HANYA AKU...

HANYA AKU...

Saturday 23 March 2013

Pengalaman Baru...Terima Kasih Kawan....

Aku dah lama teringin nak tengok teater secara live.  Dah 2 tahun aku kat UPSI nie, dah banyak kali ada persembahan teater, tak sekalipun aku gi menonton.  Sehinggalah semalam kawan aku, Mek Ika tel, ajak gi tengok teater siri jelajah tradisional : kembara mek mulung "Putera Cahaya Bulan" kat panggung budaya UPSI kampus lama.  Aku gi dengan Mek Ika dan Paey aje. Teruja la aku padahal niat malam tu nak buat tugasan...Hehehehe...Inilah kali pertama aku melangkah masuk dalam panggung budaya. Teater bermula jam 8.30 malam tetapi kami sampai agak lewat 15 minit sebab nk gi beli kudapan dulu konon2 nk makan sambil menonton.  Tetapi tak makan pun sbb tak boleh membawa makanan masuk ke panggung budaya.  

Kami sampai jer, panggung budaya mmg dah penut dgn org dan tetater pun dah mula.  Kami ditunjukkan kerusi yg kosong oleh AJK bertugas malam itu.  "Grand Stand" lagi...kerusi barisan pertama sebelah kanan dari kawasan pementasan...Hehehehe...Lebih dari jelas nie..Hahahaha....

Mula2 aku ingatkan teater PCB nie satu teater yg skema yg diambil jalan ceritanya dari naskah asli sastera melayu.  Rupanya, jalan ceritanya memang tak lari tapi dialongnya telah dimodenkan dengan penggunaan bahasa kedah sepenuhnya dan diversi kelakar...Serius, aku duk gelak jer tengok cerita tu...Panggung budaya sentiasa kedengaran org ketawa. Pembawakan watak memang menarik...Terbaik la...Pengalaman pertama tengok teater sampai aku ketawa keluar air mata...Hehehehe...Ada ceritanya, ada menarinya dan ada nyanyiannya.....Sangat menarik...Penuh panggung budaya sampai ada yang duduk di tangga...Rata-rata pengunjung adalah pelajar UPSI, pensyarah2 dan keluarga serta penduduk sekitar tanjung malim...Para pelakon dan pemuzik terdiri daripada pelajar UPSI dan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


 


Jom, ikut aku tengok beberapa keping gambar yang aku sempat ambil...






 Slide ini berperanan menceritakan perjalanan cerita PCB ini sbb ada penonton terdiri daripada international student.


Watak utama tetater PCB ini ialah Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara


Pemuzik yang mengiringi jalan cerita...Terdiri daripada pelajar UPSI dan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


Babak awang bersama wak nujum


Babak gergasi dan pengikutnya


Watak orang kampung



Ni babak yang paling gamat sekali...Babak 2 org dukun yang menjadi lembut kerana terminum pelembut softlan. Berangan menjadi rozita che wan dan kris dayanti....Hahaha....


Babak akhir - Puteri Nang Mara dapat diselamatkan dari menjadi tawanan gergasi


Part last sekali - memperkenalkan barisan pelakon


Inilah barisan pelakon yang terdiri daripada pelajar UPSI

Persembahan penutup



Terima kasih banyak2 kat Mek Ika dan Paey sebab ajak aku gi tengok teater.  Sebelum nie nak gi tp xde kawan...Dan aku ada 1 temapat penting dalam UPSI yng belum aku pergi...MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL...Satu2nya muzium pendidikan terbesar di Malaysia...Harap ada seseorang yang dapat teman aku eprgi muzium tu sebelum aku melangkah keluar menjadi Alumni UPSI....


2 comments:

  1. akak, mintak share gmbar masa teater tu sikit erk..
    http://www.sararose.my/2013/03/kembara-mek-mulung-putera-cahaya-bulan.html

    ReplyDelete