HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 30 July 2013

Kesilapan Memilih...

Kesilapan memilih menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniaya dan kesilapan memilih menyebabkan pembuat keputusan merasa teraniya...

Sejauh mana manusia sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan yang besar dalam hidupnya iaitu kesilapan memilih. Sejauh mana dia sedar hakikat ada insan lain yang sedang menderita akibat kesalahan memilihnya itu sehingga insan tersebut merasa teraniaya dengan tindakannya itu...

Bagaimana kesilapan memilih boleh berlaku?

Membuat sesuatu keputusan bukanlah satu jalan yang mudah. Jika terang lagi jelas tentang pilihan yang ada mungkin tidak akan berlaku kesilapan untuk memilih. Tetapi sekiranya pilihan yang ada adalah samar, adakah kita telah membuat pilihan yang tepat akhirnya. Keputusan yang harus dibuat seharusnya membuatkan kita keluar dari belenggu permasalahan yang dihadapai. Jika ianya berkaitan dengan jodoh, bagaimanakah keadaannnya.


Bagaimanakah yang dikatakan kesilapan memilih menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniya atau kesilapan memilih menyebabkan pembuat keputusan merasa teraniya. Teraniaya menyebabkan seseorang itu terus menderita. Menderita mencari penawar untuk mengubati hati sendiri. Jika ada ubat untuk mengubati kekecewaan hati, pasti tidak akan wujud wad PSY di hospital kn.

...................................................................................................................................................................

Situasi 1

Kesilapan memilih menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniya.

Watak : Nurul, Azlan, Megat 

Nurul telah dikecewakan oleh Azlan apabila Azlan meninggalkannya begitu sahaja selepas mereka tamat pengajian di sebuah universiti tempatan. Usaha Nurul menjejaki  Azlan menemukan jawapan bahawa Azlan telah ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya tanpa dibantah langsung oleh Azlan. Oleh kerana -terlampau kecewa, Nurul bertekad untuk tidak mengizinkan mana-mana lelaki untuk bertaktha dihatinya. 6 tahun peristiwa itu berlalu. Azlan telah luput dari ingatan Nurul tetapi sehingga ke saat itu, hati Nurul masih tertutup rapat untuk mana-mana lelaki sehinggalah dia berkawan dengan Megat, rakan sekerja yang baru melapor diri di tempat Nurul bekerja. Kali pertama Megat berjumpa dengan Nurul, Megat telah jatuh hati dengan Nurul. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati Nurul tetapi bukan mudah untuk Nurul menerimanya. Selepas 2 tahun berkawan, akhirnya hati Nurul terbuka untuk Megat. Semasa dalam proses mempersiapkan diri untuk menjadi tunangan orang, Nurul terserempak dengan Azlan. Sepantas kilat ingatannya tentang Azlan keluar satu persatu. Tetapi Nurul mampu menidakkannya dan mengelak dari mereka bertembung. Harapannya, dia tidak akan menemui lelaki itu lagi. Tetapi tanggapannya meleset apabila kali kedua bertembung dengan Azlan di sebuah restaurant, dan kali ini dia tidak mampu mengelak lagi. Atas pujukan Azlan, dia akur untuk duduk berbual dengan Azlan untuk sebentar sahaja. Pramusaji datang mengambil pesanan. Tetapi Nurul mengelak untuk memesan apa2 hidangan tetapi Azlan memesan 2 gelas minuman dan salah satunya adalah air kegemaran Nurul. Dan air tersebut tidak pernah diubah citarasanya sejak sekian lama. Terdetik dihati Nurul yang Azlan masih mengingati dia dihatinya. 

Nurul sengaja menguji Azlan.  "Kan saya kata, saya tak mahu minum apa-apa". Azlan menjawab, dia memesan air kegemaran Nurul dan Azlan menyenaraikan apa yang Nurul suka dan apa yang Nurul tidak suka. Semakin bergetar hati Nurul kerana lancar sungguh Azlan menyenaraikan kesemua itu tanpa sebarang kesilapan. Nurul hanya membisukan diri dan hanya menjadi pendengar setiap disetiap tutur kata Azlan. Sekali ditanya, sepatah jawapan Nurul. Akhirnya Azlan memberitahu bahawa dia masih bujang. Pertunangannya berakhir kerana tiada jodoh. Masih tiada pengganti sehingga ke hari ini. Nurul hanya mendiamkan diri. Pertemuaan mereka berakhir begitu sahaja dan Nurul berharap yang bayangan Azlan tidak akan wujud lagi selepas itu kerana 2 minggu lagi dia akan menjadi tunangan Megat. 

Sangkaan Nurul meleset, setiap malam kenangan dia bersama Azlan menerjah ke kotak fikirannya. Semakin di tempis, semakin kuat ingatannya pada Azlan. Suatu hari, selepas keletihan memilih barang-barang pertunangannya dengan Megat, mereka singgah di sebuah restaurant. Datang pramusaji megambil pesanan. Sengaja Nurul meminta Megat memesan untuk mereka. 

Nurul : Abang tolong pesankan air kegemaran Nurul yer.
Megat : Adik, air apple juice 1 dan air kegemaran kakak nie 1
Pramusaji : Air kegemaran kakak nie apa bang?
Megat : Airrrrrr............sambil meminta Nurul menyebutnya sendiri
Nurul : Teh O ais

Selepas pramusaji meninggalkan mereka.

Nurul : Abang tak tahu air kegemaran Nurul?
Megat : Abang bukan tak tahu, tetapi terlupa.

Mustahil terlupa. Sepanjang 2 tahun berkawan, tidak pernah Nurul memesan air lain selain air tersebut. Kecewa hati Nurul kerana Megat tidak ambil serius untuk perkara-perkara yang mudah. Malam tersebut, hatinya berkecamuk memikirkan tentang hatinya sendiri. Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Nombor yang asing tertera di screen hpnya..Selepas salam diberi, tiba-tiba hatinya bergetar kenyang kerana Azlan ditalian.

Nurul : Mana dapt no telefon saya
Azlan : HR department
Nurul : Mana tahu Nurul kerja situ
Azlan : Nurul bgth semasa kita jumpa hari tu

Nurul akui kesilapannya memberitahu tempat kerjanya. Bersungguh Azlan untuk mendapatkannya. Perbualan mereka tidak panjang, hanya Azlan minta untuk berjumpa Nurul ditempat biasa esok jam 1 petang. Nurul setuju dan panggilan diputuskan Nurul. Tetapi, Nurul bertanya kpd diri, adakah Azlan masih ingat "tempat biasa" mereka. Esoknya, Nurul ke tempat biasa mereka dan ternyata Azlan telah sampai lebih awal. Malah makanan dan minuman juga Azlan telah pesan lebih awal. Kesemua pesanan adalah menu yang Nurul selalu pesan di restaurant tersebut. Perbualan mereka semakin rancak. Nurul begitu selesa dengan Azlan. Malah lebih mesra bila Nurul bersama Megat. Akhirnya, Azlan meminta untuk memiliki hati Nurul semula. Azlan ingin menebus kesalahannya. Nurul berdiam diri seribu bahasa. Nurul minta diberikan tempoh. 

Seminggu Nurul ambil cuti dan elakkan dirinya dijejaki oleh Megat dan Azlan. Dia perlu membuat keputusan yang besar dalam hidupnya. Memilih Azlan semula atau meneruskan pertunangan dengan Megat. Selepas seminggu, Nurul memanggil kedua-duanya serentak dan menerangkan siapa Azlan kepada Megat dan siapa Megat kepada Azlan. Nurul meminta 3 hari lagi untuk mereka bertemu semula dan Nurul akan memilih salah seorang daripada mereka. Ishtikarah sudah, berbincang dengan keluarga sudah, memikir sedalamnya juga sudah. 5 tahun menyulam kasih bersama Azlan dan 2 tahun bersama Megat. Mereka bertemu semula. Nurul sedar, kesilapan dia memilih akan menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniaya. Dengan senyuman Nurul memilih Megat. Nurul menolak Azlan kerana Azlan sanggup meninggalkannya dulu bila masalah datang dalam hidup Azlan. Tak mustahil Azlan akan mengulangi lagi jika berlaku masalah antara mereka. Pendirian Azlan tidak tetap walaupun Azlan mengingati semua tentang Nurul. Megat dipilih kerana Megat seorang lelaki yang berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya. Menawan hatinya. Tidak kenal erti putus asa. Nurul sedar, tempoh yang lama bercinta bukan tiket untuk hidup bersama. Nurul hanya meminta pada Megat, pertunangan mereka ditangguhkan untuk setahun sebelum Nurul betul-betul bersedia menjadi tunangan orang. Dan Megat bersetuju.


...................................................................................................................................................................

Situasi 2

 Kesilapan memilih menyebabkan pembuat keputusan merasa teraniya

Watak : Tasha, Rezza, Amir

Tasha dan Rezza telah berkawan sejak sekian lama. Kasihnya tidak pernah berbelah bagi kepada Rezza. Tetapi segalanya berubah apabila Tasha pernah bermimpi seorang lelaki lain  dalam hidupnya. Tetapi Tasha tidak pernah kenal siapakah lelaki yang wujud dalam mimpinya beberapa kali itu sehinggalah di menemukan lelaki tersebut dilaman sosialnya. Lelaki tersebut adalah Amir. Amir merupakan kawan kepada kawan baiknya. Amir telah lama menjadi kawan FB nya sejak sekian lama. Pernah juga post2 di FBnya dikomen oleh Amir tetapi dia tidak pernah menyedarinya kerana baginya semua rakan-rakan di FBnya adalah untuk hiburan semata-mata. Tetapi, kenapa Amir yang muncul dalam mimpinya. Buka sekali, tetapi beberapa kali. Sejak berlaku kejadian mimpi tersebut, dia merasakan ada sesuatu tentang Amir yang perlu diketahui. Ada sesuatu tentang Amir yang menyenangkan hati Tasha. Segala perkembangan Amir dia ikuti melalui rakan-rakan Amir dan media sosial yang ada. Lama kelamaan, hatinya mengatakan yang dia meminati Amir tanpa pengetahuan Rezza.  Dek kerana terikat kasihnya dengan Rezza, Tasha pendamkan sahaja kasihnya terhadap Amir. Jika Tasha masih free ketika itu, mahu sahaja dia berkawan dengan Amir walaupun perbuatannya nampak seperti perigi cari timba tetapi Rasulullah juga dilamar suatu ketika dulu.

Sehinggalah pada suatu hari, berlaku ketegangan pada hubungan Tasha dan Rezza sedangkan ketika itu mereka sepatutnya memikirkan untuk mengatur perancangan perkahwinan mereka. Ketika ini juga bayangan Amir berada dimana-mana dan kadang-kala menjadikan hidup Tasha huru-hara. 

Akhirnya, kata sepakat kedua buah keluarga dicapai. Pernikahan antara Rezza dan Tasha perlu disegerakan dan hanya menunggu jawapan dari Tasha sahaja. Di ketika itu juga, khabar angin mengatakan yang Amir sudah bertunang. Bagi Tasha, tiada apa yang harus diharapkan lagi. Mimpi tersebut sekadar mainan tidur agaknya dan bukan alamat tentang jodohnya. Dan akhirnya Tasha membuat keputusan menerima Rezza sebagai suaminya kerana tidak sanggup menolak Rezza apabila Rezza telah banyak membantunya selama ini, keluarga Rezza juga baik padanya dan keluarganya juga suka dengan Rezza cuma hatinya masih belum mampu menyintai Rezza sepenuhnya dan Tasha mengharapkan pernikahannya nanti akan membuatkannya boleh menerima Rezza setulusnya dan menidakkan hatinya tentang Amir. Biarlah dia berkorban demi orang lain dan membiarkan hatinya kecewa lagipun tiada apa yang perlu dia kejarkan lagi kerana Amir tuanangan orang.

