HANYA AKU...

HANYA AKU...

Monday 29 December 2014

Lihatlah Dengan Mata Hati...

Dalam dunia nie, pasti kita akan jumpa orang yang memandang pada gelaran atau pangkat. Melihat luaran tanpa mengetahui siapa mereka di sebaliknya. Apa yang bakal aku cerita nie takde kena mengena dengan apa yang baru aku melalut nie. Hehehehe…Saje nak buat penyedap ayat. Ceewahhh…Kali nie aku nak bercerita pengalaman ketika aku bekerja di pasar dulu. Pasar sayur. Pasar mana yang tidak mempunyai bau yang tak menyenangkan kan. Hakikatnya pasar ada baunya tersendiri. Mula-mula baru bekerja dulu mmg kerap sangat diri nie nak meludah, tapi lama-kelamaan, hidung aku dah lali dengan bau pasar. Kat pasarlah aku dapat lihat pelbagai jenis manusia. Mengenali dan menyelami kehidupan orang lain. Belajar berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kat pasar kita belajar aku mengenali hati budi manusia.

Setiap pagi akan ada seorang pak cik yang akan memberi makan ikan segar kat semua kucing yang ada kat pasar tu. Lingkungan usia pak cik nie mungkin dah 75++. Kurus dan rendah sahaja. Nampak dah tulang selangka pak cik nie sebab dia pakai baju jarang dia butangkan. Setiap pagi seawal 6.30 pagi pak cik akan kayuh basikalnya ke pasar. Bila kucing-kucing nampak dia, semua dah ready tuk terima habuan masing-masing. Pak cik nie akan masuk ke pasar beli ikan-ikan yang sederhana kecil saiznya. Kadang-kadang kembung, kadang-kadang selar. Jadi uncle yang jual ikan pun dah tahu yang pak cik nie akan beli ikan untuk kucing. Jadi lepas timbang uncle ikan akan potong dua semua ikan-ikan tu. Kalau besar akan potong tiga. Lepas tu, pak cik tu akan pergi ke tepi pasar. Kat satu kawasan yang lapang tu telah menunggu puluhan ekor kucing di sana. Memang banyak kucing. Kadang-kadang aku pun tak pasti mana kucing-kucing tu datang sebab bila waktu pagi barulah nampak semua kucing yang ada. Masing-masing akan terima ikan segar dari pak cik tu. Selalu dengar pak cik tu cakap, “jangan berebut, semua dapat”. Ada yang makan di situ dan ada akan bawa ke tempat lain. Bukan setakat di tepi pasar pak cik tu bagi, terus ke tepi jalan utama pak cik akan cari kucing tuk bagi makan. Patut le kucing-kucing kat pasar tu semakin banyak dan tak mahu berhijrah, sebabnya ada yang jaga makan minum mereka. Pernah 1 pagi nie, hujan turun lebat sangat. Pak cik tetap ke pasar dengan basikal usang dia dan baju hujan. Lepas beli ikan dia bagi kucing-kucing makan dalam pasar. Esoknya, pak cik tu kena tegur dengan seseorang nie supaya jangan bagi kucing makan dalam pasar sebab takut kucing buang najis dalam pasar. Ringkas jawapan pak cik tu, “semalam hujan lebat, tak kan aku nak bagi kucing makan dalam hujan”. Aku rasa pak cik nie dah bagi kucing makan mungkin dah beberapa tahun. Itulah rutinya.Tidak pernah tertinggal walau sehari untuk beri si bulus makan. Pernah aku ceritakan pada mak, mak kata murah rezekinya. Kucing juga akan mendoakan kita. Lihat pada usia pak cik tu, dia masih kuat mengayuh basikal ke pasar. Lihat, mungkin kucing-kucing doakan pak cik tu panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik supaya pak cik tu boleh beri mereka makan ikan hari-hari tanpa perlu mencuri ikan dalam pasar. Pernah aku jumpa pak cik tu di sebuah kedai untuk ketika aku hendak membeli sarapan pagi. Ramai yang mahu belanja pak cik tu sarapan. Tetapi dia selalu mengelak sebab katanya tak mahu minum air manis banyak sangat. Aku harap, pak cik ni akan terus diberikan kesihatan yang baik supaya kucing-kucing di pasar terjaga makan mereka.

Kucing-kucing di pasar selalunya datang dari hasil orang yang “membuang” kucing ke pasar. Mungkin mentaliti manusia akan bersangka jika dibuang di pasar akan mudah untuk kucing-kucing tersebut dapat makanan. Pernah suatu pagi ketika aku datang ke pasar, aku lihat ada 4 ekor anak kucing yang cantik-cantik bulunya. Bersih. Barangkali ada yang membuangnya malamnya. Aku biarkan saja adik-beradik kucing tu bermain dekat bangku tempat aku berniaga. Bos pun tak bising, jadi aku pun tak alihkan mereka semua. Lagipun dia tak mengganggu laluan orang ramai. Pernah aje berlaku anak kucing mati di pijak dek kerana pelanggan pasar tak perasankan kucing di lantai. Menjerit kuat kucing tersebut tak berapa lama mati keras di lantai. Ishhh…Aku cukup tak berkenan orang jalan tak mahu tengok keadaan sekitar. Pada hari yang sama kehadiran 4 beradik kucing tersebut, ada sepasang adik-beradik yang datang membeli sayur di kedai aku. Tak lama selepas adik-beradik tu beredar, dia datang sekali lagi untuk bermain-main dengan kucing. Jadi si kakak berkatalah pada bos aku, “boleh saya ambil kucing ni?". Bos aku pun jawab, “ambillah…abg bg free je..baru sampai ni. Semalam tak de”…hahaha…jadi si kakak ambil semua ank kucing tu dan bawa ke motor. Di motor si adik dah sedia dengan kotaknya. Rasanya ketika beli sayur tadi mereka dah usha kucing-kucing tu. Balik rumah hantar sayur dan ambil kotak. Sekarang 4 ekor anak kucing dah ada tuan barunya. Percayalah, ada rezeki yang Allah kirimkan bila kita membela makluk lain.

Kisah yang lain pula bila ada seekor ibu kucing yang telah sarat mengandung datang ke pasar. Hari-hari pasti ada yang berhenti di suatu sudut tempat ibu itu berehat dan berbual-bual dengannya. Biasanya, orang-orang yang datang ke pasar adalah regular customer. Jadi, dia akan buat perkara yang sama bila ke pasar. Jadi, orang yang sama juga akan tanya khabar ibu kucing tersebut sampailah kucing tu selamat lahirkan anak. Bila ibu kucing tu dah melahirkan, memang garanglah dia. Tak bagi orang sentuh anak-anak dia. Aku nak rapat pun selalu dia marah. Tapi kalau dengan anak buah aku, dia OK je. Jadi, anak buah aku selalu betulkan tempat tinggal dia. Tukarkan kotak baru. Letakkan pada kawasan yang tidak kena air dan tidak terlalu sejuk. Sampai anaknya dah cerdik dia tetap menjadi penghuni pasar yang setia. Kiranya pak cik dan mak cik yang selalu singgah jengguk kucing tu dah ada cucu lah…Hehehehe…Cucu kucing.

