HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 12 September 2013

Hari Jubah Mereka...

Pre-konvo

Aku mengambil keputusan untuk balik awal ke TM kerana 2 sebab dan salah satunya kerana mereka mahu ke rumah aku sehari sebelum mengambil jubah. Jadi, sebelum mereka sampai, aku perlukan kemas rumah dan bilik yang di tinggalkan 2 bulan. Yang datang ambil jubah hanya linda, shuhada dan ika. Jue dan paey menggunakan sistem kirim orang ambilkan dengan bayaran rm 15. Seharian mereka beratur ambil jubah. Sampai aku terlelap dalam kereta menunggu. Puas menunggu, aku balik ke rumah dulu pun mereka tidak selesai lagi beratur. Target kami untuk wat pre-konvo lepas dapat jubah.  Selepas dpat jubah, aku bawa mereka makan dulu kerana seharian mereka tak jamah makanan yang berat. Ketika makan, hujan turun dengan lebat sekali. Hampir putus asa kami untuk buat pre-konvo sbb esoknya linda dan ika hendak pulang terlebih dahulu sebelum munculnya hari jubah mereka. Selepas mkn, kami pergi solat asar dahulu. Allah Maha Mengetahui segalanya, hujan teduh selepas selesai solat. Ketika inilah kami ambil peluang untuk mengambil gambar disekitar kampus lama walaupun hari telah lewat petang. Selepas solat magrib, kami berpindah lokasi pre-konvo dihadapan pintu utama kampus baru.







Bersungguh mereka nak aku sarung jubah mereka. Ambil berkat katanya. Terasa aku pulak nak berkonvo seperti mereka. 


Malamnya, kami ikhtiar puluhan homestay yang ada di TM untuk shuhada dan ika sewa. Tetapi usaha kami hampa. Kesemuanya penuh. Keesokkan harinya, kami bersarapan nasi kerabu bersama dan selepas itu aku hantar linda dan ika ke stesyen bas. Shuhada akan tinggal dengan aku sehingga hari jubah mereka. 

Sepanjang dengan shuhada, sempat la aku buli dia 2 kali tuk masak apa yang aku minta. Hehehe...Selebihnya kami makan di luar atau aku beli nasi bungkus sahaja lepas aku balik kelas. 

Setiap hari aku melihat kekalutan shuhada fikirkan tentang pakainya dan pakaian keluarganya untuk masuk ke dewan. Sesiapa yang kenal shuhada, akan tahu latar belakang keluarganya. Alhamdulillah, aku dapat pas masuk ke dewan di bawah undangan linda kerana ada lebihan dari kad jemputannya. Aku terharu bila dia minta aku wakilkan keluarganya jika keluarga tidak dapat hadirkan diri. Linda sedar dengan kesihatan maknya, tetapi dia mahu sangat kedua ibubapanya ada di hari jubahnya. Aku janji untuk tolong dia jaga ibubapanya. 

Sekali lagi Allah permudahkan urusan mereka. Shuhada dapat booking hotel bunga raya dengan walk-in booking dan ika dapat 1 rumah di kolej za'ba. Manakala linda telah dpt booking hotel sejak awal lagi. Paey pula di sri harmoni dan Jue akan gerak dengan keluar dari KL seawal pagi.


Pesta konvo

Sepanjang pesta konvo berlangsung, 3 kali aku mengunjunginya. Paling seronok, aku pergi pada kali ketiga bersama mereka. Selepas tu, kami singgah di kedai makan untuk melepak dan makan malam bersama. Berbagai cerita yang dikongsikan semasa dalam kereta dan di kedai makan. Meskipun pelangan lain sibuk dengan perlawanan bola ketika itu, kami tidak peduli langsung perihal mereka. Mungkin ini adalah kali terakhir kami makan bersama 1 meja dan berkongsi rasa hidangan semua orang. Jika tidak memikirkan tentang esoknya adalah hari jubah mereka, mahu sahaja kami terus melakar kenangan dan bercerita sehingga lewat malam. Dek kerana mereka perlu berehat secukupnya, aku perlu menghantar mereka ke tempat sewaan masing-masing.




