HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 31 March 2013

April Fool...

Sekejap sangat masa berlalu...esok dah 1 April..dah masuk bulan ke 4 dalam tahun ini...Seperti kebanyakkan org tahu, 1 April adalah hari april fool....Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, sambutan april fool adalah haram tuk disambut seperti haramnya menyambut hari kekasih...Tetapi rata-rata anak-anak muda masih ada yang menyambut  dgn caranya sendiri.  Secara jujurnya, aku tidak suka orang melakukan april fool terhadap aku dan oleh itu aku juga tidak melakukan terhadap org lain.  Tetapi, sepanjang aku bergelar mahasiswi UPSI nie, ada la sekali aku dikenakan dengan april fool nie oleh kawan baik aku sendiri di semester 1 dulu...  

Hahahaha...Ceritanya begini...
Pada mulanya, bff aku tu ajak aku tuk kenakan salah seorang kawan kami.  Tetapi aku tak setuju sbb aku tak suka kenakan orang utk april fool dan dengan harapan aku juga tidak dikenakan.  Tetapi sebaliknya pula  berlaku...

Ketika tu kami sibuk sangat menjahit baju toile utk final projek sem 1 kami.  Dengan keadaan bengkel menjahit yang sempit dan mesin jahit yang berkurangan, kami terpaksa share 1 mesin jahit dengan beberapa orang.  Ketika tu mmg letih sangat2 dan lambakan keje yang banyak.  Sampai rumah mesti malam.  Letih dan letih...Aku ingat lagi, aku pernah tidur sekejap ditepi mesin jahit sementara tunggu kawan2 selesai guna mesin jahit sebelum aku pulak guna.  Letih yang teramat sangat.  Ketika tu baru belajar menjahit, jadi kena tolong kawan2 yang tak pandai guna mesin jahit.  Ada yang kejenya menetas, dan ada yang kejenye menyambung sahaja. Matlamat utama, baju siap...Jahit tak cantik belakang cerita.  Ketika tu, susah senang aku hanya dengan bff aku.  Sampai kami ke pekan beli kain pun naik teksi pergi dan balik sbb tak nak membazir masa dengan menunggu bas.  

Di sebalik kesibukkan menjahit tu, ketika aku aku ke depan untuk menggosok baju aku.  Aku tinggalkan dia di mesin jahit dan minta dia siapkan kelim di lengan dan bawah bajunya dengan jahitan tangan.  Niat aku ketika tu pas aku gosok baju aku, aku nak perbaiki baju dia yang jahitannya tak lengkap.  Tp bila aku kembali ke mesin jahit kami, aku tengok dia tak de.  Barang2 dalam kotak menjahit aku terbalik dan sedikit berselerak.  Barang2 dia langsung takde.  Bila aku tanya kat kawan2 lain, mana dia...Semua org tak tahu kemana dia pergi.  Bila aku cuba hubungi dia, panggilan tak berjawab dan akhirnya aku dapat SMS yang katanya dia ada kecemasan dan pakwenya datang ambil dan dia pesan kat aku juga jangan lupa solat sbb ketika tu mmg aku belum sembahyang lagi.  Masatu hati aku mmg panas la kn sbb dia nk pergi, x cakap pape pun dgn aku, pastu barang2 aku terbalik tanpa ehsan dia nak kemaskan sedangkan barang2 tu kadang2 pakai bersama dan last sekali aku rasa dia senang jer ada dgn aku dan susah, aku bersendirian....Hati panas...panas dan panas.....



