HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 27 October 2013

Ini kisah tentang KAMI...

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk bg aku. Macam-macam perkara yang kena disiapkan. Kalau ikut senarai di dinding belajar aku, ada 8 perkara tugasan semuanya yang menanti untuk di sentuh. Sibuk aku bukanlah pada tugasan kerana aku tak sentuh pun lagi walaupun banyak...Hehehe...Aku menyibukkan diri dengan hal-hal lain. Mengulit Kenangan part seterusnya pun aku tak sempat nak taip lagi.

Banyak perkara yang berlaku pada minggu ini terutamanya berkaitan pertukaran sekolah praktikum kawan-kawan aku. Selagi belum sampai masa terakhir, selagi itu masih berlaku pertukaran. Hehehe...

Selasa 22/10/2013 tercatat sejarah untuk diri aku sendiri apabila aku melangkah masuk ke Muzium Pendidikan Nasional yang terletak dalam kampus UPSI sendiri. Hahahaa...Perkara yg menjadi idaman aku selama ini terlaksana. Sejak muzium di bangunan lama di hadapan Auditorium dan berpindah ke bangunan baru Suluh Budiman, aku tak pernah menjejaki kaki ke muzium. Melintasi muzium hampir setiap hari. Hampir 3 tahun di UPSI, barulah aku berkesempatan untuk masuk ditemani member aku, Balkis...Alhamdulillah, terlaksana hajat untuk kesana sebelum menjalani praktikum. 


Suasana kelas pada masa dahulu
- Ada yg tegur gambar nie, tegur badan aku yang semakin membulat...Hehehe...Betullah tu, aku pun rasa badan semakin besar sekarang. Dimanakah silapnya???Kah...kah...kah....


Buku-buku yang berkaitan dengan kos aku. Buku-buku lama tetapi ilmunya sangat berguna. Ada diantara buku ini yang usianya sebaya dengan usia aku.


Selepas ke muzium, kami ke cafe mauzium yang terletak belakang bangunan muzium. Lama dah cafe tu ada tetapi belum pernah mencuba. Jadi kami makanlah disana. Boleh tahanlah makanannya dan kami ke cafe tersubut 3 hari berturut-turut. Aku suka ayam goreng cruncynya...Memang cruncylah dan sambal ikan bilis yang sedap dimakan bersama nasi lemak...Nyum3...

...................................................................................................................................................................

Hari ini dalam sejarah pulak, aku dan ahli kumpulan subjek reka cipta (RC) ke Jalan Pasar, Pudu untuk mencari bahan-bahan yang boleh membantu kami menyiapkan projek langsir elektrik. Kami mengetahui lokasi kedai tersebut dari ahli kumpulan lain yang telah menempah litar di kedai tersebut. Korang jangan ingat kami tempah nie sebab nak jalan mudah. Sebenarnya pensyarah kami mengizinkan untuk kami menempah sekiranya kami tidak mampu menyiapkan projek masing-masing.


Ini lukisan lakaran yang kami cuba untuk terjemahkan dalam objek berbentuk prototaip


Jadi, bila sampai di sana, terdapat banyak kedai elektrik. Jadi, kami ambil keputusan untuk masuk ke semua kedai lain terlebih dahulu dan kedai yang telah dikunjungi oleh kawan-kawan kami terdahulu itu adalah kedai pilihan kami yang terakhir. Kumpulan aku ada 5 orang. 3 gadis iaitu aku, Pija,Farikha dan 2 jejaka international student dari Indonesia iaitu Jaafar dan Supardi. Puaslah kami pergi hampir seluruh kedai untuk mencari DC gear motor. 


Bagi Farikha dan Pija, mereka lebih sanggup menempah kerana tidak mahu menanggung risiko kelewatan atau kegagalan menyiapkan projek. Bagi Jaafar, sebolehnya dia mahu menyiapkannya sendiri. Almaklumler, dia adalah seorang guru sebelum sambung belajar di Malaysia. Bagi aku dan Supardi, tak kisah mana-mana pun boleh asal siap. Oleh kerana ketiak pun dah basah dan DC gear motor tak dijumpai, maka kami pun pergilah ke kedai pilihan terakhir. Orang yang sepatutnya kami jumpai, En Zaid tidak ada di kedai dan ia akan datang sekitar pukul 1 dan keatas sahaja pada setiap Sabtu. Jadi, kami diterangkan oleh salah seorang perunding elektrik di situ dan kami perlu juga untuk berjumpa dengan En Zaid. Jadi, kami ambil keputusan untuk makan dahulu. Selepas makan, kira-kira pukul 1 petang, kami ke kedai semula. Tp En Zaid belum lagi muncul. Kami ambil keputusan untuk tunggu. Ketika itu kami jumpa pelajar dari GMI untuk mengambil litar mereka yang telah siap dan perlu jumpa En Zaid juga untuk mengetahui cara menggunakan litar tersebut. Ketika ini, kami berkongsi idea dan masalah. Dek kerana bosan menunggu, kami ambil keputusan untuk solat zohor dulu tp malangnya tiada surau yang berhampiran. Jadi, cuci matalah kami sehingga pukul 2.10 petang. 

Sesampai kami di kedai, En Zaid tiada lagi tetapi selain group kami ada 2 lg group x tahu dari U mana, dan group dari GMI tadi. Maka, dikesempatan itu Jaafar ambil peluang untuk bertanya masalah kami pada pelajar-pelajar itu. Panjang lebar jugalah Jaafar berbincang. Sekitar 2.30 petang, barulah En Zaid muncul. Jadi, yg dulu di dahulukan lah. Selepas kami nyatakan masalah dan apa yang kami cuba buat, En Zaid pun bagitahulah apa yang kami perlu buat. Apabila dia menyakinkan yang litar kami tidak terlalu sukar dan kami boleh buat sendiri tanpa tempah, jadi kami pun berbincang. Dan keputusannya, litar kami pasang sendiri dan di pasang oleh Jaafar. En Zaid juga bagi kami ambil gambar litar yang telah siap sebagai panduan. Siap pesan, ambil gambar dekat-dekat biar nampak jelas. Kemudian, dia juga bagi kami nota langkah kerja untuk di pasang ke kerangkan kami secara fotostat. Alhamdulillah...Sedikit kelegaan dihati kami dan kami yakin kami boleh lakukannya. Mencari kepuasan dari hasil kerja sendiri adalah lebih puas dari menunggu hasil orang lain. Semoga semuanya dipermudahkan.

