HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 30 July 2013

Kesilapan Memilih...

Kesilapan memilih menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniaya dan kesilapan memilih menyebabkan pembuat keputusan merasa teraniya...

Sejauh mana manusia sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan yang besar dalam hidupnya iaitu kesilapan memilih. Sejauh mana dia sedar hakikat ada insan lain yang sedang menderita akibat kesalahan memilihnya itu sehingga insan tersebut merasa teraniaya dengan tindakannya itu...

Bagaimana kesilapan memilih boleh berlaku?

Membuat sesuatu keputusan bukanlah satu jalan yang mudah. Jika terang lagi jelas tentang pilihan yang ada mungkin tidak akan berlaku kesilapan untuk memilih. Tetapi sekiranya pilihan yang ada adalah samar, adakah kita telah membuat pilihan yang tepat akhirnya. Keputusan yang harus dibuat seharusnya membuatkan kita keluar dari belenggu permasalahan yang dihadapai. Jika ianya berkaitan dengan jodoh, bagaimanakah keadaannnya.


Bagaimanakah yang dikatakan kesilapan memilih menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniya atau kesilapan memilih menyebabkan pembuat keputusan merasa teraniya. Teraniaya menyebabkan seseorang itu terus menderita. Menderita mencari penawar untuk mengubati hati sendiri. Jika ada ubat untuk mengubati kekecewaan hati, pasti tidak akan wujud wad PSY di hospital kn.

...................................................................................................................................................................

Situasi 1

Kesilapan memilih menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniya.

Watak : Nurul, Azlan, Megat 

Nurul telah dikecewakan oleh Azlan apabila Azlan meninggalkannya begitu sahaja selepas mereka tamat pengajian di sebuah universiti tempatan. Usaha Nurul menjejaki  Azlan menemukan jawapan bahawa Azlan telah ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya tanpa dibantah langsung oleh Azlan. Oleh kerana -terlampau kecewa, Nurul bertekad untuk tidak mengizinkan mana-mana lelaki untuk bertaktha dihatinya. 6 tahun peristiwa itu berlalu. Azlan telah luput dari ingatan Nurul tetapi sehingga ke saat itu, hati Nurul masih tertutup rapat untuk mana-mana lelaki sehinggalah dia berkawan dengan Megat, rakan sekerja yang baru melapor diri di tempat Nurul bekerja. Kali pertama Megat berjumpa dengan Nurul, Megat telah jatuh hati dengan Nurul. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati Nurul tetapi bukan mudah untuk Nurul menerimanya. Selepas 2 tahun berkawan, akhirnya hati Nurul terbuka untuk Megat. Semasa dalam proses mempersiapkan diri untuk menjadi tunangan orang, Nurul terserempak dengan Azlan. Sepantas kilat ingatannya tentang Azlan keluar satu persatu. Tetapi Nurul mampu menidakkannya dan mengelak dari mereka bertembung. Harapannya, dia tidak akan menemui lelaki itu lagi. Tetapi tanggapannya meleset apabila kali kedua bertembung dengan Azlan di sebuah restaurant, dan kali ini dia tidak mampu mengelak lagi. Atas pujukan Azlan, dia akur untuk duduk berbual dengan Azlan untuk sebentar sahaja. Pramusaji datang mengambil pesanan. Tetapi Nurul mengelak untuk memesan apa2 hidangan tetapi Azlan memesan 2 gelas minuman dan salah satunya adalah air kegemaran Nurul. Dan air tersebut tidak pernah diubah citarasanya sejak sekian lama. Terdetik dihati Nurul yang Azlan masih mengingati dia dihatinya. 

