HANYA AKU...

HANYA AKU...

Saturday 20 September 2014

Mungkin Aku Tidak Sekuat Kau...

Sebenarnya aku ingin menulis tentang kau pagi tadi tetapi aku tangguhkan seketika. Tetapi sekarang selepas aku membaca whatsapp yang kau kirimkan buat kami semua di group, membuatkan aku terpanggil untuk terus bercerita tentang kau.

Minggu ini merupakan minggu sibuk bagi UPSI kerana adanya konvokesyen. Jika di imbas kembali apa yng berlaku setahun lepas pada tarikh lebih kurang begini adalah konvokesyen mereka. Terima kasih sangat-sangat kat Linda sebab memberi aku peluang untuk masuk ke dalam dewan dan menyaksikan satu persatu dari mereka untuk menerima Ijazah masing-masing. Bukan itu sahaja, aku diamanahkan oleh Linda untuk memimpin emaknya yang kurang sihat untuk masuk ke dalam dewan. Bagi Linda, itulah impiannya untuk memastikan kedua ibu bapanya melihat kejayaan Linda. Adik beradik Linda tak ramai. 3 orang sahaja. Dan dialah si bongsu yang banyak mengabiskan masa untuk keluarganya, 

Aku sangat terkesan sebab Linda selalu berkongsi cerita dengan aku. Aku melihat sendiri kesusahan dia. Mereka sangat-sangat menghargai antara satu sampai lain sehingga ke hari ini, Itulah mereka.



Jika dibaca semula segala cerita pada coretan blog aku yang lepas, ternyata jiwa Linda sangat kuat untuk harungi semua kesusahan dengan tabah. Jika cuti sekolah adalah cuti yang ditunggu-tunggu untuk mereka berehat dan habiskan masa bersama keluarga begitu juga Linda. Sepatutmya cuti penggal sekarang Linda nak bercuti bersama familinya. Nak bawa mak ayahnya jalan-jalan naik kereta proton saga merah barunya yang baru sahaja keluar tak sampai sebulan. Tetapi, Linda redha apabila cutinya dihabiskan di hospital menjaga emaknya yang koma. Maknya di kesan mengalami jangkitan kuman pada peparu dan doktor mengkomakan mak Linda sehingga tidak tahu bila untuk memberi laluan maknya berehat. Linda terpaksa menyewa motel yang berdekatan dengan hospital untuk memudahkan dia berulang ke hospital dan untuk dirinya berehat. Setiap hari kami di group bertanyakan perkembangan mak dia. Jawapan yang akan Linda beri, "jari ada gerak-gerak sikit 
tapi mak masih koma".

Kami kirimkan doa dari jauh supaya Linda kuat dan maknya sembuh. Baru sekejap tadi kami mendapat berita yang telah meruntum perasaan kami yang mengekori perkembangan Linda dan keluarga.


Jika aku berada di tempat Linda, aku sendiri tak tahu mungkinkah aku sekuat dirinya untuk harungi semua ini. Tapi, aku tahu Linda bangga dengan dirinya. Dia sempat menunjukkan Ijazahnya pada maknya, dia sempat memberi maknya rasa gaji pertamanya sebagai cikgu, dia dapat membawa maknya naik kereta barunya hasil titik peluhnya tetapi 1 mungkin yang Linda kesalkan...Mak dia tak sempat tengok hari bahagianya dengan Nazri. Semoga Maknya tenang di sana dan Nazri akan menjaga Linda sebaik mungkin selepas ini. Al-Fatihha

No comments:

Post a Comment