Tak mustahil kalau kita sayangkan binatang, sampai mati binatang tu akan kasih pada kita. Macam cerita dalam FB tu, sampai tuannya dah ke liang lahad si bulus masih setia menanti di pusara. Mak aku tak de akaun FB, aku tunjukkan cerita itu pada mak aku, terharu mak aku. Peluk cium dia dengan mimi. Kucing kesayangan bila ketiadaan aku.

Aku sangat-sangat respect pada mana-mana hamba Allah yang selamatkan binatang-binatang ketika musim banjir. Mereka juga mahu hidup seperti manusia. Mereka juga perlu diselamatkan. Semoga Allah sahaja membalas segala-galanya usaha mereka itu. Setiap amalan kita walaupun kecil Allah akan hisab.




Sunday 28 December 2014

Sudah Hampir Ke Penghujungnya...

26 Disember 2014...Genap 4 tahun aku menjadi mahasiswi UPSI. Macam tak percaya pulak. Cepat masa berlalu dan sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah...
Beberapa hari lagi yang masih berbaki untuk aku menetap di Tg Malim ini. Bumi limpahan ilmu yang sangat luas. Banyak sangat kenangan. Baik manis mahupun pahit. Kalau nak diceritakan, pastinya panjang sirinya. Hehehehe...Tetiba rasa sayu lak nak tinggalkan TM nie. Tinggalkan segala yang pernah berjuang bersama aku. Kembali kepangkuan keluarga semuanya. Pejam mata dan ingatkan kembali zaman berliku meniti perjalanan sebagai pelajar membuatkan diri rasa teramat bersyukur. Ya Allah, telah banyak kesusahan dan kesukaran yang telah Engkau keluarkan sedikit demi sedikit dan akhirnya rasa kepuasan yang tinggal sebagai saksi senyuman yang terukir.

Masih ada amanah dan tanggungjawab yang masih belum dilaksanakan. Menunggu pengesahan FYP untuk dijilid dan perlu untuk melakukan sebaik mungkin untuk 3 paper yang perlu dijawab untuk semester ini. Walaupun aku diantara yang telah bersedia untuk membayar segala hutang belajar yang jumlahnya puluhan ribu, itu sama sekali tidak pernah aku kesalkan. Hutang perlu dibayar. Allah dah set from the top segala-galanya tentang kehidupan kita. 

Banyak yang aku mahu ceritakan tetapi segalanya perlukan masa untuk aku coretkan. Tak sabar nak habiskan belajar. Nak balik kampung jaga mak yang semakin tidak sihat. Nak bekerja dan lalui kehidupan bukan sebagai seorang pelajar lagi. Jadi, sekarang perlu study tuk final. In Shaa Allah, semester ini akan dihabiskan dengan baik. "Graduate on time tanpa hasad". Amiin...

Tuesday 4 November 2014

AKU RINDU...

Aku rindu...Ya...Aku teramat merindui kampung...Aku rindu mak sebenarnya...Sampai tahap jantung bergetar tak keruan bila aku betul2 merasa rindu. Komitmen dan tugas yang terlalu banyak tika dan ketika ini tak mampu memaksa aku melangkah pulang untuk menatap sesusuk tubuh yang teramat aku rindui. Merindui suaranya, merindui menatap wajah yang sentiasa tenang walaupun menyimpan 1001 kesusahan dan kepayahan sepanjang usianya. Aku rindu air tangannya meskipun hanya masakan biasa. Ya Allah, sungguh...sungguh aku rindu akan bonda tercinta. Kuatkan aku melalui kehidupan dari kejauhan dan kerinduan yang tidak pernah berbelah bagi ini. Syukur...syurkur yang teramat sangat kerana Kau masih anugerahkan aku syurga dunia tidak ternilai ini. Ya Allah, berikan kesihatan yang baik buat bondaku dan panjangkan usianya untuk terus istiqamah menjadi hambaMU...

Monday 6 October 2014

Balik Raya Ler Kita...

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca blog aku nie..Masih dalam mood raya haji aku dah melangkah balik ke TM...Bak kata admin UAD, "Berat beg yang dipikul..berat laki kaki nak melangkah keluar dari rumah...Berat lagi otak memikirkan assingment berlambak.." Jadilah dapat balik sekejap daripada kawan-kawan yang tak balik langsung sebab cuti yang singkat.  

Aku balik ke kampung hari Khamis jam 2.15 petang. Actually aku dah beli tiket balik ke kampung awal-awal lagi. Cadangnya nak balik Jumaat petang sebab nak jumpa lecture tesis dulu. Dek kerana banyak benda tak siap lagi. Maka, aku pun berkira-kira nak balik Khamis atau Jumaat. Atas pagar aku menemui jalan keluar bila pada hari Rabu abang aku telefon yang dia nak ke KL ada urusan dan jika aku balik Khamis dia akan ke TM untuk ambil aku.  Ini sudah bagus, aku tak perlu bersusah payah ke pekan---Pudu---TBS---Muar. Jadi aku setuju dia ambil aku dan burnkan sahaja tiket Jumaat tu. Aku habis kelas hari Khamis pukul 1.20 petang. Terlajak lagi lecture aku kali nie. Topik best lak tu, tu yang tak kisah walaupun masa dah lebih. Aku ingat dia lambat lagi nak ambil aku. Sebab aku bagitahu aku habis kelas pukul 2 petang. Tut2 pukul 2 dia mesej, "cepat turun, aku dah panas"...Terkocoh-kacah aku simpan laptop. Cepat pulak datangnya. Sampai bawah, aku ajak dia makan dulu tapi dia kata lauk tak sedap. Makan di RnR. Suka hati kau lah bang, aku dah makan. Hehehehe..Jadi, akulah yang drive kereta balik ke Melaka.

Borak punya borak pasal isu harga minyak, tut2 aku tengok dia dah tidur. Aku layan radio ajelah. Sampai RnR Dengkil aku berhenti. Baru abang aku terjaga dan aku ajak dia makan. Kesian lak dia tak makan. Lepas makan, dia solat sekejap pastu kami terus balik. Mujur tak jem kat Seremban. Kalau tak, ngantuk nanti. 

Sampai Merlimau, aku singgah beli cendawan dan pisang goreng. Boleh santai minum petang dengan mak dan family. Baru rare. Ramai kanak-kanak sedang main kat halaman rumah mak. Ajak diaorang makan sekali. Jadilah pendengar cerita budak-budak sekejap. Sorang cerita nak pergi camping, sorang cete pengalaman pergi taman buaya, sorang cerita mandi kolam, dan cerita yang macam-macam. 

