HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 2 August 2013

Sepi suasana...

Hari ini 2 Ogos bersamaan 24 Ramadan dan bersamaan dengan hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan sebelum munculnya Syawal tidak lama lagi.  Telah menjadi kebiasaan bagi mak memilih masa sebegini untuk menziarahi pusara arwah ayah sebelum datangnya hari raya. Alhamdulillah, dengan cuaca pagi yang sangat tenang, tidak panas dan redup mengiringi aku, mak, kak long dan moon.  Salam dihulurkan selangkah kami masuk ke tanah perkuburan. Aku dan mak terus ke kubur ayah manakala kak long dan moon ke kubur arwah abg ipar aku. Seperti biasa kami akan tukarkan kain putih terlebih dahulu yang membaluti nisan ayah, mencabut rumput jika ada dan bersihkan keliling puasa terlebih dahulu.  Alhamdulillah, kain putih tahun lepas masih kukuh tiada koyak walaupun setahun berhujan dan berpanas. 

Selepas selesai, mak hulurkan aku senaskah surah yasin. Mak memulakan manakala aku mengikutnya, Hadiah buat arwah ayah dari kami dipagi hari. Selepas selesai doa dibaca oleh mak dan aku aminkan, salam perpisahan diberikan sebelum kami meninggalkan pusara. Mak suruh aku buang kain putih yang lama ke perigi sampah terdekat.  Selepas itu, giliran kak long dan moon pula dipusara ayah. Ketika itu aku ke pusara arwah mak lang. Terasa rindu betul aku dengan mak lang. 

Adik beradik lain akan ke pusara mengikut kelapangan masa masing-masing. Selalunya selepas solat sunat aidilfitri. Doa dihulur kepada arwah-arwah yang telah pergi terdahulu sebelum kami tandan ingatan tulus ikhlas yang tidak berbelah bagi...

Al-Fatihha...

No comments:

Post a Comment