HANYA AKU...

HANYA AKU...

Monday 30 December 2013

Dari Aku untuk Semua...

Sebelum 2013 melabuhkan tirainya, ingin sekali aku bercerita tentang apa yang selama ini aku cuba untuk bercerita tetapi tidak ada kesempatan yang khusus untuknya. Jadi, sebelum aku memulakan mengulangkaji untuk final exam, ingin sekali aku bermanja dengan blog kesayangan aku ini. 

Secara jujurnya, aku suka dengan semangat dan perjuangan seorang senior yang digantung pengajiannya dek kerana menurunkan bendera yang tertera gambar PM kita satu ketika dulu. Masih aku ingat lagi saat hukuman dijatuhkan kepadanya oleh pihak pentadbiran universiti, TM dipenuhi oleh ratusan polis yang berkawal di seluruh pelusuk universiti seolah-olah seorang penjenayah merbahaya akan merusuh bila-bila masa. Tetapi, dia keluar dengan meninggalkan semangat yang kental kepada kawan-kawan yang ada. Tidak hanya sampai disitu aku mengikuti perkembangan dirinya kerana aku suka membaca penulisannya yang mampu mebakar semangat sesiapa sahaja untuk terus berjuang.Tempoh penggantungan pengajian sepatutnya telah berakhir, tetapi dia masih tidak dibenarkan untuk ke kuliah atas sebab-sebab tertentu yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran universiti. Satu hari nanti, dia pasti ke kuliah seperti kami hari ini. 

Aku mengikuti perkembangan aktivitinya melui FB, Instragram dan Twitter. Pelbagai perkara dilakukan dan dia selalu berdampingan dengan orang-orang yang mempunyai ilmu dari pelbagai bidang yang berbeza. Di antara perkara yang dia lakukan yang menarik perhatian aku ialah "Dapur Jalanan".





Hidup untuk makan atau makan untuk hidup. Bagi aku yang suka makan ini pastinya hidangan yang lazat menjadi perkara yang penting untuk dinikmati. Tetapi, cuba kita bayangkan kepada mereka yang tidak cukup makanan untuk dimakan seharian. Mereka ini dipanggil "gelandangan" iaitu orang yang tidak mempunyai rumah. Di zaman Malaysia yang dikatakan antara negara yang maju dan negara yang menuju kepada taraf kemiskinan sifar, masih ada yang tidak mampu memiliki rumah sendiri malah mampu menikmati makanan sedap seharian juga susah. Kemana pihak berwajib untuk membantu mereka. Kenapa masyarakat seperti ini seolah-olah dipandang sepi untuk dibantu. Ironinya, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus menjadi mangsa kepada arus kemodenan. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan. Golongan gelandangan yang kurang berusaha lebih gigih untuk membaiki diri atau pihak kerajaan yang masih kurang dalam usaha membantu golongan ini. Entahlah. Sekurang-kurangnya masih ada usaha dari pihak sukarelawan Dapur Jalanan yang sudi memberi makanan sedap kepada mereka yang memerlukan walaupun hanya seminggu sekali. 






Kita yang mampu ini juga terasa kesakitannya dengan kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang dan nilai RM 50 terlalu kecil sekarang dengan harga barang yang meningkat. Lepas ini pastinya tol akan naik juga. Ermmm..sakit juga kadang-kadang. Tetapi bagaimana pula rasa yang ditanggung oleh golongan yang kurang berkemampuan. Hakikatnya, kehidupan ini perlu berkongsi dan saling memberi. Satu pesan aku kepada pembaca post ini, "Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Sebab itulah kita perlu berkongsi untuk wujudkan rasa syukur". Renung-renungkan...

Sebelum aku berhenti menulis untuk post ini, jom kita layan lagu ini...Kalau Aku Kaya...




No comments:

Post a Comment