HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 30 September 2014

Respect...

Dah lama aku mahu bercerita tentang ini, hari ini aku rasa aku ada kerajinan sedikit untuk menaip dan mengingati semula apa yang telah berlaku. Dialog ini berlaku pada 1 ketika dulu antara aku dan seorang rakan sekelas...

Member          :    Kenapa yerk, dulu masa sem 1 semua budak2 kelas kita xde pun transport sendiri.   Kalau ada 1, 2 kete jer. Blh je kita nk berkumpul atau pergi mana-mana ramai2..Knp sekarang dah x blh?.
Aku                 :    Respect

Hanya 1 jawapan jer yang aku berikan pada dia iaitu "respect". Knp respect. Apabila hilangnya respect antara satu sama lainlah yang menjadikan kami sekelas semakin renggang dan berpuak-puak. Bukan yang tua minta dihormati, bukan yang muda harus ditegah segala pendapat, bukan tidak boleh mengatakan "tidak", bukan semua perkara perlu kata "ya" dan segalanya...

Setiap orang berhak melakukan atau melontarkan apa yang mereka mahu. Umur-umur kami dalam kelas pun bukan jauh beza. Ada sebaya, ada tua atau muda 2 3 tahun. Secara purata kami semua masih muda dan nampak sama. 

Apabila rasa hormat-menghormati pendapat orang lain semakin pudar, maka rasa hormat terhadap individu juga pudar. Di depan nampak biasa tetapi di belakang kebanyakkan lebih suka memerhati, menjadi pembaca yang diam dan segala pendapatan tidak diendahkan malah ada yang lebih suka mengamalkan sikap malas ambil tahu. Ikatan kekeluargaan sebagai anak perantau semakin tidak memberi apa-apa makna di dalam diri. 

Berbaki 3 bulan lebih sebelum kami boleh melanggah gah meninggalkan bumi mualim ini sebagai pelajar yang berjaya "graduated on time", masihkan ada ruang untuk kami kembalikan kepercayaan, rasa hormat dan keakraban dulu sedangkan dihati masing-masing bersarang rasa tidak puas hati yang tiada kesudahan. Ntahlah, aku sendiri tiada jawapan sama ada masih ada kesempatan atau hakiki masa bersisa ini hanya layak di isi dengan pergi kuliah dan balik ke rumah sebagai rutinnya tanpa pengisian apa-apa yang boleh kita jadikan kenangan untuk diceritakan pengalaman kehidupan sebagai mahasiswa kepada generasi akan datang.

Di sini aku bibitkan lirik lagu yang menggambarkan kami tika dan saat ini,

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Kawan-kawan semua, kita dah tak punya banyak masa lagi tuk lakukan sesuatu sehingga kita mampu untuk "berreunion" 1 hari nanti bersama keluarga yang telah kita bina atau kita akan memadam satu persatu nama dalam ingatan kita tanpa meninggalkan apa-apa.












No comments:

Post a Comment