Selepas itu, kami ke Kenanga Mall yang jaraknya 12 minit dari lokasi parkir. Sampai sana kami solat dulu dan Jaafar kata hanya sejam sahaja untuk kami shopping. Hahaha...Bayangkanlah dari aras G-7 adalah kedai sahaja, mana mungkin cukup hanya sejam. Jadi, kami berpisah dengan Jaafar dan Supardi. Naik letih dan naik lenguh kaki aku berjalan melayan orang-orang yang suka bershopping dan menyukai fesyen. Hampir 3 jam kami berjalan, tu pun masih berbagi 3 aras lg. Tetapi, kami dah tak sanggup sebab kepenatan dan ambil keputusan untuk balik sebab tidak mahu sampai lewat malam. Kami hubungi Jaafar dan jumpa di parkir. Jaafar dan Supardi hanya lepak di food court di aras G menunggu kami selama hampir 3 jam tu. Kata mereka, "kalau kami ada cowok, kami tak mahu bawa ke mall ini...Letih.."..Hahaha...So, pastu kami pun balik la ke TM. Nasib baik x jem, jadi x sampai sejam kami dah sampai di TM. Oleh kerana bas ke kolej yang terakhir pada pukul 7 sahaja, jadi Farikha hantarkan Jaafar dan Supardi dulu, kemudian Pija dan barulah aku. Lepas aku makan malam sekejap kat Bombom, baru aku balik rumah. Aku jejakkan kaki kat rumah tepat 8.30 malam. Letih dan penat. Bersihkan diri, solat, bersosial dan kemudiannya zzz...

Inilah cerita aku bersama mereka. Jadi, aku sudah letih dan mau zzz....Banyak lagi agenda seterusnya esok... :-)

Wednesday 23 October 2013

Mengulit Kenangan Part 2

Peristiwa ini berlaku sewaktu aku berusia 12 tahun iaitu darjah 6. Majlis Khatam Al-Quran Beramai-ramai, Berkhatan dan Penyampaian Hadiah di Sekolah Agama Sebatu. Aku adalah salah seorang yang terlibat dengan majlis khatam Al-Quran. Pelajar yang terpilih mestilah tamat mengaji sebagai syarat utama. Alhamdulillah...Aku khatam betul-betul sebelum cikgu sekolah agama mencari peserta khatam Al-Quran. Dalam tahun yang sama, 2 kali aku diraikan. Sekali si rumah ustazah yang mengajar aku mengaji dan sekali lagi di sekolah. Dapat kain warna hijau dari cikgu untuk di jahit menjadi baju jubah. Itulah pertama kalinya aku memakai jubah. Hehehe...

Mak pernah kata yang dia risau sangat kalau aku tak habis mengaji. Aku selalu bertukar-tukar guru ngaji sebab tak serasi. Kalau tak silap, aku bertukar 5 kali guru ngaji. Guru ke 6 baru aku serasi dan khatam bersama ustazah ini. Alhamdulillah....Sehingga sekarang, ramai juga yang telah khatam bersama ustazah ini. Setakat ini dah 6 orang anak buah aku khatam Al-Quran dengan ustazah yang sama.


Korang ingat lagi pasal cerita seorang kawan aku yang meninggal akibat kanser otot peringkat 4 yang pernah aku cerita dulu. Dalam lingkaran bulatan tu, dialah...arwah nawawi binti ahmat...Yg bertanda anak panah tu, tentulah aku...Hehehe...


Majlis khatam Al-Quran dimulai dengan perarakan pelajar yang berkhatam, seterusnya para ibu yang membawa sepahar telur serta diiringi pasukan kompang dan selawat nabi ke pentas utama. 
Selepas itu, pelajar khatam akan perdengarkan alunan ayat Al-Quran kepada tetamu yang hadir. 



Untuk majlis penyampaian penghargaan, pelajar akan serahkan bunga pahar kepada ibu dan ibu pelajar akan serahkan kepada guru ngaji yang telah mengajar anak mereka. 




In Shaa Allah, aku merancang untuk buat majlis khatam Al-Quran sebelum majlis akad nikah aku nanti. Kalau boleh nak khatam bersama bakal suami sekali. Jika ada kekangan masa, akan adakan baca yassin dan tahlil arwah serta nadzam sahaja...Sekadar merancang...Semoga dipermudahkan segalanya...Aminn...











Tuesday 22 October 2013

Mengulit Kenangan Part 1

Mengulit kenangan memulakan penceritaannya. Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak memulakannya bagaimana...Aku mulakan dengan apa yang aku simpan selama ini sebagai kenangan dalam hidup aku. Ada diantaranya berusia lebih 10 tahun...


Inilah simcard handphone aku yang pertama. Aku memilikinya dengan membeli sendiri menggunakan duit aku sendiri. Aku suka dengan susunan nombornya. Nombor ini aku masih gunakan sehingga ke hari ini. Maknanya telah lebih 10 tahun aku setia dengannya. Aku memilikinya ketika aku berusia 15 tahun. Selepas PMR, aku dah ada hp. Hp pertama aku dulunya digelar nokia batu asah. Hehehe...Harga simcard hp di pasaran sekarang sekitar RM 8 tetapi ketika aku membeli simcard ini harganya mencecah RM 100. Hehehe...Gigihkan aku mengumpul duit. Sebenarnya aku perabis duit raya aku. Hahaha...Dulu, setiap kali aku top up, setiap kali itulah kadnya aku simpan. Sebelum simpan aku tulis tarikh aku beli. Dulu kad top up paling rendah dah RM 30. Aku berjaya kumpulkan kad2 top up hotlink sehingga penuh 1 kotak. Kalau tambah-tambahkan nilainya berratus-ratus ringgit la jugak. Sekarang, aku dah tak larat nak kumpul dah. Aku berhenti mengumpul sehingga masuk ke kotak kedua. 


Kelabu asap dah kad pengawas aku nie. Di penghujung ting 1, aku dpt 2 temuduga untuk 2 badan pengawas. 1 pengawas sekolah dan 1 lg pengawas kebersihan. Temuduga pengawas sekolah aku hadiri sehari selepas pengawas kebersihan. Kedua-dua temuduga tersebut aku berjaya tetapi aku menerima jawatan pengawas kebersihan kerana tawaran pengawas kebersihan sampai dulu sebelum pemgawas sekolah. Aku mula jadi pengawas kebersihan dari tingkatan 2 hinggalah tingkatan 5. Dari pengawas biasa ke naib bendahari dan seterusnya bendari pengawas kebersihan. Aku tukar2 kad pengawas nie sebab kadnya dah kembang terkena air. Antara sebabnya ialah basuh tudung guna mesin masuh dan terlupa tanggalkan kad pada tudung dan yang keduanya kalau balik sekolah waktu hujan, aku redah jer hujan...Hehehe...



Ini adalah slip peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditampalkan diatas meja calon. Yang slip untuk dibawa oleh calon, aku liminatedkan dan masih simpan juga sehingga hari ini. Sebolehnya kita mengambil SPM sekali seumur hidup. Sebab itulah aku tanggalkan dari meja selepas kertas terakhir aku dan aku simpan. Last paper aku ketika itu ialah biologi. Cabaran gak nak mengabiskan kertas terakhir nie sbb inilah subjek terakhir selepas semua subjek telah diduduki oleh semua calon dalam Malaysia. Hehehe...Almaklumler, org lain dah merdeka kita tak merdeka lagi...


