HANYA AKU...

HANYA AKU...

Monday 22 September 2014

Trip To Sabah

Dialog di suatu petang :

Aku : Kau pernah naik kapal terbang?
Farikha : Tak pernah. Kau?
Aku : Aku pun tak pernah. Hahaha... Hafiz?
Farikha : Hafiz pun tak pernah
Aku : 3 batak nak naik kapal terbang.
Kami : Hahahahaha...
Aku : Kau pernah pergi Putrajaya?
Farikh : Tak pernah
Aku : Batak jugak ko...Hahaha...
Farikha : Kau pernah ke?
Aku : Tak pernah jugak.
Kami : Hahahahaha......

Perbualan ini berlaku di suatu petang semasa aku praktikum dulu. Kami berkira-kira bulan sebelum kami bercuti ke Sabah. Tiket kami dah beli lebih awal lagi semasa AirAsia buat promosi. Ketika itu pergi dan balik serta memilih untuk membeli tempat duduk semuanya RM 84 seorang.


Apabila sampai pada tarikh percutian kami, kami berjanji untuk jumpa di KL Sentral dan bergerak bersama ke KLIA2 dengan bas. Aku cuma mengambil haluan sehala sahaja kerana perjalanan balik aku nanti dari KLIA2 terus ke Melaka.



Senang orang Melaka nak jalan-jalan dengan kapal terbang tanpa perlu memandu ke KLIA dan  KLIA2. Tak payah fikir parkir kereta. Naik bas, tido pastu sampai KLIA dah. Hehehe...


Aku mulakan cerita dari hari pertama.

Kami memang sampai agak awal di KLIA2. Almaklumler, pertama kali nak naik kapal terbang dan belum pernah sampai ke KLIA2, pastikan akan tercari-cari gate nanti jadi kalau sampai awal blh cuci-cuci mata dulu.




Bila dah nampak pesawat depan mata selepas boarding, keterujaan semakin terasa. Semuanya pertama kali buat kami. Penerbangan kami bergerak dengan selamat dan mendarat juga dengan selamat. Bila berada di atas, mulalah kepada duk terfikir macam manalah pesawat yang besar seperti MH370 boleh hilang dan MH17 di tembak dan terhempas, Mintak jauhlah semua itu.

Sampai sahaja kami di KLIA2 dan segala urusan pengambilan passport sementara masuk ke Sabah dah dapat, aku pun SMS orang yang akan menyewakan kereta untuk kami. Kami sampai ketika itu di waktu kemuncak orang balik kerja. Jadi, sedikit jem menyebabkan kereta lambat sampai. Kami sewa kereta produa viva auto dengan harga RM240 untuk tiga hari. Kereta dalam keadaan baik.

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah mencari petrol pump untuk isi minyak. Selesai semua itu, misi mencari hotel pun bermula. Jem yang teruk dilalui sekali lagi. Yang bagusnya tentang pengguna jalan raya di Sabah, semuanya bertimbang rasa. Tiada istilah mencucuk-cucuk dan sentiasa memberi laluan kepada yang ingin lalu. Terbaiklah...Jadi, kalau jem pun masing-masing tak stress sebab tiada yang cuba untuk pentingkan diri.

Pukul 6.30 petang dah gelap kalau di Sabah. Selesai urusan check in, kami bersihkan diri dan akan turun pada pukul 8.40 malam untuk makan malam. Malam pertama tiada agenda lain selain mencari tempat makan yang selesa dan halal. Malam ni aku makan nasi goreng seafood dengan harga RM 10 tanpa air.Makkk aiiii...mahalnya. Salah pilih tempat nampaknya bagi kami yang mahukan percutian jimat. Hehehehe...

Hari kedua

Aku mula solat Subuh pada pukul 6 pagi. Selesai aku solat, aku pun selaklah langsir bilik. Eh, dah teranglah. Jadi,dapatlah 1 whatsapp dari tunang aku .

Dia : Dah solat ?
Aku : Dah
Dia : Pukul berapa solat?
Aku : Pukul 6.
Dia : Ada lagi ke subuh?
Aku : Ntah
Dia : Subuh habis pukul 6.11 pagi
Aku : glupppp....hehehehe

Actually, dia dah pesan dah bangun sebelum jam 5 untuk subuh. Hehehehe...

Jadi, esoknya tak bolehlah bangun macam bangun subuh kat semenanjung sebab masa Sabah cepat.
Permulaan hari kedua dengan sarapan pagi dan bergerak ke Kundasang terlebih dahulu. Kundasang atau orang selalu panggil Cameron Highland Sabah atau New Zealand Malaysia. Macam mana berlikunya naik ke Cameron macam tulah juga kundasang.

Sampai sahaja sana, cuaca agak gerimis. Jadi sejuk sehingga ke tulang. Udara yang segar. Orang yang bekerja sebagai kontraktor binaan pun memakai baju tebal sambil bekerja.



