HANYA AKU...

HANYA AKU...

Wednesday 25 December 2013

26 Disember

26 Disember merupakan 1 tarikh keramat buat aku. Pada tarikh ini pada 9 tahun lepas telah menggegarkan dunia tentang kejadian tsunami.  Aku bukan mahu bercerita tentang tsunami pada post kali ini. Semua orang telah maklum dengan kejadian itu dan haruslah mengambil iktibar sebagai landasan dalam kehidupan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Pada tarikh yang sama pada 3 tahun lepas aku bergelar mahasiswi UPSI. Universiti idaman yang aku cuba untuk memasukinya beberapa kali. Buka mudah tetapi saat itu adalah saat paling indah yang terlakar dalam hidup aku. Buat pertama kalinya aku menjadi anak perantau yang berdikari untuk menimba ilmu Allah.


3 tahun telah melakar pelbagai perkara dalam hidup aku. Suka dan duka, manis dan pahit. Segala-galanya telah aku rasainya. Pelbagai halangan telah aku harunginya. Belum berakhir dan masih jauh lagi perjalanan ini. TM menyimpan beribu kenangan yang bakal aku tuliskan 1 hari nanti. InsyaAllah. Kawan-kawan, para pensyarah, penduduk sekitar, masyarakat semuanya menjadi perencah untuk aku melalui kehidupan sebagai pelajar.


Antara yang paling segar dalam ingatan dan seolah-olah baru berlaku semalam ialah hari pendaftaran sebagai pelajar UPSI.


Inilah dia manusia pertama yang aku kenal. Ini jugalah gambar kad matrik pelajar kami.  Hehehe…Saat mula2 berjalan dengannya untuk proses pendaftaran, aku tidak langsung menghiraukan kehadiran dia sehinggalah dia menjadi roommate sementara aku selama seminggu.  Kantoi juga aku bila dia jugalah antara manusia yang nampak aku menangis bila keluarga mula meninggalkan aku. Sebak oooo…Aku tak pernah berpisah lama dengan keluarga. Homesick dan penyakit sukar tidur sebulan aku menanggungnya.  Ku gelarkannya si sebek. Tapi dululah ketaraan sangat sebeknya tetapi sekarang dah ok dah.

Sekejap sangat masa berlalu. Sekarang aku dah sem 6 dan sem depan akan bergelar guru pelatih. Tak sabar nak habiskan belajar. InsyaAllah, semuanya akan ditamatkan dengan baik dan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan. Itu janji aku pada diri sendiri. Aminn.



No comments:

Post a Comment