Nurul sengaja menguji Azlan.  "Kan saya kata, saya tak mahu minum apa-apa". Azlan menjawab, dia memesan air kegemaran Nurul dan Azlan menyenaraikan apa yang Nurul suka dan apa yang Nurul tidak suka. Semakin bergetar hati Nurul kerana lancar sungguh Azlan menyenaraikan kesemua itu tanpa sebarang kesilapan. Nurul hanya membisukan diri dan hanya menjadi pendengar setiap disetiap tutur kata Azlan. Sekali ditanya, sepatah jawapan Nurul. Akhirnya Azlan memberitahu bahawa dia masih bujang. Pertunangannya berakhir kerana tiada jodoh. Masih tiada pengganti sehingga ke hari ini. Nurul hanya mendiamkan diri. Pertemuaan mereka berakhir begitu sahaja dan Nurul berharap yang bayangan Azlan tidak akan wujud lagi selepas itu kerana 2 minggu lagi dia akan menjadi tunangan Megat. 

Sangkaan Nurul meleset, setiap malam kenangan dia bersama Azlan menerjah ke kotak fikirannya. Semakin di tempis, semakin kuat ingatannya pada Azlan. Suatu hari, selepas keletihan memilih barang-barang pertunangannya dengan Megat, mereka singgah di sebuah restaurant. Datang pramusaji megambil pesanan. Sengaja Nurul meminta Megat memesan untuk mereka. 

Nurul : Abang tolong pesankan air kegemaran Nurul yer.
Megat : Adik, air apple juice 1 dan air kegemaran kakak nie 1
Pramusaji : Air kegemaran kakak nie apa bang?
Megat : Airrrrrr............sambil meminta Nurul menyebutnya sendiri
Nurul : Teh O ais

Selepas pramusaji meninggalkan mereka.

Nurul : Abang tak tahu air kegemaran Nurul?
Megat : Abang bukan tak tahu, tetapi terlupa.

Mustahil terlupa. Sepanjang 2 tahun berkawan, tidak pernah Nurul memesan air lain selain air tersebut. Kecewa hati Nurul kerana Megat tidak ambil serius untuk perkara-perkara yang mudah. Malam tersebut, hatinya berkecamuk memikirkan tentang hatinya sendiri. Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Nombor yang asing tertera di screen hpnya..Selepas salam diberi, tiba-tiba hatinya bergetar kenyang kerana Azlan ditalian.

Nurul : Mana dapt no telefon saya
Azlan : HR department
Nurul : Mana tahu Nurul kerja situ
Azlan : Nurul bgth semasa kita jumpa hari tu

Nurul akui kesilapannya memberitahu tempat kerjanya. Bersungguh Azlan untuk mendapatkannya. Perbualan mereka tidak panjang, hanya Azlan minta untuk berjumpa Nurul ditempat biasa esok jam 1 petang. Nurul setuju dan panggilan diputuskan Nurul. Tetapi, Nurul bertanya kpd diri, adakah Azlan masih ingat "tempat biasa" mereka. Esoknya, Nurul ke tempat biasa mereka dan ternyata Azlan telah sampai lebih awal. Malah makanan dan minuman juga Azlan telah pesan lebih awal. Kesemua pesanan adalah menu yang Nurul selalu pesan di restaurant tersebut. Perbualan mereka semakin rancak. Nurul begitu selesa dengan Azlan. Malah lebih mesra bila Nurul bersama Megat. Akhirnya, Azlan meminta untuk memiliki hati Nurul semula. Azlan ingin menebus kesalahannya. Nurul berdiam diri seribu bahasa. Nurul minta diberikan tempoh. 

Seminggu Nurul ambil cuti dan elakkan dirinya dijejaki oleh Megat dan Azlan. Dia perlu membuat keputusan yang besar dalam hidupnya. Memilih Azlan semula atau meneruskan pertunangan dengan Megat. Selepas seminggu, Nurul memanggil kedua-duanya serentak dan menerangkan siapa Azlan kepada Megat dan siapa Megat kepada Azlan. Nurul meminta 3 hari lagi untuk mereka bertemu semula dan Nurul akan memilih salah seorang daripada mereka. Ishtikarah sudah, berbincang dengan keluarga sudah, memikir sedalamnya juga sudah. 5 tahun menyulam kasih bersama Azlan dan 2 tahun bersama Megat. Mereka bertemu semula. Nurul sedar, kesilapan dia memilih akan menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniaya. Dengan senyuman Nurul memilih Megat. Nurul menolak Azlan kerana Azlan sanggup meninggalkannya dulu bila masalah datang dalam hidup Azlan. Tak mustahil Azlan akan mengulangi lagi jika berlaku masalah antara mereka. Pendirian Azlan tidak tetap walaupun Azlan mengingati semua tentang Nurul. Megat dipilih kerana Megat seorang lelaki yang berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya. Menawan hatinya. Tidak kenal erti putus asa. Nurul sedar, tempoh yang lama bercinta bukan tiket untuk hidup bersama. Nurul hanya meminta pada Megat, pertunangan mereka ditangguhkan untuk setahun sebelum Nurul betul-betul bersedia menjadi tunangan orang. Dan Megat bersetuju.


