HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 26 February 2013

Si Bulu Penghibur Hati...

Apa yg berbulu yg bakal aku cete nie ek...???
Sem lepas aku sibuk dengan berkebun, sem nie aku akan menternak binatang pulak...Menternak secara berkumpulan...Aku pun tak pilih lagi ahli kumpulan dan nak menternak apa...Hehehehe...

Apa yg aku nak cerita ialah pasal binatang peliharaan keluarga aku...Pernah jgk aku cerita sebelum2 nie...

Dalam entry 




Sehingga Feb 2013, kucing aku hanya tinggal 2 ekor...Seekor nama Mimi Junior dan seekor lagi Putih...Kucing yg lain telah diberi kat org yg sudi membela mereka...Kedua-dua kucing aku nie jantan...2 ekor ni la jadi peneman mak aku...Teman berbual mak aku bila semua org tak de kat umah...


Yg nie Mimi Junior


Yg nie Putih


Mimi Junior dan Putih adalah adik beradik...Mak mereka Mimi Saparina yg pernah aku cerita dulu...Mak mereka famili kami dah serahkan kat org lain beserta adik-beradik mereka yg lain...Harap sgt keluarga baru mereka jaga seperti kami menjaga mereka...

Aku ada 1 cete nak kongsi dgn korang...Pasal Mimi Saparina...Mimi ada 1 keistimewaan...Aku tak pasti sama ada pkr nie betul atau secara kebetulan...Bkn aku sorang jer yg perasan, mak aku pun perasan...Mimi ni bila dia tenung cicak kat syiling, dia akan tenung dgn mata yg tajam...Pastu mulut dia akan terkumat-kamit seolah2 dia sedang baca sesuatu...Lepastu tak berapa lama, cicak yg dia tenung tu pasti akan jatuh tersembam ke lantai...Kadang-kadang akan jatuh sampai 2 ekor sekaligus...Bkn kat syiling jer, klu cicak kat tingkap pun, bila Mimi tenung pasti cicak tu akan jatuh...Pas tu dia kejar la tuk bunuh cicak tu...Mimi tak makan cicak, dia cuma matikan aje....Mak aku kata, Mimi jampi cicak...Hehehehe...Ni bkn cete bohong, nie kenyataan...Mungkin secara kebetulan....

Berbalik pada cerita Mimi Junior dan Putih...Si bulu 2 ekor nie sangat manja dgn mak aku....Tp paling manja ialah Mimi Junior...Bila mak aku duduk jer atas kerusi, Mimi junior akn naik dan duduk atas riba mak aku minta diusap bulunya...Kadang2 sampai tertido...Bila org lain bangun ke dapur, si bulu berdua nie wat tak tahu jer...Tp bila mak aku bangun, mereka pun bangun sekali...Minta makan...Mereka akan jalan dulu sebelum mak aku...Mak aku selalu bising sbb kerap kali mkn dlm sehari...Bayangkan setiap kali mak aku bangun tuk ambil air sembahyang, mereka akan bangun juga...Kadang2 bkn nak makan sangat pun, nak makan sedikit jer pun...Saje nak mengada2...Mereka bangun seawal 4 pagi...Sbb mak aku akan bangun pagi sebegitu tuk solat, jd mereka pun bangun sama...Mereka akan tido atas kerusi dapur, atas kerusi dalam bilik mak aku, atas kusyen umah, atas tilam mak aku atau tido sekali dgn aku bila aku ada balik...Kdang2 mak aku kata, mak aku yg kena tido tepi bila dia dah tido tengah tilam...Hehehehe....

Anak buah aku Fairuz dan Firdaus pun sukakan mereka...Suka ambil mereka dan letak dalam baju...Dia kata kucing nak rasa suamnya badan dia dan badan dia pun nak rasa suamnya badan kucing tu...Yg pastinya kucing tu tak mencakar...Klu org lain yg wat, siap la...Perut kena cakar...Hanya mereka berdua aje yg selalu wat kucing tu mcm tu..Kucing pun tahu...Selain tu, Fairuz dan Firdaus akk tlg bersihkan hidung dan telinga kalau tak bersih dan carikan kutu kalau ada...Jarang ada kutu sbb kucing aku tak campur dengan kucing org lain dan selalu mandi...Jarang main luar umah...Kalau main pun tak jauh...


Jom tengok aksi-aksi comel si bulu nie...


Ni aksi membersihkan diri atau tengah menggaru kalau ada bahagian yg gatal...


Aksi tido kepala nak beralas...


Mimi Junior memalingkan muka sbb aku kacau dia tido...


Aksi malas menongkat dagu...


Aksi santai tengok tv...Ntah paham ntah tidak apa yg dia tengok...


Mula2 elok si bulu nie berehat berdua...Lepastu terus...


Merenung masa depan berdua kat depan pintu...Hehehehe...Sbnarnya, masa nie cuaca nk hujan...Angin ngah bertiup kencang, jd mereka berdua menikmati angin kat pintu...


Putih...


Mimi Junior...


Putih dan Mimi Junior...


Selain membela kucing, famili aku ada juga bela kura-kura 5 ekor, ikan air tawar, ayam dlm 5 ekor dan itik 2 ekor...


Spesis macam nie, ada 3 ekor dalam kolam tepi rumah aku dan 2 ekor spesis bercengkerang hitam...Makan sayur kangkung, dedak kura-kura dan kadang2 bagi pisang masak tuk seimbangkan pengambilan dietnya...


Jangan bela sahaja, kena la jugak manjakan...Kena berus cengkerang dia dari kotoran lumut...Tukar air...Dan sekali sekala keluarkan dari kolam tuk dia keringkan cengkerang dia sekejap tetapi perlu pengawasan yg rapi sbb dia cepat bergerak...Silap2 nnt dah sampai ke sungai...Hehehehe....

