HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 10 March 2013

Diam Bukan Bermakna Kalah...

Dah hampir sebulan aku memulakan semester baru...Macam2 yg dah aku lalui...Ada yg menggembirakan hati dan ada menguji kesabaran diri...Menegur seorang kenalan dengan cara yg sopan agar kesalahan yg dilakukan dapat diperbetulkan.  Yg ditegur tak melinting, ttp kawan2 yg ditegur mula naik angin...Pada awalnya aku berdiam diri saja sehinggalah kawan2 yg ditegur meng'tag' nama aku dgn kata2 yg kurang enak...Ketika itu, mgkin mereka rasakan yg aku akn melawan...Tetapi aku terus berdiam...Malas melawan kerana jika aku melawan, menunjukkan kekurangan kematangan...Selepas beberapa hari, maka si empunya diri pula yg mula naik hangin. Kata2nya juga kurang enak seperti rakan-rakannya...Mungkin mmg mereka minta utk bertengkar...Sehinggalah nama aku di"tag" secara umum melalui postnya...Nmpknya dia sudah mula main kasar...Tetapi, aku tetap berdiam diri dgn cara aku...Aku hide kan sahaja postnya itu...Mungkin kerana terlalu marah, akhirnya dia memblock aku...Ermmm, aku xde rase pape pun bila ko marah...Sbb aku rase aku bkn memaki hamun kau, aku cuma menegur kau dengan cara yg berhemah sahaja...

Di masa yg lain pulak, menjelang lewat tengah malam...Aku menerima SMS dari seorang rakan yg menuduh aku memfitnahnya...Selepas membaca pesanan tu, kepala mula panas dan kaki mula menggigil...Knp aku difitnah sedemikan sedangkan aku sendiri tidak pernah melakukan apa yg diperkatakan...Cuba mencari si pemberi SMS itu, hajat dihati ingin bertanya knp aku difitnah sebegitu pada perkara yg aku tidak lakukan...Si penghantar mengelak dari memberi keterangan...Kesabaran teruji lagi...Kali ini khidmat nasihat org lain diperlukan...Bff aku kata, perkara yg lepas jgn diungkit...Jgn takut pada kebenaran...Klu aku dipihak yg benar, cepat atau lambat pasti akan temui kebenarannya juga...



Perkara seperti ini bukan pertama kali berlaku dalam diri aku...Pernah berlaku dulu..Perselisihan faham membuatkan aku di"remove" dari senarai rakan2 mereka...Berdiri aku dengan sendirinya ditemani oleh bff setia aku kat UPSI ini, segalanya kami lakukan berdua tanpa ada org lain membantu...Kami tak pedulikan tentang org lain, semuanya kami berdikari sendiri...Secara dasarnya, kami dipulaukan oleh semua rakan2 yg ada...Kami terima...Tetapi, yg benar tetap akan benar...Cuma tempoh masa yg diperlukan...Akhirnya kebenaran terbukti...Mereka meng"add" aku semula..Tetapi, aku perlukan sedikit masa utk menerima mereka semula sebagai kawan...Dan sekarang, kami menjadi baik seperti sediakala...Penerimaan dan kepercayaan dari rakan2 kembali semula...Yg benar tetap benar...

Dan sekarang, aku rasa aku hanya perlu berdiam walaupun telah difitnah sebegini...Jika ada yg ingin membenci, silakanlah kerana aku tahu aku tidak bersalah...Allah sentiasa bersama org2 yg teraniaya dan mendengar doa2 org yg teraniaya...


No comments:

Post a Comment