HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 6 October 2013

Aku Oh Aku...

Ketika org lain sedang lena dibuai mimpi indah...Aku pulak terkebil-kebil tak tahu nak buat apa. Bukannya aku takde tugasan, tetapi mood tugasan tak de buat masa ini. Jadi, aku ambil keputusan untuk menulis di blog. Sejak dua menjak nie, selera makan menjadi-jadi. Mengidam nak makan macam-macam dan pada dasarnya memang tak dapat kat TM nie sbb semuanya adalah air tangan mak. Air tangan yang tak de tolok bandingnya. Masakan terbaik seluruh dunia. Aku membesar dengan comel ni pun dari air tangan itu. Alangkah seronoknya kalau dapat makan makanan yang sedap-sedap dari air tangan mak sekarang. Huhuhuhu...Meroyan...meroyan...Hahaha...Meroyan nak makan...

Jadi, lebih baik kita berangan-angan sedang makan sekarang. Pejam mata dan masuk ke alam lain menikmati makanan yg sedap2 dari air tangan mak...Yezzzaaaa....


Merah-merah semua menu diatas kan...Tak dinamakan masakan dari negeri melaka kalau tidak berasaskan lada atau pedas. Aku dan keluarga bukanlah orang yang terlalu sukakan masakan yang terlalu pedas, sekadar pedas yang sederhana sahaja. Tak lah pedas pior macam anak melaka yang asli. Hehehe...

Menu pertama yang aku rindui..Perut lembu masak asam atau tetel masak asam. Fuhhh...Sedapnya. Tetapi bukan selalu dapat menu nie sebab perut lembu susah nak dapat. Ini juga menu raya dalam keluarga aku. Kalau raya haji, kadang ada kadang tidak. Hari tu sebelum aku balik TM tuk mulakan semester baru, mak masak menu nie. Senyum lebar la aku. Semua adik-beradik aku suka makan menu nie. Kalau ipar duai tu, ada yg makan dan ada yang tak tahu makan. Bayangkan, anak buah aku yg belajar Australia beberapa tahun, sekembalinya di Malaysia dia minta utk balik kampung dan nak makan menu ini dari air tangan mak. Menu terbaik dan sedap. Kalau tak makan dengan nasi, makan diratah pun sedap. Kalau ada jemput-jemput dan lempeng, berselera dibuatnya bila dicecah dengan kuah perut masak asam nie. 

2. Sup lembu atau sup gearbox. Fuhh...Superb la bila dapat keluarkan sum2 tulang nie. Tak payah straw pun xpe..Masukkan sikit kuah sup didalamnya, pastu ketuklah ke atas pinggan. Kalau cukup masa semasa merenih sup, pastinya sum-sum tulang keluar dengan mudah. Aku suka makan sup lembu dimakan dengan kuah cili padi beserta kicap. Tetapi tidaklah kuah kicap itu dicurahkan terus ke sup, tetapi dengan sedikit demi sedikit. Isinya ku cecah diluar pinggan dengan kuah lada tersebut. Sup lembu perlu dimakan sewaktu panas, kalau dah sejuk, nampaklah lapisan lemak yang tebal nanti. Aku tak minat kalau makan sup letak daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hehehehe...Lepas makan sup lembu, kena minum air suam atau teh panas. Barulah padan dengan rasanya. Hehehe...

3. Yg ketiga lagilah aku susah untuk dilepaskan. Hehehe...Menu ini jugalah yang mak selalu bekalkan untuk aku balik TM. Tapi kalau jenis aku, aku suka udang yang saiz besar. Demand kan aku nie. Tapi kalau udang besar kan sedang nak kupas kulitnya. Hehehe...Sambal sotong pun sedap jugak lebih-lebih lagi kalau sotong yang ada telur didalamnya. Mak tak makan badan sotong, mak lebih suka makan kepalanya sahaja. Mak pernah kata, mak lebih suka tgk aku dan abang makan badan sotong. Lebih-lebih lagi kalau sotong yang besar-besar. Tetapi aku tak minat sotong kembang. Tak fresh...Hahaha...

4. Ikan tuka masak pais atau kebanyakkan org cakap ikan tuka bakar. Ikan tuka adalah ikan pari bersaiz kecik. Ikan-ikan pari yang kecil dipanggil tuka. Ikan tuka tak best kalau dimasak berkuah. Jadi dalam keluarga aku, ianya sedap dipaiskan sahaja. Dengan rempah yang cukup, ianya dibakar dalam daun pisang memberikan aroma yang sedap bagi aku. Ikan tuka susah nak dapat. Ianya bermusim. Kalau bulan puasa, berbuka dengan meratah ikan tuka pais memang sedap. Sedapppp...

5. Kalau tadi ikan pari yang kecil dipanggil tuka dan diamasak pais. Untuk ikan pari yang besar pula sedap dimasak asam pedas. Bagi aku, tak perlu letak daun kesum atau bunga kantan lebih sedap asam pedas tu sebab tu lah menu yang mak ajar aku makan sejak kecil. Walaupun tanpa ramuan asas yang kebanyakkan orang letak dalam asam pedasnya, namun aku rasa asam pedas ikan pari mak paling sedap. Cukup asamnya, cukup pedasnya, cukup pekatnya...Fuhhh...Boleh tambah nasi dibuatnya. Ummi, anak buah aku lebih berani buat kenyataan, "asam pedas nenek lagi sedap dari yang mak ummi masak"..hehehe...Actually, akak aku tu pantang besar dengan ikan pari. Dia tak boleh makan sebab elergic. Dia masak juga sebab anak dan suaminya makan. 

