HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 11 January 2013

Aku Dan Mereka . . .


Bila duduk diam2 dan termenung….dah beberapa fasa telah dilalui dalam kehidupan ini. Dari kecil sehinggalah menjadi dewasa sekarang.  Bila ditanya pada diri, apa sumbangan yang diri ini dah lakukan kpd org lain, tiada sebarang jawapan yg mampu utk aku katakan.  Di sepanjang perjalanan kehidupan, pasti ada kenangan yang manis mahupun pahit.  Pasti ada insan yg sehingga ke hari ini masih kita ingat gerak-geri, sikap dan cara hidupnya. Sejauh mana kita mampu utk ingat, kita akan mengingatinya…Aku masih boleh ingat beberapa kawan yg sama2 belajar semasa kat Sek Men dulu…Aku cete satu2 yer sape mereka…

Ili Nadirah Binti Md Sah…Mcm mn blh kenal Ili ek..Ili tak de 1 kelas pun yg sama dgn aku. Tp, kitaorg blh jadi kawan yang baik. Mungkin sbb dia 1 organisasi dgn aku. Sama2 pegang jawatan pengawas kebersihan. Apa yg aku masih igt ttg dia,…errmm Ili nie kalau dia makan, dia x suka minum air terus. Dia akan minum selepas setengah jam br lah dia minum. Aku jgk masih igt kesemua adik beradiknya punya nama…Dia anak pertama, kedua Ili Nadia,Muhammmad Faisal Faiz, Ili Natasya, Ili Nurizian dan Muhammad Faisal Fahmi…6 beradik semuanya…Kisah sekarang : Kami pernah terserempak dekat Merlimau dan dia cakap aku gemuk…sabar je la…pastu aku gi kedai burger, kebetulan dia ada kat kedai depan burger tu, sekali lagi dia jerit aku kuat2 gemuk…cisss…hahaha..mmg pun, kan aku nie gemuk…terkini tetang dia, skrg jadi guru besar sek tadika dan dah berkahwin dan dalam pantang dapat baby girl…



Next…

Amalina Binti Mohd Sani atau nama panggilan dari kawan2 ialah Amal.  Amal sekelas dengan aku dari tingkatan 1 hingga 5.  Dia nilah jadi penulis setia utk aku. Semua buku tulis aku,buku kerja aku, buku teks aku dan segala buku lain yang ada, dialah yang akan tolong tuliskan nama dari tingkatan 2-5…Baikkan dia..Tulisan aku kecik2 la, jd x cantik nak tulis..Jd, dialah yang jadi tukang tulis utk aku. Pernah dia bawak semua buku aku balik ke rumah sbb nak tuliskan nama aku kat rumah.  Kalau ada pape borang nak kena isi, aku akan carik dia utk tuliskan. Dia mmg dah jadi biasa jadi tukang tulis utk aku. Terima kasih amal…Kisah sekarang : Dah lama tak jumpa dia. Aku dpt tahu keluarga dia dah pindah dari Melaka. Last dapat tahu dia belajar kat Utem Melaka dan sekarang dah bekerja…Amal ni ada skill main alat muzik dan selalu jugak dia berjamming sbgai hobi dia. Masih lum berkahwin…Amal igt aku lg x? Tapi aku tak pernah lupa nak wish besday ko kat fb selagi aku tak lupa ko adalah kawan aku…


Next…

Farah atau nama penuhnya Nurfaradillah Bt Md Nor…Ni kawan dari sek rendah hingga ke sek menengah dan sekejap bersama dekat Kolej Komuniti.  Si Farah yg penakut pada kucing…Hehehehe…Farah ni kuat sgt mengajuk. Tak boleh tersalah sikit, muncung la dia…Dan aku la yg selalu pujuk dia. Sampai sekrang pun dia kuat mengajuk, sampai ada 1 kawan aku kata, “Tak sudah2 ko nk pujuk dia, dari dulu sampai sekarang”…Hahahaha..Tak kisah pun sbb x susah pun pujuk dia bila ngajuk…Kisah sekarang : Sudah bekerja di salah sebuah syarikat swasta sebagai pelukis pelan senibina.  Memang bidang kepakaran dia pun. Belum berkahwin…



Next

Yg seterusnya ialah Najiha Bt Raduan...klu org lain panggil Jiha, aku lebih serasi panggil Najiha. Najiha 1 kelas dgn aku dr tingkatan 1-3 jer..Pastu dia amik aliran perakaunan dan aku amik sains tulen. Kitaorg mmg baik la. Bila jumpa dgn mak dia, soalan cepumas la utk aku, "bila nk kawen?, carikan lah sorang tuk si Jiha nie..."masa tu aku blh ckp, "saya pun xde lagi mcm mn nk carikan dia"...hehehe...Najiha mmg taksub cikit dgn rancangan tv...Korea, Mexico,Cina dan lain2...Selalunya selera luar negara. Zaman sekolah menengah dulu, dia x suka ada kelas tambahan petang sbb dia tak boleh terlepas cerita favourite dia. Kisah sekarang : Masih single dan masih taksub dgn rancangan tv. Akauntan di salah sebuah company swasta. 




Cukuplah kot cerita ttg kawan2 sek men dulu…Ramai lagi yg masih aku igt. Sampai esok pun tak habis menaip…Hehehhe….Selagi aku mampu utk ingati mereka2 ini, mereka2 ini tetap ada dalam ingatan aku selamanya…




No comments:

Post a Comment