HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 17 December 2013

HOMEC

Kepala aku dah mula rasa pening-pening lalat. Mungkin sebab aku bangun awal hari ini. Dari pukul 4 pagi aku berjaga sampai sekarang. Ntah kenapa mata terlalu awal terjaga dengan segarnya. Badan pun dah letih sekarang. Home Economic Day yang aku ceritakan semalam telah melabuhkan tirainya dengan jayanya. Memang meriah. Semua pelajar yang terlibat sibuk sepanjang masa termasuklah aku dan kawan-kawan seramai 8 orang yang lakukan perkhidmatan manicure. Sambutan amat menggalakkan. Pada asalnya kami sediakan 2 meja untuk servis dan 1 meja untuk demo, tapi berubah kepada ketiga-tiga menjadi meja servis. Apabila sambutan semakin menggalakkan, kami minta 1 lagi meja beserta alasnya dan kerusi dari urusetia. Apabila masa semakin memuncak kepada waktu makan tengahari, sambutan untuk membuat manicure dah jadi tak menang tangan. Bila ramai menjadi semakin menunggu, dari 4 meja berubah kepada 6 meja perkhidmatan. Semua bertugas dalam satu-satu masa. Pelanggan tak putus-putus. Alhamdulillah...2 kali aku menjadi runner ke salon untuk mengambil alatan tambahan. Seronok memang seronok tetapi peluh yang keluar memang merimaskan. Mungkin sebab lokasi HOMEC ini dilakukan di tempat terbuka. Ada kipas tetapi seakan tak terasa anginnya. 



Pukul 2.30 petang, kami dapat arahan dari tutor untuk hentikan perkhidmatan kerana majlis perasmian penutup akan berakhir bila-bila masa. Ketika itu kami sedar bahawa permintaan terhadap perkhidmatan masih tinggi. Tetapi aku dan kawan-kawan telah keletihan dan kami perlu akur dengan arahan. Lagipun semua dah lapar sebab lewat makan. 

Selesai kami buat sesi bergambar, kami kemas-kemas barang dan bergerak di salon. Barulah lega sikit sebab dapat aircond. Sementara kain-kain dicuci, ada yang solat dan ada yang berehat. Selepas itu barulah kami makan bersama. Walaupun takde kicap, dah lapar. Semuanya sedap. Hehehe...Minggu ini aku akan berhadapan 2 lagi jamuan. Hari rabu pagi ada potluck subjek KPD 3026 dan malamnya ada anugerah dekan. Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment