HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 31 March 2013

April Fool...

Sekejap sangat masa berlalu...esok dah 1 April..dah masuk bulan ke 4 dalam tahun ini...Seperti kebanyakkan org tahu, 1 April adalah hari april fool....Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, sambutan april fool adalah haram tuk disambut seperti haramnya menyambut hari kekasih...Tetapi rata-rata anak-anak muda masih ada yang menyambut  dgn caranya sendiri.  Secara jujurnya, aku tidak suka orang melakukan april fool terhadap aku dan oleh itu aku juga tidak melakukan terhadap org lain.  Tetapi, sepanjang aku bergelar mahasiswi UPSI nie, ada la sekali aku dikenakan dengan april fool nie oleh kawan baik aku sendiri di semester 1 dulu...  

Hahahaha...Ceritanya begini...
Pada mulanya, bff aku tu ajak aku tuk kenakan salah seorang kawan kami.  Tetapi aku tak setuju sbb aku tak suka kenakan orang utk april fool dan dengan harapan aku juga tidak dikenakan.  Tetapi sebaliknya pula  berlaku...

Ketika tu kami sibuk sangat menjahit baju toile utk final projek sem 1 kami.  Dengan keadaan bengkel menjahit yang sempit dan mesin jahit yang berkurangan, kami terpaksa share 1 mesin jahit dengan beberapa orang.  Ketika tu mmg letih sangat2 dan lambakan keje yang banyak.  Sampai rumah mesti malam.  Letih dan letih...Aku ingat lagi, aku pernah tidur sekejap ditepi mesin jahit sementara tunggu kawan2 selesai guna mesin jahit sebelum aku pulak guna.  Letih yang teramat sangat.  Ketika tu baru belajar menjahit, jadi kena tolong kawan2 yang tak pandai guna mesin jahit.  Ada yang kejenya menetas, dan ada yang kejenye menyambung sahaja. Matlamat utama, baju siap...Jahit tak cantik belakang cerita.  Ketika tu, susah senang aku hanya dengan bff aku.  Sampai kami ke pekan beli kain pun naik teksi pergi dan balik sbb tak nak membazir masa dengan menunggu bas.  

Di sebalik kesibukkan menjahit tu, ketika aku aku ke depan untuk menggosok baju aku.  Aku tinggalkan dia di mesin jahit dan minta dia siapkan kelim di lengan dan bawah bajunya dengan jahitan tangan.  Niat aku ketika tu pas aku gosok baju aku, aku nak perbaiki baju dia yang jahitannya tak lengkap.  Tp bila aku kembali ke mesin jahit kami, aku tengok dia tak de.  Barang2 dalam kotak menjahit aku terbalik dan sedikit berselerak.  Barang2 dia langsung takde.  Bila aku tanya kat kawan2 lain, mana dia...Semua org tak tahu kemana dia pergi.  Bila aku cuba hubungi dia, panggilan tak berjawab dan akhirnya aku dapat SMS yang katanya dia ada kecemasan dan pakwenya datang ambil dan dia pesan kat aku juga jangan lupa solat sbb ketika tu mmg aku belum sembahyang lagi.  Masatu hati aku mmg panas la kn sbb dia nk pergi, x cakap pape pun dgn aku, pastu barang2 aku terbalik tanpa ehsan dia nak kemaskan sedangkan barang2 tu kadang2 pakai bersama dan last sekali aku rasa dia senang jer ada dgn aku dan susah, aku bersendirian....Hati panas...panas dan panas.....



Lepastu, mood menjahit aku mmg takde da...Aku pun kemaslah mesin jahit dan berikan mesin jahit dekat kawan yang memerlukan dan aku nak balik.  Mood dah terbang walaupun niat ketika tu nak selesaikan semua jahitan termasuk jahitan tangan.  Bila aku melangkah aje nak balik, aku ingat yang aku belum solat.  Jadi aku perlu solat dulu kerana khuatir bas lambat dan akan melambatkan lagi solat aku.  Tp sebelum melangkahnya aku masuk ke surau, aku seakan kenal sepasang kasut yang ada kat luar.  Bila aku melangkah masuk, sah bff aku ada kat dalam tu sedang menjahit sambil boleh dia tersengih macam kerang busuk kat aku.  Dengan hati aku yang belum sejuk tu, malas aku membalas senyuman dia dan melencong ke arah lain.  Ketika tu, yang aku nak buat solat dan balik kolej.  Lepas usai solat aku, aku pun nak melangkah ke luar...Ketika itu akau bertembung dengan kawan aku yang lain, dan untuk tidak menampakkan kami sedang bergaduh supaya tidak mahu kawan2 mengata tentang kami yang duduk berasingan, aku takde pilihan lain selain meloncongkan langkah aku ke bff aku...Hahahahaha.....Masa tu la ketawa bff aku terbederai....Geramnya hati aku tengok dia ketawa.  Dia kata april fool...Kurang asam, aku pulak di april fool kan padahal dia tahu aku tak suka april fool...Sabar je la..Kalau tak kerana bertembung dengan kawan lain yang nak solat, pasti aku dah balik tinggalkan dia balik sorang2...Hehehehe....Selamber dia menjawab, "Allah tak bagi kau sentap dengan aku..." Cittt...blh pulak kn...Hahahaha.....Lepastu kami ok kembali, sbgai balasan, dia kena jahitkan baju aku dengan jahitan tangan.  Pengkhususan...Hahahaha....

Kisah tu sampai sekarang aku ingat setiap kali datangnya awal bulan april.  Bff aku yg aku sendiri tak sangka dia mngenakan aku. Ish2...Tp tu jugak jadi kenangan tuk diri aku yang aku ingat sampai hari ini...

Walau macam mana pun, aku tetap tak suka lakukan april fool dan tak nak dikenakan...Hehehe...Aku pernah membaca keratan akbar yang seorang suami melakukan april fool kepada isterinya dengan melafazkan talak 3 kepada isterinya sehingga menyebabkan isterinya menangis dan kemudian suaminya menyatakan dia hanya bergurau sempena april fool.  Selepas itu, si isteri mengatakan bahawa lafaz talak itu jatuh dan ketika itu giliran si suami pulak meraung.  Bukan sikit talak yg jatuh, talak 3 terus.  Kes dirujuk di mahkamah.

Kisah mahkamah lain pulak, 2 org wanita dan mereka kedua2nya bermadu memohon fasakh kerana suami mereka gagal memberikan nafkah setelah sekian lama.  Suami beranggapan ianya april fool sebab kedua2nya memohon pada hari yang sama...Ermm..macam tu pun dia boleh rasa april fool...Dunia2...Hehehehe...

Kat poli dulu pun kawan aku pernah dikenakan di hari april fool...Nnt aku cerita bila aku ada masa...Tp tak janji yer kawan2...Hehehehe...Kesimpulannya, april fool bukan budaya kita...SAY NO TO APRIL FOOL!!!




No comments:

Post a Comment