Malamnya bos pasar roger ajak kerja hari mantai. Mulanya macam malas nak kerja, tapi bak kata mak kalau duk rumah mana nak dapat duit. Buat taik mata je nanti. Jadi aku bgth lah kat bos esok aku datang keje. 

Oleh kerana raya haji jatuh hari Ahad, jadi orang dah mula membeli keperluan memasak 2 hari sebelum raya. Orang panggil hari mantai. Oleh kerana aku bekerja disempadan Johor, dan Johor cuti pada hari Jumaat jadi orang pun agak ramai jugaklah yang datang ke pasar. Dapatlah jumpa kawan-kawan lama tapi tak dapat berborak panjang sebab masing-masing sibuk dengan kedai masing-masing. 

Sebelum balik Melaka lagi tapak kaki dah sakit. Bila bangun tidur, nak mula pijak lantai dah sakit. Bila berkerja berdiri, dia punya sakit Allah sahaja lah yang tahu. Tepat pukul 11, bos dah suruh aku balik tapi masatu kedai tak tutup lagi. Aku sempat pesan bos, bungkus barang-barang "hot item" tuk hari kemuncak mantai. Pada awalnya bos aku kata tak payah buat, tapi aku mintak bos aku buat jugak sebab pengalaman berkerja hari mantai raya puasa dulu memang memenatkan sampai aku kena marah dengan customer. Tak pe, tu semua pengalaman. Janji aku dapat gaji. Sempat bos pesan, "esok datang awal". Hehehe...

Balik rumah, bawak mak pergi Merlimau pulak berlanja barang dapur raya. Balik tu, merayu-rayu kat abang aku suruh urutkan kaki. Dah tak tahan nak memijak. Abang aku balik sembahyang Jumaat, dia urutkan. Gigit bantallah aku tahan sakit. Lega lepas dah urut. Hilang sakit. Terima kasih abang sayang. Membebel-bebellah dia sebab dia dah lambat nak pergi kerja, nak kena urut aku dulu. Hehehehe...

...................................................................................................................................................................

Hujan turun punyalah lebat di hari Sabtu iaitu hari mantai. Awal-awal abang aku dah pesan supaya jangan bawak kereta sebab dia nak pergi kerja awal. Nak tak nak, aku kena naik motor tumpang anak buah. 6.30 paling lewat sepatutnya kami kena sampai pasar. Tapi 6.45 hujan teduh sikit, kami redah je ke pasar. Dalam 10 minit jarak rumah ke pasar. Sejuk sampai tulang aku rasa. Mujur orang belum ramai. Mungkin sebab hujan. Abg Omar dah mula mesin kelapa. Abg Omar mmg bos aku import khas bila hari kemuncak mantai. Kejenya mesin kelapa sahaja. Belah dan timbang akan dibuat oleh orang lain. Untuk kedai bos aku aje ada 7 orang pekerja termasuk bos aku. Lega bila Faiz ada datang kerja. Faiz ni anak buah bos aku. Baru tingkatan 4. Dia selalu ada kat kaunter utama dengan aku. Cekap bab-bab kira. Bos bukak 2 kaunter. 1 lagi kaunter di jaga oleh anak buah aku dan isteri bos. Bos aku uruskan barang-barang yang orang order dan kedai-kedai runcit persendirian order. Muiz, anak buah bos aku jugak, form 3 akan jadi runner top up barang yang kurang, tolong belah kelapa dan wat pembungkusan yang kurang. So, semua dah ada part masing-masing. Kedatangan pelanggan macam arus air, kadang-kadang bile kena serbu tak menang tangan. Yang pastinya kemuncak hari mantai ni memang tak sempat nak duduk. Semua kedai sibuk. 

Kerja bertemu orang nie memang seronok. Yang buat aku rasa seronok sebab aku dapat pegang duit banyak walaupun bukan duit aku, duit bos. Heheheh....Hari mantai, drawer penuh dengan duit nilai besar semuanya. Orang-orang beli dengan kuantiti yang banyak. Dalam kepala memang dah hafal harga. Maka lagi cepatlah tangan aku menimbang dan mengira harga barang. Bayangkan kalau seorang customer guna lebih dari 2 bakul, kenalah cekap nak susun barang dalam plastik. Keje kena pantas. Bila raya, barang hot item macam tempe, tahu putih, halia, serai,kacang panjang, kelapa parut, kerisik, taugeh, mee kuning dan lain2 kena sediakan banyak. Bila duduk dengan komuniti jawa, tempe memang laju beserta kacang panjang. Bos aku 2 kali keluar ambil bekalan. Tempe 500++ habis sebelum pukul 10. Tahu putih bertong-tong habis. Bos kata dalam 400++ keping. Kelapa 120++ biji pun langsai. Orang-orang yang datang tak sempat nk bercakap panjang. Cukup sekadar, "terima kasih, saya jual"...Tut2 ada seseorang yang telah mengur dengan "hai"...Sampai orang penting depan mata pun aku tak perasan. Sibuk sangat. Bakal mak mertua rupanya. "Pantang cuti, buat part-time"...Hehehe...Rasa tak sedap pulak bila tak salam bakal mak mertua, tinggalkan kaunter sekejap pi salam. Tapi tak sempat borak lama. Orang tengah ramai. Pesanan ringkas, "esok datang rumah, ada buah tangan nak bagi"...

Bila barang habis, badan penat pun tak rasa. Tebal jer duit aku pegang. Bos lak senyum sampai telinga barang habis. Bos suruh balik pukul 12. Bos kemas dengan anak-anak buah dia. Bos pun hulur duit gaji. Aku senyum pastu terus balik. Betul cakap mak, duk umah mana nak dapat duit. 

Sampai rumah, mak tengah isi beras dalam ketupat. Okey, tiba masa tuk tolong mak pulak. Raya tahun nie tak de anak-anak jauh yang balik kecuali kak lang yang akan balik di hari raya lepas solat aidiladha. 

Solat Aidiladha tahun ni hanya aku, mak dan abang sahaja. Yang lain tak de yg balik. Usai solat, mak kata cuaca tak berapa elok. Macam nak hujan. Tak perlulah singgah kubur. Kami terus ke rumah pak long sebab dengar pak long tak sihat. Nampak keuzuran pak long. Borak-borak kejap dan makan sekejap, mak dah ajak balik sebab takut kalau-kalau ada yang datang beraya.  Ada jugak yang datang. Anak-anak yang dekat, anak-nak jiran dan saudara mak dari negeri 9.

Oleh kerana tak datang beraya ke rumah bakal mertua, aku kena jugak singgah sekejap sebelum balik TM. Bakal mertua dah sediakan buah tangan untuk bawak balik TM. 

