HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 18 January 2013

Tahun baru, Semester baru, Sticker baru. . .


Diwaktu kesibukan minggu final hari tu, aku sempat jugak ke pejabat keselamatan upsi tuk renew sticker moto aku.  Aku kena la curi masa tuk renew sticker sbb nnt dah mula cuti tak sempat nak wat.  Naik sem baru nnt, mesti en guard sibuk wat operasi check sticker pelajar.  Mula lah sana sini nk menyaman je kejenya.  Tak kan aku nk letak luar pagar kan. Tak kan la sbb aku cukup malas nak jalan kaki jarak jauh dalam kampus. 

Oleh kerana aku malas nak jalan kaki dalam kampuslah aku kena saman parkir 3 kali tuk tahun 2012...Hehehehe...


Dengan jelas tertera kesalahannya ialah "Salah meletakkan kenderaan di petak yang dikhaskan"...Semuanya kesalahan diatas adalah ditempat yang sama iaitu tempat parkir staf bawah bangunan e-learning...Aku hampir2 kena saman ke 4 ditempat yang sama tapi dapat diselamatkan. Hehehe...Masatu aku aku sibuk menjahit baju projek kat bengkel, jadi bila dah sampai waktu lunch, aku pun keluarlah gi beli nasi tuk aku dan bff aku punyer sekali termasuk pakej air dan dessert sekali. Dgn brg yg byk tu, aku pun malas la nk parkir jauh dan moto aku lencongkan ke bawah bangunan e-learning.  Elok aku br parkir, aku toleh je kanan, aku nmpk en misai guard yg garang sedang berada jarak x brp jauh dari aku. Jadi, aku pun dgn keadaan cuak dan senyum, aku start moto dan tukar ke parkir pelajar yg agak jauh tu...Heheheh...Klu aku teruskan juga hasrat, memang comformlah aku kena saman.


Inilah bangunan e-learning yg aku kata tadi.  Bangunan nie ada kawasan parkir kereta dan motorsikal untuk staf.  Bersebelahan dengan bangunan nie, adalah fakulti aku.  Tu pasal la aku selalu curi2 parkir kat situ sebab dekat dengan fakulti aku dengan keadaan barang2 yg banyak seperti pembaris2 jahitan, box menjahit, buku2, kertas pola dan sebagainya.  Dengan banyak mcm tu selalunya aku amik jalan pintas. Heheheh...Sendiri langgar peraturan, sendiri  bayar saman la jawabnya...
Kawasan parkir pelajar adalah berhadapan bangunan ini. Parkir terbuka.  

Agak2nya tuk tahun 2013 nie, bp kali pulak aku akan kena saman lalu-lintas upsi erk...hehehe...


Inilah buah hati pengarang jantung aku kat upsi. Setia dengan aku kemana sahaja. Ada dgn aku saat susah senang aku. Memudahkan kerja2 aku. Tanpa MCB, payah jugak aku nk bergerak kat upsi. Berpanas dan berhujan dengan aku. Dah terlalu banyak kali aku balik dengan basah kuyup. Bila dah basah kuyup, aku minta housemate amik kan tuala mandi aku kat dalam bilik dan aku akan tanggalkan seluar kat luar rumah lepastu barulah aku masuk dan mandi. Sedih jugak kadang2 bila  balik dlm keadaan basah. Tp, selaku mahasiswa, aku kena harung apa juga yg datang. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Yg penting, harungi dengan tenang. Bila aku bosan atau tertekan, aku akan bawa MCB kemana sahaja yg aku nak. Selalunya aku bawak MCB masuk ke kampung2 berhampiran tuk tenangkan hati. Melihat suasana kampung, wat aku rase tenang dengan rasa terubatnya dengan kampung sendiri. 

Pernah 1 ketika, disaat aku rase tertekan yg amat sangat...Aku bawa MCB tanpa hala tujuan sehinggalah aku rase yg aku dah memandu dengan jarak yang jauh.  Lepastu baru aku berhenti dan patah balik. Pernah aku memandu menuju ke bukit fraser, tp x sampai lagi ke sana aku patah balik. Tertekan sangat masa tu. MCB jadi peneman paling setia...


Mcm dah x jauh kan, atas dasar keselamatan, aku patah balik. Aku seorang ketika tu...

Aku harap, MCB akan setia dengan aku utk 2 tahun lagi...InsyaAllah...
Syukur dengan apa yang ada...Alhamdulillah...






No comments:

Post a Comment