HANYA AKU...

HANYA AKU...

Wednesday 23 October 2013

Mengulit Kenangan Part 2

Peristiwa ini berlaku sewaktu aku berusia 12 tahun iaitu darjah 6. Majlis Khatam Al-Quran Beramai-ramai, Berkhatan dan Penyampaian Hadiah di Sekolah Agama Sebatu. Aku adalah salah seorang yang terlibat dengan majlis khatam Al-Quran. Pelajar yang terpilih mestilah tamat mengaji sebagai syarat utama. Alhamdulillah...Aku khatam betul-betul sebelum cikgu sekolah agama mencari peserta khatam Al-Quran. Dalam tahun yang sama, 2 kali aku diraikan. Sekali si rumah ustazah yang mengajar aku mengaji dan sekali lagi di sekolah. Dapat kain warna hijau dari cikgu untuk di jahit menjadi baju jubah. Itulah pertama kalinya aku memakai jubah. Hehehe...

Mak pernah kata yang dia risau sangat kalau aku tak habis mengaji. Aku selalu bertukar-tukar guru ngaji sebab tak serasi. Kalau tak silap, aku bertukar 5 kali guru ngaji. Guru ke 6 baru aku serasi dan khatam bersama ustazah ini. Alhamdulillah....Sehingga sekarang, ramai juga yang telah khatam bersama ustazah ini. Setakat ini dah 6 orang anak buah aku khatam Al-Quran dengan ustazah yang sama.


Korang ingat lagi pasal cerita seorang kawan aku yang meninggal akibat kanser otot peringkat 4 yang pernah aku cerita dulu. Dalam lingkaran bulatan tu, dialah...arwah nawawi binti ahmat...Yg bertanda anak panah tu, tentulah aku...Hehehe...


Majlis khatam Al-Quran dimulai dengan perarakan pelajar yang berkhatam, seterusnya para ibu yang membawa sepahar telur serta diiringi pasukan kompang dan selawat nabi ke pentas utama. 
Selepas itu, pelajar khatam akan perdengarkan alunan ayat Al-Quran kepada tetamu yang hadir. 



Untuk majlis penyampaian penghargaan, pelajar akan serahkan bunga pahar kepada ibu dan ibu pelajar akan serahkan kepada guru ngaji yang telah mengajar anak mereka. 




In Shaa Allah, aku merancang untuk buat majlis khatam Al-Quran sebelum majlis akad nikah aku nanti. Kalau boleh nak khatam bersama bakal suami sekali. Jika ada kekangan masa, akan adakan baca yassin dan tahlil arwah serta nadzam sahaja...Sekadar merancang...Semoga dipermudahkan segalanya...Aminn...











No comments:

Post a Comment