Mesti ada yang kata, ni pun nak simpan...Hahaha...Mestilah...Ini slip no pin untuk permohonan maktab perguruan. Aku sendiri dah tahu yang jauh panggang dari api nak dapat masuk maktab dengan kebolehan aku sendiri. Tapi, bak kata pepatah melayu, tak salah kalau kita mencuba nasib. Hehehe...


Hah..ni slip apa pulak kan. Ini slip permohonan ke politeknik/kolej komuniti. Dengan no pin 40850 telah memberi peluang aku belajar seketika di Kolej Komuniti dan belajar selama 3 tahun di Politeknik. Mencipta ribuan kenangan selepas diterima sebagai pelajar. Masa aku apply sambung belajar nie aku buat kat cc jer tau. Takdenya nak wifi dimana2 macam zaman sekarang ini. Hakikatnya, zaman dah berubah. Tak de dulu takdelah sekarang. 


Selepas aku habis ambil peperiksaan SPM, aku pun tanamlah niat nak berkerja sebelum dapat tawaran sambung belajar. Tujuan nak kerja ialah nak kumpul duit untuk ambil lesen kereta. Nak dijadikan cerita, aku dapatlah kerja kat farmasi Armada Samudera nie. Selepas 2 minggu kerja, aku kena chicken pox untuk pertama kalinya dalam hidup. Dapat cuti sakit selama 5 hari. Selepas 5 hari, chicken pox aku tak pulih lagi, jadi aku ambil keputusan tuk berhenti sahaja. Aku hantar surat berhenti 24 jam. Gaji langsung tidak dibayar. Hehehe...Sudahnya, mak aku yang sponser penuh aku ambil lesen kereta. Hehehe...Terima kasih mak. Sayang mak sampai hujung nyawa. 


Ini pula kad pelajar semasa menjadi pelajar kolej komuniti. Aku jadi pelajar kolej komuniti selama 2 minggu sahaja selepas itu aku dapat tawaran wat diploma di politeknik. Jadi, aku keluarlah kolej komuniti nie. Bagi aku lebih baik aku terus wat diploma dari buat sijil dan selepas itu ke diploma. Dari sijil pelukis pelan senibina ke diploma pengurusan hotel dan katering. Hahahaha....Walaupun tak semua yuran dikembalikan, tapi aku bersyukur sebab keluarga tak membantah ketika aku mahu menukar pengajian. Alhamdulillah....


Ini baru sebahagian kenangan yang aku ada. Banyak lagi sebenarnya...Contoh macam kad2 raya, pembalut hadiah, kad pelajar politeknik, kad pelajar sementara UPSI, pembalut coklat cadburry, kad keluar masuk kamsis, nota2 kecil dari kawan2, pemberian hadiah dari kawan2, tiket wayang, resit belian, duit, kad-kad nama, origami dan apa juga pemberian orang lain atau apa yang aku lalui untuk dijadikan kenangan. Kenangan adalah sesuatu yang sangat indah untuk aku hargai...





Aku ada koleksi yang paling mahal. Korang tak dibenarkan ketawa sama sekali....Tengok dan amati betul2 koleksi ini. Siap sedia utk tgk....

1
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ermmm....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Orang yang sama tapi variasi yang berbeza...hehehe...Aku jer boleh ketawa, korang tak boleh....
.
.
.
.
.

Kalau versi teknologi terkini pulak, printscreen apa2 mesej yang memberikan kesan sentimental pada diri dan simpan pada 1 tempat tempat yang orang lain tak boleh jumpa. Kalau rajin, akan menulis di satu penulisan yang lain. Buat sementara waktu nie, belum ada rasa nak kongsikan penulisan itu kepada umum lagi.


Ikuti Mengulit Kenangan utk part yang seterusnya yer... :-)

Monday 21 October 2013

Projek Baru Fasa 1

Seperti yang pernah aku janjikan sebelum ini tentang projek baru yg ingin aku lakukan, kini tiba masanya aku memulakannya. Bermula dengan projek fasa 1 dulu. "Hanya Aku" mahu bercerita tentang diri aku. Identiti blog nie lebih suka bercerita tentang diri sendiri dan kehidupan yang dilalui dari bercerita tentang lain. Hehehe...Kisah benar dan kisah realiti kehidupan sendiri. Ianya tidak diceritakan secara sekaligus tetapi berperingkat. 

Terlebih dahulu aku perlu tegaskan disini, aku menulis bukan kerana "showing off" tetapi aku menghargai sesuatu yang telah menjadi kenangan dalam kehidupan aku. Aku mengenali diri aku sebagai seorang yang menyimpan apa-apa pemberian orang lain atau dari diri sendiri yang aku jadikan sebagai kenangan. Kadang-kadang, ada juga persepsi org lain yang mengatakan ianya adalah sampah. Tetapi, aku menyimpan kerana aku suka akan kenangannya. Kenangan mengajar kita tentang kehidupan. Manusia yang rugi adalah manusia yang membuang kenangan. Dan aku bakal bercerita tentang segala kenangan yang pernah aku lalui untuk aku kongsikan kepada sesiapa yang sudi membaca dan mengenali aku dengan lebih dekat. InsyaAllah...

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....Aku memulakan Mengulit Kenangan part 1 sehingga part-part yang aku sendiri tak tahu seberapa banyak aku mampu menulis tentangnya...



Saturday 19 October 2013

Projek Baru....

Jeng...jeng...jeng...

Selepas termenung merenung hujan lebat dirumah sambil menghabiskan baki cuti hari raya aidiladha di kampung, aku terfikir untuk bercerita sesuatu di blog kesayangan aku ini.Cerita bersiri dari imaginasi aku sendiri. Cuma sekarang, aku minta sedikit masa...ermmm x cukup sedikit, aku meminta banyak masa tuk aku mengumpul data dan isi sebelum aku mula menulis. Menulis kisah benar dalam kehidupan.
 "Hanya Aku"...
Agak sukar sebenarnya, tetapi In Shaa Allah, aku cuba sedaya upaya mem"publish"kan disi nanti...Sabar yer pembaca2 setia blog aku nie walaupun tanpa sebarang komen. Mcm mn aku tahu aku ada pembaca? Total of view sentiasa bertambah dan ada pembaca2 setia yang memberitahu mereka membaca blog aku nie...Terima kasih banyak2...Sayang korang ketat2...Tunggu yer...



Hakiki dan Hakikat...

Dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Sedar atau tidak, setiap pertemuan kita dengan seseorang ianya adalah lakaran kehidupan untuk diri kita sendiri. Itulah berbezaan diantara manusia dan haiwan. Manusia ada otak dan akal utk berfikir manakala haiwan hanya ada otak tetapi tiada akal. Apa yang cuba aku sampaikan ialah, siapa orang lain dimata kita. Setiap manusia mmg tidak lari dari melakukan kesilapan. Samada kesilapan tersebut disudahi dengan kemaafan atau ianya hanya dibiarkan sahaja, terpulang pada individu itu sendiri. 