Lepastu, mood menjahit aku mmg takde da...Aku pun kemaslah mesin jahit dan berikan mesin jahit dekat kawan yang memerlukan dan aku nak balik.  Mood dah terbang walaupun niat ketika tu nak selesaikan semua jahitan termasuk jahitan tangan.  Bila aku melangkah aje nak balik, aku ingat yang aku belum solat.  Jadi aku perlu solat dulu kerana khuatir bas lambat dan akan melambatkan lagi solat aku.  Tp sebelum melangkahnya aku masuk ke surau, aku seakan kenal sepasang kasut yang ada kat luar.  Bila aku melangkah masuk, sah bff aku ada kat dalam tu sedang menjahit sambil boleh dia tersengih macam kerang busuk kat aku.  Dengan hati aku yang belum sejuk tu, malas aku membalas senyuman dia dan melencong ke arah lain.  Ketika tu, yang aku nak buat solat dan balik kolej.  Lepas usai solat aku, aku pun nak melangkah ke luar...Ketika itu akau bertembung dengan kawan aku yang lain, dan untuk tidak menampakkan kami sedang bergaduh supaya tidak mahu kawan2 mengata tentang kami yang duduk berasingan, aku takde pilihan lain selain meloncongkan langkah aku ke bff aku...Hahahahaha.....Masa tu la ketawa bff aku terbederai....Geramnya hati aku tengok dia ketawa.  Dia kata april fool...Kurang asam, aku pulak di april fool kan padahal dia tahu aku tak suka april fool...Sabar je la..Kalau tak kerana bertembung dengan kawan lain yang nak solat, pasti aku dah balik tinggalkan dia balik sorang2...Hehehehe....Selamber dia menjawab, "Allah tak bagi kau sentap dengan aku..." Cittt...blh pulak kn...Hahahaha.....Lepastu kami ok kembali, sbgai balasan, dia kena jahitkan baju aku dengan jahitan tangan.  Pengkhususan...Hahahaha....

Kisah tu sampai sekarang aku ingat setiap kali datangnya awal bulan april.  Bff aku yg aku sendiri tak sangka dia mngenakan aku. Ish2...Tp tu jugak jadi kenangan tuk diri aku yang aku ingat sampai hari ini...

Walau macam mana pun, aku tetap tak suka lakukan april fool dan tak nak dikenakan...Hehehe...Aku pernah membaca keratan akbar yang seorang suami melakukan april fool kepada isterinya dengan melafazkan talak 3 kepada isterinya sehingga menyebabkan isterinya menangis dan kemudian suaminya menyatakan dia hanya bergurau sempena april fool.  Selepas itu, si isteri mengatakan bahawa lafaz talak itu jatuh dan ketika itu giliran si suami pulak meraung.  Bukan sikit talak yg jatuh, talak 3 terus.  Kes dirujuk di mahkamah.

Kisah mahkamah lain pulak, 2 org wanita dan mereka kedua2nya bermadu memohon fasakh kerana suami mereka gagal memberikan nafkah setelah sekian lama.  Suami beranggapan ianya april fool sebab kedua2nya memohon pada hari yang sama...Ermm..macam tu pun dia boleh rasa april fool...Dunia2...Hehehehe...

Kat poli dulu pun kawan aku pernah dikenakan di hari april fool...Nnt aku cerita bila aku ada masa...Tp tak janji yer kawan2...Hehehehe...Kesimpulannya, april fool bukan budaya kita...SAY NO TO APRIL FOOL!!!




Saturday 23 March 2013

Pengalaman Baru...Terima Kasih Kawan....

Aku dah lama teringin nak tengok teater secara live.  Dah 2 tahun aku kat UPSI nie, dah banyak kali ada persembahan teater, tak sekalipun aku gi menonton.  Sehinggalah semalam kawan aku, Mek Ika tel, ajak gi tengok teater siri jelajah tradisional : kembara mek mulung "Putera Cahaya Bulan" kat panggung budaya UPSI kampus lama.  Aku gi dengan Mek Ika dan Paey aje. Teruja la aku padahal niat malam tu nak buat tugasan...Hehehehe...Inilah kali pertama aku melangkah masuk dalam panggung budaya. Teater bermula jam 8.30 malam tetapi kami sampai agak lewat 15 minit sebab nk gi beli kudapan dulu konon2 nk makan sambil menonton.  Tetapi tak makan pun sbb tak boleh membawa makanan masuk ke panggung budaya.  

Kami sampai jer, panggung budaya mmg dah penut dgn org dan tetater pun dah mula.  Kami ditunjukkan kerusi yg kosong oleh AJK bertugas malam itu.  "Grand Stand" lagi...kerusi barisan pertama sebelah kanan dari kawasan pementasan...Hehehehe...Lebih dari jelas nie..Hahahaha....

