HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 17 January 2013

Citarasa Ntah Pape . .

Pagi tadi aku diminta tuk bawak kak long aku ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah sbb nk hantar baju dan lain2 kelengkapan tuk anak buah aku yg di check in kan malam semalam sbb suspek apekdik(betuk ke ejaan aku nie...hehehe)...

Knp aku kata citarasa ntah pape ek?....Sbbnya, aku suka pergi hospital...Aku suka tgk org sakit...Mungkin sbb dulu aku bercita2 nk jd doktor tapi tak kesampaian....Nak jadi nurse pun tak kesampaian...Tak nak belajar rajin2 kn...Dulu aku selalu tengok arwah mak lang kat hospital muar...Bertahun-tahun mak lang derita sakit. Sampai satu peringkat, aku tak sanggup nk tgk penderitaannya...Tak sampai hati...Bila mak lang lupa siapa aku, hati aku luluh...Aku tahu mak lang selalu lupa sbb effect ubat. Klu aku boleh minta sesuatu dari Allah, aku hanya minta tuk ubati mak lang sampai sembuh. Tak mampu nk tengok mak lang sakit.

Aku pernah bekerja kat hospital dengan status kontrak sebagai penolong pegawai penyediaan makanan N17.  Ketika tu aku baru rase sedikit puas sbb tiap2 hari aku akan dtg hospital. Melihat pesakit dan telatah manusia. Br aku tahu yg hospital ini setiap hari menerima kelahiran dan kematian.  Kematian selalunya berlaku sebelum subuh dan lepas magrib.  Berhadapan dgn org yg menolak jenazah utk dihantar ke bilik mayat tu adalah perkara biasa. Selalu akan terserempak sebelah pagi. Sebelum subuh. Aku masuk keje seawal kul 6 pg. Jd, dalam kul 5.15 aku dah kuar dari rumah. Jd, x heran la diwaktu sunyi sepi tu aku akan terserempak dengan kematian.  Ada yg jenazahnya diiringi ahli keluarga dan ada juga tanpa diiringi waris hanya pekerja yang mengambil jenazah jer yang menolak.  Bila dah berselisih macam tu, maka Al-Fatihha aku kirimkan untuk si mati.  Dan bila balik kerja, laluan depan rumah mayat adalah laluan wajib yg kena lalu. Jadi, aku akn tgk la samada rumah tu sibuk dgn waris menuntut jenazah atau sunyi sepi.  Errmmm, oleh kerana aku masuk kerja seawal pagi, jadi selalu aku berselidih dgn ambulance yg nk hantar pesakit ke unit kecemasan.  Jd, aku akan follow la ambulance sampai hospital.  Bila sampai kat kecemasan, aku slowkan kete tuk tgk pesakit yg akan dikuarkan dari ambulance samada mangsa kemalangan, sakit kronik atau sakit biasa...heheheh...sampai macam tu sekali kan aku nie...

Bila dah keje menyediakan diet pesakit, macam2 yg aku kena tempuh.  Berbagai jenis diet mengikut jenis pesakit.  Nasihat dari mentor aku dulu, "Bila kita sediakan diet tuk pesakit, kita kena ikhlas walaupun pelbagai kerenah sbb mereka sakit.  Sama ada mereka makan atau tidak, kita kena terima. Niat kita, kita nk tolong mereka sihat dgn memberikan makanan pada mereka. Kena sediakan diet yg bersih tuk pesakit".  Masa mula2 keje dulu, aku rase keje tu sangat susah.  Agak lama jugaklah aku nak faham cara membahagikan diet mengikut jenis pesakit.  Peka dgn warna tagging kerana setiap warna adalah diet yg berbeza.  Jangan sampai tersalah bagi diet.  Sbb bila kita tersalah bagi diet, kita menganiaya pesakit sebenarnya.  

Tak dapat merawat pesakit, dapat sediakan diet pesakit pun jadilah. Tetap juga berada di hospital...Hehehe...Sbb aku suka ke hospital.  Pernah aku rase nak duk hospital mcm mn rasanya...Nak jadi pesakit...Citarasa ntah pape...

Tapi tak semua org berani gi hospital tau.  Aku ada kawan yg memang takut giler gi hospital.  Klu kena gi hospital atau klinik, dah x senang duduk dia.  Dia sangat takut dgn doktor dan jarum...Heheheh....

Ingatlah, setiap kesakitan tu datang dari Allah dan penyembuhannya juga datang dari Allah juga.... :-)


Ada orag kata makanan yg disediakan dihospital tawar dan letak ubat...Errrmmm, selaku org yg bekerja dibahagian penyediaan makanan, aku nk bgth....Mn ada letak ubat, yg selalu tawar tu mungkin pesakit tu jenis diet yg mmg x blh letak garam dlm masakannya sbb berkaitan dgn sakit yg ditanggungnya.... :-)

No comments:

Post a Comment