Bila nama hari perayaan, jalan raya memang sesak dengan kereta. Jem dari simpang ampat ke senawang. Tak pe, aku tak mengejar masa. Bawalah dengan selamat aku mau zzzzz...Sedaplah aku layan mata. Sampai pudu, bas tak mahu masuk sebab jem dengan bas-bas lain. Aduh, kena jalan kaki masuk pudu nampaknya. Tiket SKS KL ada pukul 6 petang sahaja, aku pindah ke kaunter KL-TM, nasib baik ada pukul 2.30. Jadi takdelah lama sangat aku tunggu. Setengah jam je. Sampai TM terus ambil teksi untuk ke rumah sewa. Kawan-kawan sampai malam sebab mereka sedang berperang dengan jem yang teruk. 

Mood raya yang masih ada....



Tuesday 30 September 2014

Respect...

Dah lama aku mahu bercerita tentang ini, hari ini aku rasa aku ada kerajinan sedikit untuk menaip dan mengingati semula apa yang telah berlaku. Dialog ini berlaku pada 1 ketika dulu antara aku dan seorang rakan sekelas...

Member          :    Kenapa yerk, dulu masa sem 1 semua budak2 kelas kita xde pun transport sendiri.   Kalau ada 1, 2 kete jer. Blh je kita nk berkumpul atau pergi mana-mana ramai2..Knp sekarang dah x blh?.
Aku                 :    Respect

Hanya 1 jawapan jer yang aku berikan pada dia iaitu "respect". Knp respect. Apabila hilangnya respect antara satu sama lainlah yang menjadikan kami sekelas semakin renggang dan berpuak-puak. Bukan yang tua minta dihormati, bukan yang muda harus ditegah segala pendapat, bukan tidak boleh mengatakan "tidak", bukan semua perkara perlu kata "ya" dan segalanya...

Setiap orang berhak melakukan atau melontarkan apa yang mereka mahu. Umur-umur kami dalam kelas pun bukan jauh beza. Ada sebaya, ada tua atau muda 2 3 tahun. Secara purata kami semua masih muda dan nampak sama. 

Apabila rasa hormat-menghormati pendapat orang lain semakin pudar, maka rasa hormat terhadap individu juga pudar. Di depan nampak biasa tetapi di belakang kebanyakkan lebih suka memerhati, menjadi pembaca yang diam dan segala pendapatan tidak diendahkan malah ada yang lebih suka mengamalkan sikap malas ambil tahu. Ikatan kekeluargaan sebagai anak perantau semakin tidak memberi apa-apa makna di dalam diri. 

Berbaki 3 bulan lebih sebelum kami boleh melanggah gah meninggalkan bumi mualim ini sebagai pelajar yang berjaya "graduated on time", masihkan ada ruang untuk kami kembalikan kepercayaan, rasa hormat dan keakraban dulu sedangkan dihati masing-masing bersarang rasa tidak puas hati yang tiada kesudahan. Ntahlah, aku sendiri tiada jawapan sama ada masih ada kesempatan atau hakiki masa bersisa ini hanya layak di isi dengan pergi kuliah dan balik ke rumah sebagai rutinnya tanpa pengisian apa-apa yang boleh kita jadikan kenangan untuk diceritakan pengalaman kehidupan sebagai mahasiswa kepada generasi akan datang.

Di sini aku bibitkan lirik lagu yang menggambarkan kami tika dan saat ini,

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Kawan-kawan semua, kita dah tak punya banyak masa lagi tuk lakukan sesuatu sehingga kita mampu untuk "berreunion" 1 hari nanti bersama keluarga yang telah kita bina atau kita akan memadam satu persatu nama dalam ingatan kita tanpa meninggalkan apa-apa.












Monday 22 September 2014

Trip To Sabah

Dialog di suatu petang :

Aku : Kau pernah naik kapal terbang?
Farikha : Tak pernah. Kau?
Aku : Aku pun tak pernah. Hahaha... Hafiz?
Farikha : Hafiz pun tak pernah
Aku : 3 batak nak naik kapal terbang.
Kami : Hahahahaha...
Aku : Kau pernah pergi Putrajaya?
Farikh : Tak pernah
Aku : Batak jugak ko...Hahaha...
Farikha : Kau pernah ke?
Aku : Tak pernah jugak.
Kami : Hahahahaha......

Perbualan ini berlaku di suatu petang semasa aku praktikum dulu. Kami berkira-kira bulan sebelum kami bercuti ke Sabah. Tiket kami dah beli lebih awal lagi semasa AirAsia buat promosi. Ketika itu pergi dan balik serta memilih untuk membeli tempat duduk semuanya RM 84 seorang.


Apabila sampai pada tarikh percutian kami, kami berjanji untuk jumpa di KL Sentral dan bergerak bersama ke KLIA2 dengan bas. Aku cuma mengambil haluan sehala sahaja kerana perjalanan balik aku nanti dari KLIA2 terus ke Melaka.



Senang orang Melaka nak jalan-jalan dengan kapal terbang tanpa perlu memandu ke KLIA dan  KLIA2. Tak payah fikir parkir kereta. Naik bas, tido pastu sampai KLIA dah. Hehehe...


Aku mulakan cerita dari hari pertama.

Kami memang sampai agak awal di KLIA2. Almaklumler, pertama kali nak naik kapal terbang dan belum pernah sampai ke KLIA2, pastikan akan tercari-cari gate nanti jadi kalau sampai awal blh cuci-cuci mata dulu.




Bila dah nampak pesawat depan mata selepas boarding, keterujaan semakin terasa. Semuanya pertama kali buat kami. Penerbangan kami bergerak dengan selamat dan mendarat juga dengan selamat. Bila berada di atas, mulalah kepada duk terfikir macam manalah pesawat yang besar seperti MH370 boleh hilang dan MH17 di tembak dan terhempas, Mintak jauhlah semua itu.

Sampai sahaja kami di KLIA2 dan segala urusan pengambilan passport sementara masuk ke Sabah dah dapat, aku pun SMS orang yang akan menyewakan kereta untuk kami. Kami sampai ketika itu di waktu kemuncak orang balik kerja. Jadi, sedikit jem menyebabkan kereta lambat sampai. Kami sewa kereta produa viva auto dengan harga RM240 untuk tiga hari. Kereta dalam keadaan baik.

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah mencari petrol pump untuk isi minyak. Selesai semua itu, misi mencari hotel pun bermula. Jem yang teruk dilalui sekali lagi. Yang bagusnya tentang pengguna jalan raya di Sabah, semuanya bertimbang rasa. Tiada istilah mencucuk-cucuk dan sentiasa memberi laluan kepada yang ingin lalu. Terbaiklah...Jadi, kalau jem pun masing-masing tak stress sebab tiada yang cuba untuk pentingkan diri.

Pukul 6.30 petang dah gelap kalau di Sabah. Selesai urusan check in, kami bersihkan diri dan akan turun pada pukul 8.40 malam untuk makan malam. Malam pertama tiada agenda lain selain mencari tempat makan yang selesa dan halal. Malam ni aku makan nasi goreng seafood dengan harga RM 10 tanpa air.Makkk aiiii...mahalnya. Salah pilih tempat nampaknya bagi kami yang mahukan percutian jimat. Hehehehe...

