HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 4 August 2013

Ramadan Semakin Pergi...

Malam ini telah masuk malam ke 27 Ramadan...Bermakna beberapa hari lagi akan munculnya Syawal...Adakah ini Ramadan terakhir utk aku?. Ramadan kali ini benar-benar mengajar aku tentang berkatnya bersabar.  Bersabar dengan apa juga dugaan yang datang. Aku harapkan baki beberapa malam lg untuk solat sunat terawih aku dapat laksanakan dengan baik. In Shaa Allah...Malam ini malam 27 Ramadan. Bagi kami masyarakat kampung mengenalinya sebagai malam melikor. Aku tak pasti tempat lain panggil malam apa. Biasanya, setiap orang yang datang untuk solat terawih akan bawa sepiring kuih untuk dimakan bersama selepas selesai solat terawih nanti. Jadi pada ketika ini jemaah akan hidangkan semua kuih yang ada untuk dimakan bersama-sama.  Membawa kuih bukanlah perkara yang wajib, tak bawa pun tak pe. Mak aku rancang untuk membuat kuih buah melaka untuk juadah berbuka kami dan dibawa ke surau malam nanti.

Bila menjelang hari raya, kesibukkan aku semakin memuncak. Adik-beradik akan mula balik ke kampung bermula Selasa nanti. Aku menanti kepulangan "team kerja keras" utk balik. Kak lang akan ambil tugasan mengemas luar dan dalam, Kak tam akan jadi penyedia bahan masakan dan merangkap tukang masak kedua, aku pulak akan jadi orang yang bertanggungjawab menyediakan peralatan dan bahan memasak, manakala kak enon akan jadi runner bagi semua kerja-kerja yang ada. Bagi kakak-kakak yang lain, mereka dah ada rumah mereka sendiri yang dekat dengan rumah mak, jadi mereka tidak membantu buat persiapan kat umah mak. 2 pelepah daun ketupat yang mak aku dapat tahun nie, maknanya lebih 150 biji perlu dianyam untuk 1 keluarga besar kami. Tahun ini keluarga aku menerima 5 ahli baru dalam keluarga. Kesemuanya pangkat cucu untuk aku. Jadi, jangan lupa tambah angpau yer adik-beradik aku yang lain. Aku masih berstatus pelajar, jadi aku terlepas untuk memberi duit raya dan masih layak mendapat duit raya. Hehehehe....

Selepas raya nanti, banyak perkara yang perlu aku fikirkan dan selesaikan. Yang menghantui fikiran aku sekarang ialah menerima atau menolak perkara penting yang perlu dilaksanakan di TM. Jika aku menerima, bermakna aku perlu balik awal ke TM. Jika aku menolak, aku boleh balik ke TM mengikut jadual cuti yang telah ditetapkan. Tetapi, terlalu banyak yang aku harus fikirkan sebelum menerima dan menolak perkara penting ini. Masih didalam tempoh membuat keputusan. Aku perlu menunaikan hajat beberapa orang yang penting dalam hidup aku sebelum cuti aku berakhir. Kesemua hajat perlu aku laksanakan selepas raya nanti. Masalah bagi aku adalah kesemua hajat yang hendak aku laksanakan bergantung kepada masa mereka. Jika aku balik awak ke TM, pastinya aku tidak dapat melaksanakan kesemua hajat insan-insan yang penting dalam hidup aku. Tetapi, jika aku tidak menerima perkara tersebut, pastinya akan berlaku keterkilanan dalam hidup aku selamanya.  Susah juga untuk membuat keputusan dalam hidup sebenarnya. Tak sanggup aku mengecewakan orang lain dan membiarkan diri aku terkilan. Sangat susah untuk aku membuat keputusan. Aku perlu berfikir lagi...



Akhir sekali, 
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk sesiapa yang membaca blog aku ini. Aku mohon ampun dan maaf seandainya penulisan blog aku ini telah menyinggung hati mana-mana pihak...


No comments:

Post a Comment