HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 31 December 2013

2014



Kurang dari sejam, takwim 2013 akan berubah kepada 2014. Kat FB pun dah banyak status tentang azam baru dan tahun baru. Sebut pasal azam, seperti biasa azam2 tahun 2013 yang belum tercapai di bawa kehadapan dan ada 2 perkara yang ingin aku tambah. 1- Nak jadi guru praktikum yang mampu untuk mendidik dan bukan sekadar mengajar dan 2- Nak jadi rajin siapkan tesis walaupun tarikh hantarnya tahun 2015 nanti. Perlu bergerak mengikut flow yang di rancang. Sebenarnya azam ni bukanlah yang kita senaraikan pada awal tahun, kadang2 ia datang pada bila-bila masa dan bergantung pada keadaan. Matlamat yang kita usaha untuk mencapainya. 

Pastinya bila tahun meningkat, usia juga meningkat. Jadi soal "bila nak kawin" menjadi perkara yang selalu di tanya. Ermm...soal jodoh kan bukannya di tangan kita sebagai manusia. Allah dah aturkan elok masa dan tariknya cuma ianya masih menjadi rahsia. Sebagai manusia, kita hanya perlu berusaha yang lainnya Allah Maha Mengetahui. Kalau ada yang kata, kawin awal ni boleh wat pahala setiap kali bersama suami. Buat apa pun dapat pahala. Bagi aku pulak, selagi syurga aku belum berubah kepada suami, apa pun aku buat pada mak aku, pahala berganda2 juga besarnya untuk aku. Dari sekecil-kecil perbuatan, hinggalah perbuatan yang besar. Jadi, samalah dengan orang yang dah kahwin buat pahala dengan yang bujang macam aku ni. Jadi, perkawinan merupakan sesuatu yang akan sampai juga masanya nanti. "Kahwin lambat nanti susah dapat zuriat". Ni lagi satu masalah pemikiran manusia zaman sekarang, anak adalah rezeki. Rezeki kan bukan kerja kita. Anak bijak atau tidak, semua tu bergantung pada kita. Kesimpulannya, usia hanyalah 1 angka. Tiada apa yang tersirat dengan angka. Adalah lebih penting untuk kita menjalani kehidupan seharian dengan gembira dan melakukan perubahan kepada kebaikan walaupun sedikit. Tiada jalan keluar untuk masalah yang di tanggung, ada jalan selagi kita berusaha. 

Terkahir sekali, 2013 aku lalui dengan pelbagai kenangan yang semakin mendewasakan aku. Aku harap 2014 akan lebih baik lagi untuk kehidupan aku dan keluarga tersayang. 

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014.

Tika dan saat ini, perlu teruskan berusaha untuk melalui 3 kertas peperiksaan akhir sem ni dengan jayanya. Jauhkanlah aku dari sifat malas. 





Monday 30 December 2013

Dari Aku untuk Semua...

Sebelum 2013 melabuhkan tirainya, ingin sekali aku bercerita tentang apa yang selama ini aku cuba untuk bercerita tetapi tidak ada kesempatan yang khusus untuknya. Jadi, sebelum aku memulakan mengulangkaji untuk final exam, ingin sekali aku bermanja dengan blog kesayangan aku ini. 

Secara jujurnya, aku suka dengan semangat dan perjuangan seorang senior yang digantung pengajiannya dek kerana menurunkan bendera yang tertera gambar PM kita satu ketika dulu. Masih aku ingat lagi saat hukuman dijatuhkan kepadanya oleh pihak pentadbiran universiti, TM dipenuhi oleh ratusan polis yang berkawal di seluruh pelusuk universiti seolah-olah seorang penjenayah merbahaya akan merusuh bila-bila masa. Tetapi, dia keluar dengan meninggalkan semangat yang kental kepada kawan-kawan yang ada. Tidak hanya sampai disitu aku mengikuti perkembangan dirinya kerana aku suka membaca penulisannya yang mampu mebakar semangat sesiapa sahaja untuk terus berjuang.Tempoh penggantungan pengajian sepatutnya telah berakhir, tetapi dia masih tidak dibenarkan untuk ke kuliah atas sebab-sebab tertentu yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran universiti. Satu hari nanti, dia pasti ke kuliah seperti kami hari ini. 

Aku mengikuti perkembangan aktivitinya melui FB, Instragram dan Twitter. Pelbagai perkara dilakukan dan dia selalu berdampingan dengan orang-orang yang mempunyai ilmu dari pelbagai bidang yang berbeza. Di antara perkara yang dia lakukan yang menarik perhatian aku ialah "Dapur Jalanan".