Aku nak petik dari seorang peminat tegar haiwan...Katanya...

sesiapa yg rasa hidup tu kosong, jiwa kacau, x puas hati dgn sume perkara, bad tempered, resah & segala rasa yg negatip (makna nya kureng positip..)..haaa...cer bela dak bulus nii(kucing)...wa gerenti "thumbs upp!" taw....huhu

Aku setuju sangat dengan kenyataan nie...Mak aku selalu bercakap dengan kucing, dan selalunya kucing tu seolah2 faham cakap mak aku.  Kalau dah buat peragai, mmg kena lepuk la jgk...Hehehe....Walaupun aku bkn peminat kucing yg fanatik, tp sekurang2nya aku tahu utk sayangkan kucing...Dah banyak kali aku ke klinik haiwan tuk bawak kucing aku bila dia tak sihat...Kasihanilah binatang dan berkongsilah rezeki dengannya, nescaya rezeki kita tak pernah putus sbb haiwan juga mendoakan tuannya...

Dan kalau korang ada kelapangan masa, bolehlah lawat FB insan tulus yg menyayangi binatang ini...Nilailah mereka dgn mata hati...Bolehlah membantu jika sudi...Ingat, haiwan adalah mahluk Allah untuk dikasihi bkn dizalimi...

Monday 25 February 2013

Allah Maha Mengetahui...

Baru2 ini aku ada ditujukan 1 soalan dr seorang rakan dan ia meminta utk aku memberikan pendapat aku sekiranya aku berada didalam situasi itu..



Susah utk aku memeberi pendapat kerana aku tidak pernah mengalami situasi ini...Malah utk membayangkan perkara seperti ini berlaku dalam diri, jauh sekali...

Katakanlah ianya berlaku pada diri aku, pertama sekali aku akn tye org tu knp dia terpaksa mengorbankan perasaan dia selama ini atas sebab2 tertentu..Klu betul dia suka, knp dia tak luahkannya...Knp mesti dia memendam rasa dan kalah dengan diri sendiri...Knp dia tidak menjadi dirinya sendiri dan mendapatkan apa yg dia mahu...Tak mustahil kan andai dia berjaya memiliki aku, dan akhirnya dia akan meninggalkan aku krn pkr lain...Kerana dia tak mampu untuk pertahankan apa yg dia ada dan apa yg dia sayang...Ermmm...

Tp dari sudut lain pulak, klu ianya berlaku...Dah tentu aku melompat tinggi2...Sbb aku tak bertepuk sebelah tangan...Dia suka aku 100% dan aku suka dia 200%...Dah tentu2lah mcm pucuk dicita, ulam mendatang...Pasti bahagia krn saling mengharapkan...

Tp, jika saat aku mengetahui dia juga ada perasaan pada aku dan ketika itu aku telah dimiliki oleh org lain, aku hanya blh kata...Ada sbb knp kita dpt tahu semua ini lambat...Kerana awak bkn jodoh saya...

TETAPI...

Jodoh itu adalah RAHSIA ALLAH yg tidak ada sesiapa pun yang mengetahui apa yg Allah telah rancangkan utk setiap hambaNya...


"Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin."
Kita merancang dan Allah swt juga merancang, Allah lah sebaik-baik Perancang...


Kadang2 kita akan kata...berkahwin dengan org yg kita cinta adalah impian tetapi berkahwin dgn org yg kita tak cinta adalah jodoh...Jodoh adalah kurniaan Allah..

Kadang2 kita akan kata, walau berpuluh tahun sekalipun, jika dia jodoh aku, tetap bersatu jua...

Kadang2 kita akan kata, Allah sengaja jumpakan kita dengan org yg salah terlebih dahulu sblm Allah temukan kita dengan jodoh sebenar kita kerana Allah nak kita faham erti kehidupan...

Kadang2 kita kata, hidup kita ini banyak sangat masalah...Tak pernah habis dengan masalah...Tetapi kita tak pernah sedar yg setiap masalah yg kita tanggung itu Allah dah keluarkan kita dari masalah tersebut secara perlahan-perlahan dgn pelbagai cara...

Kita hanya manusia yg boleh berkata pelbagai alasan dan pendapat tetapi kita tidak boleh melawan apa yg Allah dah tuliskan untuk kita dalam perjalanan hidup kita kerana semua tentang kita adalah RAHSIA ALLAH...



Jodoh itu sangat2 menjadi Rahsia Allah...Berkahwin diusia emas setelah berpuluh tahun terpisah, adakah mereka pernah menyangkakan yg mereka akn berkahwin 1 hr nnt? Subhanallah...Qunfayakun...Jika Allah mengkehendaki, maka ia akan terjadi juga...

Tetapi...


Jadi, jgn menidakkan apa yg kita ada dan jgn menempis apa yg kita rasa...Kerana ianya mungkin anugerah Allah untuk hambaNya yg dikasihi...Terimalah apa jua rasa dan perasaan itu dengan sebaik mungkin...Berdoalah jika kita buntu mencari ubat hati sendiri...Kerana Allah tidak pernah sama sekali membiarkan hambanNya yang didalam kesusahan dan tidak sama sekali tidak mendengar doa dari setiap hambaNya...

Berpeganglah pada 2 perkara...



dan 

REZEKI, AJAL, JODOH DI TANGAN TUHAN...

Sunday 24 February 2013

Tahun Ketiga Part 2. . .

Selepas melalui minggu pertama pengajian semester 5 di tahun ketiga kat UPSI nie, ada beberapa pkr telah berlaku...Menjadi kelaziman setiap semester, diawal-awal minggu kuliah pasti akan berlaku perubahan jadual. Mengalah atau bertindih jadual kuliah sudah menjadi perkara biasa bg aku...Apa yg dirancang belum tentu dapat dilaksanakan mengikut perancangan.  Pasti akan ada perubahan mengikut kesesuaian keadaan...


Ini jadual aku yg aku pilih subjeknya sebelum aku final exam semester lepas dgn harapan jadual ini tidak sukar untuk menetapkan 2 kelas amali sahaja...



Dan inilah jadual aku buat sementara ini...Berlaku perubahankan?...Aku harap inilah jadual final aku untuk sem nie...Tp apapun blh berlaku kerana aku masih ada seminggu lagi untuk melalui minggu add dan drop subjek...