Kita mengenali seseorang bermula sejak hari pertama kita mengenalinya. Bermula dari saat itu kita cuba mendekatinya. Bagi diri aku sendiri, kehidupan aku adalah memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya. Setiap pemberian bukan mengharapkan balasan. Tetapi jika penghargaan yang diberikan ianya telah memberi 1000 rahmat buat aku. Aku mengenalinya sejak 2 tahun yang lepas. Seorang yang sangat sukar mengeluarkan perkataan maaf dibibirnya. Namun bagi aku, walau apa pun aku tetap menghargai siapa diri dia dalam hidup aku. Manusia biasa sering melakukan kesilapan yang berulang. Begitu juga aku. Itu adalah hakikat. Dan manusia boleh berubah. Dan apabila kadang-kala dia meluahkan rasa maaf, tersentuh juga hati ini. Dari seorang yg sukar melafazkan kata maaf, dan mengeluarkan kata maaf. Maka dia juga tahu belajar menghargai orang lain. 

Secara lumrah sekarang, istilah "lali" sudah sebati dalam diri. Lakukanlah apa sahaja kerana aku menjadi diri aku sendiri. Melakukan apa yang aku suka lakukan dan hakikatnya "aku juga manusia biasa" yang pada 1 ketika ianya mungkin sekadar melalui kehidupan yang hakiki.

Alhamdulillah...Tacing gak la bila maaf dihulurkan dari seorang insan biasa yang sama sebenarnya seperti orang lain...Semoga ketinggian agal dan ketulusan budi akan terus bersemadi dalam dirinya selamanya...Amin...

Wednesday 16 October 2013

Alhamdulillah...Selamat Hari Raya Aidiladha...

Alhamdulillah, hari ini keluarga aku sempurna melakukan qurban atas nama orang2 yang telah meninggal dunia. Nasib baik pak imam memilih utk menyembelih rumah kak long yang pertama dan seterusnya barulah ke surau2 yang membuat qurban berkelompak. Jika mula awal, maka selesainya juga awal. Beberapa tahun lepas, kami pernah lakukan qurban famili juga dan giliran pak imam datang ke rumah aku adalah selepas zuhur, jadi selesai daging qurban diedarkan juga lewat. 

Kali ini, segala urusan dipermudahkan. Dari membaringkan lembu sehinggalah daging diedarkan berjalan dengan lancar. Apa yang penting, kerjasama. Yang penting, cara penghayatan qurban pada diri masing2. Aku melihat dari jarak jauh jer lembu di qurbankan. Bukan takut melihat dari jarak dekat, tetapi sebab ramai sangat lelaki. Jadi, agak kurang manislah diditu. Abg aku yang beriya ambil gambar. Hehehe...Masih mampu mendengar pak imam bertakbir sebelum lembu disembelih. Sempat juga dalam kesibukan masing2, kami berbincang ingin membuat qurban famili lagi tahun hadapan utk org2 yg hidup pula. InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki. 

Menyembelih dan melapah dilakukan dibelakang rumah kak long, selepas itu setiap punggung lembu di hantar ke rumah aku utk ditimbang dan dibungkus sebelum diedarkan ke seluruh jalan parit alai sebagai sedekah qurban dari keluarga aku. Besar jugak lembu tu. Jadi, banyaklah daging yang dapat. 

Seperti kelazimannya, aku hanya mampu menyumbangkan tenaga jer dalam membantu apa2 yang diperlukan. Memang sibuklah aku hari ini. Jadi org kanan mak aku. Bak kata mak aku pun, "tumpul2 dia, bila ada boleh pakai juga"...Hahaha...Tumpul pun tumpullah mak...Segala peluh keluar. Penat memang tak terkata tetapi hati puas sebab dapat buat banyak perkara. Kaki punyalah leguh, puas manja2 dgn dak bang tuk minta di urutkan tetapi dia tak nak gak urutkan. Esok pagi kalau bangun, gerenti injured...Urut sendirilah jawabnya. Bila petang dapat mandi, sangatlah lega segala kepenatan. Badan dengan peluh yang tak henti campur bau asap dari kayu api masak sup daging. Biasalah kan, bab2 hidupkan dapur kayu dan jaga api nie mmg kerja aku. Tahan jer mata masuk asap. Hehehe...Walaupun tak semua adik-beradik balik kampung tuk raya haji, ianya tetap diraikan dengan menu raya seperti biasa dan meriah. Tu lambang keluarga aku.

Semasa menunggu sup gear box masak, abg nip sangat seronok bercerita tentang wifenya kat kami semua. Wifenya dijangka melahirkan anak keduanya pada 28/11. Jadi, dia bertanya pendapat anak buah aku yang keje nurse tentang samada dia mahu ke hospital kerajaan atau private. Dia sangat berkira-kira tentang perihal itu kerana banyak pendapat yang memberitahunya. Rahim isterinya tidak kuat. Jadi, diawal kehamilan isterinya terpaksa melakukan pemedahan kecil utk "mengikat" rahim supaya ianya kuat dan ikatan itu akan dibuka semula pada masa dia melahirkan anak nnt spya blh mngandung lagi. Ya Allah, kami sekeluarga berdoa suapa Kau berikan abg nip kami sekurangnya seorang anak yang mampu memanggilnya walid dan ibunya umi. Anak pertama yang Kau brikannya dlu hanya mampu hidup didalam rahim ibunya selama 5 bulan dan hidup kedunia selama 11 jam. Kami redha dan abg nip juga redha walaupun ketika itu mak kata abg nip selalu termenung. Anak sulung lelakinya yang bernama Muhammad Bin Hanif. Itulah zuriat pertamanya selepas mereka menunggu 11 tahun untuk memiliki zuriat sendiri. Pelbagai usaha mereka lakukan. Malah ketika kenduri arwah dulu, nama anaknya juga tersenarai sebagai sedekah arwah yang kami kirimkan. Untuk zuriat keduanya, kami sekeluarga berharap segalanya akan selamat. Ibu mahupun anak. Menurut cerita abg nip zuriat kali ini setelah discan ialah perempuan. Dan mereka tidak kisah apa pun jantina yang bakal keluar nanti. Malah abg nip juga berkongsi bakal nama anaknya kepada kami Quratul Hasanah, Nurul Hasanah atau Muhammad Nabil. Abg nip lebih suka Nurul Hasanah dimana N adalah pangkal nama isterinya, H adalah pangkal nama dia dan Hasan adalah adalah nama arwah nenek isterinya yang isterinya setia menjaga sehingga akhir hayatnya. Menurut abg nip, dia memilih untuk memantangkan isterinya dirumahnya sendiri di Pasir Gudang dan akan dijaga oleh mertuanya disana. Jadi, jika mak mertuanya mahu pulang ke Singapore, dah dekat sangat. Abg nip sangat ceria bercerita tentang anaknya ini. Kali ini percubaan mereka adalah secara normal dan bukan lagi tabung uji. Ya Allah, berikan peluang pada abg nip dan isteri membesarkan zuriat mereka. 11 tahun sudah cukup lama untuk mereka menunggu tanpa merunggut. Bila kak long bertanya tentangpantang isterinya, katanya tiada pantang yang teruk malah mengidam juga yang biasa2 sahaja cuma Dr tak benarkan memakan anggur merah kerana anggur mampu menggugurkan janin dan Dr sarankan memakan ikan keli kerana sangat baik untuk kesihatan. Sifat anggur adalah sama seperti nenas. Wallahualam...Sebulan lagi kami akan tunggu kelahiran orang baru dalam keluarga besar kami dan semoga tahun hadapan abg nip akan dapat beraya bertiga. InsyaAllah...