Mula2 aku ingatkan teater PCB nie satu teater yg skema yg diambil jalan ceritanya dari naskah asli sastera melayu.  Rupanya, jalan ceritanya memang tak lari tapi dialongnya telah dimodenkan dengan penggunaan bahasa kedah sepenuhnya dan diversi kelakar...Serius, aku duk gelak jer tengok cerita tu...Panggung budaya sentiasa kedengaran org ketawa. Pembawakan watak memang menarik...Terbaik la...Pengalaman pertama tengok teater sampai aku ketawa keluar air mata...Hehehehe...Ada ceritanya, ada menarinya dan ada nyanyiannya.....Sangat menarik...Penuh panggung budaya sampai ada yang duduk di tangga...Rata-rata pengunjung adalah pelajar UPSI, pensyarah2 dan keluarga serta penduduk sekitar tanjung malim...Para pelakon dan pemuzik terdiri daripada pelajar UPSI dan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


 


Jom, ikut aku tengok beberapa keping gambar yang aku sempat ambil...






 Slide ini berperanan menceritakan perjalanan cerita PCB ini sbb ada penonton terdiri daripada international student.


Watak utama tetater PCB ini ialah Putera Cahaya Bulan dan Puteri Nang Mara


Pemuzik yang mengiringi jalan cerita...Terdiri daripada pelajar UPSI dan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


Babak awang bersama wak nujum


Babak gergasi dan pengikutnya


Watak orang kampung



Ni babak yang paling gamat sekali...Babak 2 org dukun yang menjadi lembut kerana terminum pelembut softlan. Berangan menjadi rozita che wan dan kris dayanti....Hahaha....


Babak akhir - Puteri Nang Mara dapat diselamatkan dari menjadi tawanan gergasi


Part last sekali - memperkenalkan barisan pelakon


Inilah barisan pelakon yang terdiri daripada pelajar UPSI

Persembahan penutup



Terima kasih banyak2 kat Mek Ika dan Paey sebab ajak aku gi tengok teater.  Sebelum nie nak gi tp xde kawan...Dan aku ada 1 temapat penting dalam UPSI yng belum aku pergi...MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL...Satu2nya muzium pendidikan terbesar di Malaysia...Harap ada seseorang yang dapat teman aku eprgi muzium tu sebelum aku melangkah keluar menjadi Alumni UPSI....


Thursday 21 March 2013

Apa lg yg aku mampu...

Sebolehnya aku tak mahu menulis tentang dia disini...Ttp aku xde tempat lain tuk aku luahkan apa yg terbuku dihati...Dah 4 hr kuliah aku lalui dlm minggu nie...4 hr ni jgk la dia x seperti dulu...Melarikan diri dari duduk bersama dgn aku...Aku kah yang bersalah???Lillahitaala...bkn tujuan aku menegurnya kerana ingin masuk campur tentang hal peribadinya, aku menegur kerana aku tak mahu org lain fikir bukan2 tentang dia sedangkan aku sedang berusaha menjadi sepertinya...Tetapi kali nie, dia betul2 marahkan aku.  Bkn aku tak cuba tuk slow talk dgn dia, ttp xde ruang utk aku bercakap dgnnya selain hal2 ilmiah akademik.  Bertanya aku pada diri, adakah aku marah padanya? Jawapan aku, tidak sama sekali. Adakah aku aku berkecil hati dgnnya? Jawapan aku tetap tidak. Dan apa yg aku rasa? Aku terkilan dengannya...Ntah la...Susah tuk faham keadaan sekarang...

Mengimbau apa yg pernah dikatakan dulu, mmg dia sedang berusaha tuk jauhkan dirinya dari aku.  Mungkin skrg adalah masa yg paling tepat tuk dia jauhkan diri dgn aku. Aku terima sbgai tanda hormat aku pada dia.  Kalau ini yang terbaik utk dia, aku terima...Aku dah letih utk terus mencuba krn aku tahu dia tak mahu bg aku peluang lg.  Siapa tak sedih, riang aku biar org lain nmpk, tp sedih aku, aku tak mau org lain tahu...

