HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 5 February 2013

Alhamdulillah...

Syukur Alhamdulillah, akhirnya result sem 4 keluar jugak...Ada peningkatan dari sem lepas...Malah boleh tersenyum lebar bila subjek2 digeruni tidak menghampakan...

Apa yang paling penting 


Terima kasih kepada keluarga, para pensyarah, kawan2 yg membantu, housemate2 dan sesiapa sahaja yang membantu sepanjang aku berjuang menuntut ilmu Allah nie...

Kena tingkatkan lagi usaha semoga apa yg dikecapi hari ini boleh terus dinikmati untuk masa2 akan dtg...Tak lupa jugak medium ulangkaji terkahir, bff aku sbb dia sudi membebel apa yang dia baca setiap kali perjalanan kami ke bilik peperiksaan. Aku harap tradisi nie boleh diteruskan untuk sem2 akan datang jgk. Dia selalu bising kat aku sbb dia jer yg membebel, tp aku hanya menjadi penerima jer. Hal ini berlaku sbb aku pun tak tahu apa yang aku baca. Jd, nak luahkan semula mmg payah cikit. Alhamdulillah, dia jugak byk membantu saat2 akhir. Tapi kan, klu org lain, setiap kali lepas exam selalunya terus balik rumah tetapi tak kami. Sejak dulu lagi, lepas exam jer kami mesti merayap...Org lain dah sampai rumah 2 3 jam dah, kami baru sampai. Mcm dah habis semua paper. Kami pun tak tahu apa yg kami buat tp hakikatnya ia dah mcm jd tadisi kami...Hehehehe....Yg penting, kami x kacau org dan org tak yah lah kacau kami...Hehehehe....

Aku tertarik dengan kata-kata dari seorang senior :

Gred dan nilai gred (grade pointer) hanya di atas kertas sahaja, yang penting bagaimana kita mengamalkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan dan persekitaran. Belajar, sesiapa pun boleh belajar tetapi bukan mudah mahu mengajar manusia yang kurang ajar. Moga kita menjadi manusia yang terpelajar...

In Shaa Allah, Sesungguhnya Yang Baik Datangnya Daripada Allah, Tetapi Setiap Kekurangan Datangnya Dari Kelemahan Aku Sendiri....


No comments:

Post a Comment