HANYA AKU...

HANYA AKU...

Wednesday 4 September 2013

Lumrah...

Betul kata orang, rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kala tanpa kita menduga kedatangannya dan kadang-kala ianya langsung tak muncul di saat kita betul-betul memerlukannya. Baru-baru ini, sampai sekeping surat dari SPA tentang satu tawaran kerja untuk aku. Aku memohon jawatan ini sejak selepas menamatkan pengajian diploma lagi. Malah, ada beberapa rakan aku yang lain telah menjawat jawatan ini lebih awal lagi. Ketika aku betul-betul berharap untuk dapat kerja ini dulu, panggilan temuduga sunyi sepi. Kini, selepas 3 tahun baru rezeki itu datang. Tetapi sekarang, ketika pengajian aku hanya berbaki setahun setengah lagi, aku berkira-kira untuk menghadirkan diri untuk temuduga ini. Entahlah, masih dalam pertimbangan kerana sekarang berlaku masalah posting dikalangan senior-senior terdahulu dan aku hanyalah pelajar tanggungan PTPTN dan bukannya BKPM seperti kawan-kawan akau yang lain. Jaminan posting telah ada untuk mereka awal-awal lagi. Sesiapa yang dapat jawatan ini akan bekerja dihospital bahagian jabatan dietetik dan sajian. 



...................................................................................................................................................................

Alhamdulillah...Pendaftaran semester untuk semester 6 telah selesai aku lakukan. Selepas dah daftar semester, pelajar boleh melihat jadual rasmi untuk semester baru. Secara jujurnya, aku tak teruja melihat jadual kali ini kerana telah berlaku beberapa masalah sejak awal. Maka, seperti biasa jadual aku sekarang akan dirombak dengan drastiknya. Akan berhadapanlah dengan akademik lagi. 




Dari dulu lagi aku dah bertanya pada En Azizi perihal subjek RC, dia juga yang meyakinkan kami bahawa kami tak perlu ambil subjek tersebut seperti senior. Kesudahannya, kami masih perlu ambil ambil subjek tersebut dan melepaskan subjek-subjek yang telah dapat di add. Errmmm....Terima aje la...


Jadual ini akan diubah keseluruhannya...

...................................................................................................................................................................

Baru beberapa jam aku tinggalkan kuning@cantik aku dah mula rindukan dia. Rindu nk kendong dia, rindu nak peluk dia kuat-kuat, rindu nak belai dia...Aduhhh, sangat-sangat menguji diri aku. Pagi sebelum aku berangkat, mak taye sama ada betul ker aku tak nak bawak kuning. Kalau ikut hati, mmg nak bawa. Tapi persekitaran tempat tinggal aku tak sesuai untuk kehidupan kuning. Tak sesuai untuk kebebasan kuning. Takpe, nanti aku cuti, aku main dengan kuning puas-puas.  

Orang kata, binatang juga ada perasaan macam kita.  Sehari sebelum aku nak balik, kuning hilang selera makan. Makan pun sikit aje. Termenung aje dia. Dia pun rasa yang kami nak berjauhan agaknya. 



 Jaga diri yer kuning@cantik. Orang-orang kat umah, semua akan jaga kau. Jangan susahkan nenek tau. Aku pun dah pesan macam-macam kat mimi. Tak dapat kita tidur berdua sama-sama lagi. Atas tilam dan 1 selimut yang sama. Malam terakhir dengan kuning, kuning berbantalkan lengan aku sampai pagi... :-(

Tupai dalam sangkar nie tupai abg aku. Setelah membela beberapa minggu, abg aku pun bosan. Jadi, dia lepaskan dari sangkar. Tapi, keesokan harinya, dia datang ke rumah lagi. Datang ke sangkarnya semula, abg aku tangkap dan masukkan ke sangkar semula. Tekun kuning tengok tupai lompat-lompat. Sampai aku panggil pun, kuning tak mahu menoleh. Hehehe....




Sebelum bergerak balik TM :-(


Teruje nak tengok episod tanah kubur minggu nie punya. Tapi, umah sewa xde astro...Huhuhu...


...................................................................................................................................................................

Beberapa hari lagi semester baru akan bermula. Aku harap aku dapat belajar dengan tenang. Sabar dengan apa pun kata-kata orang, redha dengan keadaan. Fikir positif akan jadi positif. Berdikari semuanya kerana sem ni tak de tempat lagi nak bergantung. Jika ada yang bising, "silent" adalah jalan paling baik. Tak perlu melawan. Cuba dapatkan anugerah dekan lagi. In Shaa Allah...Sesungguhnya Allah ada untuk menjadi tempat mengadu segalanya....

Terharu apabila dipilih untuk mengendalikan perkara yang penting sepanjang bergelar pelajar UPSI. In shaa Allah akan laksanakan sebaik mungkin selagi aku mampu. Tak semua perkara yang kita lakukan perlu dibayar sebagai balasan. Cukuplah ianya aku lakukan sebagai jariah untuk diri sendiri.

Jangan kita menolak apa pun rezeki yang diberikan kepada kita. Rezeki mungkin datang dari orang yang tidak kita kenali, rakan-rakan sekeliling kita, jiran dan sebagainya. Terima semuanya. Di khuatiri Allah juga akan menolak rezeki yang kita minta nanti...Renung-renungkan dan selamat beramal...

...................................................................................................................................................................






No comments:

Post a Comment