HANYA AKU...

HANYA AKU...

Monday 14 January 2013

Mak Mengandung Lagi ! ! !


Mak Mengandung Lagi!!!
Hah….Tajuk dah gempak kan…Ni tajuk drama kat siaran tv 105 Astro Prima tp tajuk sebenarnya, Bila Mak Mengandung Lagi…Kelakar cerita nie…Mengisahkan tentang seorang suami yang dah pencen umur 55 tahun dan isterinya 53 tahun. Mereka dapat tahu yg isterinya mengandung lagi….Hehehehe…Anak-anak dan menantu memang terkejut la…Hajat si suami nak berehat selepas bersara tak kesampaian bila setiap perancangan percutiaannya dibatalkan atas risaukan kesihatan si isteri…Kelakar cerita ini…


Ni lah hero dan heroin cerita tu...


Cerita nie ada kaitan tentang perjalanan hidup aku tetapi versi lain cikit…
Sumber cerita dari mak kesayangan aku…



1986 adalah kali pertama mak aku gi menunaikan ibadah haji bersama arwah ayah.  Ketika itu, tak de lagi pengangkutan udara untuk ke tanah suci.  Mereka menggunakan kapal laut untuk ke sana dan memakan masa beberapa bulan untuk pergi dan balik.  Sepulangnya mereka dari tanah suci, arwah ayah bgth mak yg arwah minta maaf sangat2 kat mak. Masa tu mak kata arwah takde buat apa2 salah pun dan mak tye kenapa arwah minta maaf.  Arwah ayah kata, ketika mereka kat tanah suci, ayah ada minta doa kat depan Baitullah…Ayah minta seorang lagi anak…Ketika tu tahun 1986 mereka dah ada 12 orang anak.  Mak kata takde salahnya…Jadi 1987 lahirlah anak mereka yg ke 13 iaitu aku…Hehehe…Ketika tu umur mak 48 tahun dan arwah ayah 50 tahun…Bayangkanlah, diusia mereka begitu, Allah masih murahkan rezeki mereka dengan kehadiran anak baru. Beza umur aku dan abg atas aku ialah 6 tahun.  Kalau sekarang, diusia mcm tu mengandung, mesti doktor dah risau.  Takut berlaku pape pada kandungan dan ibu.  Menurut cerita mak, aku kecil2 dulu comel.  Sampai ada 2 org nak minta aku dari mak dan arwah ayah tuk jadikan anak angkat tp ayah berkeras tak bagi walaupun salah seorang yang minta tu adalah adik kandungnya…arwah mak lang.  Sampaikan ada seorang kakak aku yg duk Sarawak balik kg ketika tu, terkejut... “Hah, ada adik lg…”…Terus gelak…Yela, zaman dulu mn ada FB, Twitter, Instagram, WhatsApp, BBM, Skype malahan telefon rumah pun takde lagi ketika tu.  Mn nak bgth berita gembira dapat adik baru. Nak pos surat pun payah…Hehehehe….


Arwah ayah pernah bgth mak, lepas arwah pencen, dia nak keje kat kebun. Ayah nak pencen 5 tahun lg ketika tu.  Pondok untuk arwah berehat kat kebun pun arwah ayah dah suruh orang buat.  Rumah kayu kecil ala2 rumah chalet.  Jadi tempat main aku kecil2 dulu bila aku dibawa ke kebun sementara mak, abang2 dan kakak kutip hasil kebun.  Tetapi ketika usia aku 1 tahun 1 bulan 20 hari, ayah pergi untuk selamanya…Ketika usia ayah 51 tahun dan ada 4 tahun lagi nak pencen.  Arwah seakan tahu yang dia dah nak pergi tinggalkan segalanya. Jadi arwah nak ada seseorang yg boleh jaga mak untuk hari2 tua mak.  Dan orang itu adalah aku.  Sehingga aku 23 tahun, itulah kali pertama aku jauh dengan mak.  Menyambung pelajaran di UPSI.  Aku berjanji akan berbakti pada mak sehingga akhir usia mak.  Mak jadi ayah dan mak aku sepanjang hidup aku.  Ketika aku belum pandai menyebut apa2 perkataan, inikan pulak menyebut “ayah”, ayah dah pergi tinggalkan aku selamanya.  Ayah, saya tahu darah, nadi dan tulang saya adalah sebahagian milik ayah…Genetik ayah.  Saya janji akan jaga buah hati ayah,mak selamanya…Al-Fatihha untuk arwah ayahku, Hj Md Ali Bin Alias…


No comments:

Post a Comment