Hakikatnya, ingatannya kepada Amir tidak lenyap begitu sahaja sedangkan dia berusaha melupakan jejaka itu. Meskipun Tasha bergelar isteri orang, hatinya masih mengingati Amir. Segala tanggungjawabnya terhadap Rezza dilaksanakan dengan baik cuma penyakit hatinya yang selalu teringatkan Amir yang masih belum pulih. Buntu Tasha menjalani kehidupan seharian sebegitu.  Selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga, akhirnya Tasha tahu khabar angin Amir bertunang adalah tidak benar. Amir masih single dan tidak dimiliki oleh sesiapa sehingga ke hari itu tetapi dirinya telah menjadi isteri orang. Kepada Allah Tasha panjatkan doa agar Amir blh lenyap dari hati dan fikirannya. Tasha juga berdoa semoga Amir temui jodoh yang terbaik. Mungkin apabila Amir berkahwin, ketika itu Tasha boleh lupakan Amir. Sudah lebih setahun Tasha mendirikan rumahtangga dengan Rezza, dan selama itu jugalah penyakit hatinya tidak diketahui oleh sesiapa. Masih teringatkan Amir. Tasha masih terus berdoa agar dia dapat melupakan Amir. Tetapi sampai bila Tasha harus meletakkan 2 lelaki di dalam hatinya. Seorang yang halal untuknya tetapi yang seorang lagi adalah haram buatnya. Pelbagai usaha dah Tasha lakukan tetapi masih belum berjaya...



...................................................................................................................................................................

Kesimpulannya, kesilapan memilih menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniaya dan kesilapan memilih menyebabkan pembuat keputusan merasa teraniya adalah berkaitan dengan penyakit hati. Penyakit hati adalah penyakit anugerah Illahi yang Allah bagi pada hambaNya untuk hambaNya mensyukuri ujian yang diberikan dan berfikir apakah penyelesaian terbaik untuk diatasi. Lakukan pilihan yang tepat supaya tiada hati yang retak dan jiwa yang merana selepas keputusan dibuat kerana untuk memperbetulkan sesuatu kesilapan bukanlah sesuatu yang senang. Fikir-fikirkan dann renungkan....



"Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin."
Kita merancang dan Allah swt juga merancang, Allah lah sebaik-baik Perancang...


Kadang2 kita akan kata...berkahwin dengan org yg kita cinta adalah impian tetapi berkahwin dgn org yg kita tak cinta adalah jodoh...Jodoh adalah kurniaan Allah..

Kadang2 kita akan kata, walau berpuluh tahun sekalipun, jika dia jodoh aku, tetap bersatu jua...

Kadang2 kita akan kata, Allah sengaja jumpakan kita dengan org yg salah terlebih dahulu sblm Allah temukan kita dengan jodoh sebenar kita kerana Allah nak kita faham erti kehidupan...

Kadang2 kita kata, hidup kita ini banyak sangat masalah...Tak pernah habis dengan masalah...Tetapi kita tak pernah sedar yg setiap masalah yg kita tanggung itu Allah dah keluarkan kita dari masalah tersebut secara perlahan-perlahan dgn pelbagai cara...

Kita hanya manusia yg boleh berkata pelbagai alasan dan pendapat tetapi kita tidak boleh melawan apa yg Allah dah tuliskan untuk kita dalam perjalanan hidup kita kerana semua tentang kita adalah RAHSIA ALLAH..

Jadi, jgn menidakkan apa yg kita ada dan jgn menempis apa yg kita rasa...Kerana ianya mungkin anugerah Allah untuk hambaNya yg dikasihi...Terimalah apa jua rasa dan perasaan itu dengan sebaik mungkin...Berdoalah jika kita buntu mencari ubat hati sendiri...Kerana Allah tidak pernah sama sekali membiarkan hambanNya yang didalam kesusahan dan tidak sama sekali tidak mendengar doa dari setiap hambaNya...



P/S : Cerita di atas adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...hehehe...



Friday 26 July 2013

Tradisi Kami...

Tradisi yang dah lama aku dan kawan2 lakukan ialah berbuka bersama. Sejak di zaman aku belajar di poli lagi kami dah lakukan.  Dari kumpulan yang besar jumlahnya dan semakin berkurang setiap tahun sehinggalah sekarang. Selepas beberapa tahun, hanya aku dan azie@gogo jer yang tinggal. Yang lain-lainnya dah ada komitmen masing-masing.  Jika kebelakangan tahun nie bertiga, ttp tahun ini tinggal aku dgn azie jer.  Seorang lg geng kami dah kahwin. Jadi dia perlu berbuka dengan suaminya. 

Selalunya, kami akan set 1 tempat untuk berjumpa dan berbuka bersama. Akan sampai awal ditempat tersebut untuk berbual panjang perihal masing-masing setelah sekian lama tak jumpa. Hehehe...Selepas berbuka akan solat magrib dan selepas itu kami akan bershopping raya....Yahoooo....Hehehehe....Bila keluar dengan kawan2, merekalah jadi perunding imej pada aku. Tak jumpa apa yang di cari, akan cari kat tempat lain pulak. Kalau tak jumpa juga, kita pergi hari lain pulak.

Alhamdulillah, sejak aku masuk UPSI, cuti sem aku jatuh pada bulan puasa. Jadi aku tiada masalah utk jumpa mereka bila-bila masa. Hari ini aku hanya berbuka dengan azie jer. Selalunya kami berbuka di K5 restaurant tetapi tahun nie kami ubah selera ke tempat yang lebih banyak pilihan dan berdekatan dengan masjid untuk solat magrib sebelum kami memulakan operasi membeli baju raya...

So, apa yg kami lakukan utk hr ini bersama...

Kami keluar awal sekitar jam 5.30 ptg sebab nk singgah Tesco dlu...Mak kirim durian suh bg kat azie...Semerbak bau durian dalam kereta.  Pastu destinasi pertama ke tesco. Lepas tak jumpa apa yg dicari, haluan diubah ke kedai makan tuk berbuka sbb takut ramai org. Dek kerana aku terleka melihat 2 ambulance yg bergerak secara sekaligus, jadi aku sudah terlajak mahu parkir kat kawasan parkir kedai makan tersebut. Nk u-turn mmg fikir byk kali la sbb keadaan trafik yg agak perlahan. Jadi aku tumpanglah parkir kat halaman pusat dealisis yg x jauh dari kedai makan tu dan kami pun exerciselah berjalan kami.

Lepas selesai makan, kami menujulah ke kereta. Terkejut kami bila tgk pintu pagar pusat dialisis tu dah berkunci. Padahal kereta ada kat perkarangan pusat tu lagi. Masalah2....So, kami cuba lah cari loceng utk tekan, tp sbnarnya pagar tu belum dimangga lagi. Jadi kami tolak pastu aku keluarkan kete dan azie tutup semula pagar.  Selepas tu kami singgah masjid Al-Azim tuk magrib dlu...

