HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 7 February 2013

Allah Tak Uji Kalau DIA Tak Sayang. . .


Dimana bumi dipijak, disitulah bakti ditabur…Kata-kata ini amat serasi untuk semua tenaga pengajar yang berbakti utk mencurah ilmu untuk anak-anak bangsa yang dahagakan ilmu.  Ilmu Allah yang perlu dikongsi dari seorang guru yang ikhlas dan cekal dengan amanah yang diberikan.  Tetapi, yang leper tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak datang bergolek.

Akhir-akhir nie, en love aku berdepan dengan macam-macam ujian. Apa yang aku boleh kata padanya, sabar…sabar…dan sabar…Allah tak uji kalau Dia tak sayang…Berdepan dengan timbunan bebanan tugas adalah perkara biasa buatnya. Lumrah kehidupan seorang pendidik yang dibayar gaji setiap bulan.  Tetapi, ujian lain yang melanda yang membuatkannya harus lebih kuat.  Faktor kesihatan yang sukar untuk tahu puncanya membuatkannya terpaksa memilih hidangan makanan bagi mengurangkan rasa kesakitan.  Kereta kesayangan yang di panggil “bini” kerap kali meragam.  Macam-macam yang minta ditukar.  Hampir setiap minggu ke bengkel membaiki ragam si bini.  Kesian dia.  Dah berpuluh k yang dah dikeluarkan tuk si bini.  Mungkin disebabkan faktor perjalanan menyebabkan si bini kerap meragam.  Laluan balak dan berbatu perjalanan ke sekolah kemungkinan besar adalah punca si bini meragam.  






Beginilah keadaan jalan yang perlu dilalui sebelum sampai ke sekolah. En love cakap, jalan tu lebih senang utk dilalui jika laluannya basah kerana hujan tetapi jika waktu kering terlalu banyak batu-batu besar yang perlu dilanggar dan menyebabkan kepala bergegar....


Semua cikgu2 SK Ulu Bole akan bergerak ke sekolah secara konvoi seawal pagi setiap hari Isnin...Beginilah keadaan mereka...Kembara En Love berwarna maroon tu...Menggunakan kepakaran memandu yang ada bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tak diingini...


Sebelum En Love ada kereta sendiri di Sabah, beginilah keadaannya untuk En Love ke sekolah setiap Isnin dan balik ke pekan setiap Jumaat..Tp sekarang, x lg membonceng motorsikal atas sebab-sebab kesihatan.


Pernah mengalami tayar kereta pancit.  Sampai bersegi bentuk tayar. Nasib baik lokasi tayar pancit nie dah berdekatan dgn kawasan kampung. Kalau berlaku di pertengahan jalan, sukar untuk mendapatkan bantuan kerana jarang sangat kenderaan lalu.  Terima kasih kepada hamba Allah yang membantu En Love tukar tayar.


Beginilah keadaan jika berlaku masalah pada kereta di pertengahan jalan...


Tak semua jenis kenderaan yang boleh dipandu melalui jalan ke sekolah.  Entah bila kerajaan Malaysia mampu untuk menurap jalan tersebut..Entahlah...


Anak-anak ini dahagakan ilmu dari setiap guru-guru cekal ke pedalaman mereka. Ini baru pedalaman 1, macam mana agaknya susahnya kepada pendidik-pendidikan di pedalaman 2 dan 3...Walaubagaimanapun, amanah tetap amanah...Perlu dilaksanakan kerana pendidikan generasi akan datang.

Keluh kesah En Love aku hanya mampu menjadi pendengar setia.  Bukan bebanan tugas dan kesukaran ke sekolah yang di keluhkan..Tetapi ragam si bini yang kerap kali mohon untuk dimajakan...Bersabarlah En Love...Allah tak uji kalau Dia tak sayang hambaNya...


Si bini wat masalah lagi...Sabar ye En Love...Ada sesuatu yang bahagia menanti di sebalik kesusahan semua ini...Percayalah...In Shaa Allah...

No comments:

Post a Comment