HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 14 November 2013

Mengulit Kenangan Part 5

Kenangan kali ini yang aku nak singkap ialah sewaktu aku di tingkatan 4 dan 5. Tingkatan 4 Beta dan 5 Beta. Satu-satunya kelas beraliran sains tulen kat sekolah.  Kelas yang di pimpin oleh Pn Normah Binti Ahmad dan ketua kelasnya oleh Hafiz Zakariah. Hebat budak-bedak kelas aku nie. Pandai-pandai belaka. Aku jer yg kurang pandai. Rata-rata dah berjaya sekarang. Ada doktor, ada ahli farmasi, ada cikgu, ada orang kuat Astro, ada peguam, ada jururawat, ada yang sedang buat master, ada yang terhegeh-hegeh wat degree(aku lah nie) dan pelbagai bidang pekerjaan yang lain.  





Ni la team gugurl2 kelas beta. Sekepala. Ajaklah apa sahaja, "on" ajer jawapannya.  Siap ada baju kelas tersendiri.



Sewaktu ada program bersama pelajar China. Seorang pelajar akan dapat seorang pelajar China sebagai kawan baru. Berkenalan dan seterusnya bertukar-tukar hadiah.



Sebelum kami duduki peperiksaan SPM. Kami adakan jamuan perpisahan di Hotel Century Mahkota, Melaka.  Sewaktu inilah tanpa paksaan aku nyanyikan sebuah lagu utk mereka. Khas untuk mereka sepanjang 2 tahun kita sekelas. Jgn ditanya tajuk apa yer. Hehehe...





Kalau gambar di atas sebelum ambil peperiksaan SPM, gambar yang bawah ni pulak gambar selepas ambil peperikasaan UPSR. Rombongan ke Taman Tema Water World, Melaka.  Cer korang cari yg mana aku dan yg mana en <3 aku. Hehehe...


No comments:

Post a Comment