Adik : Alonngggg
Along : Ya…
Adik : Hr tu kucing adik mati…Alg th kn mcm mn dgn adk klu
kucing adk mati….
Aku tahu sangat mcm mn dia kalau kucing dia mati…Aku pernah
hadapinya dulu…Ketika tu aku nak balik berbuka puasa kat umah. Aku tinggalkan dia berbuka puasa dengan jiran
bilik kami. Tak sampai 10 minit aku
tinggalkan dia, dia tel aku. Masa tu aku
atas moto, aku dengar dia menangis teresak2…Aku tye knp, dia x jawab tp
menangis aje. Hati aku dah x sedap
dah…Aku pun terus patah balik untuk tahu apa yang berlaku. Sampai aje kat
bilik, aku tgk kawan2 bilik sebelah dah dtg dah tuk berbuka sekali dgn adik
aku. Tp bila tye, diorg tak tahu knp adik aku menangis. Aku pun dapatkan lah dia…Dia menangis lagi
kuat..Pas pujuk barulah dia kata, “mama tel, kucing adik dah mati”…Susah nak
pujuk suh berhenti menangis ketika tu…Dah masuk waktu pun dia x nk berbuka
puasa…Masih bersedih…Lepas pujuk br dia berhenti..Aku janji masa tu nak carikan
gambar kucing banyak2 dan save dalam pendrive. Pastu baru adk aku ok cikit. Aku pun
gi simpan moto dan singgah café tuk beli makanan masa tu sbb aku sndiri x beli
pape sbb asalnya nak buka kat umah mak. Malam tu dia asyik tgk gambar kucing yang mati tu dan menangis... Esoknya, aku tunaikanlah janji aku tu…
Nilah kucing yang mati tu…Namanya boboy…Bulu dia punyalah tebal...Sampai kadang2 ada orang sangka kucing nie alas kaki bila dia tidur atas carpet. Mati sebab terjun
tingkap pada ketinggian tingkat brp ntah…Silapnya, tingkap bilik terbuka. Lpas adk aku dpt masuk poli, mama dia x
sanggup nak bela kucing ni sbb adik aku jaga kucing ni teliti. Mandikan,
sikatkan, potong kuku pun wat jgk. Jadi mama x de masa nak wat benda tu semua.
Jd, kucing tu ditransferkan ke KL umah kakak adk aku. Rumah pulak berbentuk
kondo. Tu yg terbuka tingkap dan kucing pun x sengaja terjun tingkap dan jatuh
mati.
Kucing yg baru2 nie mati pulak namanya Gugurl..Gugurl mati
sbb sakit. Seminggu gugurl duk klinik
dan akhirnya mati jgk. Sakit yg x dapat dikesan. Menangis lg la adik aku
sepuasnya. Kucing kesayangan dia. Tp gugurl ada tinggalkan anak. Tp lum besar
lg..Anak gugurl blh jadi buah hati adik aku pas nie..
Ok, habis cerita pasal kucing. Aku share beberapa cerita
ringkas pasal perkara lain tentang roomateku merangkap adik aku yer…
Baru-baru nie tunang adik aku kemalangan...Tengok dari keadaan kenderaan dan macam mana kemalangan ini boleh berlaku, ramai mengatakan yang ijoy boleh jadi arwah...Tp Allah masih memberi perlindungan pada ijoy...Bak kata adk aku, "klu berlaku pape, x kawen adik..."
Alhamdulillah, jodoh adik aku dan ijoy masih kuat...Ijoy mengalami kecederaan yang tak serius dan seorang lagi penumpang mengalami kecederaan patah tulang. Skrg ijoy masih lagi bercuti dan belum mula bekerja lagi.
Mcm nilah keadaan kereta yang dipandu oleh tunang adik aku, ijoy...
Sebelum mengalami seperti keadaan di atas, keadaan kereta ialah :
Jodoh, ajal, rezeki semua kat tgn Allah...Allah masih sayangkan hubungkan mereka...Alhamdulillah..
Korang igt lagi tak yg aku pernah bgth yang adik aku nie suka menabung...Ni dia duit tabungan dia utk tahun nie...Semua duit baru..Adik keluarkan dari tabung sbb tabung dia dah penuh....Syabas adik, teruskan sikap menabung adik, alg suka...
Adik aku mmg x suka klu aku terbahasakan diri dgn "akak" atau "aku"...Kadang2 tersasul...Hehehe...Sory adik...Dia dan kawan2 dia panggil aku "along'...Sian adk selalu sorang...Dah setahun lebih duk umah sendirian tanpa teman...X pe dik, tak lama lagi adik akan dapat teman dalam rumah tu...Bukan setakat teman jer, org tu di gelar suami lagi...Hehehehe...
Adik aku bkn sorang yg "show off" yer...Dia mmg suka share kat org yang dia nak apa yg dia nak tunjuk. Malah blog aku nie pun dia baca. Jadi aku xde masalah tuk menulis apa yang aku nak. Siapa yg kenal dia, akan tahu siapa dia...
Aku igt lagi masa kami masih tinggal bersama dulu...Dia akan tunjuk kat aku setiap kertas ujian dan kuiz yang dia dapat. Dan aku akan puji kalau dia dapat markah baik. Aku igt lg 1 ketika, dia study giler2 tuk final matematik...Tp malangnya soalan yang keluar amat susah dan dia x boleh jawab. Dia balik exam dgn perasaan yg kecewa dan kertas soalan dia renyuk dan buang dalam bakul sampah dan menangis. Aku selalu ckp kat dia, yg aku x suka tgk dia nangis. Dia kena kuat. Tanpa pengetahuan dia, aku ambil kembali kertas soalan tu dan aku simpan. Beberapa hari lepas tu, dia tye mcm nie pada aku, "adik nak kertas soalan adik yg hr tu"...Dia mcm tahu jer aku ambil kembali kertas tu dan simpan. Dia kata, dia tahu yang aku akan ambil kertas tu...Hehehehe...Kawan aku pernah panggil dia "baby"...Ketika tu aku dan adik gi bilik kawan kami. Jadi kawan aku tu ambil sikat, sikatkan dia dan bedak kan dia...Bedak baby jgk yg digunakan ketika tu...Adik aku diam jer, mmg mcm baby la kawan aku wat kat dia...Hehehehe...Dia jugak suka gunakan minya yu yi cap limau yang baby selalu guna tuk kembung perut tu..Dia suka guna minyak tu sbb dia suka bau minyak tu...Bau minyak tu mcm bau baby...Dan sekarang, baby aku nie dah berusia 26 tahun dan tetap manja mcm dulu...Dia tidak pernah tinggikan suara dengan aku. Nak bahasakan diri dgn "aku" pun jauh sekali...Adik, walaupun kita dah ada haluan masing2 skrg, alg tetap igt adik...Friendship forever until jannah dik...In Shaa Allah...:-)
No comments:
Post a Comment