HANYA AKU...

HANYA AKU...

Wednesday 20 November 2013

Cantik@Kuning...Kenangan Terindah Bersamamu...

Berkumandangnya azan Magrib di hp dan laptop secara serentak, aku menerima notifications di facebook tentang kesayangan peliharaan aku telah mati tengahari tadi. Aku redha. Aku tahu Cantik@Kuning dah penat berjuang utk hidup.  Aku bawa Cantik@Kuning dari TM sejak 24/5/2013 dan selepas itu dia telah menjadi sebahagian keluarga besar aku. Ketika aku ambil dulu, mutu kesihatan Cantik@Kuning memang tak berapa baik. Pelbagai usaha aku lakukan untuk jadikan dia kucing normal seperti kucing lain. Klinik private mahupun klinik kerajaan telah berusaha untuk memulihkannya. Alasan tetap sama. Cantik@Kuning mengidap penyakit saraf sejak kecil. Kesannya, seluruh tubuh Cantik@Kuning akan menggigil dan kejang kerap kali dalam sehari. Pergerakkannya tak selincah kucing biasa. Cantik@Kuning tidak pernah memanjat walaupun 1 anak tangga.  Anak-anak buah aku cakap, Cantik@Kuning tak ubah seperti kucing mainan yang diletakkan bateri setiap kali Cantik@Kuning bergerak.  Katalah apa sahaja, Cantik@Kuning tetap istimewa dimata aku. Manja. Seekor kucing yang bersih. Kemanjaannya menjadi sesuatu yang aku selalu rindu.  Tak lokek untuk menyahut setiap kali namanya di panggil. 

Antara aku dan Cantik@Kuning...

1- Setiap kali aku balik kampung, kami akan tidur berdua atas 1 tilam yang sama. Oleh kerana Cantik@Kuning tak boleh melompat mahupun memanjat. Sejak dia ada di rumah aku, aku tidak lagi tidur atas katil. Aku akan letakkan tilam dekat ruang tamu, dan kami akan tidur bersama. Malah kami berkongsi selimut yang sama.

2- Cantik@Kuning lebih mudah tidur kalau aku baring bersama dia. Kalau aku sediakan bantal dia dan baringkan dia. Belum tentu dia nak tidur. Terkebil2 dia memandang aku. Aku akan pura2 baring sblh dia sambil sebelah tangan letak di badannya. Dan Cantik@Kuning akan tidur selepas beberapa ketika selepas itu.

3- Bila aku terjaga dari tidur kerana sejuk, aku akan pastikan selain tubuh aku berselimut tubuh Cantik@Kuning akan aku selimutkan juga.

4- Selalunya, selepas subuh mata Cantik@Kuning dah terjaga. Tapi aku tak kan benarkan dia bangun kecuali kalau dia ada menunjukkan tanda2 ingin membuang najis. Barulah aku bawa dia keluar atau sekadar bukakan pintu. Nanti Cantik@Kuning akan keluar dengan sendirinya. Jika tidak, pasti dia akan aku gomol sepuasnya. Mengeluarkan kuku untuk mencakar jauh sekali. Kami akan berlaga pipi banyak kali. 

5- Aku tahu, peha aku adalah tempat yang paling diminati oleh Cantik@Kuning. Pantang letak, mudah dia mahu lelapkan mata. Kadang2 sampai kebas kaki aku dibuatnya. 

6-  Kalau aku sibuk buat assingment, aku nak Cantik@Kuning ada dekat2 dengan aku.  Kalau aku nak tidur tengahari, aku akan cari Cantik@Kuning sekali dan ajak Cantik@Kuning tidur sekali.

7- Kalau bagi makan, aku teman Cantik@Kuning makan. Kalau lepas makan Cantik@Kuning tak mahu minum air, aku akan picagarikan air ke mulutnya. Tak susah nak bagi Cantik@Kuning minum guna picagari. Bagi minum susu pun aku guna picagari.

8- Makanan kegemaran Cantik@Kuning ialah nasi suam yang digaulkan dengan isi ikan. Kalau rajin, aku gorengkan ikan bilis dan tumbuk serta gaulkan dengan nasi suam. Makanan dalam tin jenis basah pun Cantik@Kuning suka. Sampai comot hidung dibuatnya. Cantik@Kuning turut suka makan roti kismis. Hebatkan dia...

9- Aku pernah bawa Cantik@Kuning pergi rumah kak long jalan2. Jumpakan dengan Tom, kucing kak long.

10- Pernah bawak motor sambil mengendong Cantik@Kuning sebab bawa dia jalan2.

