HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 10 October 2013

Siap Sedia Melangkah...

Alhamdulillah...urusan menjadi emcee kali ke 3 bersama Persatuan Ekonomi Rumah Tangga, PERT UPSI berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi pengacara pada malam ini. PERT pada dasar pandangan adalah satu persatuan yang kurang aktif, tetapi di sebalik PERT ini juga telah mengizinkan aku menjadi manusia yang belajar untuk berani berdiri di khalayak ramai. Di PERT aku megenali senior dan junior yang lain. Di PERT aku belajar berpersatuan. UPSI yang berdiri gah dengan namanya bukan mudah untuk menjadi sesuatu yang dikenali didalamnya. Aku bersyukur dgn adanya PERT, aku menjadi "sesuatu" didalamnya. Sepenggal memegang jawatan exco akademik dan kerjaya. Dan malam ini, jawatan ini dilepaskan. Terima kasih dengan kerjasama dari semua warga PERT termasuklah urusan-urusan bersama fakulti dan pensyarah yang aku kendalikan. Terima kasih kerana aku belajar untuk menjadi pemimpin pendidik disini. 

Walaupun banyak kelemahan, dan ada yang merungut tentang perjalanan majlis malam ini, sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Katalah apa sahaja, dan kami telah lakukan semampu yang kami boleh lakukan. Alhamdulillah...

Selepas majlis ini tadi, ada perjumpaan bersama Dr Sue selaku pensyarah yang bertanggungjawab meletakkan pelajar untuk menjalani latihan mengajar atau praktikum. Dalam post sebelum ini, aku ada nyatakan kesukaran untuk aku mendapatkan sekolah. Alhamdulillah, 3 nama yang aku hantar, pilihan ketiga yang dipilih oleh Dr Sue. SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, SABAK BERNAM. Seterusnya, hanya menunggu jawapan dari PULAMI samada sekolah tersebut menerima aku atau tidak. Dari awal lagi aku dah janji pada diri sendiri, "dimana aku berdiri, disitu aku menabur bakti, walaupun bersendiri, aku yakin aku mampu atasi"...Hasbunallah wani'mal wakeel, ni'mal maula mani'mal nasiir...Amin...

Jadi, selepas PULAMI bagi jawapan, barulah aku ke peringkat seterusnya. Mencari rumah sewa. Semakin teruja aku nak memulakan praktikum. Walaupun aku tanpa teman, aku tahu ianya bukan penghalang untuk aku jadi pendidik yang berkualiti. Kemampuan di tangan sendiri. Yang penting hati. Berdikari??Ermm dah lama aku belajar untuk bersendiri..

InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan Allah...Allah lebih menegtahui segalanya...



No comments:

Post a Comment