Usai solat, destinasi seterusnya ke Bazar Hang Tuah Mall...Tahun2 sebelum nie aku akan gi Bazar Taman Cempaka, tetapi bazar tu dah pindah ke Hang Tuah Mall...Payah jugaklah nak cari parkir...Seawal memulakan operasi berjalan,

Azie : Beb, tema warna apa kau nak tahun nie?
Aku : Aku tak pilih lagi...
Azie : Tak pe, kita jalan dulu. Pastu ko pilihlah nak warna apa. Jgn sama dgn tahun lepas lak...

Dah suku perjalanan kami berjalan,

Azie : Warna apa?
Aku : No idea..
Azie : Tak pe jalan lagi

Sementara aku duk belek-belek baju dan fikir nak warna apa. Azie duk memilih baju2 dia juga. Tambahan dari baju raya yang dia dah beli awal masa dia keluar dating dengan ayah dia tuk belikan baju Pak Manap...Hehehe..

Aku : Aku nk warna ............
Azie : Pattern? Org dah bgth ko hr tu kn...
Aku : Tp beb...
Azie : Okey la. Percayalah ckp org nie
Aku : Aku nk pattern bla...bla...bla...Pastu kain nak bla...bla...bla...Budget bawah bla..bla...bla...
Azie : Senang, byk kat sini. Jom cari

Azie memulakan tugasnya menentukan jenis kain dan baju ikut yang aku nak. Azie seorang yg jujur. Kalau tak sesuai, dia kata tak sesuai. Kalau yang aku berkenan tp kain tu jenis panas, dia akan bgth...Dia mmg pakar bab-bab baju nie...Jadi, aku ikut jer...Dan dia juga pakar bab2 tawar-menawar nie...Hehehe...Jadi, aku serahkan padanya...

Akhirnya, dapatlah sepasang baju raya tuk aku. Sepasang jer yg aku nk beli pun. Tu pun tuk balik kg nenek. Baju pagi raya dah lama siap ditempah. Hehehe...Lenguhlah dibauatnya...Semua lorong kami masuk. Misi azie membeli sambul angpau gambar koleksi rancangan kartun kat tv pun berjaya...Nak bagi kanak2 kan..Hehehe...

Azie : Nak upin ipin yang ni ke yg tu?
Aku : Okey yg nie, tp Angry Bird yg ni pun ok
Azie : Payah pulak nak memilih, watnya Manis nak semua gambar. Naye org
Aku : Kalau aku, aku tak kisah gambar apa kau nak bagi. Yang penting isi dalamnya
Azie : Kau memang...
Aku : Hahahaha...

P/S : Manis ialah anak buahnya

Sekitar pukul 10.15 pm kami tinggalkan bazar tu dan bergerak ke bazar Telok Mas pulak sekadar cuci mata. Aku nak cari bruch utk anak-anak buah aku yang kecik dengan gambar bunga,ladybird,reben dan sebagainya...

Semasa jalan-jalan tuk lenguhkan kaki seterusnya.

Azie : Beb, org nak belikan Pak Manap kopiah baru
Aku : Jom lah. Tp kau tahu ke saiz kepala Pak Manap
Azie : Kita trylah...

Kat kedai songkok

Aku : Yg ni pun boleh
Azie : Tak nak la. Org nk mcm nie
Aku : Yg ni la. Nampak Pak Manap muda sikit
Azie : Mcm mn ni beb, org x sure saiz kepala ayah.
Aku : Telefon ayah kau jap
Azie : Tak mau aku. Nnt dia kata kopiah lama elok lg
Aku : Oh, nak hadiahkan lah nie. Esok kau cilok kopiah Pak Manap, nanti ko singgah la sini beli
Azie : Ermm, nnt lah tgk mcm mana.

So, jam dah nak ke tengah malam, jadi kami pun baliklah. Sebelum tu singgah 7E dlu tuk beli top up dan susu utk Kuning aku.

Semangat la member aku yang sorang nie nak beraya tahun nie. Selepas beberapa tahun tak dapat cuti di hari raya pertama, kali nie dia dapat cuti. Bila abg2nya dan kakaknya tahun ini beraya dirumah mertua masing2, dan dia pula bercuti. Dia yakin yang Pak Manap tak kan rasa sunyi. Pas pemergian arwah mak dia, dialah yang banyak ambil tanggungjawab jadi seorang mak. Jadi, sebolehnya dia nak Pak Manap happy tahun nie... :-)



Thursday 25 July 2013

Berbintikan Ibu...

Setiap yang hidup pasti akan menemui PenciptaNya 1 hari nanti...Allah menjemput tidak mengira usia, keadaan,tempat dan apa pun situasi kita ketika itu. Hari ini aku dikejutkan dengan perginya suami kepada kawan sekolah aku ke Rahmatullah...Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali...

Menurut seorang lagi kawan aku yang sempat melawat dirumahnya siang tadi, kawan aku tu kelihatan sangat kuat, sangat tenang dan sangat redha dengan pemergian suaminya. Suaminya mengidap kanser. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang anak kembar. Aku kenal rapat kawan aku tu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Seusia muda telah kehilangan suami..Jika aku di tempat dia, aku tak pasti sama ada aku mampu setabah dia atau tidak. Semoga arwah suaminya ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan semoga kawan aku tu akan tabah dan diberi kesenangan hidup untuk membesarkan anak-anaknya yang masih kecil lagi....Aminn

Tuesday 16 July 2013

Hari yang indah...

Hari ini 16/7/2013 adalah hari yang indah untuk aku.  Setelah memikirkan beberapa lama tentang hal ini, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berbakti kepada tanah.  Bercucuk tanam...Hehehe...3 jenis pokok yang berbeza...Seronok dan senang rasanya bila dapat bercucuk tanam. Berbekalkan ilmu yang ada, aku harap 3 pokok yang aku tanam tu akan membuahkan hasil yang mampu menyenangkan hati 1 hari nnt.  