...................................................................................................................................................................

Situasi 2

 Kesilapan memilih menyebabkan pembuat keputusan merasa teraniya

Watak : Tasha, Rezza, Amir

Tasha dan Rezza telah berkawan sejak sekian lama. Kasihnya tidak pernah berbelah bagi kepada Rezza. Tetapi segalanya berubah apabila Tasha pernah bermimpi seorang lelaki lain  dalam hidupnya. Tetapi Tasha tidak pernah kenal siapakah lelaki yang wujud dalam mimpinya beberapa kali itu sehinggalah di menemukan lelaki tersebut dilaman sosialnya. Lelaki tersebut adalah Amir. Amir merupakan kawan kepada kawan baiknya. Amir telah lama menjadi kawan FB nya sejak sekian lama. Pernah juga post2 di FBnya dikomen oleh Amir tetapi dia tidak pernah menyedarinya kerana baginya semua rakan-rakan di FBnya adalah untuk hiburan semata-mata. Tetapi, kenapa Amir yang muncul dalam mimpinya. Buka sekali, tetapi beberapa kali. Sejak berlaku kejadian mimpi tersebut, dia merasakan ada sesuatu tentang Amir yang perlu diketahui. Ada sesuatu tentang Amir yang menyenangkan hati Tasha. Segala perkembangan Amir dia ikuti melalui rakan-rakan Amir dan media sosial yang ada. Lama kelamaan, hatinya mengatakan yang dia meminati Amir tanpa pengetahuan Rezza.  Dek kerana terikat kasihnya dengan Rezza, Tasha pendamkan sahaja kasihnya terhadap Amir. Jika Tasha masih free ketika itu, mahu sahaja dia berkawan dengan Amir walaupun perbuatannya nampak seperti perigi cari timba tetapi Rasulullah juga dilamar suatu ketika dulu.

Sehinggalah pada suatu hari, berlaku ketegangan pada hubungan Tasha dan Rezza sedangkan ketika itu mereka sepatutnya memikirkan untuk mengatur perancangan perkahwinan mereka. Ketika ini juga bayangan Amir berada dimana-mana dan kadang-kala menjadikan hidup Tasha huru-hara. 

Akhirnya, kata sepakat kedua buah keluarga dicapai. Pernikahan antara Rezza dan Tasha perlu disegerakan dan hanya menunggu jawapan dari Tasha sahaja. Di ketika itu juga, khabar angin mengatakan yang Amir sudah bertunang. Bagi Tasha, tiada apa yang harus diharapkan lagi. Mimpi tersebut sekadar mainan tidur agaknya dan bukan alamat tentang jodohnya. Dan akhirnya Tasha membuat keputusan menerima Rezza sebagai suaminya kerana tidak sanggup menolak Rezza apabila Rezza telah banyak membantunya selama ini, keluarga Rezza juga baik padanya dan keluarganya juga suka dengan Rezza cuma hatinya masih belum mampu menyintai Rezza sepenuhnya dan Tasha mengharapkan pernikahannya nanti akan membuatkannya boleh menerima Rezza setulusnya dan menidakkan hatinya tentang Amir. Biarlah dia berkorban demi orang lain dan membiarkan hatinya kecewa lagipun tiada apa yang perlu dia kejarkan lagi kerana Amir tuanangan orang.