Hidup untuk makan atau makan untuk hidup. Bagi aku yang suka makan ini pastinya hidangan yang lazat menjadi perkara yang penting untuk dinikmati. Tetapi, cuba kita bayangkan kepada mereka yang tidak cukup makanan untuk dimakan seharian. Mereka ini dipanggil "gelandangan" iaitu orang yang tidak mempunyai rumah. Di zaman Malaysia yang dikatakan antara negara yang maju dan negara yang menuju kepada taraf kemiskinan sifar, masih ada yang tidak mampu memiliki rumah sendiri malah mampu menikmati makanan sedap seharian juga susah. Kemana pihak berwajib untuk membantu mereka. Kenapa masyarakat seperti ini seolah-olah dipandang sepi untuk dibantu. Ironinya, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus menjadi mangsa kepada arus kemodenan. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan. Golongan gelandangan yang kurang berusaha lebih gigih untuk membaiki diri atau pihak kerajaan yang masih kurang dalam usaha membantu golongan ini. Entahlah. Sekurang-kurangnya masih ada usaha dari pihak sukarelawan Dapur Jalanan yang sudi memberi makanan sedap kepada mereka yang memerlukan walaupun hanya seminggu sekali. 






Kita yang mampu ini juga terasa kesakitannya dengan kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang dan nilai RM 50 terlalu kecil sekarang dengan harga barang yang meningkat. Lepas ini pastinya tol akan naik juga. Ermmm..sakit juga kadang-kadang. Tetapi bagaimana pula rasa yang ditanggung oleh golongan yang kurang berkemampuan. Hakikatnya, kehidupan ini perlu berkongsi dan saling memberi. Satu pesan aku kepada pembaca post ini, "Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Sebab itulah kita perlu berkongsi untuk wujudkan rasa syukur". Renung-renungkan...

Sebelum aku berhenti menulis untuk post ini, jom kita layan lagu ini...Kalau Aku Kaya...




Friday 27 December 2013

Selesai...

Semalam En <3 beritahu yang familinya menjemput famili aku untuk hadir ka majlis doa kesyukuran keluarganya. Pagi tadi, mamanya pula menjemput bagi pihak keluarganya. Berbelah bagi juga aku mahu menghadirinya. Mak pula tidak dapat pergi sebab mahu menjenguk cucu barunya di JB dan kakakku yang lain semua dengan urusan masing-masing. Jadi, mahu atau tidak aku perlu menghadiri juga. Ku ajak anak buah teman. Aku sampai majlis baru bermula dengan kata-kata aluan dari ketua kumpulan bacaan yassin kampung. Majlis hari ini adalah bacaan yassin, tahlil arwah dan doa selamat. Menurut yang diucapkan oleh ketua kumpulan tersebut ialah :

  • -          Kesyukuran dengan keputusan peperiksaan anakanda Liyana. (Pointer 3.95 seperti diberitahu oleh En <3 )
  • -          Kesyukuran dengan kejayaan kerjaya anakanda Muhammad Taufiq
  • -          Kesyukuran kerana anakanda Nur Hidayah bakal melanjutkan pelajaran pada bulan hadapan
  • -          Semoga anakanda Najiha berjaya dalam peperiksaan SPM 2014
  • -          Semoga selamat perjalanan anakanda Muhammad Taufiq pulang berkhidmat ke Sabah
  • -          Semoga selamat perjalanan anakanda Liyana pulang ke Kuala Lipis


Itulah senarai yang disebutkan. Aminn.  Semoga semuanya berada di dalam lindungiNya dan diberkatiNya.  Mama En <3 hantar kami sampai ke kereta. Sempat berpesan pada aku. Dapatkan anugerah dekan lagi. Good luck.




Tahu sangatlah siapalah yang memberitahu tentang ini.  InsyaAllah…Akan buat yang terbaik untuk exam yang bakal menjelang beberapa hari lagi. 


Wednesday 25 December 2013

26 Disember

26 Disember merupakan 1 tarikh keramat buat aku. Pada tarikh ini pada 9 tahun lepas telah menggegarkan dunia tentang kejadian tsunami.  Aku bukan mahu bercerita tentang tsunami pada post kali ini. Semua orang telah maklum dengan kejadian itu dan haruslah mengambil iktibar sebagai landasan dalam kehidupan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Pada tarikh yang sama pada 3 tahun lepas aku bergelar mahasiswi UPSI. Universiti idaman yang aku cuba untuk memasukinya beberapa kali. Buka mudah tetapi saat itu adalah saat paling indah yang terlakar dalam hidup aku. Buat pertama kalinya aku menjadi anak perantau yang berdikari untuk menimba ilmu Allah.


