HANYA AKU...

HANYA AKU...

Monday 4 November 2013

Bila dah tak mampu bertahan....

Setelah hampir seminggu menahan rasa tak selesa dengan kesakitan ini akhirnya aku cuba mencari apakah puncanya dan ubatnya selepas mak dah tegur. Semasa di TM, setiap hari ianya berlaku...Menjelang munculnya malam dan bawa ke pagi aku akan mengalami bersin yang kerap kali sehingga mengeluarkan cecair jernih yang banyak. Sekali-sekali bersih yang berulang sehingga ke 8 kali...Mata pulak gatal sepanjang masa. Penat dah menggosok. Rsa mcm nk cungkil jer mata sendiri sebab tak tahan gatal. Titiskan juga ubat mata tetapi sekejap sahaja kelegaannya. Tak cukup hidung dan mata, lelanggit juga mengalami kegatalan. Puaslah aku cuba menggaru. Tak cukup dengan jari, aku garu dengan gunting. Tak tahulah dimana silapnya. Setiap hari hampir 2 minggu. Kesian kat roomete aku sebab kena dengar aku bersih. Menjelang ke pagi, lebih menjadi2..Ianya akan pulih bila menjelangnya matahari iaitu siang. Bila siang, aku biasa jer. Tak pulak rasa mcm mn waktu malam. Rimas mmg rimas. Bayangkanlah setiap kali aku sembahyang subuh, aku asyik fikir cepatlah selesai solat sbb ada cecair dah mula mengalir di hidung. 2-3 hari sekotak tisu pasti habis. Akhirnya, aku gunakan tisu gulung sahala sbb lbh mudah n jimat.  

Minggu lepas, wifi rumah tak berfungsi. Jadi, managment sediakn wifi sementara di kawasan lain. Setiap malam aku keluar menjadi wifi demi melaghakan diri. Selain bawak lappy, handphone dan beg duit, tisu segulung adalah perkara wajib yang aku akan bawa sekali. Bila keadaan ok, aku akan tenang. Bila keadaan tak okey, aku mulalah nak marah dengan semua perkara.  Memilih untuk tidur awal sebab dengan tidur sahaja aku boleh hilang rasa gatal dan bertenang.

Jumaat ptg aku sampai kat umah kampung. Jadi, malam pertama aku tidur, malam itu juga mak perasan dengan keadaan aku. Lepas mak kejut bangun subuh, mak kata tak sihat ke?. Aku jawab hari2 macam nie. Jadi, siangnya Deepavali...Jadi seperti biasa ianya akan baik. Tetapi dari tengahari ke malam hujan turun. Jadi, rumah semakin sejuk dan aku bersin makin teruk dan mata semakin gatal. Titiskan eye mo pun tak menjadi. Berapa kali aku tengok mata kat cermin. Dah merah aku gosok. 

Siangnya, mak ajak aku ke Merlimau.  Selepas membeli barang2 rumah, maka mak ajak pergi jumpa pakar. Sbb utama mungkin sebab alergic. Bila ditanya pada aku samaada makan ayam atau tidak, mak yang jawab. "Hari2 dia makan ayam. Dia belajar jauh. Jadi, ayam lebih mudah dari ikan".  Saranan pertama untuk aku adalah stop dulu makan ayam sebab ayam mungkin punca aku gatal. Pada mulanya, Dr tu nak bagi aku ubat makan yang kena makan 8 biji pada 1 masa. Aku tak sanggup sbb terlalu byk. Jadi, ubat kedua yang disarankan adalah makan ketika gatal. Ianya adalah ubat jenis penahan dan gatal akan hilang dan kemudian kembali. Mak mencelah lagi, "kalau boleh nak kasi mati terus kuman dia". Jadi ubat ketiga yang disaranlan ialah makan 2 biji tetapi 3 kali makan dan dimakan sebelum makan. Yang ini aku setuju. Tetapi mak kata kalau makan 2 kali sahaja boleh kan sbb banyak sgt ubat dalam badan. Dr jawab boleh dengan syarat pantang ayam sementara waktu dan selepas 3 hari, datang semula tengok perubahan. Kalau tak baik, tukar ubat dan pantang berlajutan. Sementara aku kat kampung nie, mmg aku tak makan ayam la kan sebab mak aku pun tak makan ayam. Jadi, akau makan benda lain selain ayam. Tapi kalau pantang berterusan, dan kembali ke TM semula, susahnya aku nak mencari makanan tuk aku sendiri. Aduhhh...Susahnya jadi org yg memilih makanan nie. Aku harap sgt ini bukan disebabkan alergic ayam yang berpanjangan dan aku kembali sihat seperti dulu...In Shaa Allah....

No comments:

Post a Comment