Hari Jubah

Setelah berpenat lelah selama 4 tahun, hari ini adalah harinya. Hari mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Malaysia dengan kepujian. Alhamdulillah...Shuhada tak pernah menjangka akan menyambung pengajian di peringkat ijazah, linda hampir-hampir putus semangat apabila dia terpaksa mengulang satu subjek dan masalah yang terlalu banyak tentang thesisnya. Ika pula, lepas bergolak dengan masalah kesihatan dalaman, akhirnya dia berkonvo juga. Kesusahkan mereka menyiapkan thesis aku saksikan dengan mata dan kepala aku sendiri. Mengenali mereka membuatkan aku mengenali kesusahan orang lain. Bayangkan, ada diantara mereka yang tidak pernah meminta duit belanja dengan keluarga dan hanya bergantung dengan PTPTN. Kalau aku, PTPTN tak pernah cukup untuk satu sem. Awal sangat dah habis. Mereka tidak seperti orang lain. Kehidupan mereka tidak boros. Sebekas nasi untuk dimakan 2 kali sehari. Mereka tidak pandai berjalan-jalan mengabiskan duit. Di semester 4 baru mereka belajar  berjalan-jalan ke KL. Tu pun kalau ada keperluan yang mendesak mereka ke sana. Tetapi, apabila sem 8...Hampir setiap minggu mereka ke KL. Ke UKM atau UM untuk mencari bahan menyiapkan thesis. Tahniah sayang2 ku...Kata-kata bebelan aku tidak pernah kalian simpan dalam hati. Malah kalian antara rakan-rakan aku di UPSI yang tahu menghargai dan menghormati aku. Meskipun kalian hanya "pinjaman" sementara Allah pada aku di UPSI nie, aku sangat2 bersyukur ada kawan seperti kalian. Kalian sentiasa menghiburkan hati aku. Tak pernah menghampakan jika aku meminta pertolongan. Kalian tempat aku melupakan tentang rindunya pada keluarga. 1001 kenangan ada diantara kita. 

Mata ini menjadi saksi perarakkan graduan masuk ke dewan. Hampir menitis air mata. Tak sabar untuk keluar dari dewan tuk serahkan bunga-bunga yang kalian minta dari aku sejak sekian lama. Setiap kali kalian minta bunga, setiap kali itulah aku kan menukar topik kan. Tetapi jauh di sudut hati, habuan bunga akan aku berikan walaupun harganya tidak seberapa. Sangat terkilan kerana shuhada seorang yang tidak dapat aku beri bunga. Tidak dapat dihubungi. Sudahnya bunga untuk shuhada aku berikan kepada jojo tanda terima kasih sebab sudi luangkan masa menemani aku dan keluarga linda di dalam dewan. 

Kepada linda, terima kasih banyak2 kerana memberikan pas masuk ke dewan untuk aku dan jojo. Kepada jojo, aku sangat2 tidak sangka kau sudi masuk menyaksikan konvokesyen mereka bersama aku. Terima kasih untuk kau juga. Sayang aku pada kau, sayang aku pada mereka adalah sama. Kesemuanya ada kelebihan masing-masing. Linda, aku minta maaf sangat2 sbb tak dapat amik gambar ketika kau ambil sijil. Ketika tu mysis buka tuk add subjek yang aku nak. Aku sangat2 tak puas hati dengan mysis. Ntah apa2...Linda, jika layanan aku kepada mak kau tidak memuaskan hati, aku minta maaf sangat2...

Seperkara lagi, aku kagum bila melihat ada keluarga yang datang dari sarawak dan memakai baju etnik masing-masing. Mungkin mereka sangat-sangat berbangga kerana ada suku kaum mereka yang berlajar tinggi untuk berjaya. Juga aku kagumi tentang seorang yang berstatus OKU, namun beliau juga berjaya menggapai ijazah idamannya. Tiada yang mustahil untuk berjaya.

Akhir sekali, Tahniah sekali lagi untuk sayang2ku...Ini adalah tamat pengajian tetapi bukanlah tamat belajar. Gapailah ilmu yang lebih tinggi dari ini. InsyaAllah. Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa dengan izinNya. Aku tidak menuntut kalian hadir di hari konvokesyen aku. Cukuplah aku diingati dalam doa kalian. 


Paey


Jue


Shuhada


Mek Ika

Sory sangat2 kat linda sbb terlepas nama dia sbb tgh add subjek dekat mysis...


Biar mata ini menjadi saksi kejayaan mereka...


No comments:

Post a Comment