Bila kita bercucuk tanam, mesti kita mahu melihat hasilnya kan.  Pokok yang aku tanam nie akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Bukan sebulan bukan 5 bulan tetapi akan mengambil masa bertahun untuk membuahkan hasil yang lumayan. Apa yang penting tika dan saat ini ialah penjagaannya, sistem baja, kawalan perosak, menunggu hasilnya dan membiarkannya membesar dengan subur serta diiringi dengan doa. In Shaa Allah...Kita tunggu hasilnya nanti...

Hasbunallah wa ni'mal wakiil (cukuplah Allah menjadi 

Penolong kami & Allah adalah sebaik2 Pelindung). 

(QS.Ali'Imron:173)



Tazkirah untuk diri sendiri








Aku harapkan hasilnya nanti akan membuatkan aku gembira :-) ...

Biarkan masa yang tentukan segalanya...In Shaa Allah

Sunday 14 July 2013

"Memanusiakan" manusia...

Esok adalah hari pertama praktikum utk batch kedua kos aku. Kali ini kos aku mempertaruhkan 50 org pelajarnya untuk membawa nama UPSI dan kursus untuk menjadi guru bitara di sekolah.

Batch pertama dulu telah memberikan komen positif dan negatif dari pihak sekolah. Kalau yang positif tu, Alhamdulillah...Yang negatif tu, perlu diperbaiki dan bukan diulangi oleh junior2 yang seterusnya. Batch pertama dulu ada masalah sikit sehingga 2 org terpaksa mengulang praktikum. Kalau blh, batch yang bakal ke sekolah esok dan batch2 seterusnya tidak berlaku seperti itu lg...

Batch aku akan keluar berpraktikum tahun depan. In Shaa Allah dalam bulan Febuari selama 16 minggu. Wah, dah tak lama lagi tu...Lebih kurang 8 bulan...Tanggungjawab memanusiakan manusia bukanlah 1 tanggungjawab yang mudah. Bersediakah aku. Batch paling sedikit. Hanya 26 org. Jadi semua pensyarah sangat kenal tiap2 seorang dari kami. Kalau selama ini, study hanya untuk exam, pas ni nak turunkan ilmu baru tahu betapa pentingnya persediaan fizikal dan mental untuk mendidik anak bangsa yang perlukan ilmu. Mampukah aku???

Kalau batch pertama dulu hanya beberapa negeri sahaja yang buka untuk praktikum, batch kedua hanya Selangor dan Perak dan batch aku nanti mungkin Selangor dan Perak juga. Lupakan sahaja untuk berpraktikum di negeri sendiri. 

Kadang2 terfikir juga nak berpraktikum di negeri orang. Mengambil pengalaman selama 4 bulan di tempat org. Dimanakah agaknya. Aku tidak tetapkan lg...Perak atau Selangor?..Bandar atau pinggir bandar. Ermmm, apa2 pun aku perlu mula berjimat cermat untuk sara diri tuk praktikum nanti.

Yang perlu aku fikirkan :

- Menyewa bilik atau rumah
- Berkongsi dengan orang lain atau bersendirian
- Kenderaan ke sekolah
- Lokasi sekolah
- Makanan
- Bil air, elektrik dan broadband
- ERT menengah atas atau KHB menengah rendah
- Kewangan untuk menyediakan bahan ABM/BBM
- Duit ketika kecemasan
- Baju2 untuk praktikum, (upah jahit atau beli siap)
- Printer baru (Hehehehe...)
- Kemudahan sekitar sekolah dan sekitarnya
- Kalau dpt bawak kucing, kn best...Tp klu kwn x suka kucing, ermmm
- Dan lain-lain....Masih banyak yang berlegar2 dalam kepala aku...

Aku harap, aku tak susah mencari sekolah...Aku selalu tengok update status fb PULAMI tentang status penerimaan / penolakkan sesebuah sekolah. Contoh statusnya seperti begini :


Ada sekolah boleh menerima ramai orang pelajar dan ada sekolah hanya menerima beberapa orang sahaja. Ada juga berlaku kes2 seperti ini :

1. Permohonan DITERIMA selepas DITOLAK...
Kalau status macam ini, Alhamdulillah la kan...
2. Permohonan DITOLAK selepas DITERIMA...
Wah...sedihnya...Ditolak pulak, perlu cari sekolah lain
3. Permohonan DITOLAK
Sedangkan ramai pelajar lain yang mohon, semua diterima...Kita pulak ditolak sebab sekolah tu tidak mengkehendaki kos kita...Sedih...

Bagi pelajar yang DITERIMA, boleh mula mencari rumah dan sebagainya. Kalau yang DITOLAK, perlu cepat2 mencari sekolah lain yang memenuhi citarasa yang kita dah listkan dari awal.
Bagi aku, ada pro dan kontranya juga jika sekolah yang kita pilih mempunyai ramai kos lain dari universiti yang sama. Bila berlaku masalah, boleh kita minta bantuan dari seangkatan yang sama. Tetapi kalau seorang wat hal, ramai2 pulak yang tanggung malu. 
Tetapi jika kita bersendirian di sesebuah sekolah, jika berlaku masalah...Kita hilang punca untuk meminta bantuan dan pandangan. Ntah la...Yang pastinya, kos aku tak boleh sampai 2 org 1 sekolah. Ermmm, perlu dipertimbangkan sewarasnya pemilihan sekolah. Sebab lain padang lain belalang...Lain sekolah, lain suasananya.


Ni sebahagian kecil dari senior batch pertama aku yang berparaktikum dulu...34 org jer yang sudi memberi maklum balas bila di tanya di mana dan subjek apa mereka berpraktikum...Yang batch kedua, baru nak mula esok kan...Jadi tak tanye lagi...Batch pertama boleh pilih banyak sekolah. Aku pernah mendengar pengalaman yang mereka kongsikan dengan junior2 dulu. Ada yang okey dan ada yang sebaliknya. Ada yang mengajar subjek menengah rendah dan adik yang perlu mengajar ERT menengah atas dan ada yang keduanya. Ada yang perlu mengajar subjek lain selain subjek opsyen. Ada yang kehidupannya sekitar bengkel sahaja. Ada yang terlibat dengan penilaian PBS. Ada yang itu dan ada yang ini...

Apapun yang bakal berlaku, good luck tuk senior2 aku yang bakal memanusiakan manusia bermula esok.  Aku tahu 8 bulan tu sekejap jer, pejam celik akan sampai juga masanya tuk aku nanti. Jadi suka atau tidak, aku perlu mula memikirkan tentang praktikum. Seawal sem 6 kami telah mula memikirkan tajuk untuk projek akhir dan mula mencari sekolah yang sesuai untuk berpraktikum.


Praktikal VS praktikum...Jawapnya, praktikum... :-)




Saturday 13 July 2013

Kecelaruan...

Selain aku mempunyai masalah menentukan kanan dan kiri, aku juga mempunyai masalah menentukan penggunaan istilah bahasa melayu dalam kehidupan. Tapi tak semualah. Heheheh

Kecelaruan istilah tersebut ialah antara sejat dan padat. Aku selalu salah menggunakan 2 istilah nie dalam susunan ayat BM aku. Selalunya bff  aku yg perasan aku salah guna istilah dan dialah yang selalu tegur. Hehehe...Aku yang salah guna nie, dgn confident jer susun ayat. Padahal aku pun tak tahu makna yang betul istilah keduanya tu. Aku rasa aku guna dengan betul. Rupanya salah...Hehehe...


Agak2 istilah "sejat" atau "padat" yang aku gunakan ketika aku tanyakan 1 soalan kepada Dr Fazhana ketika kuliah peternakan leMbu pedaging dan tenusu? Dah la tye dari belakang, salah guna istilah lak tu...Aku gunakan "sejat"...Ahaks...

Nasib baik la perbezaan sejat dan padat nie tak kuar soalan SPM aku...Kalau tak, tak merasa nak dapt A dlm BM....Hehehehe...

Jom tolong aku betulkan kesalah penggunaan 2 istilah nie dengan bantuan Kamus Dewan Edisi Keempat...

Sejat

Hilang atau kering (air, minyak, dll) kerana menjadi wap dll


Padat

1.Penuh dan rapat sekali (isinya, kan­dungan, susunannya, dll)
2. Penuh, sesak, berasak-asak
3. Banyak sekali penduduk (daerah dll)

Aku harap pas ni aku tak salah lagi menggunakan 2 istilah ini pada tempat yang sesuai...Jangan bikin malu diri sendiri...

Wednesday 10 July 2013

Phonex dactylifera

Tanpa meminta bantuan dari pakcik google, adakah korang tahu apakah yang dimaksudkan dengan Phonex dactylifera? Sah tak tahu kan? Aku pun kalau mula2 tengok tak tahu apa maksudnya...Hehehehe...

Phonex dactylifera ialah kurma atau tamar...Selalunya kurma adalah hidangan sinonim dengan bulan Ramadan. Kalau korang nak tahu, aku adalah penggemar kurma. Sebelum Ramadan lagi kurma kat umah aku dah habis 1 1/2 kotak. Aku suka makan kurma yang kurang manis dan tidak terlalu lembik. Selalunya aku suka kurma yang bertangkai. Kalau dapat kurma yang masih muda, yg warna kuning tu lagi sedap. Ranggup. Tapi kalau nak beli, 1 kg hampir RM 50 kat tempat aku nie. Aku boleh makan kurma dalam satu2 masa sehingga 8 biji sekaligus. Hehehe...

Tahun lepas, kak long aku mengamalkan berbuka 3 biji kurma dan bersahur 3 biji kurma. Apabila pergi pemeriksaan doktor bulanan, kandungan gula dalam darahnya amat tinggi dan doktor kata ianya diakibatkan sebab pemakanan kurma. Ermmm, risau gak aku sbb aku suka sangat makan kurma. Tak nak la ada macam2 penyakit di usia muda.

Jom tengok perihal tentang kurma yang aku copy dan paste di google...Hehehe...


Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan
Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.



Jadi, dari kenyataan diatas, jelaslah kurma mengandungi khasiat yang bagus dan mempunyai kandungan GULA yang tinggi... :-)

Pengalaman Guru Terbaik...



Disaat duduk atas tangga dan memandang halaman rumah yang lapang, fikiran terus teringat peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam diri satu persatu. Yang menggembirakan mahupun yang menyedihkan. Terdetik di hati melihat siapa aku sebenarnya di mata Maha Pencipta. 

Bila berbicara soal kepercayaan dan amanah, ianya bukannya perkara yang kecil. Ianya 1 perkara yang besar jika kita salah memegang keduanya dalam kehidupan. Semua orang buat silap. Tetapi sebagai Hamba Allah, tidak seharusnya kita terus membuat silap. Pentingnya diri kita hari ini dan bukannya diri kita sebelum ini. Sebelum ini adalah pengajaran terbaik untuk kita melalui hari2 mendatang.  

Amanah yang kita pegang kecil atau besar ia adalah rahsia yang perlu disimpan.  Dari amanah, maka terjawablah siapa kita dimata org lain, seorang yang jujur atau tidak. Kejujuran datangnya dari sifat amanah.

Pesan bff aku pada aku 1 ketika dulu, "kita tak boleh mudah tuk percayakan org lain"....Kenyataan itu bukan mudah untuk aku terima. Kerana, org yang dia tidak percaya, org itu adalah org yang aku percaya.

Sebenarnya, kepercayaan terhadap org sekeliling kita pelajaran dari mata yang melihat dan telinga yang  mendengar. Selepas beberapa peristiwa yang berlaku didepan mata, dan diri aku sendiri "aku tidak mempercayai sesiapa lagi melainkan mak dan ahli keluarga aku".

Byk perkara yang berlaku di depan mata menjadikan aku seorang yang sangat berhati-hati. Kecewa dgn sikap diri sendiri yang pernah terlepas cakap perihal kawan baik sendiri satu ketika dahulu dan akhirnya aku bukanlah org yang dia percayai lagi. Kecewa dengan sikap kawan2 yg sikapnya baik didepan mata tetapi pegangan amanahnya sangat rapuh.


Contohnya, apabila ia berada dikelompak orang lain, dan dia menerima amanah untuk dipegang. Bak kata bahasa yg mudah faham, "habis2 kat kita2 jer"....Tetapi apabila sampai dikelompok lain, dia telah "membuka" amanah itu dikelompok lain dan dengan perihal yang sama "habis kat sini jer,jgn bgth org"...Kan, tanpa disedari amanah itu tidak dipegang rapi. Secara tak langsung, beberapa org dari kelompok baru telah menjadi pemegang amanah pula. 