Hari kedua

Aku mula solat Subuh pada pukul 6 pagi. Selesai aku solat, aku pun selaklah langsir bilik. Eh, dah teranglah. Jadi,dapatlah 1 whatsapp dari tunang aku .

Dia : Dah solat ?
Aku : Dah
Dia : Pukul berapa solat?
Aku : Pukul 6.
Dia : Ada lagi ke subuh?
Aku : Ntah
Dia : Subuh habis pukul 6.11 pagi
Aku : glupppp....hehehehe

Actually, dia dah pesan dah bangun sebelum jam 5 untuk subuh. Hehehehe...

Jadi, esoknya tak bolehlah bangun macam bangun subuh kat semenanjung sebab masa Sabah cepat.
Permulaan hari kedua dengan sarapan pagi dan bergerak ke Kundasang terlebih dahulu. Kundasang atau orang selalu panggil Cameron Highland Sabah atau New Zealand Malaysia. Macam mana berlikunya naik ke Cameron macam tulah juga kundasang.

Sampai sahaja sana, cuaca agak gerimis. Jadi sejuk sehingga ke tulang. Udara yang segar. Orang yang bekerja sebagai kontraktor binaan pun memakai baju tebal sambil bekerja.



Kat sini sambil dapat tengok view yang cantik, ada juga kawasan yang disediakan untuk melihat lembu-lembu meragut dan ada kawasan khas untuk pengantin ambil gambar dari sudut yang menarik. Kita juga boleh bagi anak-anak lembu menyusu dan bagi makan rumput. Nak check in pun boleh. Banyak kawasan sekitar yang ada hotel atau motel. Selain tu ada galeri yang menjual produk keluargan desa casstle ni. Alang-alang dah sampai, kenalah rasa susu segar keluaran ladang ini. Aku rasa tempat ini akan bertambah cantik lagi bagi tahun-tahun akan datang sebab banyak kawasan sedang dibangunkan.

So, selesai agenda di Kundasang, kami bergerak untuk turun semula. Di pertengahan jalan kami singgah di Kinabalu Park. Kat sini titik permulaan untuk pedaki-pedaki untuk naik. Kaki gunung dah sejuk, macam manalah rasanya bila mendaki dan sampai di puncak. Ada sebuah hotel mewah di sini, mesti sejuk bila berada disini dan dikelilingi dengan kehijauan. Dengan kenderaan boleh memandu setinggi 4 km. Dipertengahan untuk sampai di check point mula mendaki akan jumpa Kiau Gap View. Kalau nasib baik dan cuaca elok, dapatlah tengok view gunung kinabalu. Tetapi nasib kami tak berapa baik sebab kabus tebal ketika itu. Yang dapat rasa, sejuk aje.



Seterusnya kami singgah di Tamparuli atau lebih popular dengan rumah terbalik. Kawasan yang boleh ambil gambar ialah luar rumah, kereta dan tandas. Kawasan dalam rumah adalah kawasan tidak dibenarkan mengambil gambar. Dalam rumah ada banyak bilik. Macam rumah biasa kita perabot dan segala kelengkapannya cuma semuanya dalam keadaan terbalik. Hehehe...Bayangkan peti sejuk yang besar pun ada kat atas kepala kita. Hehehehe...


Selesai tengok rumah terbalik, kami singgah makan tengahari. Bukan tengahari, dah petang sebenarnya. Selesai makan, sepatutnya nak ke Tanjung Aru tengok matahari terbenam, dek kerana hujan lebat maka balik ke hotel rehat dan keluar pada sebelah malam.

Malamnya kami ke Pasar Filipina. Tempat yang dikatakan syurga tawar menawar barangan perlu dilakukan. Pesan tunang aku, tawar sehingga separuh dari harga yang diletakkan. Selesai beli sedikit barang perut pun minta di isi.
Jadi pilihan malam ini ialah makanan laut yang segar.  Memang rambang mata tengok deretan kedai yang menjual makanan laut yang segar. Besar-besar pulak tu. Kenyang tersandar kitaorang malam tu. Tak sampai RM 100 pun, Murah...



Hari ketiga

Selepas sarapan, misi pertama untuk hari ketiga ialah ke pasar filipina. Tiba masa untuk membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan. Tawar jangan tak tawar. Pandai tawar, jauh lebih murah boleh dapat. Kuasa membeli di tangan sendiri. Tapi, dek kerana fikir tak boleh beli banyak sebab luggage hanya 7kg, jadi beli secara berpada-pada. Heheheh...Nyesal x amik luggage 15 kg.

Selesai membeli buah tangan, bergerak ke Masjid Terapung Sabah. Masa kat sini selain dapat melihat keindahan masjid yang cantik atas air, dapat whatsapp dari sahabat baik bahawa dia telah mengandung. Alhamdulillah...Setelah menunggu selama 2 tahun akhirnya rezeki anak menjadi milik dia dan suami. Panjatkan rasa syukur di depan monumen terindah ini.



Selesai melawat masjid, kami ke pantai Tanjung Aru untuk mencari makanan tengahari. Selesai makan, kami balik ke hotel untuk Zohor dan keluar semula selepas solat.


Destinasi seterusnya ialah Muzium Sabah. Sampai Sabah kenalah kenal etniknya yer tak walaupun Farikha kata bosan pi Muzium. Hehehe....



Selepas ke muzium, kami ke bidayuh village. Tapi tak masuk pun ke dalam tengok dari luar je. Macam dah sempat ketika itu.


Selepas di bidayuh village, kami ke pasar filipina utk membeli sedikit lagi barang dan membeli buah terap untuk kami makan di tepi pantai sambai melihat matahari terbenam. Rasa buah terap ini seperti durian+cempedak. Bau dia semerbak dalam kereta.


Makan malam terakhir di bumi di bawah bayu ialah sekitar hotel kami sahaja.


Kereta ini yang telah kami gunakan selama 4 hari di Sabah.


Hari keempat

Dimulakan dengan sarapan pagi dan bergerak ke terminal 2 Kota Kinabalu. Cara pulang kereta juga senang. Kunci kereta dan letak kunci di bawah tayar, Hehehe,,,Owner tak boleh datang sebab sedang bekerja.


Inilah pengalaman kami selama 4 hari di negeri di bawah bayu. Pastinya 4 hari tak cukup untuk terokai Sabah. Banyak pulau-pulau di Sabah belum diterokai lagi. In Shaa Allah, 1 hari nanti.









Sunday 21 September 2014

Tinta Praktikum Part 14-Throwback

Bagi seorang guru praktikum seperti aku, menambat hati anak-anak murid di minggu awal berpraktikum bukanlah sesuatu yang mudah sehinggakan aku rasa seolah-olah tidak mahu menjadi cikgu. Tetapi, lama kelamaan rentak pendidik sudah mula dirasai. Anak-anak murid adalah tunggak kepada kayu pengukur siapa kita sebenarnya. Bagi menghargai segala yang telah anak murid aku lakukan, maka aku dan kawan-kawan serumah sepakat untuk membuat jamuan kecil untuk anak-anak murid kami. Segala perbelanjaan dan peralatan kami bahagi sama rata untuk menu yang bakal kami hidangkan.


Pada asalnya kami nak share 3 orang, tp oleh kerana salah seorang dari kami tarikh diri maka aku bergabung dgn Farikha untuk jamuan anak-anak murid kami. 

Dari bawak peralatan memasak yg kecil hingga ke besar kami import dari kampung masing2. Bahan-bahan kering dan mentah kami keluar beli sama-sama. Mujur sebelum tu Farikha dah bawak kereta famili yang jauh lebih besar dan memudahkan lagi semua urusan kami.

Bila difikirkan dengan kudrat kami berdua untuk sediakan dalam 100 orang makan, memang boleh lembik kami dibuatnya. Maka dengan itu Farikha membawa anak-anak muridnya untuk tidur di rumah sewa kami untuk membantu kami. Alhamdulillah, ringan sedikit beban. Semua perbelanjaan makan sepanjang mereka berada bersama kami, aku dan Farikha tanggung. 


Rentetan sepanjang jamuan yang diadakan.....

Fasa 1 : Membawa barang-barang dari kampung. Peralatan memasak yang hendak digunakan.



Fasa 2 : Membeli barang-barang yang ingin digunakan


Dalam banyak-banyak barang nie, tikar je lah yang dapat kami bawak balik sebagai kenangan. 



Fasa 3 dan Fasa 4 : Membuat mise en place dan memasak. Fasa ni gambar tidak boleh di paparkan kerana menjaga aurat setiap yang terlibat. Hehehe...


Fasa 5 : Setting buffet









Fasa 6 : Mengambil dan melayan tetamu. Ada anak murid yang datang sendiri dan ada yang aku dan Farikha perlu ambil. Aku tak ingat berapa pusingan aku kena berulang ambil pelajar asrama. Ada ketikanya ruang tamu rumah penuh dengan anak murid kami, ruang luar rumah digunakan dan ada anak murid yang makan di dapur. Tak menang tangan nak melayan tetamu. Sambil makan, sambil menulis quest book. Quest book inipun anak murid Farikha yang sedikan. 1 buku untuk anak murid aku dan 1 lagi untuk anak murid Farikha.




Ini sebahagian anak murid aku yang hadir. Ramai yang tiada dalam gambar sebab malu nak bergambar.


Fasa 7 : Menghantar pelajar asrama balik, mengemas rumah dan kembalikan perabot kepada bentuk asal.


Fasa 8 : Mengemas dapur. Nasib baik anak-anak murid Farikha sudi membasuh walaupun mereka dah penat jadi runner kami.


Malamnya giliran aku dan Farikha pulak mengemas mana yang perlu. Penat, memang penat tetapi kami puas sebab dapat laksanakan juga walaupun banyak halangan. Esoknya nak sekolah seperti biasa. Menikmati makan malam dan selepas itu masa untuk merehatkan diri. 

Tinta Praktikum Part 13-Throwback

Ini merupakan kali kedua aku menyambut Hari Guru sebagai guru di sekolah. Kali pertama dulu sewaktu jadi guru ganti kat SK Datuk Haji Baginda. Kini aku menjadi guru praktikum pulak. Tak sangka pulak sambutan kat sekolah nie tersangatlah meriahnya. Aku sendiri tak menjangkakan semeriah ini.

Meh aku ceritakan perjalanan Hari Guru sekolah aku, SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA.

Seawal pagi bilik guru dah riuh rendah dengan ucapan "selamat hari kita" antara satu sama lain. Siap bersalaman dan laga2 pipi lagi. Aku siap tersasul ucap selamat hari raya. Hadiah untuk sesi tukar menukar sudah dikumpulkan di ruang rehat guru wanita. Setiap guru dikehendaki menulis nama sendiri dan meletakkan di dalam balang yang telah disediakan.  Selepas itu, kami semua ke kantin untuk bersarapan dulu.

Usai sarapan, kami ke bilik guru semula untuk sesi bertukar-tukar hadiah dan berselfie beramai-ramai. Ketika ini hadiah aku milik Cikgu Zaleha dan hadiah Cikgu Mizarimi menjadi milik aku. Hehehe...

Selesai sesi ini, kami semua guru dikehendaki beratur di hadapan bilik guru lama sebelum kami perlu berarak untuk masuk ke dewan dengan di iringi paluan kompang. Disini, kami diberikan cenderahati dari barisan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber dengan tema bagi guru-guru adalah Frozen. Kan sekarang tengah demam frozen di kalangan kanak-kanak. Jadi, cikgu2 semua yang dah tua bangka ini pun di frozenkan sekali. Meriah dan semua cikgu sangat2 sporting.


Tetamu jemputan sekolah, YB Fasihah..


Inilah dia cikgu2 wanita STARP yang cun melecun. Hehehe...Baju sedondon dan tudung ramai yang sama. Tukang jahit khas datang sekolah tuk amik ukuran tudung cikgu2 yg berminat. 




Inilah anak-anak bujang ERT aku yang tolong masak bubur lambuk. Sehari sebelum hari guru, tolong aku potong lobak merah yang berpuluh-puluh kilonya. Steadylah bujang senang aku yg byk ragam nie. Selalu kalau ada pape majlis, ponteng je kejenya. Kali nie, rajin pulak datang. Tolong masak pulak tu.


Kacau YB jangan tak kacau.


Maka, kami semua cikgu2 nie beraraklah ke dewan. Hiasan dewan semuanya bertema frozen. Pintu gerbang dari kedai pengantin manapun tak tahulah mereka sewa. Memang meriah. Macam-macam jugaklah agenda dalam dewan. Bacaan ikrar, nyanyian, cabutan bertuah, persembahan pelajar yang memang gempak2 semuanya dan anugerah untuk guru-guru dan staf. Aku dapat salah satu anugerah yang ada. Tak sangka dapat jugak. 


Sebenarnya jarak aku ke sekolah tak sampai 10 minit. Akan tempuh 1 trafic light yang tak sesak sangat. Pernah juga aku sampai lambat. 7.15 baru sampai. Guru-guru kena sampai sebelum 7.20 pagi. Bak kata housemate aku, aku patut dapat satu lagi anugerah. Anugerah balik awal. Hahaha...Aku balik sekolah memang sharp. Tak rajin aku nak duduk sekolah lama-lama kalau tanpa sebab. Lebih baik aku rehat kat rumah je.Hehehe...


Selesai semua aktiviti dewan, semua guru-guru ada sesi bergambar beramai-ramai. Selepas itu kami ke kantin pula. Makanan tengahari di taja oleh kantin sekolah. Nasi dagang menu kami. 