3 tahun telah melakar pelbagai perkara dalam hidup aku. Suka dan duka, manis dan pahit. Segala-galanya telah aku rasainya. Pelbagai halangan telah aku harunginya. Belum berakhir dan masih jauh lagi perjalanan ini. TM menyimpan beribu kenangan yang bakal aku tuliskan 1 hari nanti. InsyaAllah. Kawan-kawan, para pensyarah, penduduk sekitar, masyarakat semuanya menjadi perencah untuk aku melalui kehidupan sebagai pelajar.


Antara yang paling segar dalam ingatan dan seolah-olah baru berlaku semalam ialah hari pendaftaran sebagai pelajar UPSI.


Inilah dia manusia pertama yang aku kenal. Ini jugalah gambar kad matrik pelajar kami.  Hehehe…Saat mula2 berjalan dengannya untuk proses pendaftaran, aku tidak langsung menghiraukan kehadiran dia sehinggalah dia menjadi roommate sementara aku selama seminggu.  Kantoi juga aku bila dia jugalah antara manusia yang nampak aku menangis bila keluarga mula meninggalkan aku. Sebak oooo…Aku tak pernah berpisah lama dengan keluarga. Homesick dan penyakit sukar tidur sebulan aku menanggungnya.  Ku gelarkannya si sebek. Tapi dululah ketaraan sangat sebeknya tetapi sekarang dah ok dah.

Sekejap sangat masa berlalu. Sekarang aku dah sem 6 dan sem depan akan bergelar guru pelatih. Tak sabar nak habiskan belajar. InsyaAllah, semuanya akan ditamatkan dengan baik dan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan. Itu janji aku pada diri sendiri. Aminn.



Thursday 19 December 2013

Hari Ini...

Hari ini ada 2 perkara penting yang berlaku dalam hidup aku bersama rakan-rakan. Yang pertama ialah jamuan potluck akhir sem dan yang kedua ialah majlis anugerah senarai dekan fakulti.

Berkaitan dengan potluck nie, macam2 yang berlaku. Perihal kawan-kawan yang macam-macam ragam. Aku menempah roti jala untuk kawan-kawan. Permintaan beberapa orang kawan-kawan yang mahukan roti jala. Nasib baik aku jumpa orang yang sudi untuk membuatnya, kalau tak jumpa. Beri kuih karipap sardinlah jawabnya. Alhamdulillah, rezeki yang aku dan kawan-kawan bawa dapat kami kongsikan dengan pensyarah dan tutor yang lain. Malah ramai juga yang dapat tapau bawa balik. Rezeki banyak untuk di kongsi. 


Macam-macam juadah ada.

Menu of the day :

- Roti jala + kari ayam
- Lempeng + sambal ikan bilis
- Pasta spirals goreng
- Spagetti carbonara
- Assorted sandwich
- Kek coklat dan kek batik
- Kentang goreng
- Buah tembikai
- Makanan ringan
- 2 jenis air (blackcurrant dan cocktail)
- Buah-buahan tempatan (durian, rambutan, pulasan, oren)




Untuk majlis anugerah senarai dekan, kali ini adalah kali ketiga aku menerimanya daripada 5 semester. Dan kali ini juga adalah kali terakhir aku dan rakan-rakan diraikan. Selepas ini kalau dapat A dalam praktikum dan dekan di semester 8, tetap tidak memiliki sijil dekan. Terima kasih untuk semua yang ada disebalik kejayaan saya ini. Syukur, Alhamdulillah...





Semoga kejayaan terus mengiringi kita semua untuk hari-hari yang mendatang dengan izinNya...Aminn



Tuesday 17 December 2013

HOMEC

Kepala aku dah mula rasa pening-pening lalat. Mungkin sebab aku bangun awal hari ini. Dari pukul 4 pagi aku berjaga sampai sekarang. Ntah kenapa mata terlalu awal terjaga dengan segarnya. Badan pun dah letih sekarang. Home Economic Day yang aku ceritakan semalam telah melabuhkan tirainya dengan jayanya. Memang meriah. Semua pelajar yang terlibat sibuk sepanjang masa termasuklah aku dan kawan-kawan seramai 8 orang yang lakukan perkhidmatan manicure. Sambutan amat menggalakkan. Pada asalnya kami sediakan 2 meja untuk servis dan 1 meja untuk demo, tapi berubah kepada ketiga-tiga menjadi meja servis. Apabila sambutan semakin menggalakkan, kami minta 1 lagi meja beserta alasnya dan kerusi dari urusetia. Apabila masa semakin memuncak kepada waktu makan tengahari, sambutan untuk membuat manicure dah jadi tak menang tangan. Bila ramai menjadi semakin menunggu, dari 4 meja berubah kepada 6 meja perkhidmatan. Semua bertugas dalam satu-satu masa. Pelanggan tak putus-putus. Alhamdulillah...2 kali aku menjadi runner ke salon untuk mengambil alatan tambahan. Seronok memang seronok tetapi peluh yang keluar memang merimaskan. Mungkin sebab lokasi HOMEC ini dilakukan di tempat terbuka. Ada kipas tetapi seakan tak terasa anginnya. 