Hari yang sangat seronok dah puas hari ini....Mau rehat. Raya Qurban dan assingment pun terkorban. Hahaha....Perancangan tugasan mmg baik, pelaksanaannya hampeh. :-) Hakikat setelah sampai di kampung. Hahaha....


Thursday 10 October 2013

Siap Sedia Melangkah...

Alhamdulillah...urusan menjadi emcee kali ke 3 bersama Persatuan Ekonomi Rumah Tangga, PERT UPSI berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi pengacara pada malam ini. PERT pada dasar pandangan adalah satu persatuan yang kurang aktif, tetapi di sebalik PERT ini juga telah mengizinkan aku menjadi manusia yang belajar untuk berani berdiri di khalayak ramai. Di PERT aku megenali senior dan junior yang lain. Di PERT aku belajar berpersatuan. UPSI yang berdiri gah dengan namanya bukan mudah untuk menjadi sesuatu yang dikenali didalamnya. Aku bersyukur dgn adanya PERT, aku menjadi "sesuatu" didalamnya. Sepenggal memegang jawatan exco akademik dan kerjaya. Dan malam ini, jawatan ini dilepaskan. Terima kasih dengan kerjasama dari semua warga PERT termasuklah urusan-urusan bersama fakulti dan pensyarah yang aku kendalikan. Terima kasih kerana aku belajar untuk menjadi pemimpin pendidik disini. 

Walaupun banyak kelemahan, dan ada yang merungut tentang perjalanan majlis malam ini, sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Katalah apa sahaja, dan kami telah lakukan semampu yang kami boleh lakukan. Alhamdulillah...

Selepas majlis ini tadi, ada perjumpaan bersama Dr Sue selaku pensyarah yang bertanggungjawab meletakkan pelajar untuk menjalani latihan mengajar atau praktikum. Dalam post sebelum ini, aku ada nyatakan kesukaran untuk aku mendapatkan sekolah. Alhamdulillah, 3 nama yang aku hantar, pilihan ketiga yang dipilih oleh Dr Sue. SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, SABAK BERNAM. Seterusnya, hanya menunggu jawapan dari PULAMI samada sekolah tersebut menerima aku atau tidak. Dari awal lagi aku dah janji pada diri sendiri, "dimana aku berdiri, disitu aku menabur bakti, walaupun bersendiri, aku yakin aku mampu atasi"...Hasbunallah wani'mal wakeel, ni'mal maula mani'mal nasiir...Amin...

Jadi, selepas PULAMI bagi jawapan, barulah aku ke peringkat seterusnya. Mencari rumah sewa. Semakin teruja aku nak memulakan praktikum. Walaupun aku tanpa teman, aku tahu ianya bukan penghalang untuk aku jadi pendidik yang berkualiti. Kemampuan di tangan sendiri. Yang penting hati. Berdikari??Ermm dah lama aku belajar untuk bersendiri..

InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan Allah...Allah lebih menegtahui segalanya...



Sunday 6 October 2013

Kepentingan Atau Mementingkan???

Belum habis aku fikirkan kat mana nak simpan si kuda putih aku sebelum aku balik cuti raya haji untuk beberapa hari, telah datang 1 lg dugaan untuk aku. Berat betul dugaan kali ini. Dugaan mencari sekolah praktikum...


Hari tu bila aku tanya pada KJ, katanya mintalah dimana sahaja yang kamu mahu atau mengikut yang telah ditetapkan didalam portal. Tetapi, bila sampai kepada pensyarah lain, lain pula yang jadi. Pilihan sangat terhad. Hanya sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Kalau mahu ke KV, baru skopnya ditambah sedikit. Mampukah aku ke KV. Ilmu didada pun tak selautan mana. Kesalahan aku mampu merosakkan 1 generasi. Aku berharap sangat yang aku dapat balik ke Melaka atau mungkin bila Johor buka, aku boleh ke Muar. Tetapi sekarang, tidak seperti yang aku jangkakan. Keadaan sangat menekan. Adakah wajar dengan alasan batch aku yang sedikit, maka lingkungan kawasan juga dikecilkan. Atau dengan alasan lain, memudahkan pensyarah. Setahu aku, pensyarah di bayar gaji untuk melihat prestasi praktikum kami. Boleh claim duit minyak perjalanan. Tak kan alasan nak mudah itu perlu menjadi tunggak kepada kami yang cuba mencari pengalaman mengajar ini. 

Untuk diri aku sendiri, duit PTPTN tak pernah berjaya aku gunakan sehingga ke penggujung sem. Setiap sem, pasti aku akan termenung memikirkan dimana untuk aku dapatkan belanja tuk teruskan ke pengakhirannya. Bila hanya Selangor dan KL, Ya Allah, aku perlu mencari rumah sewa. Bahan untuk membuat ABM perlu disediakan setiap hari. Belanja itu dan ini lagi. Mampukah aku hidup seorang diri. Cukupkah dengan PTPTN sahaja. Nak bukak mulut minta dengan mak pun aku tak sampai hati. Aku sangat stress ketika ini. Sangat stressssssssssssss. Nak hidup di KL, taraf hidup bagaimana pulak...Kalau di Selangor, tak kurang hebatnya pula. 1 sekolah hanya utk seorang sahaja yang sama kos. Dengan siapa utk aku berkongsi???

Aku tahu aku boleh...Aku juga tahu aku mampu...Tapi tika dan saat ini aku sangat buntu memikirkan apa yang terbaik utk aku. Kalau ikutkan hati yang sedang bercelaru ini, hendak sahaja aku marahkan pengurusan...Tetapi apakan daya, aku hanya pelajar biasa. 

Ya Allah, Kau tenangkanlah hati aku yang sedang berkecamuk ini, Kau sabarkan aku menempuh ujian ini, Kau bantulah aku untuk keluar dari masalah ini...Aku merayu Ya Allah...Berikan aku ketenangan memilih sekolah yang terbaik untuk aku. Berikan aku petunjuk dan kirimkanlah aku orang yang boleh membantu aku Ya Allah...Amin....

Aku Oh Aku...

