HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 26 November 2013

HERO Di Hati Kami

Selepas Cantik@Kuning pergi, dunia digemparkan dengan pemergian Hero atau Abam Iyo...Hero adalah kucing yang dipotong kedua belah tangannya oleh individu kejam dek kerana dia mencuri ikan mentah di pasar sewaktumasih kecil pada tahun 2005.  Iyo telah diselamatkan oleh Papa Hero sehingga sembuh dan sejak itu tinggal bersama Papa Hero dan keluarganya. 

Agaknya, bagaimanakah perasaan insan kejam itu sewaktu memotong tangan Iyo?. Manakah perginya rasa belasnya. Tak kan anak kucing mampu mencuri seekor ikan yang besar. Papa kedana ke dia jika hari-hari Iyo mencuri. Bagaimanakah kehidupan insan zalim itu sekarang. Bahagiakah dia. Jutawan ikan ker dia sekarang..Entahlah..

Aku dan mak pernah tgk dokumentari tentang Iyo di Majalah 3 dulu. Mak sangat2 marah dengan perbuatan insan zalim itu. Hanya kerana mencuri ikan, insan zalim menjadi penghukum pada binatang yang tidak dikurniakan akal. 



Kuasa Allah mengatasi segalanya...Meskipun telah kehilangan tangan, Iyo dibela dan dikasihi oleh insan budiaman.  Berkongsi kasih sayang bersama manusia. Menjadikan manusia yang serba kekurangan sebagai inspirasi tuk menjadi kuat sepertinya. Menjadikan aku yakin bahawa Cantik@Kuning boleh sihat dan cergas walaupun pada peringkat awal aku sedari tentang penyakit sarafnya menjadikan Cantik@Kuningxsesempurna seperti kucing lain. Tetapi Cantik@Kuning mengajar aku macam2 perkara tentang kehidupan antara manusia dan haiwan...

Baru-baru ini, Iyo disahkan mengidap leukemia oleh veterinar yang dirujuk oleh Papa Hero. Iyo bagaimanapun telah meninggalkan kita disebabkan penyakit yang dihidapii Iyo  yang semakin serius sejak disahkan positif leukemia oleh tuannya lebih kurang seminggu lepas. Bagaimanapun, Iyo dan kisahnya akan kekal dalam ingatan kita sebagai satu ikon bagi menentang kezaliman dan kekejaman terhadap haiwan di negara ini. 


Pelukan terakhir papa Iyo sebelum Iyo pergi... :-(

Friday 22 November 2013

Empat Puluh Enam...

Semalam 21/11/2013 pukul 2.44 petang telah lahir cucu ke 46 Hj Md Ali Bin Alias dan Hajjah Merah Binti Koming dari zuriat anak mereka Hanif Bin Md Ali. Seluruh keluarga kami merasakan kegembiraan ini. Lebih gembira daripada biasa. Setelah menunggu 11 tahun untuk memiliki zuriat sendiri, akhirnya Allah kurniakan rezeki tidak ternilai buat mereka. Seorang puteri yang diberi nama Nurul Hasanah Binti Hanif. Dilahirkan di Johor Bahru seberat 3.12 kg. Seorang bayi yang sihat dan cukup semua sifatnya kemanusiaannya. Alhamdulillah, kesihatan ibu dan baby dalam keadaan baik.


Agak-agak ikut muka siapa ek?

Tp, kata walidnya....
Muka ayahnya, warna kulit ibunya...





Semoga Nurul Hasanah Binti Hanif akan jadi anak yang solehah dan menjadi ahli syurga bersama arwah abgnya Muhammad Bin Hanif beserta keluarga satu hari nanti...Aminn...


Agak2 lepas ni ibu dan ayah Nurul Hasanah sempat lagi tak baca novel, main puzzle....Hehehehe....Lepas ni akan jadi sibuk seperti ibubapa lain membesarkan Nurul Hasanah dengan ilmu dunia dan akhirat. Jika ada rezeki, boleh dapatkan adik untuk Nurul Hasanah...In Shaa Allah :-)

Wednesday 20 November 2013

Cantik@Kuning...Kenangan Terindah Bersamamu...

Berkumandangnya azan Magrib di hp dan laptop secara serentak, aku menerima notifications di facebook tentang kesayangan peliharaan aku telah mati tengahari tadi. Aku redha. Aku tahu Cantik@Kuning dah penat berjuang utk hidup.  Aku bawa Cantik@Kuning dari TM sejak 24/5/2013 dan selepas itu dia telah menjadi sebahagian keluarga besar aku. Ketika aku ambil dulu, mutu kesihatan Cantik@Kuning memang tak berapa baik. Pelbagai usaha aku lakukan untuk jadikan dia kucing normal seperti kucing lain. Klinik private mahupun klinik kerajaan telah berusaha untuk memulihkannya. Alasan tetap sama. Cantik@Kuning mengidap penyakit saraf sejak kecil. Kesannya, seluruh tubuh Cantik@Kuning akan menggigil dan kejang kerap kali dalam sehari. Pergerakkannya tak selincah kucing biasa. Cantik@Kuning tidak pernah memanjat walaupun 1 anak tangga.  Anak-anak buah aku cakap, Cantik@Kuning tak ubah seperti kucing mainan yang diletakkan bateri setiap kali Cantik@Kuning bergerak.  Katalah apa sahaja, Cantik@Kuning tetap istimewa dimata aku. Manja. Seekor kucing yang bersih. Kemanjaannya menjadi sesuatu yang aku selalu rindu.  Tak lokek untuk menyahut setiap kali namanya di panggil. 

Antara aku dan Cantik@Kuning...

1- Setiap kali aku balik kampung, kami akan tidur berdua atas 1 tilam yang sama. Oleh kerana Cantik@Kuning tak boleh melompat mahupun memanjat. Sejak dia ada di rumah aku, aku tidak lagi tidur atas katil. Aku akan letakkan tilam dekat ruang tamu, dan kami akan tidur bersama. Malah kami berkongsi selimut yang sama.

2- Cantik@Kuning lebih mudah tidur kalau aku baring bersama dia. Kalau aku sediakan bantal dia dan baringkan dia. Belum tentu dia nak tidur. Terkebil2 dia memandang aku. Aku akan pura2 baring sblh dia sambil sebelah tangan letak di badannya. Dan Cantik@Kuning akan tidur selepas beberapa ketika selepas itu.

3- Bila aku terjaga dari tidur kerana sejuk, aku akan pastikan selain tubuh aku berselimut tubuh Cantik@Kuning akan aku selimutkan juga.

4- Selalunya, selepas subuh mata Cantik@Kuning dah terjaga. Tapi aku tak kan benarkan dia bangun kecuali kalau dia ada menunjukkan tanda2 ingin membuang najis. Barulah aku bawa dia keluar atau sekadar bukakan pintu. Nanti Cantik@Kuning akan keluar dengan sendirinya. Jika tidak, pasti dia akan aku gomol sepuasnya. Mengeluarkan kuku untuk mencakar jauh sekali. Kami akan berlaga pipi banyak kali. 

5- Aku tahu, peha aku adalah tempat yang paling diminati oleh Cantik@Kuning. Pantang letak, mudah dia mahu lelapkan mata. Kadang2 sampai kebas kaki aku dibuatnya. 

6-  Kalau aku sibuk buat assingment, aku nak Cantik@Kuning ada dekat2 dengan aku.  Kalau aku nak tidur tengahari, aku akan cari Cantik@Kuning sekali dan ajak Cantik@Kuning tidur sekali.

7- Kalau bagi makan, aku teman Cantik@Kuning makan. Kalau lepas makan Cantik@Kuning tak mahu minum air, aku akan picagarikan air ke mulutnya. Tak susah nak bagi Cantik@Kuning minum guna picagari. Bagi minum susu pun aku guna picagari.

8- Makanan kegemaran Cantik@Kuning ialah nasi suam yang digaulkan dengan isi ikan. Kalau rajin, aku gorengkan ikan bilis dan tumbuk serta gaulkan dengan nasi suam. Makanan dalam tin jenis basah pun Cantik@Kuning suka. Sampai comot hidung dibuatnya. Cantik@Kuning turut suka makan roti kismis. Hebatkan dia...