Pukul 2.30 petang, kami dapat arahan dari tutor untuk hentikan perkhidmatan kerana majlis perasmian penutup akan berakhir bila-bila masa. Ketika itu kami sedar bahawa permintaan terhadap perkhidmatan masih tinggi. Tetapi aku dan kawan-kawan telah keletihan dan kami perlu akur dengan arahan. Lagipun semua dah lapar sebab lewat makan. 

Selesai kami buat sesi bergambar, kami kemas-kemas barang dan bergerak di salon. Barulah lega sikit sebab dapat aircond. Sementara kain-kain dicuci, ada yang solat dan ada yang berehat. Selepas itu barulah kami makan bersama. Walaupun takde kicap, dah lapar. Semuanya sedap. Hehehe...Minggu ini aku akan berhadapan 2 lagi jamuan. Hari rabu pagi ada potluck subjek KPD 3026 dan malamnya ada anugerah dekan. Alhamdulillah...


Monday 16 December 2013

Santai Habis...

Bukan main santai lagi aku berhujung minggu kali nie...Macam takde benda nak buat. Padahal ada aje keje yg menanti tp hati dan jiwa xde langsung rasa bersalah membazirkan masa. Tak kemana-mana jgk, hanya di rumah habiskan masa dalam bilik sendiri. Lebih-lebih lagi roomate balik kampung, lagilah berdondang-dendang aku. Hahahaha...Bebas...

Untuk minggu ke 14 nie, kelas-kelas mempunyai amali semua dah habis. Tapi ada juga pensyarah yang masih berkuliah. Habis minggu ke 14 nie, mulalah minggu study week. Aku nak balik kampung sekejap. Nak jumpa mak, nak jumpa family, nak terima buah tangan dari en <3. Buah tangan dari bandung, langkawi dan terengganu...Hehehe....Yang pastinya aku nak tengok pusara my Cantik@Kuning. Kita tetap ada kenangan bersama sayang. Nak makan macam-macam ni. Nak makan udang, ketam dan semestinya ikan. Yessss....

Permulaan hari esok di mulakan dengan julung kalinya program PERT iaitu Home Economic Day. Kali nie aku dan kawan-kawan terlibat untuk pameran pengurusan diri. Kami akan buat manicure untuk servis dan demontrasi. Bila tengok comment2 di FB tentang manicure, lagilah bersemangat nak berkerja esok sebab tahu akan ada pelanggan. 5 jam usahasama 8 orang. Target aku utk dapat RM 50. InsyaAllah...Sama-sama kita saksikan esok. Nanti aku update apa yang berlaku esok yer...



Friday 13 December 2013

The Electric Gorden

The Electric Gorden merupakan projek akhir aku dan kawan2 selama 13 minggu untuk menyiapkannya. "Gorden" dalam bahasa Indonesia bermaksud langsir. Kami gunakan nama gorden sebab 2 ahli kumpulan aku dari Indonesia. Aku pernah cerita sebelum ini. 

Banyak sangat dugaan untuk kami menyiapkan projek langsir elektrik ini. Paling risau adalah dibahagian litar. Alhamdulillah...Set litar yang kami beli di Jalan Pasar, di pasang sendiri oleh ahli kumpulan kami berpandukan litar skematik dan gambar litar lengkap yang kami dapat.  Risau jugaklah kalau-kalau litar tak berfungsi. Berlaku masalah pada peringkat awal bila motor tiba-tiba panas tetapi litar tidak berfungsi. Nasib baiklah Jafar tahu mcm mana untuk baikinya semula. 




Kami memang tiada masa untuk selalu bersama menyiapkan projek ini. Masa amali di bengkel kami manfaatkan sebaik mungkin. Selain itu, kami create group khas di fb untuk kami berlima sahaja. Kat situ kami bincang perkembangan semasa projek. Kami upload segala gambar dan maklumat untuk semua orang guna sepanjang nak siapkan dokumentasi bahagian masing-masing. Kami upload video untuk tunjuk kat semua orang dan minta pandangan masing-masing disebalik kekurangan yg ada. FB medium perhubungan yang kerap digunakan. Aku bersyukur sangat-sangat dapat ahli kumpulan assingment kali ini. Masing-masing ada kepakaran masing-masing. Ada yang pakar dengan litar, ada yang pakar dengan kerangka, ada yang pakar dengan jahitan, ada yg pakar dengan  kewangan. Semua ada peranan masing-masing. 