11- Pernah keluar jalan2 dengan mak, bawa Cantik@Kuning sekali. Letak dia atas riba dan aku drive la kereta. Cantik@Kuning akan duduk diam sahaja.

12- Kemas luar rumah, letak Cantik@Kuning dekat bangsal untuk dia main2...Puas main2 ajak dia masuk.

13- Cantik@Kuning seekor kucing yang bersih. Hari2 akan periksa telinga dan kaki dia supaya tiada kutu. Kalau ada kutu sesat, matilah kutu tu nanti. Cantik@Kuning mmg susah nak ada kutu sebab permainan luar  rumah dikawal selia dengan baik.

14- Sejak sampai kat rumah, tak pernah boleh baik dengan kucing kami, Mimi...Mimi sangat cemburukan Cantik@Kuning.

15- Asyraf sangat suka main dengan Cantik@Kuning. Cantik@Kuning akan duduk diam kalau duduk bersama Asyraf.

16- Mengambil gambar detik2 Cantik@Kuning tidur adalah menjadi kegemaran aku.  Kalau rindu, boleh tengok koleksi gambarnya.

17-Akan bedungkan Cantik@Kuning ketat2 selepas mandikan dia sebelum keringkan bulunya....Hehehe...

18- Selalu berbual2 dengan Cantik@Kuning. Aku tahu dia faham walaupun tak membalas.

19- Bulan puasa, setiap kali bangun sahur Cantik@Kuning akan bangun sekali. Terkebil2 mata dia. Bila aku sambung tidur, Cantik@Kuning akan tidur bersama semula.

20- Suka sangat mengendong Cantik@Kuning. Cantik@Kuning pernah tertidur atas dada aku dan aku juga tidur ketika itu.  Sebelah tangan pegang badannya supaya tak jatuh.. :-)

21- Kalau aku balik kg, sampai aje depan rumah. Aku akan carik mak dlu. Selepas salam mak, aku akan cari di mana Cantik@Kuning berada. Lepastu akan panggil nama Cantik@Kuning. Terangkat kepala Cantik@Kuning bila nampak aku. Pasti Cantik@Kuning akan menyahut. Rindu kan..Aku tahu dia juga rindukan aku. Kemudian, kendong dia dan laga2kan pipi. Masa utk bermanja...

22- Sebelum balik ke TM, sebelum salam dan cium mak. Akan cari Cantik@Kuning dulu. Cakap2 dgn Cantik@Kuning. Peluk cium Cantik@Kuning. Laga2 pipi dulu pastu akan ambil sejengkal salotape dan tampal pada baju. Mak mesti tanya nak buat apa dengan salotape tu. Jawapannya ialah hilangkan bulu Cantik@Kuning yg terlekat pada tudung, baju dan seluar sebab baru lepas bergomol dgn Cantik@Kuning...Hehehe...Hilangkan bulu sewaktu dalam kereta...


22- Tali sarung hp ni adalah kesan gigitan Cantik@Kuning. Dia sangat suka menggigit untuk asahkan gigi dia. Sampai basah tali sarung hp nie dikerjakannya. Ni kali kedua aku tukar sarung baru. Sarung yang pertama dah x rupa tali dah kesan gigitan Cantik@Kuning.




Kau mengajar aku erti kasih sayang dan bersabar Cantik@Kuning....

Selamanya aku akan mengingati kau...
Semoga kenangan kita akan jadi penawar dalam setiap kedukaan aku...
Aku redha pemergianmu Cantik@Kuning...
Mak sempat mandi dan beri makan sebelum jumpa Cantik@Kuning dah mati....

5 bulan 25 hari menjadi sebahagian keluarga aku...


Kali pertama Cantik@Kuning dibawa balik ke Melaka dan hari pertama menjadi sebahagian dari keluarga aku...


Cantik@Kuning bersama Asyraf...


Segar dalam dakapan....


Sedaya upaya nak lepaskan diri...


Mula2 bukak video clip lagu, Cantik@Kuning buat tak tahu jer...Bukak video cerita pasal kucing, bergerak2 telinga dia...Hehehe



Aksi ketika berjaga...





Aksi ketika tidur...

Aku akan mengunjungi kuburmu nanti Cantik@Kuning bila aku kembali ke kampung. Aku redha kau pergi bukan depan mata aku. Aku lega bila keluarga sempurnakan kau dengan baik sekali walaupun tanpa aku. 

Love u so much my mucuk Cantik@Kuning...




No comments:

Post a Comment