9- Aku pernah bawa Cantik@Kuning pergi rumah kak long jalan2. Jumpakan dengan Tom, kucing kak long.

10- Pernah bawak motor sambil mengendong Cantik@Kuning sebab bawa dia jalan2.

11- Pernah keluar jalan2 dengan mak, bawa Cantik@Kuning sekali. Letak dia atas riba dan aku drive la kereta. Cantik@Kuning akan duduk diam sahaja.

12- Kemas luar rumah, letak Cantik@Kuning dekat bangsal untuk dia main2...Puas main2 ajak dia masuk.

13- Cantik@Kuning seekor kucing yang bersih. Hari2 akan periksa telinga dan kaki dia supaya tiada kutu. Kalau ada kutu sesat, matilah kutu tu nanti. Cantik@Kuning mmg susah nak ada kutu sebab permainan luar  rumah dikawal selia dengan baik.

14- Sejak sampai kat rumah, tak pernah boleh baik dengan kucing kami, Mimi...Mimi sangat cemburukan Cantik@Kuning.

15- Asyraf sangat suka main dengan Cantik@Kuning. Cantik@Kuning akan duduk diam kalau duduk bersama Asyraf.

16- Mengambil gambar detik2 Cantik@Kuning tidur adalah menjadi kegemaran aku.  Kalau rindu, boleh tengok koleksi gambarnya.

17-Akan bedungkan Cantik@Kuning ketat2 selepas mandikan dia sebelum keringkan bulunya....Hehehe...

18- Selalu berbual2 dengan Cantik@Kuning. Aku tahu dia faham walaupun tak membalas.

19- Bulan puasa, setiap kali bangun sahur Cantik@Kuning akan bangun sekali. Terkebil2 mata dia. Bila aku sambung tidur, Cantik@Kuning akan tidur bersama semula.

20- Suka sangat mengendong Cantik@Kuning. Cantik@Kuning pernah tertidur atas dada aku dan aku juga tidur ketika itu.  Sebelah tangan pegang badannya supaya tak jatuh.. :-)

21- Kalau aku balik kg, sampai aje depan rumah. Aku akan carik mak dlu. Selepas salam mak, aku akan cari di mana Cantik@Kuning berada. Lepastu akan panggil nama Cantik@Kuning. Terangkat kepala Cantik@Kuning bila nampak aku. Pasti Cantik@Kuning akan menyahut. Rindu kan..Aku tahu dia juga rindukan aku. Kemudian, kendong dia dan laga2kan pipi. Masa utk bermanja...

22- Sebelum balik ke TM, sebelum salam dan cium mak. Akan cari Cantik@Kuning dulu. Cakap2 dgn Cantik@Kuning. Peluk cium Cantik@Kuning. Laga2 pipi dulu pastu akan ambil sejengkal salotape dan tampal pada baju. Mak mesti tanya nak buat apa dengan salotape tu. Jawapannya ialah hilangkan bulu Cantik@Kuning yg terlekat pada tudung, baju dan seluar sebab baru lepas bergomol dgn Cantik@Kuning...Hehehe...Hilangkan bulu sewaktu dalam kereta...


22- Tali sarung hp ni adalah kesan gigitan Cantik@Kuning. Dia sangat suka menggigit untuk asahkan gigi dia. Sampai basah tali sarung hp nie dikerjakannya. Ni kali kedua aku tukar sarung baru. Sarung yang pertama dah x rupa tali dah kesan gigitan Cantik@Kuning.




Kau mengajar aku erti kasih sayang dan bersabar Cantik@Kuning....

Selamanya aku akan mengingati kau...
Semoga kenangan kita akan jadi penawar dalam setiap kedukaan aku...
Aku redha pemergianmu Cantik@Kuning...
Mak sempat mandi dan beri makan sebelum jumpa Cantik@Kuning dah mati....

5 bulan 25 hari menjadi sebahagian keluarga aku...


Kali pertama Cantik@Kuning dibawa balik ke Melaka dan hari pertama menjadi sebahagian dari keluarga aku...


Cantik@Kuning bersama Asyraf...


Segar dalam dakapan....


Sedaya upaya nak lepaskan diri...


Mula2 bukak video clip lagu, Cantik@Kuning buat tak tahu jer...Bukak video cerita pasal kucing, bergerak2 telinga dia...Hehehe



Aksi ketika berjaga...





Aksi ketika tidur...

Aku akan mengunjungi kuburmu nanti Cantik@Kuning bila aku kembali ke kampung. Aku redha kau pergi bukan depan mata aku. Aku lega bila keluarga sempurnakan kau dengan baik sekali walaupun tanpa aku. 

Love u so much my mucuk Cantik@Kuning...




Monday 18 November 2013

Aku Terima Rasa Ini...

Saat ini 9.30 mlm, ada 2 perkara yang bersarang dalam hati aku. Menegakkan kebenaran atau berdiam diri.  Ntah la...Dituduh atau diherdik pada perkara yang tidak benar, sama sekali membuatkan kita akan rasa kurang selesa. Hakikatnya, apa yg orang lain anggap tak mungkin sama dengan apa yg kita tahu dan lalui. 

Wajarkah ianya di herdik?

Perkara pokok yg perlu kita sedar ialah, "semua orang yang terlibat bukan berada dalam kepakaran itu". Jadi, kemungkinan berlaku kecelaruan dan kepincangan dapatan adalah sangat jelas. Bagi diri aku sendiri, sudut rakaman amali aku tak dapat langsung, sebahagian rakaman seterusnya adalah pudar. Pudar sama sekali. Tp, wajarkah aku memarahi sesiapa yg melakukan sebegitu. Wajarkah???Sedangkan org2 tersebut bukan berada dalam kepakaran itu. Sedangkan org itu sedang menolong aku. Mana mungkin aku lakukannya sendiri. Dan lebih tepat lagi, aku perlu hulurkan kata "terima kasih" kerana mereka telah berusaha membantu aku.

Knp aku tidak memilih rakaman ke 2 sebagai bahan untuk aku persembahkan kepada pensyarah. Jawapannya kerana "perlakuan". Perlakuan siapa???Perlakuan anak murid yang tidak ada nilai hormat dalam pembelajaran untuk rakaman. Perlakuan rakan sendiri yang ke hulu ke hilir semasa rakaman membantu memerhati anak murid aku melakukan aktiviti. 

Tamparan hebat untuk aku memilih yg terbaik tp tidak berkualiti dimata orang lain.  Dalam masa yg sama aku diherdik sedangkan orang lain memiliki pilihan yg berkualiti berbanding apa yang aku ada dan apa yg aku terima dengan redha ini. Jawapan telah jelas, dimana pilihan aku.

Diam....dan bukan bersuara jauh lebih baik bagi aku ketika ini. Aku tidak mahu bersuara, kerana aku rasa biarlah medan penulisan ini menjadi peneman setia aku meluah rasa. Banyak perkara yang aku perlu fikirkan untuk perjalanan kehidupan aku seterusnya dan aku redha andai ini yang aku terima.  Penilaian manusia tidak mungkin sama apa yang kita rasa.



Saturday 16 November 2013

Mengulit Kenangan Part 7

Sewaktu belajar diploma dulu, aku ada PA(Penasihat Akademik) yg sangat2 baik. Cik Siti Aminah Binti Mohd Lazim.  Dulu Cik la sekarang dah Puan. Selalu sangat PA akan wat perjumpaan dengan kami sekelas. Setiap kali jumpa, pasti banyak nasihat yang akan beliau sampaikan. Jika ada diantara kami yang buat masalah, beliau adalah orang yang paling risau dan perjumpaan akan diadakan serta-merta. Di awal tahun pertama dulu, beliau pernah adakan 1 aktiviti.  Dimana setiap orang perlu menilai rakan-rakannya sendiri. Tak kiralah samada nak nilai secara positif atau negatif. Setiap penilaian perlu dimasukkan dalam sampul surat milik masing-masing. Dan akhir sekali, setiap orang akan dapat sampul surat miliknya yang dipenuhi komen-komen dari rakan-rakan sekelas sendiri.  Tujuan PA aku buat begitu supaya setiap orang tahu siapa dirinya dimata kawan-kawannya. Dia pesan pada kami supaya simpan setiap teguran itu sampai bila-bila dan jadikan pedoman dan panduan dalam kehidupan.  Yang baik jadikan ianya terus baik dan yang sebaliknya perlu membuat perubahan dalam kehidupan sendiri.

Kat sini aku kongsikan kesemua komen-komen yang aku terima dari kawan-kawan semasa kami berada di tahun pertama pengajian diploma.









Alahamdulillah....Aku bersyukur sangat PA aku buat aktiviti ini. Secara tak langsung aku tahu siapa diri aku dimata mereka dan sedikit sebanyak aku tahu apakah perubahan yang perlu aku lakukan supaya aku tidak terus dipandang negatif dimata kawan-kawan.  3 tahun kami bersama dan mengenali antara satu sama lain. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan dalam diri. Akhirmya kami dah macam 1 family sekelas. Itu harapan besar PA kami. Supaya kami boleh bersatu sampai bila-bila. Terima kasih Mama Siti Aminah sbb banyak sedarkan kami.  Banyak nasihatkan kami. Selalu ingatkan kami tentang pentingnya keluarga. Selalu ingatkan kami supaya doakan ibubapa kami dan segala pesanan-pesanan yang membina dalam hidup kami. Terima kasih banyak-banyak.  Semoga Puan dikurniakan kelaurga yang bahagia hingga ke syurga. Aminn...

Pengakhiran kami di tahun ketiga bersama...


Terima kasih kawan-kawan semua...Kalian tetap dihati...

Friday 15 November 2013

Mengulit Kenangan Part 6

Habis aku mengulit kenangan sekolah rendah dan menengah, kini giliran aku mengulit kenangan sewaktu belajar di Politeknik Merlimau pula. 

Rasanya aku dah pernah bercerita siapa bff aku sewaktu aku belajar di politeknik dulu...Korang boleh baca dan kenalinya melalui post 


Seperti yang pernah aku bgth, kawan2 aku adalah kawan2 dia juga dan kawan2 dia adalah kawan2 aku.  Pernah 1 hari dia bgth aku yang kawan2 dia kata aku sombong.  Bila kawan2 dia datang bilik, aku buat tak tahu aje. Dia sangat terasa hati sebab dia tak buat pun macam tu pada kawan2 aku. Jadi, bermula saat itu, aku mula belajar menghormati kawan2nya seperti dia menghormati kawan2 aku.


Mesti korang perasan kan yg roomate aku tiada dalam gambar. Sebenarnya dia ikut juga tetapi dia berehat dalam kereta sebab sakit dada. Ni sewaktu aku dan kawan2 aku wat temuduga pasal perniagaan dobi kat Muar.  Kedai ni pun, kawan dia yang tunjukkan.


Ini kad yang tertampal di pintu bilik kami...



Setahun kami tinggal bersama. Roomateku memang suka pada benda-benda yang cantik dan wangi. Matanya sangat rimas kalau tengok bersepah. Suka sangat berkemas. Jadi, bilik aku mmg xde peluang langsung nak bersepah.

Mcm mn kami boleh rapat yerk? Al kisahnya aku pernah hilangkan handphone dia diatas kecuaian aku sendiri.  Dan akibatnya aku terpaksa menggantikannya.  Ketika tu, tak sampai sebulan kami tinggal sebilik. Oleh kerana tak dapat lagi PTPTN, jadi aku terpaksa meminjam duit kakak aku dulu tuk gantikan handphone dia yang hilang tu. Yang menjadikan aku serba salah sangat bila dia kata hp tu dia beli dengan duit gaji dia sendiri sebelum dia masuk politeknik. Ermm...remuk redam lah hati aku mendengarnya.



Inilah resit pembelian handphone dia yang aku gantikan. Sama jenis seperti yang hilang. Petang aku hantar hp baru padanya kat kamsis, itulah pertama kali aku drive kereta sendiri secara berseorangan selepas baru memiliki lesen. Bergetar jugak kepala lutut sebab tak biasa lagi memandu.  Oleh kerana ketika itu hujan, aku gagahkan juga diri menghantar hpnya sebab nanti sukar untuk dia berhubung dengan keluarga.




Selalunya kami akan baca yassin sama-sama lepas mangrib malam Jumaat. Kadang-kadang kawan bilik sebelah pun join sekali. Suka sangat buat aktiviti mcm tu. Sekurang-kurangnya sebagai pedinding untuk bilik dan diri sendiri.

Seakrab-akrab kami. Beberapa kali jugalah kami pernah berselisih paham.  Kadang-kadang samapi x bertegur beberapa hari. Masing-masing wat hal masing-masing. Aku pernahlah terluahkan perasaan tak puas hati kat sehelai kertas conteng. Lepastu aku pergi kelas. Macam aku bgth td, roomate aku nie dia x boleh tengok keadaan yang bersepah. Kebetulan meja study aku mmg bersepah sikit. Jadi, dia tolonglah kemas. Masatulah dia terbaca apa yang aku tulis dan dia membalasnya pada sehelai kertas lalu diselitkan ditepi buku atas meja aku. Kertasnya masih aku simpan sehingga hari ini.


Bila aku balik kelas, aku baca dan terus aku renyukkan...Jahat kan aku. Tapi aku tak buanglah. Aku simpan sebagai kenangan.  Dia adalah kawan yang baik yang pernah aku ada. Meninggikan suara tidak pernah sama sekali dia lakukan. Sehingga ke hari ini, jika aku berjumpa dengan kawan-kawanya, pasti khabar tentang dirinya juga ditanyakan pada aku.

Sehingga ke hari ini, sudah 8 tahun kami bersahabat. Dan aku harapkan persahabatan ini dan ingatan tulus ikhlas ini akan terus kekal dalam diri aku sampai akhir hayat. Ada yang bertanya, apakah syarat untuk kami bertahan selama ini. Jawapan aku sangat mudah, untuk membina persahabatan syaratnya ialah TANPA SYARAT.  In Shaa Allah...persahabatan akan kekal dengan sendirinya selamanya...

Thursday 14 November 2013

Mengulit Kenangan Part 5

Kenangan kali ini yang aku nak singkap ialah sewaktu aku di tingkatan 4 dan 5. Tingkatan 4 Beta dan 5 Beta. Satu-satunya kelas beraliran sains tulen kat sekolah.  Kelas yang di pimpin oleh Pn Normah Binti Ahmad dan ketua kelasnya oleh Hafiz Zakariah. Hebat budak-bedak kelas aku nie. Pandai-pandai belaka. Aku jer yg kurang pandai. Rata-rata dah berjaya sekarang. Ada doktor, ada ahli farmasi, ada cikgu, ada orang kuat Astro, ada peguam, ada jururawat, ada yang sedang buat master, ada yang terhegeh-hegeh wat degree(aku lah nie) dan pelbagai bidang pekerjaan yang lain.  





Ni la team gugurl2 kelas beta. Sekepala. Ajaklah apa sahaja, "on" ajer jawapannya.  Siap ada baju kelas tersendiri.



Sewaktu ada program bersama pelajar China. Seorang pelajar akan dapat seorang pelajar China sebagai kawan baru. Berkenalan dan seterusnya bertukar-tukar hadiah.



Sebelum kami duduki peperiksaan SPM. Kami adakan jamuan perpisahan di Hotel Century Mahkota, Melaka.  Sewaktu inilah tanpa paksaan aku nyanyikan sebuah lagu utk mereka. Khas untuk mereka sepanjang 2 tahun kita sekelas. Jgn ditanya tajuk apa yer. Hehehe...

Wednesday 13 November 2013

Mengulit Kenangan Part 4

Sesungguhnya kita tidak boleh hidup tanpa kawan-kawan. Kemana pun kita pergi, kita memerlukan kawan untuk menjadi pendorong kita menjadi lebih baik atau sebaliknya.  Di sekolah menengah aku ada 2 org bff iaitu Nur Liyana Nadhirah dan Najiha. Kami mula rapat sejak tingkatan 3. Kami sekelas. Apabila kami di tingkatan 4, kami dah tak sekelas lagi. Aku dalam aliran sains tulen dan meraka di aliran perakaunan. Hakikatnya kami tetap rapat. Berjiran kelas. Mereka dari latar belakang keluarga yang berbeza. Kedua-duanya ada cerita tersendiri. Ada derita di sebalik senyum yang terukir. Tak semua manusia bernasib baik dan tak semua manusia bernasib malang. Banyak hal kami sekepala. Mereka ada minat yang sama dimana minat mereka langsung tiada pada aku. Mereka peminat NO 1 cerita korea, mexico dan pembaca novel tegar. Kalau mereka berbinca tentang 3 perkara ini, aku akan membisu 1000 bahasa sbb aku tak faham apa-apa. Oleh kerana mereka suka baca novel, aku selalu pinjamkan novel-novel baru kat perpustakan awam guna nama aku tuk mereka bergilir baca.  Kalau cerita best, sekejap jer mereka dah pulang kat aku suh pinjamkan novel lain. Kalau suruh aku yang baca, seminggu belum tentu lagi habis baca. Hehehe...



Antara kami bertiga, Liyana lah yang sampai  paling awal kat sekolah. Pukul 6.30 pagi dia dah sampai.  Bas yang dia naik memang gerak awal dan dia tiada pilihan. Selalu dia tido dulu selepas sampai kat sekolah.  Kalau ada kelas tambahan, bas yang melalui kawasan rumah dia akan tinggalkan dia. Jadi, kadang-kadang sampai pukul 6.00 petang dia terpaksa tunggu kat sekolah untuk tunggu ayah dia jemput. Kesian dia, tapi dia tak de pilihan lain. Jarak sekolah dengan rumah memang amat jauh. Mujurlah ayah dia berpindah selepas dia tamat tingkatan 5.




Ni gambar sewaktu kami join persatuan Najiha ke lawatan sambil belajar ke Perak.  Oleh kerana ada kekosongan, jadi Najiha ajaklah kitaorang join sekali. Hehehe...Kami yang tak de kena-mengena dengan persatuan dia, tumpanglah sekaki...


Selepas tamat tingkatan 5, Najiha dapat sambung belajar ke Matrik Kedah manakala Yana di Matrik Perlis. Selepas itu Najiha ke UUM dan Yana ke Uitm. Sekarang, Najiha bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah company swasta. Dah lebih 3 tahun rasanya dia di company tersebut. Gaji pun dah selesa. Company pun dah sediakan kereta tuk dia lakukan kerja-kerja luar pejabat. Liyana pulak sekarang sambung master.  Dan dia dapat offer selama 4 bulan di University Of Turku, Finland sebagai student exchange programme. Aku terjumpa 1 blog yang bercerita tentang Yana. Setiap hari aku ikuti perkembangan mereka ini di Instragram. 

Nanti korang kawen jangan lupa jemput tau. Semoga korang terus berjaya dengan apa juga yang korang lakukan. 


Tuesday 12 November 2013

Mengulit Kenangan Part 3

Lumrah kehidupan manusia...Apabila kita berada di satu keadaan, kita mahukan keadaan yang lain sebagai memenuhi kehidupan seharian. Selalunya bila berada di zaman bergelar pelajar, mahu cepat-cepat berada dia zaman bekerja dan apabila berada di zaman bekerja, merindui zaman belajar.  Begitu juga aku. Apabila berada di pengajian tinggi, merindui zaman di sekolah menengah. Merindui keaktifan yg lepas. Aktif berpersatuan sana sini.  Seronok sangat bila mengenang apa yg pernah dilalui. 

Dulu, aku diantara pelajar yang aktif beruniform pengakap. Bukan sejak dari sekolah menengah, malah dari sekolah rendah lagi aku belajar bercamping sana dan sini. Sijil2 pengakap terlalu banyak dalam fail.  Semestinya bila sesiapa yang terjebak dalam pengakap, ianya mesti ada target. Aku tak pernah target untuk ke pengakap di raja sbb ianya akan melalui banyak perkara tetapi aku ingin mewakili negeri ke perkhemahan tertinggi dalam pengakap tercapai. Dua kali aku dapat sertainya. Ianya dinamakan Jambori.  

Perkhemahan Jambori pertama yang aku join ialah Perkhemahan Muhibbah Pengakap Negeri Johor ke 9 di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh Batu Pahat, Johor dari 10/11/01 - 14/11/01.  Jambori ini bukan sahaja melibatkan kesuluhan negeri dalam Malaysia tetapi termasuk juga wakil dari Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura dan Brunei. Memang muhibbah lah. Sampai-sampai jer kat sana, tengok tapak yang dilabelkan untuk "Melaka" merupakan hutan rimba yang perlu dikerjakan. Jadi, mulalah kerja-kerja menebas, menebang dan segalanya untuk mendapatkan tapak.  Menjelang ke malam jugalah baru khemah terbina. Ntah berapa ekor lipan yang dapat dibunuh dek kerana kawasan tapak khemah berdekatan dengan tasik.  Banyak sangat kenangan kat sana. Ramai kawan yang pancit. Ada yang terpaksa dihantar ke hospital kerana lelah yang teruk. Dan pada malam terakhir berlaku ribut, khemah dimasukki akhir. Sebatang dahan pokok patah menghempap khemah dari negeri Perlis dan ada yang mengalami patah tangan. Keluar surat khabar juga masa tu.  Letih untuk menamatkan 5 hari perkhemahan disana. Yang seronoknya bila kita boleh tambah kenalan dari negara-negara lain dan seluruh negeri dalam Malaysia juga sesama 1 Melaka juga diatas tiket negeri sendiri yang datangnya dari pelbagai daerah. 


Dulu badan ringan, setakat buat macam nie takde masalah...Kalau suruh sekarang, memnag tak berayunlah badan...Hehehe...


Gambar atas : Di hadapan pintu gerbang kontinjen dari Indonesia
Gambar bawah : Di hadapan pintu gerbang kontinjem Melaka


Bidan terjun, tak pasal2 dapat arahan tuk membawa penanda nama kontinjen di hari perasmian. Ntah baju siapalah nie. Hehehe...

...................................................................................................................................................................

Perkhemahan kedua terbesar yang aku join ialah Jambori Melaka Bersejarah ke 4 di Kem Pan Tay Chay Yan pada 25/5/02-29/5/02 dengan tema "Keamanan Serantau"



Seperti biasa, kami akan bergabung 4 buah sekolah mewakili daerah Jasin. Sekolah aku memang rapat baik dengan team pengakap dari SMKDARY...Jadi, kami kalau buat apa-apa sekalipun akan roger2 mereka untuk buat sama-sama.


Mesti korang pelik kan kenapa budak lelaki nie dengan kitaorg. Budak nie namanya Fuad. Dia dari SMKDARY. Memang suka ikut geng2 aku. Kitaorang panggil dia Fual Comel. Dia juga senior aku yang dah bergelar Alumni UPSI.  Sekarang dah mengajar pendidikan seni kat Sarawak. Selain dia, ada 1 lagi namanya Ummul Habibah. Ummul sebelum menyertai apa-apa camping pengakap mesti roger-roger geng-geng aku dulu.  Kalau kami x join, dia pun tak kan join tuk wakil sekolah dia. Hehehe...Kami bukan baik setakat waktu bercamping jer, lepas habis camping masih juga jumpa kat luar. Sampai sekarang, mereka adalah kawan FB dan instragram kami...


...................................................................................................................................................................

Diantara banyak-banyak kem kepimpinan yang aku sertai, ada 1 kem yang aku ingat sangat sampai hari ini. Kem yang menyediakan aktiviti yang sangat menguji fizikal dan mental. Kursus kepimpinan pelajar di Kem Lambaian Danau pada 8/3/02 - 10/3/02.




Hampir setiap hari baju basah dek kerana kena berendam dalam lumpur. Lebih tercabar lagi bila bilik mandinya mempunyai tekanan air yang rendah. Ramai yang tak dapat curi baju yang dah penuh lumpur. Kesudahannya, banyak jugalah yang membung baju / kasut yang terlalu teruk keadaannya. Walaupun penat, ianya sangat seronok tuk dijadikan kenangan.  Kalau tak de zaman dulu, takde jugalah sekarang.  Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bersama kawan-kawan seperjuangan. Merindui semuanya...