Knp berlaku perubahan jadual?

Byk sebab kerana jadual aku berubah...

Pada asalnya aku berhajat utk mengambil subjek elektrik dan elektronik tetapi sehari selepas menghadiri kuliah subjek tersebut, kawan aku mendapat panggilan dari fakulti dan meminta aku dan rakan2 sem 5 yg lain perlu men"drop"kan subjek tersebut bagi memberi laluan kepada pelajar semester 8 yg belum mengambil subjek tersebut...Ermmm, mengalah la kami secara beramai-ramai...12 org semuanya...

Setelah berbincang, kami sepakat untuk mengambil subjek pengurusan ternakan...Subjek nie dalam perancangan aku nk ambil sem 8 nnt...Tetapi tidak semudah itu untuk mendapatkan tempat dalam subjek tersebut kerana kapasiti dah penuh.  Setelah berusaha menghubungi beberapa lecture tuk mendapatkan tempat subjek tersebut, akhirnya kami menggunakan kuasa veto dekan untuk membenarkan kami mendaftar mengambil subjek tersebut walaupun kapasiti penuh kerana dgn arahan dekan jugaklah yg menyuruh kami drop subjek elektrik tu...Kiranya dekan kena bertanggungjawab terhadap tindakannyalah...hehehehehe......

Selesai subjek ternak, aku perlu menukar group pembangunan perniagaan baru dari group A ke group C kerana clash dgn amali ternak.  Jadi aku kenalah ke akademik kerana dalam sistem berlaku masalah untuk add subjek tu...Walaupun kena beratur agak lama dan membosankan, aku kenalah wat jugak utk diri aku jugak.  Akhirnya, selesai jugak...Walaupun jadual subjek ni tanpa gap dgn subjek LK, aku perlu juga laluinya kerana aku tak ada pilihan lain...Aku hanya perlu bergegas ke kampus baru dgn seberapa pantas yg boleh...

Seterusnya, aku dgn rela hati menukar koku koir ke koku ASASMU (Angkatan Saterawan Muda)...Aku tukar koku nie kerana aku rasa jatuh cinta untuk bersajak seperti zaman sekolah dulu dan membuat cerpen mengikut hayalan aku...Hehehehe...Lagipun koku ASASMU nie hari jumaat, jadi aku bolehlah mengosongkan jadual hari Sabtu aku....Dalam perancangan aku, ada beberapa perkara yg aku harus lakukan dihari Sabtu, jadi aku perlu  menukar koku tersebut...Tak kan lah aku nk ponteng kelas kan..Walaupun hanya koku, aku tak boleh untuk ambil mudah subjek ini...

Ermmm...aku ada 1 pkr lg x selesai...Aku dah drop kan subjek wajib semester ini iaitu KPD bagi memberi laluan utk add koku...Esok aku perlu ke fakulti utk selesaikan...Jadi, aku harap semuanya akan dipermudahkan dan jadual ini akan kekal...In Shaa Allah...


Entry terdahulu...

Tahun Ketiga Part 1

http://setitik-dakwat.blogspot.com/2013/02/tahun-ketiga.html

Thursday 21 February 2013

Pendidikan Abad Ini...


Bila aku baca keratan akhbar ini, terdetik rasa syukur dihati apabila masalah posting senior2 aku menemui jalan keluarnya...Mereka akan ditemuduga dan In Shaa Allah akan ditempatkan diserata sekolah tidak lama lagi.  Jika lambakan graduan pendidikan hari ini dapat dikurangkan, mungkin bila sampai giliran batch aku nnt akan lebih mudah.  Apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP) memberi sedikit kemudahan kepada calon2 ketika ini apabila "siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan keatas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemuduga untuk pelantikan tetap"....Alhamdulillah....kemudahan atau jalan pintas untuk calon-calon cemerlang...tetapi, ramai juga yg berpendapat, cemerlang belum tentu dia pandai bercakap utk menjadi seorang guru...Tak kisah apa pun tanggapan dari mn2 pihak pun, diharapkan mereka akan mendapat tempat untuk menjadi pendidik samada ditemuduga atau tidak....

Seperti semua tahu, sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut keadaan...Aku berharap kemudahan yg SPP bg sekarang akan diteruskan sehingga ke batch aku...Jika ianya tidak berubah, aku lebih bersemangat utk mencapat CGPA 3.5 dan ke atas serta mendapat A semasa praktikum nnt supaya aku juga dapat kemudahan yg diberikan oleh SPP untuk layak bergelar pendidik.

Untuk mendapat CGPA 3.5 dan ke atas, aku kena kerja keras setiap sem...Bak kata bff aku, kena bekerja 500% dan lepas tu tawakal...In Shaa Allah akan dapat apa yg diimpikan...

Untuk mendapat A semasa praktikum, hah....ini bkn 1 kerja yg mudah...8 jam kredit selama 14-16 minggu menjadi seorang guru praktikum yg berkesan kepada pelajar dan sekolah barulah layak mendapat A...Sebelum layak aku berpraktikum, aku harus membuat persediaan..

Jom ikut aku utk seterusnya sbb aku ngah seronok menulis nie...hehehehe...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Persediaan yg aku harus buat ialah mengambil subjek KPD 3016 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 pada semester 5 dan KPD 3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 pada semester 6 dan barulah aku layak ke praktikum pada semester 7...Hari ini hr pertama aku masuk kelas KPD 1...Secara jujurnya, aku agak risau juga siapakah pensyarah yg bakal ajar kami KPD 1 nie sbb pensyarah memainkan peranan penting kerana jam kredit subjek nie ialah 6 jam kredit...Sangat besar kreditnya sbb tanpa final exam...100% adalah kerja kursus...

Sesampai aje aku kat kelas, kelas masih gelap, dan aku masih blur sama ada anjung masih tempat yg sama atau x...Jd, aku stay la kejap kat tangga sampai aku jmp seorang lecture fakulti aku...Aku tegur lecture tu dan Cik tu kata masih gelap kelas nie...Jd, aku tertanya betul ker lecture tu ajar aku kejap lg nie...Jd aku pun bertanyalah sambil bukak lampu dan aircond...

Aku : Puan ajar KPD kelas kami ke?
Puan : Ya..
Aku : Sementara atau kekal?
Puan : Saya ajar sem nie sbb x de lecture lain...Br tahu smlm...
Aku : Owh...

Terlintas la kelegaan kat hati aku bila Cik Norasimah yg ajar sbb aku dgr2 dari pelajar lain yg lecture nie seorang yg baik dan sporting...Jd, aku x perlu risau krn khabar angin sblm nie menyatakan yg akan ajar adalah seorang lecture yg cerewet dan aku dah mempunyai pengalaman belajar dgn lecture itu sebelum2 ini...

Puan tu tye aku, "mn kwn2 lain?Ni kang wat la alasan bas"...Walhal ketika tu masih awal lg...Aku jawablah, "jauh agaknya nak jalan kaki ke sini"...Erm,,,seorang pensyarah yg agak awal sampai ke kelas..Aku suka pensyarah mcm nie...

Bila Cik Asimah mula mengajar, aku tertarik dgn cara dia...Mmg best kelas dia...Aku asyik ketawa jer...
Kata Cik Asimah...

Unsur "kecindan" perlu ada dalam diri...
Sblm jd cikgu, kena ada "identiti" tersendiri...
tanya pada diri,
"AKU NAK JADI CIKGU APA?"

Unsur kecindan ialah unsur kelakar...Unsur kelakar perlu ada dalam diri seorang guru...Cik Asimah ckp, dr sekarang kita perlu set kan dalam diri yg kita nk jadi cikgu apa supaya apa yg kita nk jadi tu boleh digilap dari sekarang...Secara jujurnya, aku masih tidak dapat mengesan kelebihan dalam diri untuk aku menjadi cikgu jenis apa suatu hari nnt...Tak sabar rasanya mengetahui segala skill dr Cik Asimah untuk persediaan aku sebelum aku menempuh alam praktikum dan layak mendapat A dalam praktikum seterusnya menikmati kemudahan yg disediakan oleh SPP untuk layak mendapat penempatan tetap sebagai cikgu dimana-mana sekolah 1 hari nnt...

 Adakah aku akan menjadi seperti gambar nie???Errrmmmm...

Aku perlu menjadi diri aku sendiri dengan identiti tersendiri dan identiti itu berkesan kepada pelajar dlm proses menyebarkan Ilmu Allah...

Aku akn menjadi sebaik mungkin untuk bergelar pendidik yg berkesan kepada pelajar...In Shaa Allah...



Jika beginilah sikap ibubapa sekarang, pasti ada 1 mekanisma lain yg perlu ada dalam diri pendidik2 supaya ada cara yg bersesuaian untuk menyampaikan ilmu di samping masalah2 sosial dan disiplin pelajar yang semakin meruncing sekarang...Setiap kesukaran pasti ada jalan penyelesaiannya...


Aku dah beli barang2 LK...Dah tanam dalam diri nak dapatkan gred yg baik utk subjek nie...Nak "minat" dgn subjek nie supaya aku blh kejar CGPA aku yg tertinggal tu dan melepasi 3.5 di akhir sem 8 nnt...
Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan-urusan aku sepertimana kau memudahkan urusan Nabi Muhammad S.A.W

Wednesday 20 February 2013

Geramnyeeeeeeeeeeee..........

EEEeeeeeeee.........sapela punya keje yg tampal sticker gambar kartun kat kuda putih aku tu...Betul2 tak sopan...Dah la penat melayan kerenah add dan drop hr nie, tut2 bila nk balik tgk ada manusia x bertanggungjawab menampal sticker gambar kartun kat kuda putih aku...Duk tampal mana dia suka...Agak2 ler kan nk menampal pun...Sesungguhnya aku x suka harta aku ditampal2 sana dan sini klu bukan aku yg tampalnya sendiri...Bila aku cuba bukak semula, sah dah berbekas...Betul2 depan cover kuda putih aku...Nmpk jelas la sgt...Eeee...geram betul...Klu aku tahu sape punya keje, aku jentik2 jari dia...Dah x de keje lain agaknya...Geram...gerammmmmmmmmmmmmmm...............


Monday 18 February 2013

Kuliah Pertama...

Hari nie kuliah pertama aku di semester 5...VET 3073 Lukisan Kejuruteraan Teknik...Secara jujurnya, aku memang gerun dengan subjek yang berunsurkan lukisan dan pengiraan...Kali ini LK dgn lukisannya dan elektrik dan elektronik dengan pengiraannya...Takutnya...Mampukah aku utk hadapi semuanya...Selain tu, subjek KPD dan Perniagaan Baru juga membimbangkan aku...Runsing aku memikirkan kesemua subjek2 ini...Semua adalah benda baru yang sukar untuk aku...Tapi jika aku melarikan diri dari subjek2 ini, 1 hr nnt aku kena ambil juga...Jadi, aku perlu berusaha...berusaha...berusaha...rajin...rajin..dan rajin...Mak pesan, jgn berhenti berdoa pada Allah..Mintalah apa sahaja...Pohonlah semua dipermudahkan segala urusan...In Shaa Allah...Aminn...

Untuk subjek LK hari ini aku kena sediakan beberapa peralatan utk melukis...Semua kena sediakan sebelum mula kelas minggu depan...Nantilah, bila aku ada byk masa free, aku akan gi beli semua peralatan tu...Akan aku adakan semuanya...Budget dalam RM 200...

Risau mcm mn pun, aku harus hadapinya juga...Pesan lecture aku tadi dan berulang2 dia cakap, utk faham LK nie perlu banyak buat latihan, rajin, wat latihan secara on9, belajar melukis dari youtube dan paling penting ialah minat....In Shaa Allah...Semoga Allah permudahkan segalanya...Aminn...

Diri VS Hati. . .