Ketika org lain sedang lena dibuai mimpi indah...Aku pulak terkebil-kebil tak tahu nak buat apa. Bukannya aku takde tugasan, tetapi mood tugasan tak de buat masa ini. Jadi, aku ambil keputusan untuk menulis di blog. Sejak dua menjak nie, selera makan menjadi-jadi. Mengidam nak makan macam-macam dan pada dasarnya memang tak dapat kat TM nie sbb semuanya adalah air tangan mak. Air tangan yang tak de tolok bandingnya. Masakan terbaik seluruh dunia. Aku membesar dengan comel ni pun dari air tangan itu. Alangkah seronoknya kalau dapat makan makanan yang sedap-sedap dari air tangan mak sekarang. Huhuhuhu...Meroyan...meroyan...Hahaha...Meroyan nak makan...

Jadi, lebih baik kita berangan-angan sedang makan sekarang. Pejam mata dan masuk ke alam lain menikmati makanan yg sedap2 dari air tangan mak...Yezzzaaaa....


Merah-merah semua menu diatas kan...Tak dinamakan masakan dari negeri melaka kalau tidak berasaskan lada atau pedas. Aku dan keluarga bukanlah orang yang terlalu sukakan masakan yang terlalu pedas, sekadar pedas yang sederhana sahaja. Tak lah pedas pior macam anak melaka yang asli. Hehehe...

Menu pertama yang aku rindui..Perut lembu masak asam atau tetel masak asam. Fuhhh...Sedapnya. Tetapi bukan selalu dapat menu nie sebab perut lembu susah nak dapat. Ini juga menu raya dalam keluarga aku. Kalau raya haji, kadang ada kadang tidak. Hari tu sebelum aku balik TM tuk mulakan semester baru, mak masak menu nie. Senyum lebar la aku. Semua adik-beradik aku suka makan menu nie. Kalau ipar duai tu, ada yg makan dan ada yang tak tahu makan. Bayangkan, anak buah aku yg belajar Australia beberapa tahun, sekembalinya di Malaysia dia minta utk balik kampung dan nak makan menu ini dari air tangan mak. Menu terbaik dan sedap. Kalau tak makan dengan nasi, makan diratah pun sedap. Kalau ada jemput-jemput dan lempeng, berselera dibuatnya bila dicecah dengan kuah perut masak asam nie. 

2. Sup lembu atau sup gearbox. Fuhh...Superb la bila dapat keluarkan sum2 tulang nie. Tak payah straw pun xpe..Masukkan sikit kuah sup didalamnya, pastu ketuklah ke atas pinggan. Kalau cukup masa semasa merenih sup, pastinya sum-sum tulang keluar dengan mudah. Aku suka makan sup lembu dimakan dengan kuah cili padi beserta kicap. Tetapi tidaklah kuah kicap itu dicurahkan terus ke sup, tetapi dengan sedikit demi sedikit. Isinya ku cecah diluar pinggan dengan kuah lada tersebut. Sup lembu perlu dimakan sewaktu panas, kalau dah sejuk, nampaklah lapisan lemak yang tebal nanti. Aku tak minat kalau makan sup letak daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hehehehe...Lepas makan sup lembu, kena minum air suam atau teh panas. Barulah padan dengan rasanya. Hehehe...

3. Yg ketiga lagilah aku susah untuk dilepaskan. Hehehe...Menu ini jugalah yang mak selalu bekalkan untuk aku balik TM. Tapi kalau jenis aku, aku suka udang yang saiz besar. Demand kan aku nie. Tapi kalau udang besar kan sedang nak kupas kulitnya. Hehehe...Sambal sotong pun sedap jugak lebih-lebih lagi kalau sotong yang ada telur didalamnya. Mak tak makan badan sotong, mak lebih suka makan kepalanya sahaja. Mak pernah kata, mak lebih suka tgk aku dan abang makan badan sotong. Lebih-lebih lagi kalau sotong yang besar-besar. Tetapi aku tak minat sotong kembang. Tak fresh...Hahaha...

4. Ikan tuka masak pais atau kebanyakkan org cakap ikan tuka bakar. Ikan tuka adalah ikan pari bersaiz kecik. Ikan-ikan pari yang kecil dipanggil tuka. Ikan tuka tak best kalau dimasak berkuah. Jadi dalam keluarga aku, ianya sedap dipaiskan sahaja. Dengan rempah yang cukup, ianya dibakar dalam daun pisang memberikan aroma yang sedap bagi aku. Ikan tuka susah nak dapat. Ianya bermusim. Kalau bulan puasa, berbuka dengan meratah ikan tuka pais memang sedap. Sedapppp...

5. Kalau tadi ikan pari yang kecil dipanggil tuka dan diamasak pais. Untuk ikan pari yang besar pula sedap dimasak asam pedas. Bagi aku, tak perlu letak daun kesum atau bunga kantan lebih sedap asam pedas tu sebab tu lah menu yang mak ajar aku makan sejak kecil. Walaupun tanpa ramuan asas yang kebanyakkan orang letak dalam asam pedasnya, namun aku rasa asam pedas ikan pari mak paling sedap. Cukup asamnya, cukup pedasnya, cukup pekatnya...Fuhhh...Boleh tambah nasi dibuatnya. Ummi, anak buah aku lebih berani buat kenyataan, "asam pedas nenek lagi sedap dari yang mak ummi masak"..hehehe...Actually, akak aku tu pantang besar dengan ikan pari. Dia tak boleh makan sebab elergic. Dia masak juga sebab anak dan suaminya makan. 

Baru bercerita tentang 5 jenis masakan mak aku, aku dah rasa bertambah lapar. Meronta-ronta rasa nak balik kampung. Nak makan semua hidangan mak.



6. Menu seterusnya yang menjadi idaman selera aku ialah ikan cencaru goreng. Simple jer nie kan tetapi sedap tau bila makan dengan nasi panas lepastu lada besar dipatah bersama kicap. Tak payah letak bawang ataupun diperahkan limau. Cukup sekadar lada hijau dipatahkan bersama kicap. Sedap...sedap...sedap...Aku memang suka makan ikan cencaru.

7. Yang ni lagi mengaum kalau makan. Ringkas tetapi kesan terhadap bau memang terkesan kat orang lain. Hehehe...Sambal ikan bilis bersama petai. Sekali makan mesti nak tambah lagi. Aku tak makan petai mentah, tetapi kalau petai yang telah dimasak dengan sambal...Memang sodappp...

8. Yang ni paling payah nak dapat. Telur ikan duri masak lemak cili padi. Telur ikan duri memang susah nak dapat sebab ikan bertelur mengikut musim. Pastu telurnya pulak mesti nak telur yang baru dan bersaiz besar. Kalau bersaiz kecil, tak sedap sangat....Jarang dapat, tp kalau dpat puas hati....

9. Hehehe...yg menu ni aku pernah cerita untuk entry sebelum tajuk entry nie. Jemput-jemput jagung. Kalau bagi aku sepiring utk sarapan pagi, boleh dihabiskan kalau tiada menu sarapan lain yang mengiring. Dari jagung rebus terbuang, lebih sedap dibuat jemput-jemput.