Hari ini merupakan hari yang dinantikan. Hari untuk semua ahli kumpulan menunjukkan projek dan folio dokumentasi masing-masing.  Bayangkanlah, sejam sebelum masa yang ditetapkan untuk presentation, group aku masih berhempas pulas untuk menyiapkan kasing suiz untuk projek kami. Masih menggergaji itu dan ini. Kat situ juga kami study bahagian masing-masing untuk present pada panel.  Oleh kerana kami tak jadi untuk adakan pameran, jadi panel luar di jemput untuk menilai projek akhir kami. 3 orang panel. Salah seorangnya adalah En Khairul, pensyarah yang mengajar subjek reka cipta ini dan 2 daripadanya adalah pensyarah luar dari fakulti lain. Alhamdulillah, projek dapat berfungsi di hadapan panel, dan presentation di sampaikan dengan sempurna, folio dokumentasi di serahkan juga dengan penambahbaikan di saat akhir. Alhamdulillah...Bersyukur sangat-sangat. Cuma tunggu markah yang akan diberikan oleh En Khairul jer lepas ni. Harap-harap dapat memuaskan hati. 



Terima kasih yang tidak terhingga untuk kawan-kawan dari ahli kumpulan sendiri dan kawan-kawan dari kumpulan lain yang sudi mebantu kami sepanjang kami nak menyiapkan projek ini. Terima kasih kepada En Khairul, En Salleh dan En Amir yang memberi jalan keluar disebalik permasalahan yang berlaku kepada kami. Akhirnya "The Electric Gorden" berdiri kukuh dan berfungsi dengan baik. Bermodalkan RM 500 sekumpulan, kami masih mempunyai baki kewangan lagi. Memang banyak perkara yang kami lakukan sendiri untuk meminimakan perbelanjaan. 


Inilah muka depan folio dokumentasi projek The Electric Gorden.


Kepuasan setelah berhempas pulas selama 13 minggu...Group yang memang best..


Selesai subjek RC tuk semester ini. Bernasib baik sebab tak dapat belajar dengan lecture yang menggerunkan semua orang. Sekarang, tunggu untuk final exam jer. Good Luck kawan-kawan. Semoga kita dapat keputusan yang cemerlang dalam RC...Aminn...



Aku kongsikan Album sepanjang kami bersama menyiapkan The Electric Gorden...










Wednesday 11 December 2013

Murah Rezeki...

Alhamdulillah...hari nie hari perut di jamu dengan makanan yang pelbagai. Pagi tadi adalah kelas amali terakhir untuk subjek kerja kayu, logam dan paip. Kami sekumpulan buat potluck sesama kami dengan mengundang En Amir dan En Salleh. Masing-masing bawa makanan masing-masing. Dengan ahli kumpulan seramai 15 orang, macam-macam juadah ada. Nasi impit, ayam masak merah, bihun goreng, kuih karipap, sandwich, keropok ikan, buah tembikai dan air teh o. Alhamdulillah...Kenyang. Kerjasama 1 sem bersama mereka dengan kerjasama yang baik disulami gurau senda dan gelak ketawa bersama. Antara kelas amali yang tak stress. Enjoy sahaja. En Amir yang memang sporting utk semua perkara. 




Malam nie pulak giliran subjek pengurusan diri pulak meraikan kepenatan setelah berhempas-pulas menjayakan Beauty Line Project selama 5 hari. Lokasinya Kalumpang Steamboat dan Grill...Aku dah beberapa kali ke sana. Hampir setiap sem. Tapi kali memang rasa mood merundum habis. Dengan 1 dapur di share dengan ramai org, lepastu api pembakaran yang lembap mmg buat aku rasa kurang selesa sebab perlu menunggu. Pilihan yang semakin terhad. Semua benda tak nampak menarik pada mata. Dan palinglah buat aku spoil pada 1 insiden yang tidak di sengajakan. Ermmm..terus spoil habis. Kena ketawa lak dengan kawan-kawan. Remuk jer rasa hati. Mereka tak bersalah. Mmg sensitif sgt2 kalau benda yg melibatkan makanan. Ntah la..Patut la hati rasa tak sedap jer. Dari kat salun lg rasa macam kurang happy nak gi makan malam ni. Mula2 bila dapat tahu Bebe tak dapat join. Rasa macam serba salah pulak dia x de. Padahal dia org yang selalu tolong aku dibelakang tabir untuk banyak perkara berkaitan dengan projek kali ini.