Diri : Wahai mata? Knp susah sgt kau nak lelap malam ini???
Hati : Ntah la...
Diri : Kau fikirkan apa? Tentang dia?
Hati : Mungkin...Aku rasa ada sisa dihati dia tentang kesalan terhadap aku
Diri : Kau perlu sedar diri byk perkara...Dia dah ucap, dia dah tulis utk kau...Kau lupa...
Hati : Aku tak lupa...Aku igt...Mgkin sbb dah tersemat kat "hati" watkan aku x mudah lupa walaupun aku pelupa....
Diri : Kau selalu kena igtkan apa yg dia dah kata...Dia tak macam dulu lagi tau...Kata2 dia tu mgkin benar utk dia kotakan...Ko jgn redah jer semuanya...
Hati : Ya, aku akn sentiasa igtkn diri aku yg aku bkn sesiapa dlm diri dia....Salah aku kan...Khianati dia...
Diri : Dah la...Ko terima jer semua nie...Ko pun tak suka kalau dia ungkit2 kn..
Hati : Memang aku tak suka, tp aku tahu dia akn selalu kata sbb dia kata setiap kali dia berkata2, tu cara dia ingatkan aku...
Diri : Dan kau?
Hati : Aku x suka sbb setiap kali dia berkata, aku kesal dgn apa yg dah jadi...Hati blh jd mcm kena cucuk2...
Diri : Esok kuliah pertama kau...
Hati : Aku tahu...Dan aku dah ready apa2 ttg dia...
Diri : Knp kau takut dia?
Hati : Takut? Aku takut dia?
Diri : Knp ko x baca entry dia ttg hipokrit tu smpi skrg?
Hati : Aku x berani dan aku tak ada kekuatan utk baca...Barisan pertama aku dah tahu yang dia bercerita ttg aku...Aku x sangka dia menulis ttg aku smpi ke blog...Sedih jgk la...
Diri : Tp, knp ko copy dan kau simpan?
Hati : Sbb aku tahu 1 hr nnt aku akn baca keseluruhannya...3 4 thn akn dtg...
Diri : Knp lama sangat?
Hati : Sbb dia x nk ada apa2 kaitan dgn aku pas kami habis belajar nnt...Jd, ketika tu kalau aku baca, mgkin hati aku x terguris lagi dan aku tak membalas apa2 lg..
Diri : Mana ko simpan...
Hati : 1 tmpt yg org lain tak boleh jumpa...Bkn tu aja, ada 1 penulisan dia 100% in english pun aku simpan...aku tak baca pun smpi skrg...
Diri : Sbb?
Hati : Sbb aku nak jaga hati aku...
Diri : Knp ko menulis semua ttg dia di 1 sudut lain dan bukan disini?
Hati : Tak perlulah aku kongsikan pada org lain sbb biarlah hanya aku, diri aku, hati aku dan keseluruhan ttg aku yg tahu siapa dia untuk aku luahkan dalam penulisan aku..
Diri : Knp ko suka memedam rasa?
Hati : Ntah...Tp mcm tu lah yg buat aku selesa...Dan blh jadikan aku penyabar...
Diri : Kau dah ready apa yg akn terjadi lepas ini?
Hati : Aku cuba yg terbaik utk diri aku dan hati aku...
Diri : Apa pun?
Hati : Ya...
Diri : Perlu merayu atau memujuk?
Hati : Dan akhirnya dibenci...Tidak...
Diri : Kau ego dan hipokrit spt yg dia kata
Hati : Aku tahu siapa aku..Allah sentiasa ada....Aku yakin itu..
Diri : Ko igt je la apa yg patut ko sedar dr setiap pengucapan dia..
Hati : Klu aku simpan kat otak aku, pasti aku lupa..Tp klu tersemat kat hati...Sebutir2 aku igt sampai bila2...
Diri : Aku harap kau menjadi diri kau dan tempuh semua ini dan apa pun yg bakal terjadi...Klu ko plu lakukan "rancangan" itu, kau lakukanlah...
Hati : In Shaa Allah...Aku tgk pada keadaan...Jika mendesak. aku lakukan juga...


18 Feb 2013...3.11 am

Sunday 17 February 2013

Anak Kandung Suluh Budiman...

Dengan rasminya cuti semester aku utk sem 4 telah berakhir hr nie...Dan ketika aku menaip entry ini, aku telah selamat sampai di bumi Tanjung Malim...Maka, bermulalah rutin aku sebagai mahasiswi suluh budiman...Dah siap kemas semuanya...sapu dan mop lantai juga sudah...Maka kedengaranlah semula deruan keretapi pada masa2 tertentu...Cuma, aku pulang dengan keadaan selsema...Sangat tidak selesa...Bersin sahaja...Aku harap selsema ini akan baik menjelang kuliah pertama aku esok...Lewat petang ini atau malam ini aku akan ambil si kuda putih kat umah kawan aku...Terima kasih byk2 sbb sudi lindungi kuda putih aku dari hujan dan panas...Banyak nk berceloteh sebenarnya, tetapi kesihatan skrg x menginzinkan...Aku sgt2 tidak selesa dan mahu berehat...Harapan aku, sem 5 dapat dihabiskan dgn sebaik mgkin...Jika mengalami masalah, kembali ke era sem 3 cara penyelesainya...In Shaa Allah...

Saturday 16 February 2013

Rebat RM 200 Untuk Telefon Pintar Part 2. . .

Seperti yang aku pernah janji sebelum nie, aku nak cerita tentang usaha aku utk menggunakan rebat RM 200 membeli telefon pintar untuk golongan belia yg kerajaan Malaysia beri...Selepas dipertimbangkan dari pelbagai sudut, maka aku memilihlah 1 jenis hp dr keluaran syarikat ninetology......


Aku hanya nak cari hp yg aku x perlu utk keluarkan budget yg banyak...Harga HP RM 399 tolak rebat RM 200 bakinya RM 199 tetapi syarikat ninetology memberi potongan RM 100 dan aku hanya membayar RM 99 sahaja....Hehehehe...Tetapi aku perlu menambah RM 25 untuk membeli sim kad baru sbb itulah syarat yg perlu dipatuhi...Tak pe lah setakat beli sim baru daripada terikat dgn kontrak postpaid...Apa ada hal....Hehehehe...