Dari sudut lain untuk kita fikirkan jenis2 org begini ialah, jika dgn org yg tadi amanahnya boleh terlepas tak mustahil jika kita berikan amanah kita padanya, amanah kita juga akan terlepas pada org lain. Pandangan org lain mungkin sama pada kita, sebaliknya ada rahsia kita yang orang lain telah ketahui. Bahaya2...Org yg diam2 tp berisi nie lebih dasyat dari org2 yg bising...

Dari contoh yang lain pula, secara tiba2 kita mendapat pesanan ringkas yg bunyinya adalah mengancam amanah yg dipegang. Dari pendapat org lain, ianya hanyalah propa semata2...Tetapi dari si penerima SMS, ianya sangat tahu setiap kenyataan yang diterima mesti ada sebab. Cepat atau lambat, ianya pasti akan terbongkar juga...Dan akhirnya bila diketahui puncanya, si penerima hanya mampu mengucapkan Astafirullahalazim...dan tidak mengambil tindakan mana2 pun hanya menyerahkan apa yg tersimpan dihatinya utk diadili Illahi..

Contoh yang lain pula, di depan mata sendiri kecurangan amanah berlaku. Eh, rasa nak meletup pun ada. Memandai sungguh si dia nie sedangkan aku sendiri tak menghebohkan apa yang berlaku. Perlukah kau menjawab pertanyaan org lain tentang aku sedangkan aku tak mengizinkannya. Jika kau tahu sekalipun, kau tak boleh memberitahu tanpa izin aku. Paling sempoi, dpn mata aku lg ko lakukannnya. Aduss..Kan kita dah janji sebelum nie, "kita2 aja yer"...Semudah itu ko nk lepaskan. Sabar je la...

Banyak lagi contoh yang berlaku dalam kehidupan aku. Dari contoh2 tersebut yang menjadikan aku tidak mudah mempercayai org lain. Kerana pengalaman mata dan telinga adalah guru terbaik untuk aku. Janganlah kerana org lain nanti, kita yg masih memegang amanah dilabel "salah" oleh org lain. Mak selalu cakap, "api dalam sekam nie ada kat mana2 aja"...Hati-hati dalam tindakan. 

Apa yang ada dalam diri kita, hanya kita yang mengetahui. Sekiranya diuji, diamkan diri dan serahkan diri kepada Illahi. Pasti ada keadilan dalam diri sendiri. Adalah lebih baik kita mengenali diri kita sendiri dari kita mengharapkan orang lain memahami diri kita.

Apa yang aku tulis ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa. Ianya hanya penulisan untuk peringatan diri sendiri kerana setiap langkah kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah.  Banyak cabaran dan ujian yang bakal mendatang.

Kadang kala, merahsiakan sesuatu didalam diri sendiri adalah lebih baik dari disharekan kepada org lain....



Apapun penulisan disini, dari saya, untuk saya dan kerana saya...."HANYA AKU..." 
Hanya aku selamanya...

Tuesday 9 July 2013

Selamat Datang RAMADAN...

Esok dah mula puasa...Alhamdulillah, dipanjangkan lagi usia untuk bertemu dengan Ramadan kali ini.  Sekali lagi dapat berpuasa penuh kat kampung bersama mak. Seronok2...Sepanjang hayat, pernah sekali x pat sambut 1 Ramadan dgn mak sbb mak gi umrah masa tu. Sedih sgt. Mcm anak terbiar rasanya...Hehehehe...

Semoga Ramadan kali nie akan dibekalkan kesihatan yang baik tuk lakukan amal ibadah dan menambah amalan2 yang lain semoga mendapat keredaan Allah...Amin...Dah dapat surat dari imam, buat pertama kalinya jumlah rakaat solat terawih dikawasan aku ditambah. Alhamdulillah....Setahun sekali kan...Siksaan kubur diberhentikan seketika...Mlm ni dah mula terawih...Mesti pegi, rugi tak pergi...Bila mulanya bula puasa, makan mulalah aku mengawal diet mak aku. Seperti biasa, mak redha jer. Saya kena wat mcm tu mak sbb sy syg mak sgt2...

Sangat teruja menyambut ramadan kali ini...Meskipun hanya bersahur bertiga dan berbuka berdua, ianya sangat bermakna buat aku. Sangat seronok..Sebagai warga kg sebatu, semestinya bubur lambuk masjid adalah salah satu juadah yang perlu ada dimeja berbuka puasa. Hampir setiap hari bubur lambuk masjid akan ada kat umah. Biasanya warga masjid akan mula masak menjelang puasa ke 3 hinggalah raya untuk diedarkan ke seluruh penduduk kampung. Hari2 makan pun x jemu. Sbb aku suka mkn bubur. Hehehe...




Monday 8 July 2013

Memupuk kembali...

Hehehehe... Actually, entry ni sepatutnya di publishkan awal tetapi ada bahagian yang tak habis ditaip lg kerana kekangan masa...a.k.a alasan jer semua tu....Hahaha..

Seawal memulakan sem 5 dlu, aku berniat utk memupuk kembali sikap menabung dalam diri yang dah lama pupus dalam diri aku.  Jadi aku belilah tabung dan mula menabung. Targetnya, setiap hari mesti ada duit yang dimasukkan dalam tabung.  Biasanya syiling la. Syiling yg harus ditinggalkan dalam beg duit tak lebih dari 50 sen sahaja,lebihnya ke tabung. Kalau ada rezeki lebih, masukkan duit kertas sekali. Duit 50 sen dan duit 20 sen baru di simpan secara berasingan. Saje jer...Hehehehe...




Tabung tersebut tetap dikeluarkan duitnya bila terdesak. 2 3 kali jugaklah keluarkan duitnya utk kegunaan. Adatlah kan. Nama pun pelajar. Hehehe...Setakat lepas utk beli brg keperluan dan makan, dah Alhamdulillah....

Bila tamatnya 1 sem, tabung dibawa pulang ke kampung utuk proses pengiraan dan dimasukkan ke bank.Mak tolong kira ketika tu. 



Lepas dah kira semuanya, hari yang sama aku bawa ke bank tuk di simpan. Tak byk pun. Tapi puas hati jugalah sbb berjaya menyimpan tuk 1 sem. Total semua x lebih pun RM 200.