Hakikatnya, ingatannya kepada Amir tidak lenyap begitu sahaja sedangkan dia berusaha melupakan jejaka itu. Meskipun Tasha bergelar isteri orang, hatinya masih mengingati Amir. Segala tanggungjawabnya terhadap Rezza dilaksanakan dengan baik cuma penyakit hatinya yang selalu teringatkan Amir yang masih belum pulih. Buntu Tasha menjalani kehidupan seharian sebegitu.  Selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga, akhirnya Tasha tahu khabar angin Amir bertunang adalah tidak benar. Amir masih single dan tidak dimiliki oleh sesiapa sehingga ke hari itu tetapi dirinya telah menjadi isteri orang. Kepada Allah Tasha panjatkan doa agar Amir blh lenyap dari hati dan fikirannya. Tasha juga berdoa semoga Amir temui jodoh yang terbaik. Mungkin apabila Amir berkahwin, ketika itu Tasha boleh lupakan Amir. Sudah lebih setahun Tasha mendirikan rumahtangga dengan Rezza, dan selama itu jugalah penyakit hatinya tidak diketahui oleh sesiapa. Masih teringatkan Amir. Tasha masih terus berdoa agar dia dapat melupakan Amir. Tetapi sampai bila Tasha harus meletakkan 2 lelaki di dalam hatinya. Seorang yang halal untuknya tetapi yang seorang lagi adalah haram buatnya. Pelbagai usaha dah Tasha lakukan tetapi masih belum berjaya...



...................................................................................................................................................................

Kesimpulannya, kesilapan memilih menyebabkan pihak yang berhak merasa teraniaya dan kesilapan memilih menyebabkan pembuat keputusan merasa teraniya adalah berkaitan dengan penyakit hati. Penyakit hati adalah penyakit anugerah Illahi yang Allah bagi pada hambaNya untuk hambaNya mensyukuri ujian yang diberikan dan berfikir apakah penyelesaian terbaik untuk diatasi. Lakukan pilihan yang tepat supaya tiada hati yang retak dan jiwa yang merana selepas keputusan dibuat kerana untuk memperbetulkan sesuatu kesilapan bukanlah sesuatu yang senang. Fikir-fikirkan dann renungkan....



"Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin."
Kita merancang dan Allah swt juga merancang, Allah lah sebaik-baik Perancang...


Kadang2 kita akan kata...berkahwin dengan org yg kita cinta adalah impian tetapi berkahwin dgn org yg kita tak cinta adalah jodoh...Jodoh adalah kurniaan Allah..

Kadang2 kita akan kata, walau berpuluh tahun sekalipun, jika dia jodoh aku, tetap bersatu jua...

Kadang2 kita akan kata, Allah sengaja jumpakan kita dengan org yg salah terlebih dahulu sblm Allah temukan kita dengan jodoh sebenar kita kerana Allah nak kita faham erti kehidupan...

Kadang2 kita kata, hidup kita ini banyak sangat masalah...Tak pernah habis dengan masalah...Tetapi kita tak pernah sedar yg setiap masalah yg kita tanggung itu Allah dah keluarkan kita dari masalah tersebut secara perlahan-perlahan dgn pelbagai cara...

Kita hanya manusia yg boleh berkata pelbagai alasan dan pendapat tetapi kita tidak boleh melawan apa yg Allah dah tuliskan untuk kita dalam perjalanan hidup kita kerana semua tentang kita adalah RAHSIA ALLAH..

Jadi, jgn menidakkan apa yg kita ada dan jgn menempis apa yg kita rasa...Kerana ianya mungkin anugerah Allah untuk hambaNya yg dikasihi...Terimalah apa jua rasa dan perasaan itu dengan sebaik mungkin...Berdoalah jika kita buntu mencari ubat hati sendiri...Kerana Allah tidak pernah sama sekali membiarkan hambanNya yang didalam kesusahan dan tidak sama sekali tidak mendengar doa dari setiap hambaNya...



P/S : Cerita di atas adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...hehehe...



No comments:

Post a Comment