Yang menariknya, hp nie ada aplikasi...


Bg pengguna android samsung galaxy terutamanya, tentu tahu apa fungsi aplikasi ini...Aplikasi ini membolehkan kita mendownload pelbagai aplikasi lain secara percuma...Hehehehe....Macam2 boleh pilih...Fungsi hp ni x ubah mcm samsung galaxy cuma screennya kecil...Hehehehe...


Ni lah hp baru aku...Ada 3 pilihan warna...Pink, putih dan hijau...Jadi, aku memilih hijau...Hp pertama aku warna hijau pekat, hp ke 2 warna putih dan hp ke 3 nie aku memilih warna hijau daun...


Aksesori yg dapat ialah charger, USB cabel dan earphone sahaja...

Setakat ini, aku dah putuskan hp nie utk kegunaan menelefon, viber dan tango utk org2 tertentu sahaja... Selain tu, aku nak gunakan utk ambil gambar aktiviti kelas2 amali yang aku ada supaya gambar2 tu terletak dlm 1 jenis hp sahaja dan x "semak" kan memory card hp2 aku yg lain....Hehehehehe...

Lastly, dgn rebat yg kerajaan bg tu, aku gunakan tuk membeli hp ini....

:::Actually, aku angkat gak bb tuk penuhi hajat aku...BB yg aku pernah cete sblm nie, jd bb tu la jd hp ke 2 aku menggantikan hp utk no celcom aku sebelum nie...Hehehehe:::

Enjin...

Bangun pagi jer hr nie..teringatkan sesuatu...Merindui kelas amali enjin..Kelas amali yg rata2 semangat untuk wat kerja2 amalinya...Merombak dan merawat enjin...Merombak smua teruja, merawat yg mgkin masalah cikit sbb bila merombak duk redah aje semuanya...Hehehehe...Merombak dalam bahasa yg mudah paham ialah membaraikan komponen-komponen enjin manakala merawat ialah memasang semula komponen yg dah dibaraikan tadi...Hehehehe...Tp kalau buat kat enjin sebenar, belum tentu betul apa yg bakal dirombak dan dirawat tu...Silap2 lg teruk kerosakkan kereta...Hahahahaha.......

Aku nk cerita pasal kelas amali enjin aku yg terakhir...Topiknya sistem pelinciran...Nak tahu tak apa tu sistem pelinciran?

Menurut slide lecture aku, "Sistem pelinciran ialah sistem yang melancarkan pergerakan bahagian yang bergerak di dalam enjin. Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap komponen yang bergerak di dalam enjin serta menghindarkan kepanasan yang mungkin terjadi akibat daripada pergeseran".

Jadi, tugasannya ialah membuka tangki takungan minyak pelincir, mencuci dan memasangnya kembali...Kumpulan aku ada 4 org semuanya...Tp yg dtg termasuk aku 2 org jer...Amali kena wat report...Kena ambil gambar..Jd aku amik gmbr yg 1 lg akan merombak secara solo...Kali nie tugasan merombak agak susah sbb tempat nak merombak tu payah tuk skrunya dibuka...


Tangki yg berwarna hitam tu yg perlu ditukar dan di cuci...Ada lebih kurang 18 skru yang perlu di buka...Ermmmm

Maka, bermulalah partner aku merombak enjin tu secara solo...Kesian dia...Bila aku tgk dia semakin susah sampai skru tempat lain, pemutar skru tempat lain maka aku tolonglah dia kalau tak sampai esok pun tak terbukak skru tu...Hahahaha...

Wat keje berdua, tp gelak sini gelak sana...Sorang pegang sorang putar...Gigihlah kami nk wat...Dgn slamber dia cuit pipi aku dgn tgn dia yg berminyak tu...Dan aku mencari peluang jer tuk membalas...Wakakakahhhhh...

Pertengahan masa kelas amali, maka muncul lah seorang lg ahli kumpulan aku...Tertidur katanya..Maka dialah yg meneruskan kerja2 kami yg sgt mencabar itu...


Genggaman yg kuat tgn partner aku tuk membuka tangki nie....Gigihnya dia...Hehehehe...


Inilah hasil minyak yg telah dikeluarkan dan penutup tangki yang berjaya dibuka...


Dan bahagian inilah yg perlu dicuci tapi kumpulan aku tak cuci pun sbb kami dah ketinggalan dgn kumpulan2 lain..Jadi, kami skip jer..Hahahaha...Cuma kami rawat gasketnya sahaja...


Ni bahagian atas takungan tangki...


Tgn aku dan partner yg gigih siapkan tugasan..Inai kat jari partner pun tak hilang lagi...Pengantin baru la katakan...Lebur tgn dgn myk pelincir jgk yer...Hehehehe...


Dan amali terakhir nie lah kumpulan aku yang terakhir sekali siap...tak pernah jadi yg terakhir sblm2 nie...Kumpulan lain dah lama angkat beg nak balik...Tp x blh balik pun sbb hujan lebat...Hahahaha....Main2 kn wat keje, kan dah last sekali siap...Hahahaha...Papepun hilang sikit stress manjahit baju projek...Pas habis amali nie, aku ke bengkel jahit semula...Sebelum ke kelas enjin nie, aku kat bengkel jahit jgk...Sibuk2....


Rahsia kerajaan...
Kumpulan aku pernah meretakkan 1 komponen enjin...Hahahaha...Kitaorg buat diam jer...Lecture pun tak tahu...Bila group seterusnya guna, pasti yg retak tu akan patah...Hahaha...Mggu depan kami dtg, tgk part yg retak tu...Hahahahaha....Sudah patah..."Bukan kami buat"......

Sem baru dah x de dah kelas amali enjin...Berhadapan dengan amali elektrik pulak...In Shaa Allah...

Thursday 14 February 2013

Ikan Oh Ikan...