Kat sini sambil dapat tengok view yang cantik, ada juga kawasan yang disediakan untuk melihat lembu-lembu meragut dan ada kawasan khas untuk pengantin ambil gambar dari sudut yang menarik. Kita juga boleh bagi anak-anak lembu menyusu dan bagi makan rumput. Nak check in pun boleh. Banyak kawasan sekitar yang ada hotel atau motel. Selain tu ada galeri yang menjual produk keluargan desa casstle ni. Alang-alang dah sampai, kenalah rasa susu segar keluaran ladang ini. Aku rasa tempat ini akan bertambah cantik lagi bagi tahun-tahun akan datang sebab banyak kawasan sedang dibangunkan.

So, selesai agenda di Kundasang, kami bergerak untuk turun semula. Di pertengahan jalan kami singgah di Kinabalu Park. Kat sini titik permulaan untuk pedaki-pedaki untuk naik. Kaki gunung dah sejuk, macam manalah rasanya bila mendaki dan sampai di puncak. Ada sebuah hotel mewah di sini, mesti sejuk bila berada disini dan dikelilingi dengan kehijauan. Dengan kenderaan boleh memandu setinggi 4 km. Dipertengahan untuk sampai di check point mula mendaki akan jumpa Kiau Gap View. Kalau nasib baik dan cuaca elok, dapatlah tengok view gunung kinabalu. Tetapi nasib kami tak berapa baik sebab kabus tebal ketika itu. Yang dapat rasa, sejuk aje.



Seterusnya kami singgah di Tamparuli atau lebih popular dengan rumah terbalik. Kawasan yang boleh ambil gambar ialah luar rumah, kereta dan tandas. Kawasan dalam rumah adalah kawasan tidak dibenarkan mengambil gambar. Dalam rumah ada banyak bilik. Macam rumah biasa kita perabot dan segala kelengkapannya cuma semuanya dalam keadaan terbalik. Hehehe...Bayangkan peti sejuk yang besar pun ada kat atas kepala kita. Hehehehe...


Selesai tengok rumah terbalik, kami singgah makan tengahari. Bukan tengahari, dah petang sebenarnya. Selesai makan, sepatutnya nak ke Tanjung Aru tengok matahari terbenam, dek kerana hujan lebat maka balik ke hotel rehat dan keluar pada sebelah malam.

Malamnya kami ke Pasar Filipina. Tempat yang dikatakan syurga tawar menawar barangan perlu dilakukan. Pesan tunang aku, tawar sehingga separuh dari harga yang diletakkan. Selesai beli sedikit barang perut pun minta di isi.
Jadi pilihan malam ini ialah makanan laut yang segar.  Memang rambang mata tengok deretan kedai yang menjual makanan laut yang segar. Besar-besar pulak tu. Kenyang tersandar kitaorang malam tu. Tak sampai RM 100 pun, Murah...



Hari ketiga

Selepas sarapan, misi pertama untuk hari ketiga ialah ke pasar filipina. Tiba masa untuk membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan. Tawar jangan tak tawar. Pandai tawar, jauh lebih murah boleh dapat. Kuasa membeli di tangan sendiri. Tapi, dek kerana fikir tak boleh beli banyak sebab luggage hanya 7kg, jadi beli secara berpada-pada. Heheheh...Nyesal x amik luggage 15 kg.

Selesai membeli buah tangan, bergerak ke Masjid Terapung Sabah. Masa kat sini selain dapat melihat keindahan masjid yang cantik atas air, dapat whatsapp dari sahabat baik bahawa dia telah mengandung. Alhamdulillah...Setelah menunggu selama 2 tahun akhirnya rezeki anak menjadi milik dia dan suami. Panjatkan rasa syukur di depan monumen terindah ini.



Selesai melawat masjid, kami ke pantai Tanjung Aru untuk mencari makanan tengahari. Selesai makan, kami balik ke hotel untuk Zohor dan keluar semula selepas solat.


Destinasi seterusnya ialah Muzium Sabah. Sampai Sabah kenalah kenal etniknya yer tak walaupun Farikha kata bosan pi Muzium. Hehehe....



Selepas ke muzium, kami ke bidayuh village. Tapi tak masuk pun ke dalam tengok dari luar je. Macam dah sempat ketika itu.


Selepas di bidayuh village, kami ke pasar filipina utk membeli sedikit lagi barang dan membeli buah terap untuk kami makan di tepi pantai sambai melihat matahari terbenam. Rasa buah terap ini seperti durian+cempedak. Bau dia semerbak dalam kereta.


Makan malam terakhir di bumi di bawah bayu ialah sekitar hotel kami sahaja.


Kereta ini yang telah kami gunakan selama 4 hari di Sabah.


Hari keempat

Dimulakan dengan sarapan pagi dan bergerak ke terminal 2 Kota Kinabalu. Cara pulang kereta juga senang. Kunci kereta dan letak kunci di bawah tayar, Hehehe,,,Owner tak boleh datang sebab sedang bekerja.


Inilah pengalaman kami selama 4 hari di negeri di bawah bayu. Pastinya 4 hari tak cukup untuk terokai Sabah. Banyak pulau-pulau di Sabah belum diterokai lagi. In Shaa Allah, 1 hari nanti.









No comments:

Post a Comment