Knp aku x terus mencuba dan memujuk seperti dulu? Aku sendiri pun tak tahu...Mgkin sbb peningkatan usia agaknya...Aku hanya redha dan berdoa yang terbaik utk kami.  Semakin dia lari dari aku, aku tahu Allah semakin dekat dgn aku.  Byk sgt cerita nk share, tp sbb kami dah x macam dlu...Semua cerita aku lupakan shj. Apa yg terbaik utk dia, biarpun sgt pahit utk aku. Biar aku sndiri yg tanggungnya. Aku serahkan niat aku hanya utk Pencipta terhebat. Mgkin dah berakhir kisah cerita kami disini. Profesional hanya hal2 akademik sahaja.  Selangkah kaki melangkah keluar kelas, kami bukan sesiapa lg. 

Aku hanya perlukan peluang utk bercakap setentang mata dgnnya, tetapi aku langsung tidak diberi peluang bila dia terus memalingkan muka dan berdiam diri. Apa yg mampu aku buat lagi selain berdiam diri. 


Setiap kali menjelangnya hari esok, setiap kali itulah aku harap ada harapan utk kami...Tetapi, setiap kali berakhirnya 1 hari, setiap kali itulah aku senyum sendiri kerana tiada apa2 perubahan utk kami...Cekalkan hati aku Ya Allah melalui hari2 mendatang tanpa teman setia disisi lagi......



Tuesday 19 March 2013

Lawatan...

Hari nie aku dan kawan2 yang ambil subjek VEK 3033 Pengurusan Ternakan gi lawatan ke Ladang Infoternak Sungai Siput, Ipoh Perak...Kat ladang tu ada la beberapa jenis binatang seperti rusa, kambing, burung unta, lembu dan sebagainya...Seronoklah sebab berjalan kan...Hehehe...Lagi2 berjalan2 dengan kawan2 kita...Lagi masyuk kan...Pengalaman baru...Aku paling teruja bila ada kat ladang kambing...Kambing2 yg ada saiznya besar2, tak sama macam yang pernah aku tengok sebelum2 nie...

...................................................................................................................................................................

Beberapa belas tahun yang lepas, jiran aku Top Apak ada bela kambing...Tapi kambing Tok Apak takde lah besar sangat...Selalu aku dengan kawan2 akan petik daun pokok koko dan daun pokok asam jawa tuk bagi kambing Tok Apak makan...Tapi, kitaorang kena bagi nyorok2 sebab kalau Nek Sumia nampak, mesti kitaorang kena marah...Hehehehe...Masa tu zaman sek rendah lagi...Nek Sumia marah sebab takut kambing sakit perut...Bukan tu jer, kitaorang akan pentong pokok asam jawa Tok Apak tuk bagi monyet dia makan asam jawa...Kami campak dari jauh jer...Hahahaha...Yg nie mmg cari pasal la...Kalau Tok Apak nampak mmg kena perambat la...Pokok asam jawa kitaorang pentong sesuka hati..Sepatutnya kena guna galah...Zaman kanak2 kan...Nakal dengan kawan2 mmg semacam....Mak aku dah naik letih marah supaya jangan main kat reban kambing dan monyet Tok Apak sbb takut binatang2 tu terlepas...Umah Tok Apak mmg betul2 sebelah umah aku...Sebelum Tok Apak pindah, dia jual semua kambing2 dan ayamnya..Hanya monyet jer yang Tok Apak bawak pindah gi rumah baru...Top Apak pindah sbb tapak rumah yang Tok Apak sekeluarga tinggal tu, bukan tanahnya...Akhirnya rumah kayu tu jatuh menyembah bumi...Nakal betul aku dulu dengan kawan2...Aku pernah tolak anak jiran dari atas jambatan, terus dia jatuh ke sungai..Dia yang kena marah...Bkn aku jer yg nakal jer, kawan2 aku pun sama...Aku pernah jugak kena tolak masuk sungai...Bila balik rumah, aku pun kena marah dan kena mandi kat bilik air luar rumah sbb badan penuh lumpur sungai...Zaman kanak2 dulu tak sama dengan sekarang...Berbeza sangat2...Rindu zaman itu...