Baru bercerita tentang 5 jenis masakan mak aku, aku dah rasa bertambah lapar. Meronta-ronta rasa nak balik kampung. Nak makan semua hidangan mak.



6. Menu seterusnya yang menjadi idaman selera aku ialah ikan cencaru goreng. Simple jer nie kan tetapi sedap tau bila makan dengan nasi panas lepastu lada besar dipatah bersama kicap. Tak payah letak bawang ataupun diperahkan limau. Cukup sekadar lada hijau dipatahkan bersama kicap. Sedap...sedap...sedap...Aku memang suka makan ikan cencaru.

7. Yang ni lagi mengaum kalau makan. Ringkas tetapi kesan terhadap bau memang terkesan kat orang lain. Hehehe...Sambal ikan bilis bersama petai. Sekali makan mesti nak tambah lagi. Aku tak makan petai mentah, tetapi kalau petai yang telah dimasak dengan sambal...Memang sodappp...

8. Yang ni paling payah nak dapat. Telur ikan duri masak lemak cili padi. Telur ikan duri memang susah nak dapat sebab ikan bertelur mengikut musim. Pastu telurnya pulak mesti nak telur yang baru dan bersaiz besar. Kalau bersaiz kecil, tak sedap sangat....Jarang dapat, tp kalau dpat puas hati....

9. Hehehe...yg menu ni aku pernah cerita untuk entry sebelum tajuk entry nie. Jemput-jemput jagung. Kalau bagi aku sepiring utk sarapan pagi, boleh dihabiskan kalau tiada menu sarapan lain yang mengiring. Dari jagung rebus terbuang, lebih sedap dibuat jemput-jemput.

10. Menu yang aku selalu berebut dengan abang aku. Sup ikan sekut. Tapi yang paling best adalah bahagian kepala. setiap bahagian kepala ikan nie sedap. Kalau aku makan dengan abang, dia sebelah dan aku sebelah. Mcam tu juga mata ikan, aku makan sebelah dan dia akan makan sebelah. Sekepala utk kami berdua aje selalunya. Kadang-kadang dia mengalah dengan aku, dia kata "kau makan la banyak2,puas2...nnt kau balik TM, aku makan 1 kepala sorang lg puas..."..Hahahaha....Tu lah abang aku, tak kuasa nak berlumba makan dengan aku kalau makan kepala ikan. 


Cuba teka apa ini? Ini adalah bubur nasi. Kalau mak masak bubur, mak mesti letak keledek, kentang dan lobak sekali. Yang membuatkan bubur mak bertambah sedap ialah mak akan sertakan sekali ikan bilis masak kicap, letak sekali lada hijau, bawang dan lobak manis. Hah..barulah sedap. Dan aku akan letak sekali apa-apa kuah yang ada kat umah sebagai penambah selera. Contohnya letak sambal atau kuah asam pedas. Semestinya akan diletakkan kicap kegemaran aku sekali. Wah...sedap2....makan panas2, atau makan ketika hujan memang menyelerakan...terbaeeekkk...


Banyak lagi menu lain yang ada. Banyak sangat. Cukuplah aku bercerita utk 11 menu..Nanti bertambah meroyan nk makan lak aku di awal2 pagi ini. Hehehe...

Aku ada menu lain utk aku bercerita, jom...ikut aku membebel lagi bercerita tentang makanan...


Ini pula menu yang aku suka. Dari air tangan kak long...Superb juga nie...
1. Sup kaki ayam...sedap dimakan jika tanpa meletakkan daun bawang dan daun sup. Kak long pun tahu yg aku tak suka letak, jadi kalau kak long hidangkan tuk aku, mmg tak letak segala daun2 tu...Hehehe

2. Laksa...laksa penang kak long yang menggunakan ikan kembung segar...

3. Tom yam ayam kak long yang memang kaya dengan cili padi ketuk didalamnya...Pedas2, tp sedap dihirup...


Western pun aku suka juga. Aku suka macam2 menu tetapi paling suka dari Wildmill Station iaitu menu spaghetti bolognese dan fish n chip...Wallaweiii....



Ada juga air tangan orang luar yang aku suka...Hehehe...ianya ialah cendol buah kabong Sri Serkam...Ketagih aku dengan cendol nie. Hari-hari nk beli...Seterusnya, cendawan goreng pekan merlimau...Ramai kat kedai nie bila petang. Dan dia menjual goreng-gorengan sebelah petang.


Seronok betul aku bercerita tentang makanan...Terasa lapar menjadi-jadi dah nie. Kawan-kawan rumah dah lama lena dengan mimpi masing-masing. Aku masih melayan blog lagi. Hehehe...Apapun yang kita makan haruslah dari sumber yang bersih dan halal semoga darah yang mengalir dalam tubuh juga bukan dari sumber yang tidak meragukan...InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment