HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 20 September 2013

Terpahat Utuh Pesan Mak....

Sepanjang aku hidup bersama mak sudah berjuta pesanan yang mak berikan pada aku. Bukan pada ku sahaja, malah pada anak-anak lain mahupun sesiapa yang mak kehendaki. Salah satu pesanan mak yang aku ingat sehingga ke hari ini ialah...

" Permudahkanlah urusan orang lain, pasti suatu hari nanti urusan kita akn dipermudahkan. Jika bukan orang itu yang membantu, mungkin Allah akan utuskan orang lain untuk membantu kita"...

Kata-kata itu lebih diyakinkan dengan tayangan video dari pensyarah subjek kerja kayu, logam dan paip dalam kelas tadi. Video yang ditunjukkan, memberikan kesan dalam hidup aku. Serupa seperti pesanan mak. Pesanan yang aku dah lama tanam dalam diri sendiri. Permudahkan urusan orang lain. Selalulah mebantu orang lain. Ikhlas dan bukan untuk dibalas. Lumrah dalam kehidupan hari ini, manusia lebih suka memberi tohmahan dan kata-kata yang tidak sedap didengar. Tetapi, sebagai khalifah yang cuma untuk menjadi lebih baik setiap hari, seharusnya kata-kata itu bukanlah pembatalan semangat. Malah kata-kata itu adalah pembakar semangat untuk kita terus maju. Biarkan apa orang nak kata. Biarkan orang mentapkan itu boleh, ini tak boleh. Tetapi selagi kita dikurniakan akal fikiran, selagi kudrat masih mampu, serahkan sekeping hati kepada Allah untuk menilai dan bukan nilaian dan peraturan manusia yang perlu dirungsingkan. Tertarik dengan kata-kata puan zon fadzillah di kelas pertamanya yang aku hadiri, "zaman sekarang, manusia sanggup memakan daging saudaranya sendiri untuk kepentingan sendiri. Manusia semakin kedekut untuk berkongsi ilmu Allah".  Jauhkanlah aku dan seluruh anggotaku dari sifat-sifat begitu...Aminn...


Bersama untuk kita ubah diri kita untuk memulakan dan lakukan dengan ikhlas...

No comments:

Post a Comment