Bila dikaunter, pengiraan dilakukan sekali lagi. Sementara mesin mengira duit aku, tanyalah petugas kaunter itu pada aku,

Petugas : Pernah dapat tabung
Aku : Pernah, tp masa saya kecik2 dulu
Petugas : Owh, nah amik tabung baru...
Aku : Terima kasih


Ready tuk ke bank



Yesss...Dapat tabung free. Aku bg tabung free kat mak aku. Aku lbh suka guna tabung yang lama. Sem dpn akan menabung lagi. Sikit2 pun tak pe. Asalkan setiap hari ada yang disimpan dalam tabung. :-)
Roomate saya pun suka menabung...




Saturday 6 July 2013

Belajar dari 1 titik untuk menjadi 1 kehidupan....

Alhamdulillah...Selesai sudah cabaran yang didebarkan selama ini.  Terima kasih kepada semua warga SMK SG RAWANG kerana memberikan peluang kepada aku dan kawan2 untuk menjalani microteaching.  Secara keseluruhnya, 5 hari di sekolah memberikan pengalaman yang baru buat aku.  Warga sekolah yang mudah mesra amat melegakan hati. Dapat menjadi petugas untuk sukan tara sekolah untuk acara lompat jauh perempuan dan acara balapan 800 m serta menyertai bacaan yassin sekolah setiap pagi jumaat...


Bersama cikgu Suhillah Harun. Terima kasih cikgu kerana beri kami masa pengajaran cikgu untuk kami buat microteaching.






Kemeriahan sukan tara sekolah...




Bakal2 cikgu dengan gaya tersendiri

...................................................................................................................................................................


Bercerita soal pengalaman mengajar, bohonglah kalau x rasa berdebar kan. Byk sgt kesilapan.  Sangat mudah membahasakan diri dengan "saya" bila mengajar.  Kebanyakkan kesilapan tersebut luar kawalan.  Tanpa sedar.  Lain dirancang atas kertas, lain yang jadi...Hahaha...X berani nak view semua video yg ada.  Nantilah, bila dah ready nnt baru aku tgk utk di edit.



Tingkatan 3 

...................................................................................................................................................................


2 hari kami cuba untuk mencari nasi ambang yang dikatakan sedap dalam masyarakat jawa disana tetapi tidak diketemui. Tak de rezeki namanya. Maka, dengan usaha sama semua, maka kami adakan juga nasi ambang versi kami dengan lauk pauk sendiri tetapi konsep makan dalam dulang, dikekalkan...Hehehe...Pengalaman baru. Terasa ukhwah bila lakukan sebegitu. Teringat ketika zaman kecil2, jika aku dan kawan2 main2 di bawah pokok depan rumah aku, kakak aku akan letak nasi dalam dulang, berlaukan apa2 yang dimasak dan panggil aku makan dengan kawan2.  Berebut2 kami makan sama2 dalam dulang. Ikan goreng, telur goreng dan kicap disertakan dengan  nasi panas, menambah selera lagi kami makan bersama.  Tak selalulah buat begitu sebab bukan selalu lokasi bermain didepan rumah aku. Lokasi bermain sentiasa berubah.



Nasi ambang versi KAMI...

...................................................................................................................................................................


Sempat juga kami manfaat masa yang ada walaupun keletihan untuk mengambil angin petang di pantai Gold Cost Sepang.  Tetapi kami hanya dapat luangkan masa yang singkat kerana difikiran kami ketika itu adalah episod akhir Teduhan Kasih...






Agak2nya, apalah yg sedang diperkatakan...




...................................................................................................................................................................

Alhamdulillah, keputusan sem nie paling baik dari keseluruhan sem.  Tidak diduga. Allah maha mengetahui semuanya. Subjek paling digeruni, LK membuahkan hasil yang tidak menghampakan.  Syukur sgt2...Teme kasih sgt2 kat Sir Tee.  Aku tahu sir byk sgt membantu.  Bila difikirkan semula, sangat byk kesabaran teruji dengan subjek nie, setiap kali habis kelas, setiap kali itulah pasti ada linangan air mata mengenangkan nasib.  Hampir setiap minggu, diantara selepas kelas LK dan dalam perjalanan ke kelas perniagaan baru, pasti ada monolog yg akan aku mengadukan kepada Maha Pencipta. Mesti ada rasa kesedihan di hati yg dilepaskan secara bersendirian.  Setiap minggu latihan dibuat bersendirian.  Hanya sekali sahaja dulu diajar oleh kawan dirumahnya, selepas ada perkara yg berlaku dan kekangan masa yang ada. Aku membuat latihan secara meniru latihan kawan2 yg lepas dan cuba memahami secara sendiri.  Bila ulangkaji sebelum final, betapa bersepahnya bilik dengan kertas.  Nasib baik roomate dah habis dan balik awal.  Jadi kalau bersepah, hanya aku sahaja yang melihat. Atas tilam pun penuh kertas.  Aku tidur di atas tilam nadia.  Aku igt lg, tajuk isometri seharian aku bersamanya. Ulang latihan yang sama berulang kali. Alhamdulillah, subjek ini membuatkan aku menggigil melihat keputusannya. Berniat memberi aiskrim kat seseorang, aku akan tunaikan nanti...In Shaa Allah...Usaha perlu ditingkatkan lagi....Semester depan ada percaturan baru untuk subjek. Semoga Allah permudahkan lagi perjalanan seterusnya...Aminn...


...................................................................................................................................................................

Sekembalinya aku ke kampung, aku mencari-cari kelibat Si Kuning.  Seperti yang aku agak, kuning sedang tidur ketika aku sampai. Sengaja aku tak ganggunya dulu.  Memang rindu kat dia. Bila semua barang dikemas, aku panggil kuning...Melaung dia nampak aku.  Terus aku angkat untuk mengendongnya...Masih juga bising mulutnya. Aku tahu, dia rindu untuk duduk atas kaki aku.  Selepas letakkan dia atas kami, diam terus suaranya. Ternyata dia sangat rindu pada aku ketika itu.


Dapat duduk atas kaki, terus diam...

...................................................................................................................................................................

Seminggu berada di tempat org, betul2 memberikan aku pengalaman baru yang sangat berharga untuk diinganti.