HANYA AKU...

HANYA AKU...

Saturday 10 August 2013

Hidupku...Keluargaku...Duniaku...

Selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan kepada semua yang membaca blog ini. Setiap orang mempunyai cara perjalanan dan aturan keluarga tersendiri apabila hadirnya aidilfitri.  Begitu juga aku dan keluargaku. Aku mahu bercerita tentang perjalanan aku dan keluarga menjelang adilfitri tahun ini.

7 Ogos 2013

- Seawal 5 haribulan lagi mak aku dah ke pasar besar muar untuk mencari bahan-bahan memasak untuk hari raya.  Telah menjadi kebiasaan keluarga aku membeli-belah awal kerana mengelakkan kesesakkan manusia di pasar. Mak kata susah nak dapat tulang kaki lembu dan perut lembu sekarang. Tak lengkap raya bagi keluarga aku jika tidak dapat menikmati hidangan sup tulang dan lembu masak asam. Ditakdirkan Allah, selepas terawih terakhir aku pun online la FB. Dan terbacalah post kawan sekolah menengah ada memotong lembu untuk dijual.  Jadi aku PM la dia bertanya bepihal harga. Selepas dia meninggalkan no hp, maka aku pun berSMS dengannya. Alhamdulillah bila dia kata "ada" cuma dia nak tahu jumlah yang aku perlukan berapa. Oleh kerana mak dah tidur, maka aku berjanji untuk memberitahunya semasa sahur nanti.  Jadi semasa sahur, aku suarakan kepada mak, dan aku pun menghubungi kawan aku itu.  Jadi, dia menyuruh aku mengambil apa yg aku mahu tu seawal yang boleh sebelum ada pembeli lain yang berkenan. Seawal 6.30 pagi aku dah keluar rumah bersama mak ke kedainya. Selepas itu, singgah di kedai runcit untuk membeli kulit popia utk membuat popia.

- Sesampai dirumah, bersiap sedia untuk menerima arahan dari mak aku. Sebelum itu, aku mengeluarkan barang2 yang nak digunakan dari dalam stor. Arahan pertama untuk aku, mengupas bawang yang telah dikeluarkan oleh mak mengikut jenis masakan. Asingkan yang mana perlu dikisar dan yang mana untuk dimayang halus sambil itu aku perlu memcelur perut lembu untuk mengenyalkannya. Kak tam pula perlu membasuh beras dan memasukkan beras ke dalam ketupat. Selepas perut yang dicelur sejuk, aku perlu mengejutkan abang aku bangun tidur dan kerja-kerja memotong perut lembu dan daging lembu ditugaskan kepadanya. Arahan seterusnya untuk aku adalah menyalakan dapur kayu untuk merebus ketupat dan merebus tulang kaki. Memastikan api untuk ketupat dan sup dibawah tanggungjawab aku sehingga 2 makanan tersebut selesai dimasak.

- Selepas zohor, aku perlu menyediakan bahan-bahan membuat popia untuk 100 keping popia yang hendak dihidangkan oleh pasukan takbir malam nanti. Selepas itu, aku perlu ke sungai rambai mengambil tempahan kuih raya dan membeli roti untuk dihidangkan malam nanti.

- Selepas asar, sekitar pukul 5 aku memulakan menggulung popia dengan dibantu oleh 2 org anak buah aku. Seorang membantu mengopek kulit popia dan seorang lagi meletakkan bahan-bahan diatas kulit popia dan aku menggulung popia. Seterusnya, kakak aku akan menggoreng popia tersebut.

- Telah menjadi tradisi keluarga aku, hidangan hari raya dimasak awal dan juadah berbuka hari terakhir berpuasa adalah menu hari raya untuk hari keesokannya.  Senario ini berbeza dengan keluarga orang lain kerana kebanyakkan keluarga memasak hidangan hari raya di awal pagi menjelang aidilfitri. Ketika ini kami dah zzz da...Hehehe...