10. Menu yang aku selalu berebut dengan abang aku. Sup ikan sekut. Tapi yang paling best adalah bahagian kepala. setiap bahagian kepala ikan nie sedap. Kalau aku makan dengan abang, dia sebelah dan aku sebelah. Mcam tu juga mata ikan, aku makan sebelah dan dia akan makan sebelah. Sekepala utk kami berdua aje selalunya. Kadang-kadang dia mengalah dengan aku, dia kata "kau makan la banyak2,puas2...nnt kau balik TM, aku makan 1 kepala sorang lg puas..."..Hahahaha....Tu lah abang aku, tak kuasa nak berlumba makan dengan aku kalau makan kepala ikan. 


Cuba teka apa ini? Ini adalah bubur nasi. Kalau mak masak bubur, mak mesti letak keledek, kentang dan lobak sekali. Yang membuatkan bubur mak bertambah sedap ialah mak akan sertakan sekali ikan bilis masak kicap, letak sekali lada hijau, bawang dan lobak manis. Hah..barulah sedap. Dan aku akan letak sekali apa-apa kuah yang ada kat umah sebagai penambah selera. Contohnya letak sambal atau kuah asam pedas. Semestinya akan diletakkan kicap kegemaran aku sekali. Wah...sedap2....makan panas2, atau makan ketika hujan memang menyelerakan...terbaeeekkk...


Banyak lagi menu lain yang ada. Banyak sangat. Cukuplah aku bercerita utk 11 menu..Nanti bertambah meroyan nk makan lak aku di awal2 pagi ini. Hehehe...

Aku ada menu lain utk aku bercerita, jom...ikut aku membebel lagi bercerita tentang makanan...


Ini pula menu yang aku suka. Dari air tangan kak long...Superb juga nie...
1. Sup kaki ayam...sedap dimakan jika tanpa meletakkan daun bawang dan daun sup. Kak long pun tahu yg aku tak suka letak, jadi kalau kak long hidangkan tuk aku, mmg tak letak segala daun2 tu...Hehehe

2. Laksa...laksa penang kak long yang menggunakan ikan kembung segar...

3. Tom yam ayam kak long yang memang kaya dengan cili padi ketuk didalamnya...Pedas2, tp sedap dihirup...


Western pun aku suka juga. Aku suka macam2 menu tetapi paling suka dari Wildmill Station iaitu menu spaghetti bolognese dan fish n chip...Wallaweiii....



Ada juga air tangan orang luar yang aku suka...Hehehe...ianya ialah cendol buah kabong Sri Serkam...Ketagih aku dengan cendol nie. Hari-hari nk beli...Seterusnya, cendawan goreng pekan merlimau...Ramai kat kedai nie bila petang. Dan dia menjual goreng-gorengan sebelah petang.


Seronok betul aku bercerita tentang makanan...Terasa lapar menjadi-jadi dah nie. Kawan-kawan rumah dah lama lena dengan mimpi masing-masing. Aku masih melayan blog lagi. Hehehe...Apapun yang kita makan haruslah dari sumber yang bersih dan halal semoga darah yang mengalir dalam tubuh juga bukan dari sumber yang tidak meragukan...InsyaAllah...


Friday 4 October 2013

Ujian Lagi...Oh Mata...

Mata adalah salah satu anggota yg Allah pinjamkan padaku utk aku menjaga sebaik mungkin. Tidak berkaca mata sehingga ke hari ini adalah satu nikmat buat aku. Pagi tadi, sewaktu aku mencari En Amir dari bengkel kimpalan --->blok pakar--->fakulti--->bengkel kimpalan dan akhirnya usaha menjejak En Amir gagal...Jadi, sebelum sampai di bengkel kimpalan semula utk hubungi En Amir melalui telefon, aku rasa ada sesuatu yg masuk ke mata. Puas aku belek melalui mirror, tetapi tiada apa yg aku temui. Jadi, aku biarkan sahaja....

Selepas beberapa jam, ketidakselesaan mata mula berlaku. Seolah-olah ada benda dalam mata. Mulalah tangan mula nak menggosok. Gosok punya gosok, tgk2 cermin mata dah merah. Bila tengok dari jarak dekat, nampak ada gelembung cecair didalamnya. Aduhai...punyalah gatal...


 Kelihatan bengkakan dalam mata...Menyerupai air mata yg nak menitis...


Ketika aku nak keluar, hujan turun dengan lebatnya. Jadi, niat nak keluar ke Pusat Kesihatan tu terbantut. Jadi, aku lelapkan mata. Bila aku bangun, hujan dah teduh, mata semakin merah dan jam menunjukkan telah melebihi pukul 5 petang. Maka, Pusat Kesihatan pun dah tutup. Aku berkira-kira hanya mahu membeli eyemore sahaja. Tetapi, kerana ada bengkakan dalam mata. Aku rasa aku perlu berjumpa Dr juga. Aku solat asar dan bersiap ke klinik panel sahaja. En <3 tak benarkan aku pergi klinik sorang diri. Siapalah yang aku nak ajak dan apa kenderaan yg aku ada selain motor kesayangan tu. Jadi, aku pergi sendiri aje. Syukur tak ramai orang. Termasuk aku, hanya 2 org pesakit jer. 

Petugas kaunter minta sticker, tetapi aku kata tiada. Sejak PA aku sambung belajar, sejak tu lah aku tak tahu nak dapatkan sticker pada siapa. Sejak itu jugalah aku ke Pusat Kesihatan sahaja. Setiap sem, pasti ada kesihatan yang kurang sihat aku alami. 

Dr Nabilah seorang Dr yg baik dan lembut bahasanya. Panggil aku cantik dan comel tadi. Pesannya, jangan gosok mata sebab boleh berjangkit, makan ubat ikut masa. Dapat ubat titis, ubat antibiotik dan ubat tahan gatal. Maka terbanglah RM 35 sebab tanpa sticker. Ermmm, jimat punya berjimat, terbang gak tuk pulihkan anugerah Allah pada aku yg perlu dijaga rapi nie. Ujian semua nie...Asalkan mata baik, x pela...Duit boleh diusahakan. Ada sikit, belanja sikit...Ada banyak, beringat-ingat...


Sejak kebelakangan nie, banyak betul ujian yang Allah bg pada ku...Bkn aku merunggut, tetapi kadang-kala aku rasa tak cukup mampu aku hadapai. Aku tahu, semuanya aku harungi dengan elok satu persatu. Rindu betul aku nak balik kampung. Hari-hari aku kira hari tuk aku balik kg. Hari nie hr Jumaat. Kalau kat kg, setiap ptg Jumaat, mesti ada jagung rebus. Malamnya, aku akan keratkan pada ketulan kecil dan akan makan dengan mak sambil tgk TV. Esoknya, yg lebih mak akan buat jemput2 jagung. Sedapnya dapat mkn jemput2 jagung mak. Rindu mak, rindu Cantik, rindu semua...Tersepit dgn keadaan yg mendesak kat sini. Ingin tenangkan jiwa dgn keluarga. Dpt makan aiskrim sama-sama dengan mak pun dah beri 1000 nikmat buat aku. Cepatlah masa berlalu. Apapun aku tahu, Allah sentiasa ada bersama aku...