Bila hati mula rasa remuk, mulalah teringatkan mereka. Terus tangan menelefon Shuhada. Saje berpura-pura tanya khabar. Bila dia tanya seolah-olah dapat meneka aku dalam rasa yg x ceria, aku cuba berlagak biasa. Aku tahu, Shuhada selalu dengan ceria spontannya untuk hiburkan hati semua orang. Dan aku rasa selesa selepas itu.

Aku cuba berfikiran positif. Cuba utk tidak berfikir yang bukan2. Hati x cukup ceria sejak kebelakangan ini. Kening sebelah kiri dah bergetar dengan sendirinya beberapa kali. Ntahlah...Harapnya semua baik2 aje.

Teringat aku 1 kenangan antara aku dan mak 1 ketika dulu. Bila aku dah ambil piring dan garfu untuk menikmati bihun goreng mak di suatu petang, mak pun minta untuk hantarnya ke surau. Aku letakkan piring tersebut dan mencapai tudung dan kunci moto. Sebelum mak naik moto, di hujung jari mak ada secubit bihun goreng. Mak cakap, "jamah ni dulu, nnt balik makan lagi" sambil suapkan aku. 1 sifat mak, mak tak kan hampakan anak-anaknya kalau berkaitan pasal makanan.  Tak nak anaknya rasa terkilan.

Untuk hari ini, ada gembira dan ada suramnya. Inilah kehidupan. Setelah melalui, barulah kita tahu apa ertinya kenangan.

Puas hari ini aku makan nasi impit dengan ayam masak merah. 3 kali aku ulang makan. Alhamdulillah. Macam dekat jer dengan menu kak long selalu buat. Tetapi aku tak de rasa kepuasan makan steamboat malam ini. Alhamdulillah juga, kerana kedua-duanya adalah rezeki untuk aku nikmati.

Ada satu lagi rezeki untuk aku hari ini.


Sempat aku gi beli tadi sebelum naik ke rumah. Manalah tahu kalau aku lapar, ada juga benda aku nak makan. Kalau tak lapar, simpan peti sejuk la. Nanti panaskan dan baru makan... :-)

Skrg ni lebih baik gi mandi sbb badan dah bau asap. Baju pun dah melekat bau asap. Perlu dibasuh. Yang paling malang bila seluar dah melekat bau air dari segala bahan yang betul2 jatuh tadi. Super duper melekat baunya...Terapi kesabaran untuk diri sendiri...Huhuhu...

Sunday 8 December 2013

Busy Week...

Alhamdulillah...Beauty Line Project melabuhkan tirainya dengan aku adalah pelanggan untuk salon sendiri...Hehehe...Kutipan keuntungan mencecah RM 1000++ selama 5 hari memang berbaloi rasanya. Badan yang rasa tak cukup rehat, bilik yang bersepah-sepah, proposal tesis yang tertangguh, kelas yang sengaja ponteng, projek akhir RC yg bermasalah dan akhirnya berakhir juga minggu ini dengan keadaan yang baik dan sempurna. 




Terima kasih kat kawan-kawan sebab boleh berkerjasama untuk menjalankan :

- Beauty Line Project
- Menyiapkan projek reka cipta dan pendokumentasian

Inilah logo produk reka cipta kumpulan aku. Gorden dalam bahasa indonesia bermaksud langsir sbb 2 orang ahli kumpulan pelajar Acheh, Indonesia. Lepas ni kami nak keluar makan ramai-ramai raikan kepenatan siapkan projek kami ini. 


Lega bila semuanya selesai. Mampu tidur sepuasnya dan lega melihat meja study menjadi meja seorang pelajar yang nak belajar. Hehehe...Lepas nie boleh teruskan buat proposal tesis sampai siap. Dah x cukup masa nak main2 lagi sbb study week mahu balik kampung.  

Walaupun telah keletihan seharian di salon, malamnya aku tetap ke dewan besar tuk saksikan teater. Aku suka tgk teater. Terlepas 1 teater hari Rabu sbb sibuk merapikan dokumentasi reka cipta sampai terlupa yang dah tulis di dinding utk pergi tengok teater. 


Nasib baik Renjong tak menghampakan. 1 teater yang baik dipentaskan...Dulu pergi dengan MEREKA, kini pergi tanpa mereka.

Tuesday 3 December 2013

Beauty Line Project

Setelah melalui beberapa kesukaran, akhirnya hari ini bermula juga operasi Beauty Line Project dengan gabungan usahasama aku dan kawan2 gugurl yang mengambil subjek pengurusan diri.  Pemulaan yg sukar utk mendapatkan pelanggan dan akhirnya kami medapat 15 orang pelanggan untuk hari ini dengan kutipan sebanyak RM 159. Semoga esok akan dapat lebih ramai lagi pelanggan. Aku target untuk dapat kutipan sebanyak RM 500 untuk 5 hari. Tu target untuk aku la. Kalau kawan-kawan mesti lebih banyak lagi. Minggu 12 adalah minggu yang sangat sibuk bagi aku. Tak de rehat minggu ni. Ermm...



Aku dan Mr K...

Bila menjelangnya hujung tahun, maka musim tengkujuh iaitu musim hujan juga tiba. TM mmg serasi dengan hujan. Kebelakangan ini hujan setiap pagi. Setiap hari jugalah kuliah aku diawal pagi. Bila melihat disebalik lampu jalan dengan bayangan hujan turun, hati pasti terdetik. Teduhlah di saat aku melangkah untuk ke kuliah. Peneman setia aku MCB, hanya mempunyai 2 tayar sahaja tanpa bumbung. Selalunya, hujan gerimis aku redah juga sampai ke kelas.  Tetapi berbeza dengan hari ini. Berbekalkan baju hujan, aku teruskan juga.  Tetapi gerimisnya agak kasar. Aku berkira-kira mahu teruskan juga sampai ke kampus baru atau melencong ke kampus lama. Belum sampai di kampus lama, hujan semakin kasar dan seluar telah basah. Jadi, aku ambil keputusan untuk melencong ke kampus lama. Kelibat Mr K pun berlalu. Mr K ialah bas Kiffah. Bas catar untuk pelajar UPSI. Sejak kiffah di lantik menjadi bas catar UPSI, aku tak pernah lagi naik. Hari ini dalam sejarah aku menaikinya. Selepas Mr K sesi pertama berlalu, aku pun belilah kuih dan tinggalkan MCB kesayangan di kampus lama dan menunggu Mr K seterusnya.  Mr K seterusnya sampai 7.55 pagi dan bergerak tepat pukul 8.00 pagi ke kampus lama. Aku samapi kelas sudah pastinya lewat. Lewat 20 minit.

Kelas sampai pukul 10.00 pagi dan selepas itu aku perlu menunggu Mr K kembali. Terjumpalah Iza dan Ila. Bak kata mereka, dalam sejarah sbb terserempak dengan aku tunggu bas. Hehehe...Mereka pelawa aku untuk naik dengan Aina tuk ke kampus baru tetapi aku menolak sbb biarlah aku berdating dgn Mr K utk hari ini.  Sampai kampus terus belikan tetamu di rumah aku nasi kerabu dan nasi ayam untuk aku. Dan redahlah aku balik ke rumah dengan MCB. Seperti di janjikan, hari ini aku dan kawan-kawan perlu setting salon tuk Beauty Line Project. Hajat dihati mahu naik MCB sahaja, tp bila sampai masa nak keluar rumah, hujan semakin lebat. Nasib baik kawan-kawan rumah tak de kelas, dapatlah aku pinjam payung mereka. Jadi, sekali lagi aku menunggu Mr K. Sekian lama rasanya aku tak berjalan kaki dalam jarak yang jauh dalam kampus. Selalunya senang-lenang aku menunggang MCB. Hr ini aku dapat rasa letihnya berjalan dari pintu timur ke bangunan Yusuf Ahmad. Dan habis setting salon tadi, Farikha tumpangkan aku sampai ke pintu timur dan untuk kali ke empatnya aku menunggu Mr K. Mr K di UPSI mmg tepat perjalanannya. Setiap 1/2 jam. 

Dalam hidup ini, kita perlu hadapi apa juga dugaan yang datang. Tidak boleh untuk sengaja bergantung harap dengan org lain. Kalalu ada yang bertanya td knp aku tidak meminta bantuan dari kawan baik sendiri. Jawapan aku ringkas, "tak perlu untuk aku susahkan sesiapa". 

Selagi kita mampu untuk hadapi kelemahan, selagi itulah kita harus terus berjuang.  Berjuang tanpa henti.  Setiap kali aku memulakan sem baru. Aku ada azam. Aku ada janji untuk diri sendiri. Aku perlu pertahankan janji. Aku pernah meminta bantuan dari seseorang, tetapi telinga aku menagkap sesuatu, mata aku menyaksikan sesuatu yang telah buat hati aku menangis. Sejak itu, aku selalu ingatkan diri. Tunaikan janji pada diri. Aku selalu pesan pada diri. "Berilah sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya". Janji tetap janji. Pesan abang aku, "hidup ini bukanlah satu persinggahan tetapi satu pelayaran, walau apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan". Di sini, di UPSI aku menjadi apa yang aku selasa untuk lakukan. Janji aku untuk sisa-sisa semester yang masih berbaki hanyalah memerlukan ketabahan dan kesabaran untuk hadapinya. Dalam ketenangan ada keresahan, dalam keresahan ada kekalutan, dalam kekalutan ada Dia. Dia untuk aku mengadu dan mengaharap ketenangan. Biarkan org lain melihat senyum dan ketawa aku tetapi bukan kedukaan dan kesempitan pada diri aku.  