Lusa mengikut perancangan aku, aku nak balik ke TM da...Aku mmg suka balik sehari awal dr hr terakhir cuti sbb nak mengemas dan wat persiapan tuk minggu kuliah pertama.  Biasalah awal2 sem mmg rajin...stok baju seminggu siap gosok semuanya, buku nota dan beg kuliah dah siap kemas, kasut dan stokin pun dah siap susun tepi pintu....hehehehe...semangat kan...Dalam jadual, hari isnin 18/2 aku hanya ada 1 jer kuliah iaitu lukisan kejuruteraan teknik selama 3 jam.  Ermm...x mgkin lecture aku nak wat kuliah sampai 3 jam kan...hehehe...

Bermulalah kuliah maka habislah kenimatan "makan free" dan "makanan sedap"...Mulalah melupakan ikan sbb aku payah nak terima gaya masakan ikan kat TM...Tak kena dgn selera...Walaupun dah 2 thn aku duk sana, sgt susah tuk aku memilih lauk berasaskan ikan. Aku ada 1 kawan yg suka sgt mkn ikan,Sut...Sut byk kali yakinkan aku yg jenis2 masakan ikan tertentu adalah sedap rasanya. Tp dr sudut pandangan mata aku ttp x berani nak mencuba.  Jika aku betul2 nak makan ikan, aku akan gi 2 tmpt sahaja...Tu pun menunya mesti ikan bakar atau ikan sumbat..Tu je yg aku ada selera...Dlu ada gak bff aku masakkan lauk ikan.  Tu pun masa kami tinggal bersama.  Pastu dah xde da...Kat umah sewa skrg pun mmg jarang masak ikan.  Tp kadang2 bila turn aku masak, memang aku belikan ikan la...Masak ikan...hehehe...Kat umah sewa mmg xde jadual memasak, sesiapa yg free kuliahnya, dia akan masuk dapur...Tak pun kadang2 mcm dah terbiasa gilirannya walaupun tanpa perbincangan...Mak aku dah pesan, x kisah la sape pun yg masak dan apa jua yg dimasak..."jangan byk gone"...hehehe...

Tgk pada jadual, mmg payah nak balik kg hujung minggu...Jadi, lambatlah dapat makan lauk ikan yg sedap...Jom ikut aku apa istimewannya ikan dgn bantuan pak cik google...


Apabila kita mengkaji sifat-sifat pemakanan ikan, kita akan berjumpa dengan beberapa fakta yang sangat menonjol. Ikan, yang diberikan kepada kita sebagai rahmat oleh Tuhan kita, satu makanan yang sempurna, terutamanya dari segi protein, vitamin D dan unsur-unsur surih (unsur-unsur tertentu yang terdapat dalam kuantiti yang minimum di dalam badan tetapi yang masih amat penting untuk ia). Oleh kerana mineral yang mengandungi seperti sulfur, fosforus, dan vanadium dalam ikan menggalakkan pertumbuhan dan membolehkan tisu untuk pulih.

Daging ikan juga membantu dalam pembentukan gigi dan gusi yang sihat, manfaat kulit itu dan menyumbang kepada usaha memerangi jangkitan bakteria. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam pencegahan serangan jantung kerana ia mampu mengawal tahap kolesterol dalam darah. Ia juga membantu badan untuk memecahkan dan menggunakan kanji dan lemak, menjadikan tubuh lebih kuat dan lebih bertenaga. Sebaliknya, ia juga mempengaruhi fungsi aktiviti-aktiviti mental. Sekiranya bahawa vitamin D dan mineral lain yang terkandung dalam ikan yang tidak dimakan dalam kuantiti yang mencukupi, masalah-masalah seperti riket (kelemahan tulang), penyakit gusi, goiter dan hyperthyroid semua muncul.

Di samping itu, sains moden telah juga menemui bahawa asid lemak omega-3 dalam ikan juga menduduki tempat yang penting dalam kesihatan manusia. Lemak ini telah digambarkan sebagai asid lemak perlu.

Banyak khasiat ikan..makan byk pun xpe...Tak kan gemuk kalau mkn ikan byk...Hahaha...


Klu ada menu nie kat TM, mesti sedap...


Ikan nie wat goreng pun sodapppppppp...

Tak kisahlah ikan masak apa pun asalkan bukan ikan nie...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


HAHAHAHAHAHAHAHAHHH.................



Actually, aku ada 1 lg menu nk makan sblm aku balik TM...Teringin sejak sblm cuti lg..Nk mtk bff aku masakkan, tp x terluah dgn kata2 pas byk sgt kekangan yg ada...Ermm, pasti akn dpt dinikmati...Hehehehe...

Friday 8 February 2013

Tahun Ketiga. . .



Pejam celik, pejam celik...Hari ini hari pertama utk wat pendaftaran semester.  Aku dah masuk ke fasa tahun ketiga. Kejap jer masanya masa berlalu...Pas ni kalau org tye, bila habis belajar...Jawapannya, setahun setengah lagi...:-) tak lama lagi pastu boleh kawen..hehehehe...Selepas wat semester registration, barulah jadual rasmi semester 5 boleh di lihat.

Jadual kali nie tak  sama seperti sebelum2 nie sbb sebelum2 nie, kita boleh mencipta jadual kita sendiri dengan menetapkan masa dan hari mengikut pilihan kita.  Tetapi kali ini, kita hanya mampu mendaftarkan subjek dan kumpulan sahaja tetapi tidak tahu masa dan hari jadual tersebut. Semuanya disusun oleh pihak akademik UPSI.  Dan ianya menjadi tanda tanya sehinggalah jadual rasmi itu keluar hari ini...


Inilah jadualnya...Dan aku telah mengubahnya menjadi seperti ini...


