HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 14 March 2013

Hanya Allah yg tahu hati sucimu...

Sebenarnya, aku dah lama cuba untuk mengabiskan entry ini...Tetapi ada sahaja kekangan yg menyebabkan aku lewat tuk menceritakannya...Tentang hubungan kita dengan makluk Allah yg lain...Untuk pengetahuan semua, aku adalah manusia yg tidak suka pada anjing...Puncanya ialah aku pernah bermimpi digigit anjing.  Dari saat tu, aku sangat2 tidak suka pada anjing...Seolah-olah membenci makluk Tuhan tu setiap kali aku tersempak dgnnya...Sehinggalah pada suatu hari aku terterjumpa 1 akaun facebook tentang sepasang manusia yang sangat kasihkan anjing dan kucing dan mereka berstatus agama Islam...Aku betul-betul kagum dengan semangat mereka untuk menjadi penyelamat kepada ratusan anjing yang kucing yang terbiar... Mereka ialah Pak Mie dan Mak Intan...Sejak dari itu, timbul kesedaran dalam diri aku iaitu rezeki yang Allah berikan kepada kita di muka bumi ini perlu dikongsi dengan sesiapa pun termasuk haiwan apa pun jenisnya...Melihat video mereka di youtube membuatkan aku rasa sebenarnya kita tidak mempunyai jarak diantara orang Islam dan anjing.  Yg berat tentang anjing pada org Islam ialah najisnya dalam kategori najis mughallazah iaitu ia adalah najis yang berat.  Islam tidak sama sekali menyatakan memegang anjing itu haram.  Ianya hanyalah najis berat yang kita perlu menyamakkan diri.  Timbul masalah dalam diri kita ialah kepayahan untuk menyamak najis tersebut.  Tertarik aku mendengar penjelasan Pak Mie tentang samak.  Kata Pak Mie, samak tidak perlu menggunakan air panas...Ianya hanya air tanah yg kita boleh dapat dimana2 dengan sumber yang percuma.  Islam tidak sama sekali memberatkan umatNya tetapi umatNya merasakan ianya berat sehingga kita membina benteng yang besar menjadi penyelamat untuk membela nasib anjing yang terbiar.

Sepasang insan yang sangat suci hatinya membela nasib haiwan terbiar seperti kucing dan anjing...

Ini adalah facebook Pak Mie...


Aku kongsikan beberapa keping gambar Pak Mie bersama insan-insan lain yang turut sama ikhlas membantu Pak Mie untuk mmemastikan makluk Allah ini terus hidup...








Baru-baru ini aku dengar isu Pak Mie diarahkan berpindah dari kawasan tanah kerajaan tempat Pak Mie dirikan tempat perlindungan ini.  Kenapa tergamak kerajaan lakukan begini.  Kemana Pak Mie ingin pergi membawa kesemua makluk Allah yang tidak berdosa ini.  Bkn seekor dua tetapi ratusan ekor.  Kemana hilangnya rasa simpati dalam diri manusia ketika ini.  Haiwan-haiwan ini makluk Allah juga.  Semoga ada pihak yang dapat membantu Pak Mie.  Kesemua simpanan Pak Mie, telah Pak Mie gunakan untuk memberi makanan dan keselesaan kepada mahluk Allah ini...Aku harap, satu hari nanti aku akan sampai juga ke tempat Pak Mie...Melihat keikhlasan 2 insan intimewa ini menyelamatkan kucing dan anjing terbiar.  Berkongsi rezeki bersama mereka.  Rezeki tidak pernah putus, malah bertambah...



Rezeki kita Allah yang berikan..
Bukan kerana majikan..
Bukan kerana Degree atau Diploma yang kita miliki..
Bukan kerana hebatnya perniagaan yang kita usahakan..
Tapi kerana DIA yang mengizinkan..
Oleh itu, bersyukurlah..Dan berkongsilah...




Di TM ini aku telah berkenalan dengan seorang untie yang hatinya juga tulus seperti Pak Mie...Untie juga selalu menolong makluk Allah yang lain terutamanya kucing.  Rumah untie banyak kucing.  Semuanya kucing terbiar yang untie jumpa, rawat, dan berikan makanan dan kasih sayang.  Betul kata mak aku, rezeki kalau kita berkongsi bukan berkurangan tetapi akan sentiasa bertambah...

Untie juga pernah memberi makanan kepada anjing kerana bagi untie, anjing itu juga seperti manusia yang hari-hari perlukan makanan...





Inilah bezanya manusia yang ada belas ehsan terhadap binatang dengan tidak ada langsung belas ehsan...


Di sudut tepi rumah untie, di meja tersebut tempat untie menabur bijiran untuk burung-burung yang terbang dan singgah untuk makan...Mulia sungguh hatinya...

Baru2 ini, birthday untie yang tak tahu yang keberapa...Semoga Allah panjangkan usia Pak Mie, Mak Intan dan Untie untuk terus membela nasib makluk2 Allah yang terbiar kerana tiada sekumit dosa pun yang mereka lakukan kepada manusia dan mereka juga berhak untuk hidup di bumi Allah ini...Aminnn...

No comments:

Post a Comment