Tuesday 26 November 2013

HERO Di Hati Kami

Selepas Cantik@Kuning pergi, dunia digemparkan dengan pemergian Hero atau Abam Iyo...Hero adalah kucing yang dipotong kedua belah tangannya oleh individu kejam dek kerana dia mencuri ikan mentah di pasar sewaktumasih kecil pada tahun 2005.  Iyo telah diselamatkan oleh Papa Hero sehingga sembuh dan sejak itu tinggal bersama Papa Hero dan keluarganya. 

Agaknya, bagaimanakah perasaan insan kejam itu sewaktu memotong tangan Iyo?. Manakah perginya rasa belasnya. Tak kan anak kucing mampu mencuri seekor ikan yang besar. Papa kedana ke dia jika hari-hari Iyo mencuri. Bagaimanakah kehidupan insan zalim itu sekarang. Bahagiakah dia. Jutawan ikan ker dia sekarang..Entahlah..

Aku dan mak pernah tgk dokumentari tentang Iyo di Majalah 3 dulu. Mak sangat2 marah dengan perbuatan insan zalim itu. Hanya kerana mencuri ikan, insan zalim menjadi penghukum pada binatang yang tidak dikurniakan akal. 



Kuasa Allah mengatasi segalanya...Meskipun telah kehilangan tangan, Iyo dibela dan dikasihi oleh insan budiaman.  Berkongsi kasih sayang bersama manusia. Menjadikan manusia yang serba kekurangan sebagai inspirasi tuk menjadi kuat sepertinya. Menjadikan aku yakin bahawa Cantik@Kuning boleh sihat dan cergas walaupun pada peringkat awal aku sedari tentang penyakit sarafnya menjadikan Cantik@Kuningxsesempurna seperti kucing lain. Tetapi Cantik@Kuning mengajar aku macam2 perkara tentang kehidupan antara manusia dan haiwan...

Baru-baru ini, Iyo disahkan mengidap leukemia oleh veterinar yang dirujuk oleh Papa Hero. Iyo bagaimanapun telah meninggalkan kita disebabkan penyakit yang dihidapii Iyo  yang semakin serius sejak disahkan positif leukemia oleh tuannya lebih kurang seminggu lepas. Bagaimanapun, Iyo dan kisahnya akan kekal dalam ingatan kita sebagai satu ikon bagi menentang kezaliman dan kekejaman terhadap haiwan di negara ini. 


Pelukan terakhir papa Iyo sebelum Iyo pergi... :-(

Friday 22 November 2013

Empat Puluh Enam...

Semalam 21/11/2013 pukul 2.44 petang telah lahir cucu ke 46 Hj Md Ali Bin Alias dan Hajjah Merah Binti Koming dari zuriat anak mereka Hanif Bin Md Ali. Seluruh keluarga kami merasakan kegembiraan ini. Lebih gembira daripada biasa. Setelah menunggu 11 tahun untuk memiliki zuriat sendiri, akhirnya Allah kurniakan rezeki tidak ternilai buat mereka. Seorang puteri yang diberi nama Nurul Hasanah Binti Hanif. Dilahirkan di Johor Bahru seberat 3.12 kg. Seorang bayi yang sihat dan cukup semua sifatnya kemanusiaannya. Alhamdulillah, kesihatan ibu dan baby dalam keadaan baik.


Agak-agak ikut muka siapa ek?

Tp, kata walidnya....
Muka ayahnya, warna kulit ibunya...





Semoga Nurul Hasanah Binti Hanif akan jadi anak yang solehah dan menjadi ahli syurga bersama arwah abgnya Muhammad Bin Hanif beserta keluarga satu hari nanti...Aminn...


Agak2 lepas ni ibu dan ayah Nurul Hasanah sempat lagi tak baca novel, main puzzle....Hehehehe....Lepas ni akan jadi sibuk seperti ibubapa lain membesarkan Nurul Hasanah dengan ilmu dunia dan akhirat. Jika ada rezeki, boleh dapatkan adik untuk Nurul Hasanah...In Shaa Allah :-)