Sekali pandang memang nampak byk masa lapang. Tetapi ada 2 masa yang tidak masuk lagi dalam jadual tu iaitu amali masakan timur dan barat 3 jam dan amali elektrik dan elektronik 3 jam.  Aku pun tak boleh nak agak kat mana akan terletaknya 2 kelas amali itu.  Seperti semester tahun2 sebelumnya, jadual aku yang cun nie akan berlaku perubahan sehingga tamatnya 2 minggu terawal kuliah.  Silap2 perlu drop mana2 subjek dan add subjek baru.  Pengurusan perniagaan baru aku pernah add selama 2 sem sebelum ini tetapi aku terpaksa drop kan subjek tu atas dasar clash dgn subjek lain mengikut kesesuaian.  Aku harap, sem 5 aku dapat ambil subjek tu sbb kawan2 lain majoriti dah ambil.

Jadi, untuk mengetahui jadual lengkap semester 5 aku utk digunakan sepanjang 1 sem, aku kenalah tunggu selepas 2 minggu kuliah bermula...Hehehe...Harap-harap semuanya dipermudahkan...In Shaa Allah...

Takwim akademik untuk semester 5 nnt ialah...

Jeng...jeng..jeng...


Dengan kuliah sampai hari sabtu, dan kurang cuti semester ini krn semester pendek, aku redha klu aku jarang dapat balik kg...Xpela, adat bergelar anak rantau...Rindu je la yg tak tertanggung...Rindu mak, rindu rumah, rindu kucing, rindu family dan rindu makanan sedap...

Sekarang, aku dah boleh prepare barang2 tuk balik ke TM semula...Cuti pun dah nak habis...Ni lah pertama kali aku tak perlu mengemas rumah dengan teruk sebab sebelum nie setiap sem aku pindah rumah.  Kali nie dah tak pindah dah.  Ada niat nak pindah tapi tak dapat lokasi yang baik. Jadi, aku duduk lagi di rumah lama dgn housemate2 lama...In Shaa Allah, kami harap kami dilindungi Allah dari sebarang bahaya.  Roomate aku tak bagi aku keluar.  Aku gertak nak pindah rumah, dia dah tak senang duduk.  Sampai sanggup wat apa sahaja asalkan aku tak pindah, jd sedaplah aku buli dia sehari hr tu...Hehehehe..Actually dia ok...Dia x kacau aku, aku pun x kacau dia sgt..Yg baik aku terima, yg krg baik aku cubalah tegur tak pun aku buat tak faham aje...Hehehehe...


Thursday 7 February 2013

Allah Tak Uji Kalau DIA Tak Sayang. . .


Dimana bumi dipijak, disitulah bakti ditabur…Kata-kata ini amat serasi untuk semua tenaga pengajar yang berbakti utk mencurah ilmu untuk anak-anak bangsa yang dahagakan ilmu.  Ilmu Allah yang perlu dikongsi dari seorang guru yang ikhlas dan cekal dengan amanah yang diberikan.  Tetapi, yang leper tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak datang bergolek.

Akhir-akhir nie, en love aku berdepan dengan macam-macam ujian. Apa yang aku boleh kata padanya, sabar…sabar…dan sabar…Allah tak uji kalau Dia tak sayang…Berdepan dengan timbunan bebanan tugas adalah perkara biasa buatnya. Lumrah kehidupan seorang pendidik yang dibayar gaji setiap bulan.  Tetapi, ujian lain yang melanda yang membuatkannya harus lebih kuat.  Faktor kesihatan yang sukar untuk tahu puncanya membuatkannya terpaksa memilih hidangan makanan bagi mengurangkan rasa kesakitan.  Kereta kesayangan yang di panggil “bini” kerap kali meragam.  Macam-macam yang minta ditukar.  Hampir setiap minggu ke bengkel membaiki ragam si bini.  Kesian dia.  Dah berpuluh k yang dah dikeluarkan tuk si bini.  Mungkin disebabkan faktor perjalanan menyebabkan si bini kerap meragam.  Laluan balak dan berbatu perjalanan ke sekolah kemungkinan besar adalah punca si bini meragam.  






Beginilah keadaan jalan yang perlu dilalui sebelum sampai ke sekolah. En love cakap, jalan tu lebih senang utk dilalui jika laluannya basah kerana hujan tetapi jika waktu kering terlalu banyak batu-batu besar yang perlu dilanggar dan menyebabkan kepala bergegar....


Semua cikgu2 SK Ulu Bole akan bergerak ke sekolah secara konvoi seawal pagi setiap hari Isnin...Beginilah keadaan mereka...Kembara En Love berwarna maroon tu...Menggunakan kepakaran memandu yang ada bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tak diingini...


Sebelum En Love ada kereta sendiri di Sabah, beginilah keadaannya untuk En Love ke sekolah setiap Isnin dan balik ke pekan setiap Jumaat..Tp sekarang, x lg membonceng motorsikal atas sebab-sebab kesihatan.


Pernah mengalami tayar kereta pancit.  Sampai bersegi bentuk tayar. Nasib baik lokasi tayar pancit nie dah berdekatan dgn kawasan kampung. Kalau berlaku di pertengahan jalan, sukar untuk mendapatkan bantuan kerana jarang sangat kenderaan lalu.  Terima kasih kepada hamba Allah yang membantu En Love tukar tayar.


Beginilah keadaan jika berlaku masalah pada kereta di pertengahan jalan...


Tak semua jenis kenderaan yang boleh dipandu melalui jalan ke sekolah.  Entah bila kerajaan Malaysia mampu untuk menurap jalan tersebut..Entahlah...


Anak-anak ini dahagakan ilmu dari setiap guru-guru cekal ke pedalaman mereka. Ini baru pedalaman 1, macam mana agaknya susahnya kepada pendidik-pendidikan di pedalaman 2 dan 3...Walaubagaimanapun, amanah tetap amanah...Perlu dilaksanakan kerana pendidikan generasi akan datang.

Keluh kesah En Love aku hanya mampu menjadi pendengar setia.  Bukan bebanan tugas dan kesukaran ke sekolah yang di keluhkan..Tetapi ragam si bini yang kerap kali mohon untuk dimajakan...Bersabarlah En Love...Allah tak uji kalau Dia tak sayang hambaNya...


Si bini wat masalah lagi...Sabar ye En Love...Ada sesuatu yang bahagia menanti di sebalik kesusahan semua ini...Percayalah...In Shaa Allah...