HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 21 February 2013

Pendidikan Abad Ini...


Bila aku baca keratan akhbar ini, terdetik rasa syukur dihati apabila masalah posting senior2 aku menemui jalan keluarnya...Mereka akan ditemuduga dan In Shaa Allah akan ditempatkan diserata sekolah tidak lama lagi.  Jika lambakan graduan pendidikan hari ini dapat dikurangkan, mungkin bila sampai giliran batch aku nnt akan lebih mudah.  Apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP) memberi sedikit kemudahan kepada calon2 ketika ini apabila "siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan keatas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemuduga untuk pelantikan tetap"....Alhamdulillah....kemudahan atau jalan pintas untuk calon-calon cemerlang...tetapi, ramai juga yg berpendapat, cemerlang belum tentu dia pandai bercakap utk menjadi seorang guru...Tak kisah apa pun tanggapan dari mn2 pihak pun, diharapkan mereka akan mendapat tempat untuk menjadi pendidik samada ditemuduga atau tidak....

Seperti semua tahu, sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut keadaan...Aku berharap kemudahan yg SPP bg sekarang akan diteruskan sehingga ke batch aku...Jika ianya tidak berubah, aku lebih bersemangat utk mencapat CGPA 3.5 dan ke atas serta mendapat A semasa praktikum nnt supaya aku juga dapat kemudahan yg diberikan oleh SPP untuk layak bergelar pendidik.

Untuk mendapat CGPA 3.5 dan ke atas, aku kena kerja keras setiap sem...Bak kata bff aku, kena bekerja 500% dan lepas tu tawakal...In Shaa Allah akan dapat apa yg diimpikan...

Untuk mendapat A semasa praktikum, hah....ini bkn 1 kerja yg mudah...8 jam kredit selama 14-16 minggu menjadi seorang guru praktikum yg berkesan kepada pelajar dan sekolah barulah layak mendapat A...Sebelum layak aku berpraktikum, aku harus membuat persediaan..

Jom ikut aku utk seterusnya sbb aku ngah seronok menulis nie...hehehehe...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Persediaan yg aku harus buat ialah mengambil subjek KPD 3016 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 pada semester 5 dan KPD 3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 pada semester 6 dan barulah aku layak ke praktikum pada semester 7...Hari ini hr pertama aku masuk kelas KPD 1...Secara jujurnya, aku agak risau juga siapakah pensyarah yg bakal ajar kami KPD 1 nie sbb pensyarah memainkan peranan penting kerana jam kredit subjek nie ialah 6 jam kredit...Sangat besar kreditnya sbb tanpa final exam...100% adalah kerja kursus...

Sesampai aje aku kat kelas, kelas masih gelap, dan aku masih blur sama ada anjung masih tempat yg sama atau x...Jd, aku stay la kejap kat tangga sampai aku jmp seorang lecture fakulti aku...Aku tegur lecture tu dan Cik tu kata masih gelap kelas nie...Jd, aku tertanya betul ker lecture tu ajar aku kejap lg nie...Jd aku pun bertanyalah sambil bukak lampu dan aircond...

Aku : Puan ajar KPD kelas kami ke?
Puan : Ya..
Aku : Sementara atau kekal?
Puan : Saya ajar sem nie sbb x de lecture lain...Br tahu smlm...
Aku : Owh...

Terlintas la kelegaan kat hati aku bila Cik Norasimah yg ajar sbb aku dgr2 dari pelajar lain yg lecture nie seorang yg baik dan sporting...Jd, aku x perlu risau krn khabar angin sblm nie menyatakan yg akan ajar adalah seorang lecture yg cerewet dan aku dah mempunyai pengalaman belajar dgn lecture itu sebelum2 ini...

Puan tu tye aku, "mn kwn2 lain?Ni kang wat la alasan bas"...Walhal ketika tu masih awal lg...Aku jawablah, "jauh agaknya nak jalan kaki ke sini"...Erm,,,seorang pensyarah yg agak awal sampai ke kelas..Aku suka pensyarah mcm nie...

Bila Cik Asimah mula mengajar, aku tertarik dgn cara dia...Mmg best kelas dia...Aku asyik ketawa jer...
Kata Cik Asimah...

Unsur "kecindan" perlu ada dalam diri...
Sblm jd cikgu, kena ada "identiti" tersendiri...
tanya pada diri,
"AKU NAK JADI CIKGU APA?"

Unsur kecindan ialah unsur kelakar...Unsur kelakar perlu ada dalam diri seorang guru...Cik Asimah ckp, dr sekarang kita perlu set kan dalam diri yg kita nk jadi cikgu apa supaya apa yg kita nk jadi tu boleh digilap dari sekarang...Secara jujurnya, aku masih tidak dapat mengesan kelebihan dalam diri untuk aku menjadi cikgu jenis apa suatu hari nnt...Tak sabar rasanya mengetahui segala skill dr Cik Asimah untuk persediaan aku sebelum aku menempuh alam praktikum dan layak mendapat A dalam praktikum seterusnya menikmati kemudahan yg disediakan oleh SPP untuk layak mendapat penempatan tetap sebagai cikgu dimana-mana sekolah 1 hari nnt...

 Adakah aku akan menjadi seperti gambar nie???Errrmmmm...

Aku perlu menjadi diri aku sendiri dengan identiti tersendiri dan identiti itu berkesan kepada pelajar dlm proses menyebarkan Ilmu Allah...

Aku akn menjadi sebaik mungkin untuk bergelar pendidik yg berkesan kepada pelajar...In Shaa Allah...



Jika beginilah sikap ibubapa sekarang, pasti ada 1 mekanisma lain yg perlu ada dalam diri pendidik2 supaya ada cara yg bersesuaian untuk menyampaikan ilmu di samping masalah2 sosial dan disiplin pelajar yang semakin meruncing sekarang...Setiap kesukaran pasti ada jalan penyelesaiannya...


Aku dah beli barang2 LK...Dah tanam dalam diri nak dapatkan gred yg baik utk subjek nie...Nak "minat" dgn subjek nie supaya aku blh kejar CGPA aku yg tertinggal tu dan melepasi 3.5 di akhir sem 8 nnt...
Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan-urusan aku sepertimana kau memudahkan urusan Nabi Muhammad S.A.W

No comments:

Post a Comment