri aku jugak.  Akhirnya, selesai jugak...Walaupun jadual subjek ni tanpa gap dgn subjek LK, aku perlu juga laluinya kerana aku tak ada pilihan lain...Aku hanya perlu bergegas ke kampus baru dgn seberapa pantas yg boleh...

Seterusnya, aku dgn rela hati menukar koku koir ke koku ASASMU (Angkatan Saterawan Muda)...Aku tukar koku nie kerana aku rasa jatuh cinta untuk bersajak seperti zaman sekolah dulu dan membuat cerpen mengikut hayalan aku...Hehehehe...Lagipun koku ASASMU nie hari jumaat, jadi aku bolehlah mengosongkan jadual hari Sabtu aku....Dalam perancangan aku, ada beberapa perkara yg aku harus lakukan dihari Sabtu, jadi aku perlu  menukar koku tersebut...Tak kan lah aku nk ponteng kelas kan..Walaupun hanya koku, aku tak boleh untuk ambil mudah subjek ini...

Ermmm...aku ada 1 pkr lg x selesai...Aku dah drop kan subjek wajib semester ini iaitu KPD bagi memberi laluan utk add koku...Esok aku perlu ke fakulti utk selesaikan...Jadi, aku harap semuanya akan dipermudahkan dan jadual ini akan kekal...In Shaa Allah...


Entry terdahulu...

Tahun Ketiga Part 1

http://setitik-dakwat.blogspot.com/2013/02/tahun-ketiga.html

No comments:

Post a Comment