- Selepas solat magrib, melayan anak-anak buah bermain bungapi dan seterusnya menyediakan cawan minuman untuk pasukan takbir raya. Menunggu pasukan takbir datang ke rumah. Pasukan takbir sampai ke rumah aku pada pukul 11.30 malam. Syahdu mendengar takbir raya. Untuk tahun ke 25 ku beraya tanpa ayah...

- Selepas mengemas semuanya, sekitar 1.30 pagi aku mencari si sayang kuning untuk di ajak tidur bersama.

8 Ogos 2013

- Keenakkan tido akibat keletihan menyediakan juadah raya tidak dapat diteruskan apabila terdengar suara mak memanggil-manggil semua nama anaknya satu persatu untuk bangun menunaikan solat subuh dan mandi sunat aidilfitri. Memang liatlah nak bangun ketika ini. Sebelum mak memangilkan untuk sesi seterusnya, seorang demi seorang ke bilik air membersihkan diri.

- Seperti biasa, sediakan sarapan untuk semua. Setting lauk-pauk raya dan isi kuih raya ke dalam bekas. Mak akan bersarapan dulu sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri. Tugas penting aku ialah memasukkan lauk ke dalam mangkuk tingkat dan menyediakan 2 cerek air untuk mak bawa ke surau selepas sembahyang raya. Surau akan adakan kenduri selepas solat. Jadi setiap keluarga akan membawa makanan masing-masing untuk dinikmati bersama.

- Sesi bermaafan-maafan bermula. Selepas itu, adik-beradik lain akan berkonvoi ke rumah adik-beradik arwah ayah dan yang tinggal kat rumah hanya aku dan mak sahaja.  Mak akan melayan tetamu manakala aku akan sediakan minuman untuk tetamu.  Ketika ini memang penat yang teramat sangat. Keluarga sebelah arwah ayah besar, jadi sesi kunjung mengunjungi memang tidak putus-putus.  Singki tak sempat kering dah basah kembali. Kaki aku sampai injured.

- 5.00 petang, kami bersiap untuk beraya ke rumah abg teh. Berkonvoi la kami sebanyak 12 kereta ke rumahnya. Prinsip abg teh, siapa yang nak duit raya perlu beraya ke rumahnya. Abg teh memang buat open house di hari raya pertama sebelah petang. Mak dan abang tak pergi sebab mak khuatir ada tetamu yang datang. Tugas aku diambil alih oleh abang aku seketika.  Pas makan duduk tepi sungai bersama moon sambil menjadi pemerhati kepada anak buah dan cucu aku supaya mereka tidak bermain sehingga ke jalan raya.

- Selepas balik dari rumah abg teh, perlu mandi dan solat magrib secepat mungkin kerana semua akan balik kampung nenek. Arahan dari mak, 8.30 malam perlu bergerak balik kampung berhari raya.

- Alhamdulillah, nenek masih sihat dan telah berusia 91 tahun. Malam ini, kesemua rumah adik-beradik sebelah mak perlu beraya. Nasib baik rumah mereka dekat-dekat, jadi tidak menjadi masalah untuk kami habiskan 6 buah rumah dalam 1 malam.

- Habis beraya untuk malam ini. Mencari si kuning untuk ajak tido bersama. Kuning dikuaratin seharian kerana tidak mahu berlaku kecederaan padanya kerana aliran keluar dan masuk kenderaan di halaman rumah adalah kerap.

9 Ogos 2013

-Telah masuk raya kedua.  Akibat tidak tahan dengan kesakitan tapak kaki, minta abang aku urutkan. Memang sakitlah dia urut tetapi kena tahan sakit sikit. Lega sedikit kesakitan. Hari ini tidak beraya kemana-mana hanya duduk rumah menunggu kunjungan orang lain. Hehehe...

Inilah sedikit sebanyak perjalanan aidilfitri bagi diri aku dan keluarga...Dapatan duit raya agak memberansangkan tahun ini. Senyum sampai telinga aku.Hehehe...Dapatlah untuk aku gunakan sebagai persiapan sebelum mulanya semester baru. Alhamdulillah... Selagi masih bergelar "pelajar", duit raya masih dpt lg. Bila dah berkerja nnt, tak dapat da...huhuhu....

No comments:

Post a Comment