Selesai makan, masih terus berselfie kat bilik guru pulak.  Terima kunjungan dari anak-anak murid yang memberi hadiah. Terima kasih kepada yang memberikan hadiah.

Sempena hari guru, aku pun balik lambat sebab kereta rosak jadi tumpang Nurul. Sekolah Nurul 1 sesi, jadi balik lambat sikit. Duduk bilik guru bergosip la sekejap.Hehehe...

Saturday 20 September 2014

Mungkin Aku Tidak Sekuat Kau...

Sebenarnya aku ingin menulis tentang kau pagi tadi tetapi aku tangguhkan seketika. Tetapi sekarang selepas aku membaca whatsapp yang kau kirimkan buat kami semua di group, membuatkan aku terpanggil untuk terus bercerita tentang kau.

Minggu ini merupakan minggu sibuk bagi UPSI kerana adanya konvokesyen. Jika di imbas kembali apa yng berlaku setahun lepas pada tarikh lebih kurang begini adalah konvokesyen mereka. Terima kasih sangat-sangat kat Linda sebab memberi aku peluang untuk masuk ke dalam dewan dan menyaksikan satu persatu dari mereka untuk menerima Ijazah masing-masing. Bukan itu sahaja, aku diamanahkan oleh Linda untuk memimpin emaknya yang kurang sihat untuk masuk ke dalam dewan. Bagi Linda, itulah impiannya untuk memastikan kedua ibu bapanya melihat kejayaan Linda. Adik beradik Linda tak ramai. 3 orang sahaja. Dan dialah si bongsu yang banyak mengabiskan masa untuk keluarganya, 

Aku sangat terkesan sebab Linda selalu berkongsi cerita dengan aku. Aku melihat sendiri kesusahan dia. Mereka sangat-sangat menghargai antara satu sampai lain sehingga ke hari ini, Itulah mereka.



Jika dibaca semula segala cerita pada coretan blog aku yang lepas, ternyata jiwa Linda sangat kuat untuk harungi semua kesusahan dengan tabah. Jika cuti sekolah adalah cuti yang ditunggu-tunggu untuk mereka berehat dan habiskan masa bersama keluarga begitu juga Linda. Sepatutmya cuti penggal sekarang Linda nak bercuti bersama familinya. Nak bawa mak ayahnya jalan-jalan naik kereta proton saga merah barunya yang baru sahaja keluar tak sampai sebulan. Tetapi, Linda redha apabila cutinya dihabiskan di hospital menjaga emaknya yang koma. Maknya di kesan mengalami jangkitan kuman pada peparu dan doktor mengkomakan mak Linda sehingga tidak tahu bila untuk memberi laluan maknya berehat. Linda terpaksa menyewa motel yang berdekatan dengan hospital untuk memudahkan dia berulang ke hospital dan untuk dirinya berehat. Setiap hari kami di group bertanyakan perkembangan mak dia. Jawapan yang akan Linda beri, "jari ada gerak-gerak sikit 
tapi mak masih koma".

Kami kirimkan doa dari jauh supaya Linda kuat dan maknya sembuh. Baru sekejap tadi kami mendapat berita yang telah meruntum perasaan kami yang mengekori perkembangan Linda dan keluarga.


Jika aku berada di tempat Linda, aku sendiri tak tahu mungkinkah aku sekuat dirinya untuk harungi semua ini. Tapi, aku tahu Linda bangga dengan dirinya. Dia sempat menunjukkan Ijazahnya pada maknya, dia sempat memberi maknya rasa gaji pertamanya sebagai cikgu, dia dapat membawa maknya naik kereta barunya hasil titik peluhnya tetapi 1 mungkin yang Linda kesalkan...Mak dia tak sempat tengok hari bahagianya dengan Nazri. Semoga Maknya tenang di sana dan Nazri akan menjaga Linda sebaik mungkin selepas ini. Al-Fatihha

Pencapaian Terbaik...

Walaupun cerita yang bakal aku cerita ini dah lama sangat berlalu, tetapi ini adalah antara sesuatu yang aku tidak boleh lupakan sepanjang aku belajar di UPSI. Mendapat 4.00 pada semester 6 dan hadir ke Anugerah Kecemerlangan Pelajar walaupun ketika itu sibuk dengan praktikum dan lebih-lebih lagi malam anugerah dekan itu sehari sebelum sambutan hari guru peringkat sekolah. Pastinya kepenatan badan membuat persiapan hari guru masih dirasai tatkala kaki melangkah dengan kawan-kawan ke bumi Tanjung Malim untuk malam penuh bermakna ini. 

Kami bergerak pukul 5 petang dari Sabak Bernam. Kami perlu gerak awal kerana kawasan yang kami lalui adalah sangat merbahaya sekiranya kami gerak lewat kerana dikhuatiri kurang kenderaan melalui dan binatang liar mula untuk aktif. Dapat jugalah kami melihat "cadbury" melintas depan kereta. 

Majlis bermula sekitar 8 malam. Kami berehat untuk solat magrib di Surau An-Nur dan ke auditorium selepas itu. Sepatutnya kami perlu makan dulu sebelum masuk ke dewan. Dek kerana takut tak sempat, kami hanya mengambil bungkusan makanan dan masuk ke dewan. 


Makkkkk....anak mak dapat anugerah dekan...Hehehe...tengok,betapa terujernye aku...Hahaha...


Bersama orang yang terlalu banyak...banyak...banyak...banyakkkkkkk....tolong aku. Jatuh dan bangun still ada perkara yang dia akan kata. Walaupun nasihat dalam bentuk sindiran, tapi....saya tahu dia macam mana. Malam ini juga dapat hadiah birthday telekung dari dia. Beli di Indonesia masa dia pi honeymoon ntah kali keberapa. Walaupun ko pesan supaya aku bawak dan guna kemanapun aku pergi, namun aku tak sampai hati nak bawak balik TM bila mak aku kata dia selesa guna untuk solat sambil duduk atas kerusi. Walaupun bukan aku yang guna, pahalanya tetap ko dapat walau siapa pun guna untuk solat...Terima kasih der... 


Bersama ahli kumpulan RC dengan projek "Electric Gordon" dan Alhamdulillah kami semua dapat A subjek ini. 


Ni antara pelajar sem 6 yang susah payah datang ke Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar ini. Hampir 1 kelas dapat anugerah dekan. Terbaikkk lah...


Bersama lecture yang pernah ajar kami, Cik Syud...


Terima kasih kepada mereka-mereka yang memberi saya hadiah kerana mendapat 4.00...Terima kasih daun keladi nanti bagi lagi. 

Selesai majlis, kami pun bergerak balik ke Sabak Bernam semula tetapi melalui jalan yang lebih jauh sehingga mencecah 2 jam. Berhenti di RnR untuk makan malam. Lapar sangat ketika tu. Licin nasi yang kami ambil sebelum masuk audi tu. 

Sampai je rumah sewa, siapkan semua keperluan untuk sambutan hari guru pulak dan selepas tu zzzzz...