...................................................................................................................................................................

Berbalik ke cerita lawatan ke Ladang Infoternak, hehehehe...dah menyimpang jauh aku...Aku kongsikan beberapa gambar utk tatapan pembaca semua...




Antara burung unta yang ada...Ada lebih kurang 100 lbh ekor kat sana....


Ni telur burung unta...Besar kan...Bersamaan dengan 24 biji telur ayam...Telur2 ini bukan tujuan pengeraman tetapi penjualan telur...Semua dah ditempah...


Jom.....
.
.
.
.
.
.
.

Aku tunjuk beberapa jenis baka kambing yang ada....







Kalau tanya aku jenis baka dan nama saintifik, mmg tak ingatlah....Hehehehe...


Kita tengok anak kambing pulak yer...



Manja dan comel anak2 kambing nie...

Aku ingat lagi kata2 mak aku, manisnya pada seokor kucing adalah misainya dan manisnya pada seekor kambing adalah janggutnya....Hehehehe....


Kesimpulannya, aku happy jalan2 dengan kawan2 hari nie gi melawat ladang....
Semalam x cukup tidur...Kul 2.30 aku bangun dan berjaga sampai kul 4.45 pg...Pastu tidur semula dan kul 6 baru bangun...Parah kalau jiwa kacau...Hehehehe.....


:::Hari nie aku tak marah sesiapa, kecik hati dengan sesiapa pun tidak cuma aku terkilan dengan tingkah laku seseorang, dan tingkah laku itu mengingatkan siapa aku diantara dia dan aku PASTI akan ingat dan berjanji pada diri yang aku akan ingat tindakan itu dan tidak menjadi sepertinya jika satu hari nnt aku berada dalam keadaan senang dan selesa...::::

Sunday 17 March 2013

Muhasabah Diri...

Dalam hidup ini kita susah untuk puaskan hati semua orang...Kadang-kala apa yang kita fikir, belum tentu sama dengan org lain fikir...Kadang-kadang, kita tak terniat lakukan seperti yang orang lain sangkakan sampailah kita akan kata dalam hati, "aku xde niat pun nak wat seperti yg kau kata"...Tp, perisai terbaik selaku seorang hamba Allah di muka bumi ini hanyalah bersabar...Tak rugi kalau kita bersabar...Setiap kali kita mampu menahan kesabaran, ada sesuatu yg akan menunggu kita disana nnt...

Apa yg selalu kita takut atau tak berani lakukan dalam hidup nie???

1-Melakukan perubahan utk diri dan takut berhadapan dgn org lain...
2-Melakukan dgn niat yg baik tetapi dibalas dgn "jgn menyibuk", "jgn campur tangan", "bkn urusan kau"...
3-Melalui perkara yang kita sendiri rasa perit, ttp tidak dimata org lain...

Apa yg penting ialah sejauh mana hati kita berhadapan dgn semua ini.  Kadang-kala mmg pahit tetapi Allah Maha Mengetahui segalanya...Jika apa yg kita niatkan, disalah tafsir oleh org lain...Aku harap ianya tidak menjadi 1 dosa utk org itu...Krn dia tidak tahu...Allah Maha Menilai segala yang tersirat dan tersurat...

Jangan malu untuk meminta apa pun yang kita perlukan pada Allah...Sedangkan iblis yg minta utk hidup sepanjang hayat, Allah perkenankan  permintaannya sedangkan iblis itu adalah hamba Allah yg paling jahat.  Inikan pulak kita manusia...Mintalah bila hati selalu gelisah...Jika dalam sehari kita mampu untuk membuat sedikit perubahan untuk diri sendiri, sungguh besar maknanya dari tidak melalukan apa2...Mungkin mustahil utk kita buat 10 perubahan dalam sehari, tetapi jika kita mampu untuk melakukan 0.1/10 perubahan dalam diri sendiri dari baik kpd lebih baik, kita layak utk ucapkan tahniah untuk diri kita sendiri. 

Setiap kali aku rasa kosong dalam diri, aku suka mendengar keratan ceramah dr Dr Asri Zainal Abidin...Dah banyak kali aku ulang mendengarnya...Tidak sama sekali jemu, malah ada sesuatu di dalam keratan ceramahnya memberi kesan dalam diri aku...Sangat bermakna sebagai pegangan dalam hidup...






Sekadar mengingatkan diri sendiri....

Dalam kehidupan ini, kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia...Pelbagai jenis dan sikapnya....Jadi, jgn sesekali membenci...Jangan biarkan hati menjadi hitam...Hatta tak bertegur sapa, bukan bermakna dalam hati membenci...Kerana ada kebaikan disebalik satu kesalahan yang org itu pernah lakukan dalam diri kita...




Hidup bukan untuk menongkat langit dgn perbuatan dan juga kata2....
Sesekali pandanglah kebelakang untuk melihat jalan-jalan yang pernah dilalui walaupun tika dan saat ini kita telah berdiri dan berjalan dengan selesa sekali...

Redha Allah akan datang sekiranya kita : 

1- Berbuat baik dengan kedua ibubapa dan
2- Menjaga hubungan sesama manusia





Aku berkata kerana aku tidak mahu ada orang lain yang akan mengata kamu di belakang dengan umpatan yang tidak sepatutnya....

"suka hti aku la~~ko xtau pape jd xlayak masuk cmpur...sedar skit siapa dri kamu~~"

Layak atau tak layak? Sedar diri atau tidak?
Niat yang baik, jika disalah ertikan...Balaslah dengan senyuman kepuasan...Jangan simpan dalam hati...









Friday 15 March 2013

Tersirat 1000 Makna...

Hari ini berlaku 2 pkr yg berbeza dalam catatan kehidupan aku.  Entah knp kesabaran hari ini begitu rapuh utk dipertahankan...Jeritan terhambur melepaskan rasa marah...Seolah-olah ledakan gunung berapi tercetus tanpa dapat ditahan...Ketika itu syaitan melonjak kegembiraan...Aku tewas dgn pegangan diri sendiri...


:::Knp aku tergamak utk nyatakan yg "aku tak redha"?...Sedaya mungkin aku cuba menjaga hubungan sesama manusia, ttp hati tidak boleh menipu ttg apa yg aku rasa:::

Saat itu, aku yakin hanya ada 1 pkr yg boleh mengembalikan aku menjadi sediakala...ALLAH...
Allah sentiasa ada utk aku luahkan segala yang terpendam dihati...Kulepaskan segalanya...Subhanallah...Sekelip mata diri rasa begitu lega...Aku tidak sepatutnya membiarkan kesabaran itu menjadi kemarahan...

:::Jgn kau sekat perjalanan dia ke akhirat krn aku Ya Allah, pulihkan hati ini agar "dia" tiada hutang dgn aku disana:::

Aku pinta agar Allah berikan aku bahagia disaat aku tak mampu menahan kesabaran yg nipis...Aku menemui mereka. "Mereka" berikan aku kegembiraan. Berada diantara mereka membuatkan aku rasa tenang sekali.  Walaupun mereka tak tahu apa yang berlaku, mereka mampu mengubat hati yang duka.  Terima kasih...Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan mereka didalam diri aku walaupun seketika cuma... :-)











Thursday 14 March 2013

Hanya Allah yg tahu hati sucimu...

Sebenarnya, aku dah lama cuba untuk mengabiskan entry ini...Tetapi ada sahaja kekangan yg menyebabkan aku lewat tuk menceritakannya...Tentang hubungan kita dengan makluk Allah yg lain...Untuk pengetahuan semua, aku adalah manusia yg tidak suka pada anjing...Puncanya ialah aku pernah bermimpi digigit anjing.  Dari saat tu, aku sangat2 tidak suka pada anjing...Seolah-olah membenci makluk Tuhan tu setiap kali aku tersempak dgnnya...Sehinggalah pada suatu hari aku terterjumpa 1 akaun facebook tentang sepasang manusia yang sangat kasihkan anjing dan kucing dan mereka berstatus agama Islam...Aku betul-betul kagum dengan semangat mereka untuk menjadi penyelamat kepada ratusan anjing yang kucing yang terbiar... Mereka ialah Pak Mie dan Mak Intan...Sejak dari itu, timbul kesedaran dalam diri aku iaitu rezeki yang Allah berikan kepada kita di muka bumi ini perlu dikongsi dengan sesiapa pun termasuk haiwan apa pun jenisnya...Melihat video mereka di youtube membuatkan aku rasa sebenarnya kita tidak mempunyai jarak diantara orang Islam dan anjing.  Yg berat tentang anjing pada org Islam ialah najisnya dalam kategori najis mughallazah iaitu ia adalah najis yang berat.  Islam tidak sama sekali menyatakan memegang anjing itu haram.  Ianya hanyalah najis berat yang kita perlu menyamakkan diri.  Timbul masalah dalam diri kita ialah kepayahan untuk menyamak najis tersebut.  Tertarik aku mendengar penjelasan Pak Mie tentang samak.  Kata Pak Mie, samak tidak perlu menggunakan air panas...Ianya hanya air tanah yg kita boleh dapat dimana2 dengan sumber yang percuma.  Islam tidak sama sekali memberatkan umatNya tetapi umatNya merasakan ianya berat sehingga kita membina benteng yang besar menjadi penyelamat untuk membela nasib anjing yang terbiar.

Sepasang insan yang sangat suci hatinya membela nasib haiwan terbiar seperti kucing dan anjing...

Ini adalah facebook Pak Mie...


Aku kongsikan beberapa keping gambar Pak Mie bersama insan-insan lain yang turut sama ikhlas membantu Pak Mie untuk mmemastikan makluk Allah ini terus hidup...








Baru-baru ini aku dengar isu Pak Mie diarahkan berpindah dari kawasan tanah kerajaan tempat Pak Mie dirikan tempat perlindungan ini.  Kenapa tergamak kerajaan lakukan begini.  Kemana Pak Mie ingin pergi membawa kesemua makluk Allah yang tidak berdosa ini.  Bkn seekor dua tetapi ratusan ekor.  Kemana hilangnya rasa simpati dalam diri manusia ketika ini.  Haiwan-haiwan ini makluk Allah juga.  Semoga ada pihak yang dapat membantu Pak Mie.  Kesemua simpanan Pak Mie, telah Pak Mie gunakan untuk memberi makanan dan keselesaan kepada mahluk Allah ini...Aku harap, satu hari nanti aku akan sampai juga ke tempat Pak Mie...Melihat keikhlasan 2 insan intimewa ini menyelamatkan kucing dan anjing terbiar.  Berkongsi rezeki bersama mereka.  Rezeki tidak pernah putus, malah bertambah...



Rezeki kita Allah yang berikan..
Bukan kerana majikan..
Bukan kerana Degree atau Diploma yang kita miliki..
Bukan kerana hebatnya perniagaan yang kita usahakan..
Tapi kerana DIA yang mengizinkan..
Oleh itu, bersyukurlah..Dan berkongsilah...




Di TM ini aku telah berkenalan dengan seorang untie yang hatinya juga tulus seperti Pak Mie...Untie juga selalu menolong makluk Allah yang lain terutamanya kucing.  Rumah untie banyak kucing.  Semuanya kucing terbiar yang untie jumpa, rawat, dan berikan makanan dan kasih sayang.  Betul kata mak aku, rezeki kalau kita berkongsi bukan berkurangan tetapi akan sentiasa bertambah...

Untie juga pernah memberi makanan kepada anjing kerana bagi untie, anjing itu juga seperti manusia yang hari-hari perlukan makanan...





Inilah bezanya manusia yang ada belas ehsan terhadap binatang dengan tidak ada langsung belas ehsan...


Di sudut tepi rumah untie, di meja tersebut tempat untie menabur bijiran untuk burung-burung yang terbang dan singgah untuk makan...Mulia sungguh hatinya...

Baru2 ini, birthday untie yang tak tahu yang keberapa...Semoga Allah panjangkan usia Pak Mie, Mak Intan dan Untie untuk terus membela nasib makluk2 Allah yang terbiar kerana tiada sekumit dosa pun yang mereka lakukan kepada manusia dan mereka juga berhak untuk hidup di bumi Allah ini...Aminnn...