Mungkin, yg tersurat tak sama dengan apa yang tersurat...Allah Maha Mengetahui...


Wednesday 2 October 2013

Ujian Itu Penguji Kesabaran....



Hari ini, 2/10/2013, byk sgt perkara yang berlaku dalam diri aku. Dimulai dengan aku melakukan makroteaching bersama Balkis, Bebe dan Ila di SK Datuk Nan Kaya. Salah sebuah sekolah kekurangan murid. Anak-anak murid yang dahagakan ilmu tetapi tersepit dengan desakan kemajuan dalam pendidikan. Guru besar, guru-guru dan kakitangan yang sangat memberi kerjasama. 

Ujian pertama yang aku lalui, di waktu giliran aku melakukan makro, bateri camera kehabisan. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan atasinya. Seterusnya, aku sangat2 berharap agar aktiviti berkumpulan diambil dari jarak yang dekat. Aku mulakan dengan menekan hp sendiri kemudian kawanku meneruskan. Sebelum kami pulang dari sekolah tersebut, salah seorang dari kawan aku bgth yg dia x pasti button yg ditekan dicamera sisi tadi betul atau salah. Jd, apabila balik ke rumah, aku semak setiap rakaman dari camera, hanya 1 saat sahaja yg berjaya dirakam dari bahagian aku. Ternyata ketidakpastian kawan aku td adalah kesalahan menekan kesudahannya. Jadi, aku redha bila bahagian aktiviti tiada untuk jarak dekat. :-(

Ujian yg seterusnya, petang tadi aku ada perbincangan kumpulan untuk tugasan reka cipta. Jadinya, petang ini aku baru menggunakan motor kerana sebelah pg td aku tumpang kereta Balkis. Mula jer aku bawa motor, aku lihat meter minyak dibawah paras merah. Terdetik dalam hati, mungkin meter tu rosak sbb mustahil tiada minyak sebab hari sebelumnya aku tuang minyak selepas aku balik dari kelas puan mariam. Jangkaan aku meter rosak adalah salah. Motor telah menunjukkan ciri-ciri mahu berhenti di kawasan 7E dan akhirnya berhenti sebelum sampai di trafik light. Terus aku buka tangki, kelibat minyak langsung tak kelihatan. Maka, soronglah aku ke bengkel kereta berhampiran. Malangnya, tiada petrol yang dijual disitu. Aku katakan pada mereka yang aku telah menuang penuh semalam. Mereka syak mungkin berlaku kebocoran. Tetapi mustahil kebocoran sebab simen tempat aku letak motorsikal tadi kering tanpa kesan minyak. Dugaan besar. Aku cuba mencari Balkis. Tetapi 2 kali percubaan telefon aku menemui voicemail. Percubaan ketiga baru dapat tetapi dia berada di luar kawasan TM.  Aku cuba mencari Farikha dan Fiza. Tetapi hampa. Panggilan tak dijawab. Aku fikir, mereka sedang solat. Ketika menunggu beberapa ketika, hati rasa betul-betul teruji. Yang ada dalam ingatan adalah mak, taufiq dan mereka. Tetapi, mustahil utk aku tel mak sbb akan buat mak risau nanti. Percubaan seterusnya untuk menghubungi Farikha dan Fiza juga gagal. Ketika itu, hati lebih rasa teruji. Terdetik dalam hati, "kalaulah mereka ada ketika ini, aku mungkin dapat pertolongan. Knp mereka pergi terlalu awal utk aku bergantung harapan". Ketika itu, terlintas di fikiran utk mencari Yana. Jika gagal aku mencari Yana, aku kan cari Fazli. Fazli yang aku rasa boleh tolong aku belikan minyak. Usaha aku cari Yana berjaya.. Aku minta Yana pesan kat Farikha yg aku nak tel dia.

Bila aku dapat hubungi Farikha, aku cuma minta dia ambil aku di 7E. Dia minta maaf sbb hp dalam mood silent. Bila Farikha sampai, aku ceritakan apa yang berlaku. Jadi, aku rasa kami perlu ke kampus dulu sebab kami dah lewat. Selepas habis perbincangan, aku minta Farikha bawakan aku ke petrol pump untuk beli minyak. Aku cuma beli 3 ringgit sahaja dan cukup utk motor itu berfungsi semula. Selepas Farikha hantar Fiza, dia hantar aku semula ke 7E. Motor berfungsi semula. Seterusnya, aku ke ulu bernam utk penuhkan tangki minyak. Sewaktu menunggu lampu berubah menjadi warna hijau, satu kemalangan berlaku depan mata. Superbike dan lori kecil. Silap lori sebab mungkin tak perasan superbike mahu membelok ke kanan. Tindakan cepat pemandu lori tersebut menyelamatan HP penunggang superbike dari dilanggar lori lain berjaya. S3, S4 atau Note 2 mungkin. Nasib baik tak melibatkan pendarahan. Cuma, kerosakan pada Superbike sahaja.

Macam-macam yang aku fikirkan. Dimana lagi harus aku letakkan motor aku. Untuk sem ini sahaja, sepasang mirror hilang, tak berapa lama selepas itu, sebelah mirror dipulas hingga tertanggal dan sehingga sekarang aku tak baiki lagi. Hari ini tangki minyak pulak kering. Sem lepas, helmet hilang. Dugaan2... Bahtera Arked banyak perubahan selepas semua blok KHAR berpindah. Jaga yang menjaga kawasan KHAR telah bertukar tugas menjaga apartment sri harmoni. Mesen ATM dah lama dihentikan perkhidmatannya.  Keadaan sekeliling sunyi sepi. Kedai makan utk waktu siang hanya 3 sahaja dibuka. Kedai runcit dah tiada. Dobi layan diri juga tiada. Yg setia berfungsi adalah kedai menjilid thesis. Tiada lagi kebisingan menyambut hari jadi di tepi sungai, tiada lagi yang berdating, tiadal lagi yang beriadah di waktu petang. Semuanya sunyi sepi. Keselamatan kami warga bahtera hanya pada diri sendiri kami. Mana lg yg lebih selamat utk aku letak. Tadi, sebelum aku naik rumah. Aku letak kat kawasan parkir lama bahtera. Blok bahagian depan ramai penghuninya. Harap-harap ada yg nampak kalau ada yg nak buat jahat pada motor aku lg.

Di sebalik hati yang berkecamuk dengan pelbagai perkara hari ini. Balkis belikan 4 cupcakes dr wondermilk. Dah lama nk rasa kek dari kedai tersebut tetapi belum ada kesempatan. Terima kasih kawan.

Aku tahu Allah tak uji kalau dia tak sayang. Byk sangat perkara yang menguji hati utk minggu ini. Sengaja aku tahankan air mata ini dari mengalir. Air mata tak boleh jatuh di bumi TM ini. Itu janji aku. Aku kena kuat. Aku tanpa keluarga disini. Insya Allah ada kemanisan di kemudian hari. Cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik-baik pelindung....