Esoknya, bangun lebih awal dari biasa sebab mahu sampai ke sekolah awal. Satu perkara pulak dah berlaku. Kereta langsung tak boleh start. Walaupun laluan aku sama dengan Nurul tetapi aku tak boleh nak tumpang Nurul sebab Nurul belum siap dek kerana lewat bangun. Jadi, Farikha yang hantar aku ke sekolah dan terpaksa berpatah balik untuk ke sekolah dia. Aku dapat rasakan yang Farikha terpaksa driff selaju yang boleh sebab tugasnya mengendalikan hari guru sekolah ketika itu. Balik dari sekolah, aku tumpang Nurul.

Petangnya, Farikha kasi pinjam kereta untuk aku cari mekanik. Aku pergi ke bengkel yang pernah aku pergi dulu untuk dapatkan bantuan. Mujur pekerja dia tak sibuk ketika itu. Tukar bateri baru. Teriam kasih kat my lovely bro yang bank in duit tuk bayar kos tukar bateri kereta. Sayang kau ketat2 bang, mana nak ada duit sangat bila nk hujung sem....Hehehe...



Aku kembali

Sangat lama aku tak menulis di sini. Sibuk sangat ke???Tak jugak..Tapi aku di serang penyakit kronik. Penyakit "M". Penyakit MALAS. Hahaha...Banyak sangat perkara nak cerita sebenarnya tetapi akibat di serang penyakit M, apa pun tak menjadi. Sepanjang beberapa bulan nie, banyak sangat perkara yang dah berlaku. Perkara-perkara itu telah merubah hidup seseorang. Dari gembira menjadi bahagia. Ceewahhh...Lain macam je bunyinya. Tak pe, nanti aku akan cerita satu persatu. Janji, kali ni akan "rajin sikit" update blog aku ni...Hehehe...


Thursday 15 May 2014

Tinta Praktikum Part 12

Lama rasanya tak menulis tentang praktikum. Banyak sangat yang mahu di tulis tp masih dalam entry pembikinan lagi. In Shaa Allah, akan di publish jugak. Cuma sekarang nak bgth malam ni nak jumpa kawan2 kat TM untuk anugerah dekan. Tak sabarnya....Rinduuuu...Walaupun tak semua ada, cukuplah dengan apa yang ada. Pencapaian pointer semasa terbaik setakat sem 6...Alhamdulillah.....Kecemerlangan ini untuk semua yang telah bersusah payah untuk saya terutamanya mak tercinta....

Saturday 5 April 2014

Tinta Praktikum Part 11

Minggu ni aku agak sibuk...Byk perkara yang perlu aku selesaikan sebelum kena observe oleh pensyarah untuk kali kedua. Observe untuk amali memasak. Bilik memasak perlu dibersihkan dengan kotoran yang sangat tebal. Dah bertahun-tahun bilik masak tiada bekalan air sebab tekanan air yang rendah. Bayangkan berapa tebal habuk yang perlu dibersihkan. Tak pe la...Aku akan bersihkan juga sehingga siap. Tiada istilah cuti minggu ini. Kenalah berangkut air untuk basuh semua peralatan dan  basuh bilik tu...Sedihhh...Tapi kena buat juga dengan tulang empat kerat ni...Letih mmg letih...Minggu depan mula jadual baru, aduhh letih aku tgk jadual baru... Ermmm..

Aku ada perkara menarik dan kenangan terindah untuk di kongsi. Semalam di waktu mengajar kelas terakhir dan masa terakhir, tiba2 anak murid aku menyanyi lagu hepy besday versi BI dan BM dalam kelas. Puas aku bagi isyarat diam, tp mereka nyanyi jugak sampai habis. Malunya aku cikgu kelas sebelah yg dengar. Siap mention nama aku lagi...Tapi terharu sangat sebab anak2 murid aku ingat tarikh lahir aku. Terus stop mengajar dan mereka ajak aku ke Secret Recipes hari ini. Tetapi aku menolak sebab tak sampai hati bila mereka kata hanya minum air sahaja nanti. Mereka bukan dari keluarga yang senang. Jadi setelah didesak, aku bersetuju. Tetapi lokasinya KFC. Mereka setuju. Kul 3 di KFC. Mereka suruh aku ambil di asrama, tetapi apakan daya aku hanya ada motor sahaja. Jadi mereka akan berjalan kaki dari asrama. Siap cakap mcm ni lagi , "cikgu jangan bimbang, bayar masing2 ikut kemampuan"...Terharunya aku. Sanggup jalan kaki dari asrama ke pekan. 

Pagi tadi aku ke sekolah untuk mengemas bilik masakan untuk fasa kedua. Esok pagi dan mungkin berlanjutan ke petang untuk selesaikan semuanya. Aku berhenti mengemas tadi pukul 12.45 sebab teringatkan janji temu dengan mereka. Sampai rumah dalam keadaan keletihan dan mengantuk. Terus aku tertidur. Terjaga pukul 1.45 petang. Berat sangat kepala dan rasa ngantuk lagi. Tetapi demi janji aku pada mereka, aku gagahkan diri mandi, solat dan bersiap. 

Aku dan pelajar lelaki dah sampai dulu. Selepas tu, hujan turun dengan lebat sekali. Risau juga aku dengan mereka. Dalam keadaan hujan itu aku nampak mereka melintas jalan menuju ke KFC. Dalam hati aku terharu sebab mereka sanggup bersusah payah demi meraikan hari jadi aku. Sampai sahaja mereka dalam KFC, ayat pertama "cikgu, kami basah dan sejuk". Tak dinafikan memang semuanya kuyup. Mereka duduk dan lantas cakap, "cikgu, lapar...kami tak makan tengah hari tadi". Aku turun dengan pelajar lelaki untuk order. Aku belanja mereka. Tak pe la, bersedekah untuk anak2 murid. Sangat berselera semuanya. Suka aku tengok mereka makan. Semua yang dipesan, habis semuanya. 

Hujan masih belum berhenti, baju mereka pun belum kering...Tetapi mereka nak minta diri sebab nak singgah beli keperluan yang dah berkurangan dan risau kalau lewat sampai asrama. Malam ini mereka mahu ke masjid sebab ada program selawat beramai-ramai. Sempatlah kami ambil gambar sekejap.

Ya Allah, Kau rahmatilah usaha aku mengajar dan anak-anak muridku menuntut ilmuMu ini. Jadikan mereka insan yang sentiasa mengingatiMu dan berikah kejayaan buat mereka.. Amiin...

Cikgu terharu dan sangat-sangat terima kasih pada kamu semua. Terima kasih kerana ingat tarikh lahir cikgu dan meraikan cikgu. Terima kasih dengan doa-doa kamu semua. Cikgu sayang kamu semua...









Dulu 10 orang, pindah seorang jadi 9...Hari ini ada 8 orang sahaja kerana Nailah balik sebab ada kenduri.