HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 15 November 2013

Mengulit Kenangan Part 6

Habis aku mengulit kenangan sekolah rendah dan menengah, kini giliran aku mengulit kenangan sewaktu belajar di Politeknik Merlimau pula. 

Rasanya aku dah pernah bercerita siapa bff aku sewaktu aku belajar di politeknik dulu...Korang boleh baca dan kenalinya melalui post 


Seperti yang pernah aku bgth, kawan2 aku adalah kawan2 dia juga dan kawan2 dia adalah kawan2 aku.  Pernah 1 hari dia bgth aku yang kawan2 dia kata aku sombong.  Bila kawan2 dia datang bilik, aku buat tak tahu aje. Dia sangat terasa hati sebab dia tak buat pun macam tu pada kawan2 aku. Jadi, bermula saat itu, aku mula belajar menghormati kawan2nya seperti dia menghormati kawan2 aku.


Mesti korang perasan kan yg roomate aku tiada dalam gambar. Sebenarnya dia ikut juga tetapi dia berehat dalam kereta sebab sakit dada. Ni sewaktu aku dan kawan2 aku wat temuduga pasal perniagaan dobi kat Muar.  Kedai ni pun, kawan dia yang tunjukkan.


Ini kad yang tertampal di pintu bilik kami...



Setahun kami tinggal bersama. Roomateku memang suka pada benda-benda yang cantik dan wangi. Matanya sangat rimas kalau tengok bersepah. Suka sangat berkemas. Jadi, bilik aku mmg xde peluang langsung nak bersepah.

Mcm mn kami boleh rapat yerk? Al kisahnya aku pernah hilangkan handphone dia diatas kecuaian aku sendiri.  Dan akibatnya aku terpaksa menggantikannya.  Ketika tu, tak sampai sebulan kami tinggal sebilik. Oleh kerana tak dapat lagi PTPTN, jadi aku terpaksa meminjam duit kakak aku dulu tuk gantikan handphone dia yang hilang tu. Yang menjadikan aku serba salah sangat bila dia kata hp tu dia beli dengan duit gaji dia sendiri sebelum dia masuk politeknik. Ermm...remuk redam lah hati aku mendengarnya.



Inilah resit pembelian handphone dia yang aku gantikan. Sama jenis seperti yang hilang. Petang aku hantar hp baru padanya kat kamsis, itulah pertama kali aku drive kereta sendiri secara berseorangan selepas baru memiliki lesen. Bergetar jugak kepala lutut sebab tak biasa lagi memandu.  Oleh kerana ketika itu hujan, aku gagahkan juga diri menghantar hpnya sebab nanti sukar untuk dia berhubung dengan keluarga.




Selalunya kami akan baca yassin sama-sama lepas mangrib malam Jumaat. Kadang-kadang kawan bilik sebelah pun join sekali. Suka sangat buat aktiviti mcm tu. Sekurang-kurangnya sebagai pedinding untuk bilik dan diri sendiri.

Seakrab-akrab kami. Beberapa kali jugalah kami pernah berselisih paham.  Kadang-kadang samapi x bertegur beberapa hari. Masing-masing wat hal masing-masing. Aku pernahlah terluahkan perasaan tak puas hati kat sehelai kertas conteng. Lepastu aku pergi kelas. Macam aku bgth td, roomate aku nie dia x boleh tengok keadaan yang bersepah. Kebetulan meja study aku mmg bersepah sikit. Jadi, dia tolonglah kemas. Masatulah dia terbaca apa yang aku tulis dan dia membalasnya pada sehelai kertas lalu diselitkan ditepi buku atas meja aku. Kertasnya masih aku simpan sehingga hari ini.


Bila aku balik kelas, aku baca dan terus aku renyukkan...Jahat kan aku. Tapi aku tak buanglah. Aku simpan sebagai kenangan.  Dia adalah kawan yang baik yang pernah aku ada. Meninggikan suara tidak pernah sama sekali dia lakukan. Sehingga ke hari ini, jika aku berjumpa dengan kawan-kawanya, pasti khabar tentang dirinya juga ditanyakan pada aku.

Sehingga ke hari ini, sudah 8 tahun kami bersahabat. Dan aku harapkan persahabatan ini dan ingatan tulus ikhlas ini akan terus kekal dalam diri aku sampai akhir hayat. Ada yang bertanya, apakah syarat untuk kami bertahan selama ini. Jawapan aku sangat mudah, untuk membina persahabatan syaratnya ialah TANPA SYARAT.  In Shaa Allah...persahabatan akan kekal dengan sendirinya selamanya...

No comments:

Post a Comment